Search This Blog

Monday, July 10, 2023

5 -6 Julai 2023 (Rabu dan Khamis)

Assalamualaikum..hi semua...







Beli petang hari Isnin rasanya nih...tapi makan pagi Rabu...tu yang naik lebam rupa buah jambu tu😅...













Budak tak baik-baik demam hari Rabu yang lepas...
OT hari Selasa dah cuti jaga anak kan, pastu Rabu tu bangun pagi-pagi dah OT kata dia sakit kepala...
Sakit kepala yang sampai mata tak boleh bukak tu Uolls...dahlah tu dalam bilik beraircond sejuk tu boleh pulak berpeluh-peluh kepala OT Uolls huhu....
Tu pun Me urut sikit barulah OT boleh tidur (rupa-rupanya malam tu OT tak dapat nak tidur katanya kepala dia rasa melayang-layang, tapi bila cuba tidur dia tak boleh nak tidur)....pastu dah bangun tidur pulak OT kata badan dia dah rasa lain macam..hidung n tekak pun dah lain huhu....
Me pulak kat opis dah rasa tak berapa nak sihat jugak pulak (sakit belakang jadik balik Uolls..tengah duduk pun dia punya sakit makin lama makin sakit pulak)....so tengah hari time lunch tu Me balik rumah....
Then lepas dah solat zuhur tu kita ke klinik beramai-ramai....













Tak sihat (still demam, selsema dan batuk ada lagi)....tapi dia punya aktifff..adoilaa...
Haritu Adik n OT kena buat swab test....Alhamdulillah untuk Influenza (A&B) dan Covid19, dua-dua orang pun resultnya negative...
Nasib baiklah doktor haritu jenis baik, reti melayan..kalau tak😓...
Nasib baik jugak bila doktor bagi arahan itu ini dia buat ye (dalam berjongkit satu klinik tu)...faham jek ha..(Mama ingatkan dia tak faham😅).....
Bukan apa..Mama kadang-kadang tu susah nak faham anak sendirik Uolls😆..
Maklumlah, sorang kan ada keturunan jawa (Me la tu), sorang lagi anak omputeh sesat (Adikla)😅...
Mama dah biasa dari kecik berborak guna bahasa Melayu (campur cakap english pun sikit-sikit jek), sekali dapat anak (sorang jek pon), dia punya sembang tu (cakap fully omputeh kan) tu yang kadang-kadang buat Mama macam eh reti/faham pulak dia rupa-rupanya😅..gituuu......
Serius, kadang-kadang payah nak twist lidah n nak tune otak nak bagi faham perkataan inggeris nih ye...lagi-lagi bila dah makin tua nih..
Dulu lain...sampaikan Me pernah terfikir tau..eh dulu masa belajar kat ITM n UiTM kemahin lagi aku dok goreng hari-hari kena cakap/tulis omputeh ye..ha boleh pulak kann😅...
Iya Uolls...masa tu lecturer ajar pun fully in english kecuali subjek tamadun Islam tu je..
Pastu tu semua benda dari presentation, assignment, test, exam semua tu pun in english jugak...
Cuba sekarang? ni kadang-kadang nak menyebut benda simple pun terpeleot ye lidah😂...
Anak pulak lambat bercakap..bila dah start bercakap tu dia lagi prefer bercakap bahasa inggeris pulak...bila camtu kita ingatkan dia cakap pun gitu-gitu jeklah (tak tau nak aspek dia camne).....sekali makin lama tak sangka pulak dia makin tau/faham banyak vocab (makin improve banyak)...so dah Mama n Daddy pulak kena ikut rentak dia pulak....(tak memasal gitu semua orang pun terbabit😁)...
Memang kadang-kadang tu selalunya jadik macam eh reti ye Anak aku?..ha gituuu (jakuns sekejab Mama hahaha)....










Bagi chance dia duduk belakang sekejab  petang tu...
Ni sebab hujan lebat masa kitaorang dalam klinik tu..so dah habis urusan kat klinik tu kita masukkan jek dia laju-laju kat seat belakang ....












Adik dah makan Chicken Nuggets n Fries dia...yang kitaorang pulak takkan tak makan?😅
Balik tu gerak terus balik rumah terus..tapi tulah,  hujan lebat lah pulak...so tunggulah dulu....
Memang kena tunggu kat situ jugak Uolls...sebab kalau hujan lebat memang susah nak melintas ke blok rumah...
Ni hujan dah reda ingatkan nak naik atas, tapi tak, teruslah kitoarang ke foodtruck selalu tu😁....
Alhamdulillah kenyang perut petang tu share makan Keow Teow Goreng Mamak....











Malam kita makan lauk mamak jugak hihihi....
Petang tu lepas makan kitoarang bergerak ke kedai mamak selalu untuk tapau lauk dinner......
Simple jek..memang jenis payah nak ada lauk sayur kan?iya..memang jarang sangat, sebab tau nanti tak habis....
Ni pun ayam tu tak habis ye...adoila..
Ayam dua ketul jek pon (dah siap potong pastu Me goreng sekejab balik semula)....jenis kalau tak membazir tu bukan kitoang la ponnn kannn😑...
Adik Daddy dia belikan Nasi Beryani pun dia taknak makan Uolls...tah kenapa tak sejak dua menjak ni payah betullah nak makan nasik..last dia makan nasik masa Raya Haji tu jek Uolls..lama dah...










Dah makan ubat cair kahak barulah Adik makin OK (tapi memang Adik asyik tidur jelah dia).......
Demam still sama je...cuma tang batuk-batuk tu dah kurang terus....leganya.....













Minggu lepas tu cuaca dah start hujan kan petang-petang?Alhamdulillah...
So pepagi merasalah tengok kabus balik...













Tapau dari gerai akak kat apartment depan rumah...
Nampak tak paru tu sama banyak dengan Mihun😅...berbaloilah dengan harga dia RM7.50 tu kan...



Sekian





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...