Search This Blog

Saturday, May 09, 2026

Bawak Nakhil Makan Nasik....

Assalamualaikum...hi semua...






Kelmarin malam kitoarnagh menunaikan hasrat Nakhil nak makan nasik....Alhamdulillah...
Dah berapa hari dari dia start demam haritu dia nak makan nasik..tapi tulah...kalau dah tekak pun tak boleh nak telan makanan (sebab sakit), rasa-rasa walaupun nasik depan mata tu dia nak makan tak?iya betull..dia takkan nak...
Cerewet dia nih tau..kalau bentuk makanan pelik sikit pun dia taknak makan..kalau Nasi Ayam tu rasa lain sikit pun dia boleh jadi taknak makan...yang sakit tekak tu pulak, bila minum air pun bising tak boleh nak telan..ghase-ghase kalau makan nasik mau tak?.......so Me n OT cakap kat Nakhil later Mama n Daddy bring you ye..after your throat OK..OK?.nasib baiklah Nakhil faham sekejab (sekejab je Uolls, pastu dia mintak balik..so memang nak makan sangat la tu kan..cuma tekak la tak boleh telan lagi, so kitaorang hold dulu)......
Nakhil kan kalau bab makan ni dia ada ikut peel Ana masa kecik Uolls...contohnya Ana ke Nakhil ke kalau Chicken Nuggets tu kalau dia tengok terbenyot, terover cooked, terkurang cooked (tak ikut piawaian diroang la) dari bentuk asal sikit, memang dia taknak makan langsung seketul tu...jenis nak makan makanan betul asal cantik terletak masak elok..tu Ana duluuu..tau-tau Nakhil pun samaaaa....
Ana dulu pun sejenis makan Nasi Ayam jugak je ye....cuma up sikit la dari Nakhil..Ana dulu makanan ruji dia Nasi Ayam, Chicken Nuggets dengan Nasi+kuah Masak Lemak Putih sahaja.....









Air memang jaranggg betul kitoarng order kat TCRS...sebabnya macam tak "berbaloi"..
Lagipun Nakhil memang ada tumbler air dia sendiri (TCRS memang takde jual air sirap)..yang Me n OT selalunya mintak ice water jek...takpun minum jelah air Dari tumbler Nakhil haha..tak pun beli jelah air yang ada jual kat keliling....
Selalunya memang akan order je makanan dulu...air kita fikir kemudian (sebab rasa tak berbaloi tulah)......









Kelmarin tu OT nak makan kat situ jek...
OT punya Nasi Putih+Lauk Ikan Asam...
Me pulak dah terkulat-kulat nak order sebab taktau dah nak makan apa....








Last Me pilih Gado Gado....
Nak makan nasi Ayam kat situ lagi dah tak berapa nak boleh telan dah Uolls hahaha...
Nak makan yang ada lain pun dah agak puas makan dah (dah try makan dah pun)..nak repeat TU macam alaaa....so kita order jelah Gado Gado...kita pusing balik menu yang ada kan hihi.....







Masa dapat TU macam wah penuhnyaaa..larat ke?
Tapi bila dah gaul semuanya OKla...takpelah banyak sangat (tapi jenuhlah nak habiskan jugak kan?hihi)....
Gado Gado ni takde isi apa sangat pun...ada timun, taugeh n Tauhu Goreng jek...
Tauhu TU dia potong uii besar-besar betulll....
Lupa...Alhamdulillah...Nakhil makan sepinggan Nasi Ayam....syukurrr..
Kitanya nak anak makan je....semoga Nakhil sihat sihat je...
Dugaan Nakhil ginilah...imun sistem tak berapa nak kuat...
Cergas TU memang cergas sentiasa, cuma kerapnyalah Demam....
Pantang selsema, pantang batuk sikit mesti Demam....kena hujan sikit pun Demam...
Harap-harap makin OK ikut peredaran masa ye Nakhil....Aamiin...












Friday, May 08, 2026

Panik Sekejab Semalam...Part II

Assalamualaikum..hi semua...




