Search This Blog

Friday, August 26, 2022

Perkembangan My Nakhil M (3 years old and 18 days)

Assalamualaikum..hi semua...





My 3 years old son, Nakhil (bulan Ogos baru genap 3 tahun)....
Random pasal Nakhil sekarang nih: 



😍 Nak genap 3 tahun haritu Nakhil dah boleh sebut Mama dan Babah (kemain lagik, siap panggil tu siap pointed jari telunjuk dia tu kat kita okeh hehe)...perasaan Me haruslah terharu dan sebak Uolls...syukur Ya ALLAH...
Punyalah lama sangat nak dengar anak panggil Mama kan...padahal dari lahir lagi Me dah dok ajar Nakhil..doklah ulang-ulang "Ma Maa...Mama" kat dia ye..(tapi tulah, dulu Opah selalu cakap, ishhh kecik lagi dah beria ajar..dah pulak)....
Ditakdirkan pulak Nakhil ada masalah bercakap (speech delayed), dah rasa macam alamakkkk....pastu rasa sedihlah jugak...kenapa Anak aku panggil Mama pun tak reti kan?dah jadik risau, apalah masalah dia kan...bila macam tu, memang kita laju-laju bagitau doctor masa appointment...tu yang sekarang ni Nakhil dah ada appointment dengan pakar kat Klinik Paedeatric (PAED)....

😍Tu Mama...Abah pun Nakhil baru reti nak panggil...pastu Nakhil tak panggil Babah dia Babah ye...Nakhil panggil Abah dia "Daddy" (bila sebut tu siap slang British terus Uolls..ikut Peppa Pig/Mr Padinggton punya sebutan)..hahaha meluat orang lain dengar nak oiii (sebab tak berpadanan betul dengan orangnya 😂).....
Puaslah Me dengan OT dok ajar..Babah...Abahh...memang Adik is sebut je balik Abah or Babah masa kita ajar tu..tapi tetaplah lepas tu Adik panggil Abah dia Daddy...(pengaruh Youtube/TV kuat sangat nih)....

😍FYI, Nakhil ni ada masalah Speech Delayed...vocab dia tersangatlah kurang ye..
Hampir takde vocab lansung masa dia umur setahun dulu....
Cuma masa umur setahun dia just reti sebut adalah "Air" (bila nak air)..itu sahaja...so memang Me n OT risaulah kan...
Dahlah kalau ikutkan perkembangan yang normal, umur setahun dah boleh sebut satu patah perkataan (contoh: Abah, Mama, Opah, Nak, Tidur, Susu, air etc), dua tahun dah boleh sebut dua patah perkataan bersambung (contohnya: nak makan, nak air, nak susu, minum susu, etc.) dan seterusnya (vocab akan bertambah ikut umur Uolls)...so bila Nakhil tak start apa-apa memang risau sangat di situ...
Tapi bila makin hari (lagi-lagi bila baruuu je jumpa doktor pakar), dah makin ada perkataan baru yang Nakhil boleh sebut memang kitoarang happy (selalunya kita tak ajar pun...semua tu datang sendiri..belajar dari gadget Uolls...sejenis kita ajar dia lantakkan..dah gadget jugakle yang jadik cikgunya).......so kita jadi lega...lega sikittt la Uolls..tapi still risau (tu yang kita nak refer kat doctor PAED jugak tu)....

😍Macam sekarang ni banyak perkataan baru yang Nakhil dah boleh sebut (dia faham apa yang dia sebut ye..bukan random)...tapi tulah...dah reti cakap sikit-sikit, tapi 90% semuanya in English...
Mungkin sebab dia banyak terdedah dengan medium yang kebanyakkan in English la tu kot kan..macam tengok BabyTV, pastu tengok cartoon kat YouTube (kitaorang bagi tengok cartoon yang berpadanan dengan umur semasa dia ye)....
Bila macam tu dah lintang pukang jugaklah Mama n Abah nak bercakap ye hahaha...sebab kebanyakkan arahan Nakhil tak berapa faham bila kita sebut in Malay gituuu...serius celop benar ko Nakk..
Jadinya, sebelum korang kecam...jangale korang meluat kalau ternampak Iolls or OT bercakap dengan Anak in English (dah le English dua-dua kelaut dalam jugaklah hahahaha..memang belasah habis dah ni okeh...takat basic boleh...kalau lebih-lebih sangat sudahnya memang jadi "adik..go to Tidur" hahahaha)....

