Search This Blog

Wednesday, August 03, 2022

Pakar Mata, PPUM...

Assalamualaikum..hi semua...






Jumaat pagi tu...pagi-pagi semua gerak sekali gi opis Me...
Me kena masuk office dulu pagi tu Uolls...punch in macam biasa..lepas tu Me amik Short Leave 3 jam lebih (sampai lunch hour)...
So terpaksala bawak semua (termasuklah OT sekali hahaha) gi opis Me dulu....sebab nanti lepas punch out (kena punch kad tu dulu sebelum keluar office ye), terus kita gerak ke PPUM....
Pagi tu sempatlah OT breakfast..Me pun sama, sempat breakfast pastu sempatlah submit kerja jugak...
Dah cukup time teruslah bergeraklah kitaorang ke PPUM pagi tu (selepas Anak meramuk sakan masa nak masuk kereta huhuhu).......









Dah pun sampai kat Klinik Pakar Mata kat PPUM...ni kat bahagian menunggu untuk pendaftaran...
Appointment pukul 10am Uolls...sampai sini elok nak pukul 10am..Alhamdulillah on time....
Tunggu daftar tak lama pun...sebab kalau kat PPUM ni daftar selalunya tak lama (jangan HKL..dulu masa Me ada appointment kat klinik pakar Mata kalau nak daftar jek tak sampai nak dua jam tak sah ye)...











Masa ni dah daftar dah pun..so kena tunggu turn untuk proses seterusnya...
First time kat bahagian mata nih Uolls..so tak reti procedurenya apa lagi...
Masa ni sambil tunggu nombor sambil tunggu OT...OT tadi tu dia dropkan kitoarang kat lobi utama nun...so Me gerak dengan anak jek dulu...jimat masa okeh...
Sebelum ni kalau boleh memang kitarang ikut jek OT parking sekali...dah dapat parking, sama-samalah gi ke tempat appointment Adik....tapi disebabkan dah pandai banyak, so lepas-lepas Adik dah besar nih memang Me jek gi dulu dengan Adik..nanti-nanti baru OT datang...














Bosan dah dia..tapi still lagi terkawal...
Kalau korang perasan, mata Adik ni kadang-kadang dia larik sikit...











Masa ni nurse dah letak ubat titis kat dalam mata Adik....
Dua kali kena titis ubat tu ye (3 jenis ubat titik setiap kali titis tu).....
Ni masa mula-mula nombor kena panggil ingatkan dah boleh jumpa doktor dah tau..rupa-rupanya tak lagi..kena masukkan ubat titis dulu...
Ni pun dua kali kena masukkan ubat sebab anak mata Adik tak jadi membesar (mungkin sebab ubat tak cukup, atau ubat tak masuk betul dalam mata)....so nak sejam kat bahagian situ jek...
Adik ni pulak jenis bila nurse nak titis ubat tu kemain dia pejam mata kuat sesangat ye (sambil menangis Uolls..so dah jadi lama kat situ jadinya)..kuat dia pejam tu korang bayangkan sampai isi dalam mata tu terkeluar terkeluar haaa gitu...
Masa tengok tu serius Me ngeri oiii tengok...ingatkan kenapalah sampai terkeluar isi mata Adik bila nurse buat tu (nurse kan akan bukakkan kelopak mata masa nak masukkan ubat tu kan)....sekali bila nurse cakap "kuatnya dia pejam mataa..." ..barulah dalam hati Me ooo camtu ye rupanya kalau kita pejam mata kuat-kuat...serius ngeri n pelik...
FYI, ubat titis ni selalunya pedih yak mat tau...Me tau sebab Me pernah rasa 2-3 tahun dulu huhuhu...tapi taktaulah kalau jenis yang sekarang tak pedih pulak kan...













Ni dah dalam bilik doktor dah pun...
Tapi sebelum dapat jumpa doktor, Adik kena buat assessment untuk mata dulu kat bilik lain....
Assessment mata tu macam kita check mata kalau kita gi buat cermin mata tu lah Uolls...(yang kena baca ABC nombor saiz besar kecik segala tu)....
Masa mula-mula nak check/buat assessment mata tu Optometrist tanya Me, Adik tau ABC tak?tapi tula...belum Me jawab apa-apa, Optometrist tu dah cakap takpelah (mungkin sebab selalunya yang kecik-kecik baya Adik ni tak reti ABC la kot kan)....jadinya Optometrist tu guna kad A4 ada gambarajah objek je untuk test mata Adik...
Tapi tulah..masa Optometrist tu bagi gambarajah tu lagilah Me macam..alamakk..reti ke anak aku cam objek nih?(macam better guna ABC jek).....
Tapi takpelah..ikut jelah Optimetrist tu dulu tak boleh karang kita suggest guna ABC pulak...so startlah sesi testing mata Adik...Optometrist berdiri kat hujung nun, dan Optimetrist akan keluarkan n tunjuk kat Adik kad A4 ada gambarajah objek satu-satu (ada 3 saiz..besar, sederhana dan kecik)...n Adik kena sebut apa yang dia nampak....
Alhamdulillah...ingatkan Adik tak reti kan..sekali dia boleh sebut semuanya dengan betul ye (ya ALLAH, kagum Mama n Abah masa tu Uolls)...
Kitoarang ingatkan Adik ni reti ABC sampai Z...pastu 1-15..pastu colors..shapes..n ada sikit-sikit objek jek...sekali kau..dia boleh sebut apa yang dia nampak ye...gambar (in black ink) 🏠 dia sebut house..🍎 Apple...🚐 truck..ada lagi duck pastu lagi satu Me lupa (adoilaa)....gambar tu lukisan basic tau..jenis guna black font tu je (macam orang lidi..basic draw..faham tak?)....bila Anak reti haruslah Me dengan OT macam wahhh..pandainya anak aku....(demi Allah rasa Alhamdullillah syukurnya...reti dia gituu)....
Korang tau tak perasaannya macamana kita tengah risau anak kita speech delayed, pastu macam ada tanda-tanda mungkin ada mild Autism pastu tiba-tiba dia reti benda yang kita rasa ragu..eh reti ke Anak aku? tau ke dia nih?macam tulah kitoarang dua ye...Alhamdulillah....(dah ada improvement sana sini sikit Uolls..so lega sikit part tu).....
Dah check tu Optometrist kata mata Adik OK..takde masalah apa-apa (tak rabun)...Alhamdulillah....