Bersambung dari citer semalam...
Balik dari klinik tu terus decide nak bawak Adik gunting rambut...
Gunting sekejab je, tapi menunggu tu lamanyaaa...
Memang tunggu lama yeee...ingatkan pergi pagi (dalam nak pukul 11am tu) takde orang potong rambut...sekali ada jugak..siap kena tunggu lagi haa...
Ni kan sampai OT n Nakhil masuk balik dalam kereta, tunggu dalam 15 minit dalam kereta, barulah orang kat dalam tu settle...
OT kata lama sangat tunggu (adalah 35 minit) Adik sampai dah tertidur duduk dah Uolls masa tunggu tu..(tu yang dia masuk tu (ngantuk sangatlah tu dia sebab bangun awal sangat pagi tadi tu kan)...









Ni lepas solat la nih...(Nakhil dah nak sebulan solat sekali setiap kali Me or OT solat)..
Me tanya dia kenapa dia taknak bukak mulut tadi tu?
Nakhil cakap "saya takutt"...ala anak..takut apalah tu😓...
Me siap buat demo, pastu suruh dia buat sebab Me nak tengok jugak anak tekak dia..dia taknak buat Uolls...dah Mama jadi stress (adoila Mama)...
Nangis dia sebab kena paksa huhu...takut sangat dia nak bukak mulut dia Uolls...kesian pulak rasa...
Tapi semalam bila Me suruh dia buat, dia buatlah jugak...cumanya bukak mulut tapi dok buat mulut macam sebut O tu hahaha..mana maunya nak nampak tekak ke apa kalau dah gitu cara bukak mulutnyaa....










Malam Nakhil kata dia nak makan Circa..so kita bawak balik kat mamak fav dia Shaaz....
Ni Me n OT tengok Nakhil makin better...makin nak makan, makin banyak minum susu...ALhamdulillah..
Ni pun bawak Adik gi makan, but still tengok jugak yang dia makin OK ke macamana....tak OK memang zass je terus ke hospital Uolls...memang taknak fikir dah kan....








Alhamdulillah..habis sekeping nih...
Kalau kat Shaaz, sekeping Roti Canai kosong dia besar ye..tak macam kalau makan kat Thaj..beza size dan beza harga....
Kalau kat Shaaz tu dua keping tu dah kira banyak sangat dah...kalau kat Thaj, 3 keping baru dikira banyak..gitu dia punya proportion hihi....









Lepas dia habis makan Circa dia, sajalah Me ajak makan ice cream..eh Nakhil kata nak ye hihi....












Alhamdulillah..dia makan (suku) ice cream tu......pastu katanya my tummy full Mama.....
Ni Me ni amik gambar Nakhil gitu jek,  sekali eh elok dia pulak dia buat peace gitu hihi...
Kitaorang tengok Nakhil dah nampak makin segar dah....badan kalau ikutkan dah tak panas...tapi tulah...tak boleh nak percaya jugak kan...
Harini last makan antibiotik, semoga Nakhil sihat-sihat je..
Kalau demam berulang ke lagi, memang Me n OT kena bawak gi PPUM teruslah...(semoga tak ye, Aamiin)....







Sekian..








Thursday, May 07, 2026

Panik Sekejab Semalam...Part 1

Assalamualaikum..hi semua...