😍Nakhil masa umur dia 2 tahun lebih, dia dah reti sebut dan baca A to Z, 1 to 10, colors n shapes (ni pun semua in English)..
Lepas tu nii semua dia tau satu-satu ye..bukan sekaligus..macam minggu ni dia reti 1 to 10, pastu A to Z..next week or 2 weeks dia reti colors dan seterusnya...
Mula-mula masa dia sebut 1 to 10 tu kita ingatkan dia kenal sebab itulah turutannya ye (ingat dia hafal jek)..tapi takkk..dia kenal walapun numbers tu semua tu in random (count down pun dia reti okeh...nak menangeh Mama ko nakkk..mau tak kan, dahle kita tak mengajar pun huhuhu).....macam sekarang ni dia dah recognized sikit-sikit 10-20 (ni kadang-kadang Me boleh dengar dia sebut hehe).....
A to Z pun sama, mula-mula Adik is tau sebut dan kenal A to Z (in capital letters), ni sebelum birthday dia haritu Me dengar dia baca (baca random kat mana-mana yang dia nampak) huruf a to z (huruf kecik pulak Uolls)...dia dah boleh eja dah Uolls (eja ikut huruf jela..bunyikkan dia tak reti lagi)...

😍Sekarang ni dah banyak perkataan lain yang Nakhil dah boleh sebut (recognized dan faham)...macam body parts (dah tau mana satu mata, tangan, kaki etc), animals (tau bunyi binatang tu sekali), jenis kenderaan (car, truck, ambulance, fire truck, ice cream truck etc.)
Ada lagi perkataan lain yang dia dah reti...pastu dia dah reti express macamana kalau sakit (over ko, kadang-kadang kalau sakit memang dia akan cakap Ouchh gitu hahaha..Ouch with meaning dah dikira satu perkataan ye Uolls)..
Dia jugak dah reti guna perkataan Oh dear (ikut Mr Paddington okeh hahaha), pastu dah reti dah nak sebut 2-3 patah perkataan sekaligus macam here you go..here we go..Oh No..(ni dah macam UsuHaneng kecik-kecik dulu nih ye...dulu Mijon cakap UsuHaneng dulu Disney Channel sangat!😂)...kira dah banyak jugaklah perkataan yang di reti..syukurrr...(ni elok kelmarin dia siap gi kat Me n OT pastu hugs n cakap "i love you Mama"..pastu gi kat OT pulak cakap "I love you Daddy"...Allahuakbarrr (menangis OT ye Uolls..Mama nangis dalam hati jek huhuhu)...Pastu masa nak tidur tu dia tengok OT tidur senyap (OT dah lelap dah Uolls..kitoarng dua jek dok galok-galok lagik hahaha)...Nakhil dok kejut-kejut Abah dia then cakap "are you Ok?"...gagap-gagap Uolls..tapi kita faham sebab dia sebut dua tigak kali huhu...😍😭

😍Eh kalau nyanyi n humming tu jangan..tu umur setahun lebih dia dah reti (dulu dia nyanyi style dia la..bunyi tu kita tau dia nyanyi lagu yang mana gitu, sekarang dah ada butir sikit apa yang dia nyanyi hehehe)....

😍Dari segi kemahiran social...ni memang dari kecik lagi Nakhil is pandai jek main dengan kawan-kawan sebaya (tak sebaya pun dia belasah jek)...
Cuma teringat masa baru lepas habis PKP yang kedua tu dulu (masa tu dia dah umur setahun lebih gitu) dia menangis histeria okeh (larik sambil menjerit nangis ko hahaha) sebab nampak orang masuk rumah reramai (hahaha kesian..jakun dia tak pernah tengok ramai-ramai gitu dalam rumah)...tapi tu sekejab jek..elok lepas tu kemahin ramah le dia...

😍FYI, Nakhil ni dari kecik ramah ye...jenis masa baby lagik kalau nampak sesapa memang dia suka tegur orang guna bahasa baby dia ye...(ni sebelum PKP first tu la).....
Macam sekarang pun ramah dia tu still ada, cuma malu bila dengan orang dewasa..dah reti segan-segan gitu hihihi (kalau mood dia tak OK dia lantakkan jugak ye..boss kan..ikut sukati dia la hahaha)......
Macam haritu bila dia nampak budak lain main kat playground eh kemain dia hello-hello hi hi kan bebudak tu hahaha (Abah sangat ko Nak..kalau Mama takat senyum sikit tak pun angguk kepala je sudah)....

😍Tapi satu jek, sejak dia dah nak 3 tahun haritu disebabkan dia tak pandai bercakap so dia jenis cepat sentap (start le nak merajuklah, nak mengamuk la)..
Satu, mungkin sebab dia tak reti nak express (nak bagitau) kat kita apa masalah dia kan..mungkin dia frust sebab kita tak faham apa yang dia nak pun iyalah kan.....
Tapi Alhamdulillah..dia punya merajuk/mengamuk selalunya sekejab jek..kita pujuk dia OK terus (kadang-kadang je tak OK Uolls..memang Me or OT boleh bertukar jadik hijo okehh...)...