Bila tengah tunggu turn nak jumpa doktor elok pulak Adik tidur..dahlah tu kemain nyenyakkkkk...
Masa nak jumpa doctor kan Adik is still tidur ye...so dah jumpa tu nak kejut karang takut dia mengamuk (doktor pun tak bagi kejut, sebab kata doktor kalau kejut kalau mengamuk sama jugak tak boleh nak check..so biarkan dia tidur jek dia....
So doktor just dapat check dalam mata jek..tu pun lega okeh..tengah tidur tu doctor suluh ke apa dia tidur jek macam takde apa-apa hahaha)....
N Alhamdulillah...syukurrr...doctor kata dalam mata semua clear, takde ketumbuhan ke atau apa-apa abnormality (ni memang procedure kat sana..apa-apa check dulu semua)......
Tapi masa nak keluar dah tu tu, doktor suruh kitaorang try kejut kalau-kalau dia OK tak bila bangun tu..sekali dah kejut tu eh dia tak mengamuk pun Uolls..elok je bangun siap duduk...tapi tulah..seminit jek kot duduk tu, lepas tu terus Adik is sambung tidur lagi ye..pastu try lagi kejut..bangun lagi siap duduk..sekejab tak sampai 30 saat eh baring then tidur balik lagi (hahaha punyalah penat apapun taktaula)....so tak dapat jugaklah doktor nak check pasal juling dia tu (doktor nak tengok berapa degree juling dia tu pergi..pastu belah mana sekian semua).......
Cuma doktor cakap jangan risau sangat..sebab masa kejut Adik tadi tu, 2 kali tu doktor tengok anak mata Adik takdelah buka-buka mata tu terus dah juling (sebab selalunya kes kalau juling teruk tu memang bukak bukak mata je dah larik dah anak mata tu)....
Alhamdulillah lega sikit bila doctor dah cakap gitu kan...
So next appointment will be in next 4 months gitu...cuma ada exercise yang kitaorang kena buat untuk tolong mata yang juling tu elok balik...
Takpelah..harap-harap takdelah makin teruk mata Adik sementara nak tunggu next appointment tu kan...















Keluar keluar dari klinik pakar tu terus Me suruh OT amikkan gambar...
Ni kat laluan utama kat dalam tu ye...kebetulan keluar kat situ tengok eh takde orang sangat dah..so kita tryla amik gambar...(kalau tak takde peluang dah...penuh je orang lalu lalang)....













Hasil Abahnya amik selfie...tah apa-apatah hahaha..punya senget separuh sana sini.....














Sampai kat sini pulak..so cepat-cepat gi tapau makanan....
Nak kejar masa Uolls sebab Iolls kena punch kad sebelum pukul 2.45pm (maksudnya kena masuk office balik sebelum pukul 2.45pm ye)....
Punyalah lama kan kitaorang kat sana..sebab hari Jumaat so Me ingatkan habis appointment Adik sekurang-kurangnya pukul 12.30pm la..sekali tak ye...pukul 1.40pm baru habis..ha kauuu lamaaaa....(habis solat Jumaat semua burn haaa)....











Ni tengah tunggu OT amik kereta....
OT pulak lupa bawak kad Touch N Go...Kad pulak tak cukup duit..so dah kena gi kat kereta dulu pastu bawak kad, topup sekejab then turun balik amik kereta bawak ke lobi depan ni pulak....
Masa ni kalau tengok jam dah pukul 2.02pm camtu...so kalau ikutkan sempat jek Me nak masuk office balik...tapi tulah..elok naik kereta eh hujan lagi lah...(harapan le kalau hujan tu Federal Highway tak jem kann)....













Anak yang tidur sampailah dah sampai dalam rumah...
Iya..Me tak sempat nak punch kad pun Uolls...exit Federal Highway pun dah pukul 2.40pm...
Dengan hujannya, dengan hari Jumaatnya (ramai orang baru nak masuk office balik kan)..so sampai kat hujung simpang trafic lite nak masuk office pun dah pukul 2.50pm...so bye byelah opis...kenalah Me paksarela EL (kalau tau lama kat hospital, pagi tadi tak payah rush rush masuk opis huhuhu).....
Tapi takpelah...kita balik jelah rumah kan...tu pun pusing tapau makan untuk Adik...tapau buah potong tau-tau sampai rumah nak pukul 3.35pm..ha kauuu..puas haritu kat luar rumah haaa.....
Apapun Alhamdulillah untuk haritu....syukur dipermudahkan semuanya..syukur Adik OK...








TAMAT





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...