Kisahnya..pagi-pagi semalam dalam pukul 5.20am Me bangun...
Terjaga awal dari selalu..selalu kalau pergi kerja Me bangun dalam pukul 5.35am....
Bangun-bangun tu Me  rasa kaki sakit lagi Uolls..so Me decided nak repeat ke klinik jelah pagi tu nanti, nak mintak doktor tukar ubat yang lebih berkesan (sebab dah makan ubat 2 hari tapi sakit tumit Me ni tak berkurang sangat pun)...
Walapun terjaga pagi sangat, tapi Me tak tidur balik sebab Me kena bangun jugak sebab nak siapkan susu Nakhil n nak bagi Nakhil makan ubat demam dia...
OK sambung...tengah Me siapkan macam-macam tu (dalam pukul 5.30am), tiba-tiba OT ke depan, jenguk Me sekejab then terus dia ke toilet...
Dipendekkan cerita...pukul 7.50am kitaorang sekeluarga keluar rumah, then ke klinik....
Ni kitaorang pergi ke klinik luar dari kawasan rumah kitaorang Uolls...sebabnya nak pergi balik (repeat) di klinik yang kitaorang bawak Nakhil n Me malam Ahad haritu....
FYI, malam Ahad haritu kitoarang ke sini sebabnya Me dah tak tahan sakit tumit dah dua hari (dari hari Sabtu sakit), then Nakhil pulak dah start demam panas malam hari Sabtu....
Dijadikan cerita terpaksa pergi malam sebab siang Ahad  dari pagi OT tak available sebabnya kat rumah kitoarang ada acara gotong royong kawasan rumah..OT balik rumah balik pun dah pukul 5.30pm Uolls..so tunggu malam la jawabnya kita ke klinik...
Kisahnya lagi, Malam dalam nak pukul 9pm kitaorang dah bergerak...tapi tulah mencarik makanan Nakhil dari nak pukul 9 tu sampai cukup-cukup pukul 10 Uolls...punyalah tak jumpa-jumpaa...habis 6 buah Speedmart OT cari, semua takde stok....sedihnyaaa....
Pastu dah habis mencarik tu terus pergi ke klinik 24jam kat area rumah pulak, tengok-tengok ramainyaa...tanya kat recept katanya ada lagi 9 orang tengah tunggu turn dan masa menunggu mungkin sejam lebih...dah macam tu tu yang kitoarnag ke klinik 24jam yang luar dari area rumah....(panjangg ha nak terangkan)....so disebabkan Me n Nakhil macam tak OK lagi, so kenalah repeat ke klinik yang sama jugak (tu yang jauh jugaklah klinik yang kitiaorang pergi jadiknya)....







Tak sangka baru pukul 8.10am camtu tapi dah ada 4-5 orang tengah menunggu...
Daftar lama jugak sebab untuk 3 orang...3 borang nak kena isi gitu...
Tapi satu yang bagusnya..elok dah habis mendaftar tu terus nama kena panggil..lajuuuu....
Masa ni tengah tunggu ubat...lama jugaklah tunggu...
Ni kat luar dah hujan Uolls...tak sangka pulak keluar-keluar bilik doktor je tengok luar eh hujan  lebatnyaaa....sambil tunggu ubat tu Alhamdulilah hujan dah reda...
Lupaa..OT rupa-rupa pagi tadi tu dia cerry berry Uolls..dari pukul 5.30am tu sampailah kitaorang nak bergerak ke klinik memang kerjanya repeat ke toilet jek...sampaikan dah habis jumpa doktor pun sama huhu....









Nakhil M demam+sakit tekak, tapi dah makin baik dah...so pagi semalam tu ke klinik lagi niatnya nak sambungkan MC Nakhil lagi n nak mintak ubat (buat stok)....
Tapi tulah...kesian Nakhil M...rasanya bertambah trauma lah dia lepas nih kalau jumpa doktor lagii sebab dah 2 kali dah Nakhil dapat doktor tak OK...meh Me cerita...
Nakhil kan Ahad malam tu masa check tekak Nakhil nak termuntah...berair-airlah bijik mata...sampai last sekali sampai melolong dia menangis (doktor kan guna stick kayu tu untuk check lidah, Nakhil dia tak reti nak nganga besar-besar)..doktor malam tu pulak jenis macam tak berapa nak reti ye (tak reti nak handle budak, macam menekan-nekan nak tengok kerongkong Nakhil sampai menangisla dia sebab takut ke apa taktaulah...pastu Adik nak termuntah sangat pun boleh doktor tu buat tak reti Uolls, bolehnya doktor tu pusing ke meja dia gitu jek lantak...adoilaaaa, iya-iyalah kita tahankan anak supaya tak muntah..kalau tau biarkan jek, baru time tu doktor baru nak laju-laju nak panik kot hahaha eh)...
Cuma nasib baiklah dapatlah jugak doktor nampak tekak Nakhil, memang tekak dia doktor nampak  baru nak naik  merah-merah (Nakhil memang ada cakap dia sakit kat tekak)....so OKlah...menekan-nekan pun dapat jugaklah doktor tengok...

