Assalamualaikum..hi semua...
"Pelamin" untuk birthday Nakhil haritu still sihat walafiat lagik kat rumah tu ye...(cuma belon-belon tu jelah yang dah tak berkilat)...
Ring ni kalau ada yang tanya (tak tanya pun Me bagitau hihihi), ada jual kat Shoppee...
Harga dia murah jek..dari RM8 sampai RM12 pun hado..so pilihlah mana-mana kedai yang patut gitu...
Ring nih dia buat daripada plastik tau..dia macam tiub-tiub, pastu kita kena cantum-cantum dia sampai jadik bentuk gitu (ada jual yang bentuk love jugak).....
Sebab dia daripada plastik so janganlah espect dia boleh berdiri tegak bila dah letak belon (platform dia tu kita kena isi air untuk nak bagi dia stabil..tapi kalau dia tumbang jugak, korang kena letaklah pemberat apa-apa faham?)......
Macam yang kitaorang punya ni, dia senget sikit sebab yang belon belah kanan atas tu dia berat...so kalau korang reti, masa letak belon tu korang adjust le saiz belon tu semua sampai benda tu tak senget (bagi balance ye)....
Cara nak attached belon tu semua pulak senang je..dah tiup belon tu, dah cantum dua atau 4 belon sekali seikat, pastu korang cantum-cantum jek kat batang frame tu...
Ala..cara dia macam pusing-pusing selit jek Uolls (gi search kat YouTube le korang lagi senang nak faham)....
Tapi biasalah, tangan tak berbedung macam Me nih masa membuat tu memang rasa jenuh jugaklah (sebab kepala kata gini, tapi tangan tak mengikut hahaha stresss).....
Belon bentuk 3 tu pulak tak sangka Me beli tu saiz dia muat-muat ring tu okeh....(memang Makcik main beli jek janji nombor 3 pastu janji warna putih jek, pastu kononnya nanti kita lekat or letak or selitlah jelah nanti kat mana-mana gitu)...
Tapi rezeki...elok masa nak buat nih dah tengok eh muat eh mehlah kita selit kat tengah tengah jeee..gitu....(tu pun nak menampalnya boleh tahan takut nak tercabut..so kita guna selotip jek, kita solotip jek keliling tu, main lilit-lilit selotip tu kat belon n ring tu jek (kalau tengok betul-betul macam tak senonoh..tapi dalam gambar tak nampak pon khennnn..sebab selotip tu transparent....janji jadii...kita yang buat dia khenn)....
Yang bear tu pulak Me saja buat tambah-tambah perasa gitu...pastu yang lampu kecik-kecik tu OT la yang tambah lagi bagi berseri..itu jek...
Kalau tanya kos?yang untuk Adik ni mungkin kurang dari RM20 rasanya...ni Me beli sikit-sikit Uolls..ikut kedai mana yang available..(cuma bila kumpul-kumpul apa yang Me beli termasuk yang kat pelamin Adik nih adalah nak RM70 jugaklah habis hehehe..biasalah...satu kedai Me beli itulah inilah, campur postage dah jadik lebih kurang RM18.++, pastu beli kat kedai lain..dah jadik lebih kurang RM25.++...beli kedai lagik satu dah jadi lebih kurang RM22.++...tak kena kumpul-kumpul jadik RM70?huhuhu).....
Tapi takpe..yang lain-lain tu stok bila nak buat birthday orang lain pulak...jadilah Uolls...nak beli hadiah tak mampu, so kita bagi yang birthday tu happy n rasa meriah bila ramai-ramai tu kan...happykan orang kan (memory remains kan...gituuu)....
Sekian...
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....