😍Nakhil walaupun dia kan ada speech delayed, tapi dia faham apa arahan kita ye. 
Ni memang dari kecik dulu...macamana budak umur dia faham, dia pun faham...kecik lagi dah faham apa itu "NO" (kalau No dia tau dah benda tu tak boleh)...kalau kita bagi arahan suruh buat itu or ini pun dia faham (tapi kebanyakkannya kena in English..kalau kita cakap bahasa Melayu jarang dia nak respond..tak ke sabar jelah tu?)......

😍Cuma bab panggil dia tu dia tak berapa nak layan ye...kalau kita panggil dia dekat-dekat selalunya dia akan pandang sekali pastu dia lantakkan jek kita..(tak pun dia buat-buat tak dengar camtu..siap buat pekak pulak tu huhuhu)..tapi satu jek...bila dia kat luar..kita kat dalam bilik..cer panggil Nakhilllll...eh lajuk je dia berlarik gi kat kita ye (ko takut reti pulak ko datang kan?)...lagi-lagi kalau dia dalam kolam dia dalam bilik air tu, Me ni dari kejauhan just cakap "Nakhilll..Ok tak tu?..eh laju je dia keluar dari kolam pastu berdiri kat pintu bilik air sambil macam nak tanya Me Iya napa Mama?? gitu (hahaha..Abah pantang betul kalau Me panggil Nakhil kalau dia tengah dalam kolam mandi dia tu ye hihihi)...
So ni yang macam ko ni respond kita bercakap dengan ko ke tak kalau macam ni? (ni salah satu perkembangan penting kita kena tau jugak ye Uolls)....

😍Kalau permainan tu lagilah..tu tak payah diajar...tau le dia nak main..kuat berangan pun dah tentu hahaha...


Ni semua mana yang Me ingat nak letak sini la ye..ada lagi yang Me tak ingat...
Ni semua pun kebanyakkanya adalah jawapan dari soalan Doktor Pakar ye Uolls...benda simple, tapi sebagai MakBapak kita kena kena alert tau (lagi-lagi kalau anak ada problem kan)..
Anak memasing tak sama okeh...perkembangan memasing pun tak sama...ada yang cepat pandai itu ini, anak kita tak pandai or lambat, ada anak kita pandai cepat itu ini, anak orang lain tak pandai lagi or lambat...lain-lain Uolls..so tak payah nak banding-bandingkan ye...
Cumanya apa-apa just kita kena alert lebih sikit la ye......bila rasa macam tak OK kita cepat-cepat refer kat doktor...jangan asyik nak takpe..takpe..nanti-nanti pulak (jangan indeniel..cuba jangan indenial gitu)..
Macam Nakhil..kalau ikutkan apa yang OT dan Me tengok, 99% dia sama jek dengan bebudak/anak orang lain ye...perkembangan dia dari kecik pun elok je semua (berjalan cepat.sebelum 1 tahun dah berjalan...lepas tu sebelum setahun dah reti bukak baju n seluar sendiri, faham jek apa yang kita cakap/arahkan..faham kita marah/tak suka/tak boleh...tau main dengan kawan-kawan or orang lain...permainan pun tau nak mainkan macamana...etc etc)...cuma bila dia start tak reti bercakap ikut umur dia yang sepatutnya tu yang kita jadi kena refer kat doktor jugak...tak boleh nak tunggu dah...
Apapun semoga Nakhil jadi insan yang sihat sempurna fizikal dan mentalnya...semoga Nakhil jugak jadi anak yang soleh, dan berguna kepada negara, bangsa dan agama..Aamiin...











Nakhil M yang chicky...
Dia nih kalau tengok macam lembek-lembek je...mungkin sebab muka tu macam lembut sikit kan..tapi ko cuba bagi dia kuis ko sikit, memang terlingkup la ko hahaha...serius anak Iolls ni ganaih okehhh...tangan kuat (lelaki kan)..pastu kalau main uihhh memang kena perati betul-betul oiiii...kang menjonkit boleh tahan jugak nih tau....(cuma satu jek dia nih..dari kecik kalau nak terjatuh uiii dia punya protect diri sendiri memang reti...laju je tangan tahan ko..kelako tengok)....tapi walapun camtu tetaplah Mama n Abah overprotected Uolls...(nak buek camno khennnn hehehe)....



Bersambung..





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...