Ni pagi semalam pulak...dapat doktor lain (doktor ni pernah rawat Nakhil bulan lepas)...
FYI, malam bulan lepas tu doktor ni OK sangat-sangat, very friendly, pastu pandai sangat dia layan Adik...
Tapiiii..taktaulah kenapa pagi semalam tu dia lain...nak check tekak Nakhil je pun, dia punya menekan-nekan tu ishhhh...punyalah menekan-nekan nak suruh jugaklah Nakhil bukak mulut..
Yang Nakhil pulak dia start melalak menangis (bila nampak doktor pegang stick tu)..doktor n Daddy dia pulak dah menekan-nekan (paksa Uolls) suruh dia yang dah tak boleh nak tunjuk tekak dah (sebab dia takut sampai menangis)......
Me dah bagitau doktor yang Nakhil mungkin takut nak bukak mulut sebab malam Ahad tu dia dah nak termuntah masa doktor tengok anak tekak dia  (doktor lain tau, bukan dia)...
Eh dia menekan-nekan jugaklah nak tengok (macam tak menyabar pulakk)..sampaikan OT dah panik (dah dia pun sama beria-ialah suruh Anak bukak mulut)...
Stress ye keadaan masa tu, sampai Me yang duduk jauh ni pun sampai jadi bising jugaklah kat situ sama-sama jadi menekan-nekan Nakhil supaya bukak mulut jugak...
Pastu tau tak, dia tak dapat pun tengok anak tekak Nakhil Uolls...hmmm...
Dahlah tu, check suhu pun takde..check apapun takde...just masuk dengar Me OT citer (Me n OT sebenarnya bawak Nakhil pergi klinik sebab nak sambung MC je, sebab nak bagi Nakhil rehat lagi))....
Bila masa nak check anak tekak tu pulak, dah menekan-nekan, pastu masa menekan-nekan tu boleh pulak tiba-tiba give-up n suruh kitaorang bawak Nakhil gi hospital jek..eh ehhhh...
Tiba-tiba je dia kata takpelah, saya bagi refer letter ke hospital, sebab kalau saya check pun sama je tak boleh buat apa-apa....
Bila Me tanya, confirm ke kena bawak pergi hospital?sebab Me tengok doktor check apapun tak...dia kata mungkin..kena pergi hospital dulu then baru tau...laaaa...macam tu pulak kan..kalau korang jadi Me n OT korang rasa apa?
Kitaorang panik Uolls...panik sekejab...dok fikir (sambil tu dok WA group adik-adik Me tanya second opinion)....
Dah jadi berfikir macam-macam Uolls..dahlah tu kesiannya Adik sampai kena masuk wadddd😭....
Satu...nak pergi KK ke check darah lagi ke? (Adik dah amik darah dah masa malam Ahad tu..doktor memang cakap result WBC Adik tinggi sikit (10.94), tapi still OK..so doktor cakap Adik demam sebab ada kuman sikit, so kena makan antibiotik dan pantau sakit tekak dia jek)...
Nak kena bawak gi emergency PPUM ke?(doktor semalam suruh bawak Adik ke emergency hospital Uolls)...mula-mula ingatkan nak bawak Nakhil ke Hospital Shah Alam atau Sungai Buloh..tapi Atie suggest better pergi PPUM je sebab Adik ada appointment kat sana...
Atau nak ke hospital swasta terus (sebab co Me ada insurance untuk inpatient)?tapi kalau pergi hospital swasta terus, kalau takde apa-apa (tak kena masuk ward-nauzubillah masuk) siapa pulak nak tanggung bil?pastu time tulah nak tanya itu ini kat orang insurance pulak kan....?panjangg jugaklah jadi ceritanya kannnn....
Empat, ke pergi klinik lain, mintak second oppinion pulak....?
Plannya gitulah...
Serba serbi punya kebarangkalian ye...sambil tu dok fikir jugak yang doktor tadi tu check Nakhil apapun takde, takde check suhu badan, takde check heart beat ke apa...anak tekak pun tak dapat nak tengok...memang apapun takde ye..so memang kena gi jugak hospital ke camne nih?










