Search This Blog

Thursday, March 20, 2025

10 March 2025...

Assalamualaikum..hi semua...






Kisah berbuka hari Isnin minggu lepas...
Petang dalam pukul 6.30pm kitoarang bergerak ke Lotus, Ara Damansara...
Petang tu dah janji dengan Dede nak berbuka kat The Chicken Rice Shop (TCRS)...so Dede tunggu kat sana dengan Kakak Pia (anak buah OT yang kebetulan ada dengan Dede masa tengah hari tu)....
Kitaorang berbuka kat luar ni gara-gara Nakhil tiba-tiba masa nak berbuka hari Ahad tu (yang Me masak Ikan Pari Bakar Sambal) dia mintak nak makan at Chicken Rice Shop UOlls😅(ni taktaulah siapa yang ajar dia nama kedai okeh..Daddy dia kot😅)....tiba-tiba mintak Uolls..
Elok masa nak berbuka tu ye dia ajak makan...so memang takdelah kan..Mama dah masak pulak tu...dahlah tu kalau pergi selepas berbuka lagilah kelam kabut jadiknya...
Dah camtu kita decided bawak je Adik makan hari esoknya (Isnin tu).....nasib baik Adik OK je bila kitoarng kata later tu.....










Dede dah booking sesiap, then dah orderkan apa yang nak dimakan jugak...
Cumanya masa berbuka tu still staff situ kelam kabut nak serve Uolls..tapi takpela..orang memang tak ramai (kedai pun tak sesak pun), tapi sebab masa makan kan dalam satu masa yang sama kan..so kita faham...
Ni penuh semeja makanan (ada lagi pinggan mangkuk kat belah kanan meja jugak)..tapi masa tu Me memang tak sempat nak amik gambar..lagi-lagi masa makanan dah start sampai..duduk menunggu makanan sampai..satu-satu makanan sampai, pastu dah kelam kabut pulak nak melayan Anak....
Lupa...Adik kan haritu dia makan 2 mangkuk Nasi ye...tupun dia mintak nak lagi ye...tapi memang takdelah nak bagi lagi..meletup pulak perut tu kan😂..
Iya Uolls...kemain selera betull dia kan....kalau dia mintak tu maknanya memang dia betul-betul nak makan Uolls...tu yang jadi tak sampai hati kalau dia mintak nak makan apa...kitanya cuba carik jugak (walapun kadang-kadang tu lambat sikitla huhu).....











Makan laju-laju jek Uolls..mengejar masa kan...
Ni dah settle dah semua..so nak balik rumah dah...
Lupaa..tadi sampai awal ye...dari rumah tak sampai 10 minit dah sampai Lotus (punyalah jalan clear ye..amazing sungguh ye)...sebab banyak lagi masa kan...so kitoarang masuk ke bahagian supermarket dia dulu..so belilah barang-barang serba sikit..elok habis beli tak sampai 10 minit dah berbuka dah...takdelah rasa menunggu tu lama sangat kan....












OTW balik tu mintak OT tapaukan Air Teh Ais bungkus ikat tepi kat kedai mamak selalu tu (ni kat Mamak Thaj, kat Thaj yang cawangan nih memang Teh Ais dia sedap sungguh hihi)....


Sekian...







8 comments:

  1. Dulu, masa kat Diploma... Teh Ais paling akak suka.....lepas tu sekarang sesekali je minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak memang all time fav Teh Ais...kalau boleh nak minum hari-hari...tapi samalah, sekarang sesekali jelah saya minum Teh Ais...

      Delete
  2. Mujur la tak ramai orang, ke sebab hari kerja jadi tak ramai orang. Tapi oklah bila dah order sesiap kan jadi tidak la lama menunggu.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Dana...nasib baik tak ramai orang..kalau tak mau lepas dah Maghrib lah dapat berbuka...

    ReplyDelete
  4. Yalaaah, kalo anak saya picky makan, sekalinya dia minta pasti saya usahakan juga, jarang2 dia nak makan dengan keinginan sendiri 😄. Sampai habis 2 piring, berarti sukaaa sangat adik yaa 👍. Pasti sedap 😉

    ReplyDelete
  5. Iya Fanny, tak sampai hati kan..laju² cuba tunaikan juga...
    Betul, sampai bertambah² makan dia memang dia suka sangat² hihi

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Macamana rupa dia tu, camtulah rasanya Lady..memang kick hihi

      Delete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...