Assalamualaikum..hi semua...
Biasa la Me, memang suka jek hari-hari dok browse browse Shoppe (padahal takde carik apapun tau)......kadang-kadang tu relax jek, walapun dalam hati eh nak belik lah..tapi nasib baiklah dalam hati jek terasa nak beli😁..so skip yang tu...
Tapi kalau tiba-tiba mood nak membeli tu sampai, dah semua benda pun Me nak belik Uolls (merapu-rapu boleh tahan pulak tu kadang-kadang tu hahaha)........
Tapi kalau tiba-tiba mood nak membeli tu sampai, dah semua benda pun Me nak belik Uolls (merapu-rapu boleh tahan pulak tu kadang-kadang tu hahaha)........
Ni haritu lah nih ha...ternampak ada rupa-rupanya orang jual mangga muda fresh kat Shoppee ye?(masa tu sebenarnya Me gatal dok tengok orang jual petai fresh dari pokok tu Uolls...tengah tengok eh terselit jugak orang jual mangga muda jenis yang Me suka)....so Me orderlah..
Sikit jek Me beli sebabnya nak try test gitu....
Tau-tau sampai.....tapi tulah, bukak bukak jek frust okeh....
Sekali bila belek yang lain-lain tu alamakkkkkk....kenapalah seller bagi yang pecah-pecah n yang jatuh kat tanah (nampaklah bekas pecah kalau kena pasir batu kecik-kecik tu).....dahlah tu ada yang kecik betul dia bagik...
Sampai hati kan?...
Malas nak cakap apa😶.....
Me ni macam "ketagihan" makan Kebab/Shawarma kan....so sajalah Me try carik sos dia tu...sekali ada jual yeee (tak payahlah nak buat sendirik)....memang ajuk jek Me order....(best la sebab nanti boleh buat cicah kalau makan dengan apa-apa)....
Ni RM11.++ satu...400gram...kira besar jugak botol ni...
Sos nih dah sampai, Me rasalah...tapi dah kenapa lain?bland betul rasa dia (takde pun rasa garlic?)...frust okehhhh...
Padahal kat reviews kemain ada yang cakap rasa dia sebijik macam makan sos kebab/shawarma kedai arab tauu...
Nak kata expiry date dia nak dekat or dah expired, tak punn..kemain lambat lagi expiry date dia ye...
So nanti macam nak buat sendiriklah....
Korang boleh Google "Toum" atau "Garlic Sauce" ye.....bahan-bahan n cara nak buat pun simple jek Uolls.......(tapi tulah, Me la, keyakinan diri nak mencuba tu yang tak berapa nak ada..tu yang beli..sekali alamakkk)......
Kalini beli 4 biji jek..
Ni beli lagi sebab ada projek Me nak buat gitu..kalau dah jadik Me tunjuk ye😁
Seluar Pelikat Adik...
Ni Me repeat beli..jadiklah 2 helai jek..
Kalini beli size M, pastu baru perasan, kalau size M dapat yang memang betul-betul guna kain pelikat Uolls (cuma bukan jenis kain pelikat tebal tu tau)....
Best seluar nih...Me tengok Adik pakai pun selesa jek...pastu kalau nak gi mana-mana pun takdelah rupa apa jek kan...helokkk😁...
Sekian eh
Dulu Ahnaff kecik² pun selalu belikan dia seluar pelikat tu. If pegi pantai timur, belikan 1 set dengan baju tu. Memang suka nengok bebudak pakai seluar pelekat. Comel gitu. Hihihi
ReplyDeleteUiii, kecur ailio tengok mangga tu. Tu jenis mangga telur ke?
Jauh beli tu Jaja hehe...tapi memang betul..elok comel semenggah jek kan hihi....Iya, Mangga Telur..payah sikit nak dapat kat sini, nasib-nasib jek kalau ada jual pun...
Deletebaru ingat nak beli garlic sauce tu...nasib baik baca review awak line by line
ReplyDeleteTulah Ammi..sauce tu rasa garlic dia terlalu mild la
Delete