Bila dah settle tu Me bukaklah baca refer letter Adik tu...Me baca macam eh..lain je citer doktor tulis...
Siap cakap adik ada Cough, refused oral intake..siap temp. 38.8..aitttt?pelikkk...
FYI, Adik takde batuk, badan Adik tak panas (dedar-dedar je), Adik still makan n minum n makan ubat je macam biasa.....
Lastttt..sambil berfikir lagi tu OT ajak gi breakfast dulu je...sebab time pun masa tu dah pukul 9 lebih..so jomlah..sebelum lagi macam-macam lagi jadi sebab masing-masing tak makan apa lagi....
Nakhil kan dari kat klinik Me dah ajak dia makan Circa (Roti Canai), dia kata taknak..nak makan Nasi TCRS....time tu kedai pun tak bukak lagi Uolls....so sementara tunggu kedai bukak tu kitanya singgah mamak dulu lah ye...
Dah sampai mamak, Me n OT tanya jugak Nakhil nak makan Circa tak?kot-kotlah nak...dia taknak jugak...
Tapiiiii...elok sampai Tosei Me, Me pergi basuh tangan tu OT cakap Nakhil mintak nak Circa...so terus OT orderkan hihi....
Ya Allah..happynyaaa...paling happy, dia makan nak 2 keping Roti Canai Uolls....banyakkkk...Alhamdulillah...
Uolls...Nakhil sebenarnya dah start makan macam-macam dari petang semalam Uolls...sikit-sikit dia makan itu ini..so memang nampaklah dia dah ada selera nak makan tu kan....dari dah nak 2 hari dia taknak makan apa-apa tu sebab tekak dia sakit tu....
Tu lah Me cakap jadi serba salah nak bawak Anak gi emergency....sebab eh banyaklah sebabnya...malas nak ulang dah...panjang dah Me citer kat atas tu (kalau faham kenapa kitaorang confused, so taulah)....
Ni pun dah habis makan banyak jugak benda lain kitaornag settlekan...sampai rumah pun nak pukul 12lebih....
Balik rumah pun still buat plan lagi...nak monitor dulu Nakhil macamana...
Selepas Zuhur Me bagi dia tidur dulu, sebabnya dari pukul 6am tadi dia jaga..kesian dia lesu dah kot kat luar lama sangat macam-macam drama haa huhu....



Bersambung....




















Thursday, April 30, 2026

Try Makan Kedai Mamak Baru...

Assalamualaikum..hi semua...





Balik kerja 6 April 2026 (hari Isnin) yang lepas...
Pusing punya pusing nak cari makan apa, lasttt ke sini...
Kedai mamak ni baru bukak ni Uolls..dulu kedai mamak ni sebelum ni kedai lain (owner pun lain)..kedai lama tu dulu jual Naan Cheese viral (tapi kedai tu viral Nasi bukan Naan Chesee hihi..ni dulu tak ingat nama)...pastu kedai tu dah pindah kat area rumah kitaorang (lagi dekat dengan rumah kitoarang), kat tempat baru tukar nama jadi Nasi Talam Madina (ada kitaorang try test makan kat kedai baru dulu).....
Ni dah ada orang lain replaced kedai tu...tengok eh kedai mamak la, lalu lalang pulak eh nampak macam menarik..so jomlah try sementara memang dah lalu lagi nih hihi.....












Masa ni memang musim Nakhil taknak makan apa-apa...yellow nasik ke, Roti Canai (circa) pun dia taknak...dah camtu bolehlah Me n OT pilih-pilih nak makan apa....
Kalau rajin Me masak (tapi macam tak masak pun haha), kalau tak kita makan jelah kat mana-mana, tak pun tapau jelah bawak balik makan kat rumah je....













OT macam biasa..dia nak try makan nasik...
Me pulak masa tu betul-betul blur ye...taktau betul nak makan apa....
Eh lupa..lauk dia sedap...tapi tulah...eh nanti Me cakap ye tulah apa hihihi.......













Air memasing...
OT tu dia mintak nak air Teh O Ais letak dalam gelas macam biasa....sekali sampai gini hahaha...so takpelah...minum jelah kan...
Me n Nakhil punya memang mintak air mangkuk..kita dua memang jenis kalau minum air mesti tak habis je...







Nakhil bila taknak makan kita offerlah apapun dia memang taknak ye....










Pening sangat, so Me nak makan Naan Cheese (extra Cheese)....
Alaa..dalam gambar tak nampak pulak sedap kan...
Real Roti dia gebu ye..cheese banyakkk...
Rasa dia sedapppp...kuah pun semuanya sedap....approved sangat ye...tapi tulah...hahaha nanti Me bagitau tulah apa...








Ada jugak Ayam Tandoori....
Ni kureng...rempah tak berapa berasa sangat Uolls...macam baru je perat pun iya...











Nakhil bila Me suruh amik gambar kat belakang latar cantik nih....
Tulah dia apa?bab kebersihan tu kat sini kureng....so memang taknak lain kali kitanya repeat lagi huhu..sayang kan?makanan dah sedap tapi bila ternampak itu ini tu alaaa...so takpelah...
Naan Cheese tu tak habis pun....Me tapau, tapi tak makan-makan pun ye..



Oklah sekian...
Selamat berehat ye semua..selamat bercuti panjang juga....














Wednesday, April 29, 2026

Random Pic. No. 423

Assalamualaikum..hi semua...




Macam nilah keadaannya boleh dikatakan sejak 2 minggu ni...
Balik kerja amik Nakhil dari sekolah, then tunggu OT kat parking kereta rumah, then terus ke Citta Mall sebab nak bagi Nakhil makan....
2 minggu ni memang dia dah start balik nak makan nasi...tapi tulah..nak nasi dekat The Chicken Rice Shop je...haritu ada kitaorang try test bagi makan Nasi Ayam kat Lestari Maju (sini Nasi Ayam dia boleh tahan sedap jugak), dia taknak Uolls...so nak taknak bila Nakhil kata nak makan Nasi at Chicken Rice Shop, so kita bawak jelah...
Tak hari-hari, ikut jugaklah...tapi rasanya 2 minggu nih dah 6 hari dah kot makan kat situ haha...
Memang bagi Nakhil makan jek Uolls..Me n OT dah tak boleh dah...OT takat habiskan Nakhil punya Ayam boleh..nak makan Nasi sepinggan sorang tu masing-masing dah tak boleh go hihi....
Atas ni kalau Nakhil tertido OTW ke Citta Mall, memang bangun tu dia nak OT dukungkan dia...
Berat tapi terpaksarela Uolls...lagipun bila tanya do you want to eat Nasik?memang laju je dia bangun, cumanya nak jalan sendiri tu ishh jadi hal..





Rutin harian OT...hari-hari bila malam OT akan siapkan beg-beg sekolah Nakhil...
OT yang akan masukkan buku-buku ikut jadual sekolah....
Me?Me bab tolong Nakhil buat kerja sekolah Uolls...
Awal-awal dulu Me yang tak boleh nak tolong Nakhil buat kerja sekolah, OT yang boleh (tanpa gaduh dengan Anak haha), tapi lepas tu tak ye..Nakhil lagi better bila buat kerja sekolah dengan Me...
So, bab kerja sekolah OT pass batton ke Me...OT stick to kena kemas buku-buku Nakhil je...










Kadang-kadang still Me or OT akan makan Roti Canai banjir jugak lagi...Me selalunya makan kat rumah, OT time dia kerja....
Sekarang ni Nakhil bukan musim nak makan Roti Canai dia kan..so kalau Me or OT nak makan Roti Canai, kena cari masa lain...
Tak sempat Uolls nak makan ikut selera masing-masing dah...lagi-lagi time Nakhil tengah nak makan Nasik kat TCRS ni.....tak cukup masa....









Hobi Nakhil...dia akan ambil buku sekolah agama dia, then dia akan copy balik kat white board nih...
Dah siap karang dia tunjuklah kat Me or OT...kita puji-puji karang dia sukalah (haha peel dia kann)....
Ni nanti dia siap bagitau jangan padam, kalau nak padam, padam yang lagi satu side...
Nanti next time dia akan tulis lagi yang lain...suka betul dia menulis jawi..ni mesti mengikut Arwah Atok Saaid lah nih (Arwah Abah OT memang Ustaz Uolls, Ustaz mengajar ngaji)....









Tetaplah tak stop beli nih...
Kadang-kadang buat stok..ni kalau teringin Me beli je sebungkus dua kat Speedmart...
Kalau buat stok Me beli je sebungkus besar tu....









Punyalah cari woven bag ni lamaa....
Dulu Anim yang selalu belikan...pastu takde dah...so mencariklah Me kat online sebab nak ganti dengan yang ada tu (lagi sikit dah rupa belacan Uolls hihi)..jumpa kat Shopee, Alhamdulilah...bila sampai tu eh sukanya...cantik pulak amik corak macam ni......










Bila balik dari makan tu hari-hari ginilah keadaannya....Berangkut macam-macam...
Kalau tak membeli apa-apa pun kena berangkut beg-beg sekolah Nakhil n beg baju kotor Nakhil jugak...so penuhh tangan memasing..dengan tumbler la apa lah...



Bersambung...












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...