Pagi tadi dapat order daging untuk stok rumah..
Elok dalam pukul 6.30am camtu tengok kat bahagian Grab (Mart)..eh Pasar Besar TTDI dah open order la...so terus Me order ye, tak tunggu-tunggu lagi dah..
FYI, Me kalau beli daging sejak dah pindah rumah memang beli dari Pasar TTDI..lagipun masa awal pindah tu, itu je pasar pagi yang bukak kat Grab...so dah dah biasa beli kat situ gitu....
Pasar TTDI tu kalau busy, dia on off ye bukak tutup order..ada Me pernah laju-laju select barang add to cart, dah nak habis add to chart tu sekali dia off order😌..frust okeh..kitanya berkobar-kobar laju-laju nak beli sekian-sekian, sekali hujung tak dapat nak beli...
Ni kan Me beli bahagian batang pinang (tenderloin) 500gram+500gram..tapi Me saja try test beli yang frozen..sebabnya dah banyak kali jugak Me beli yang fresh (terderloin jugak) tapi dapat yang half beku (ada sekali dapat yang 70% beku pun ada)..
Sekali dapat yang frozen tadi tu laaa sama je sebijik macam yang fresh Me order selalu tu (boleh?)...
So selepas ni Me beli jelah yang frozen je kan, dahla murah RM10 bila beli sekilogram..
Cuma, nampak tak dia bagi bahagian yang urat besar tu?kat situ kot jadi murah sikit (kemain tebal orang tu bagi yang urat liat kan, takdenya dibersihkan kan, sampai hatiii)...
Tapiii..ada je Me beli daging fresh bahagian batang pinang dari gerai ni dapat berurat² jugak ye..
Bagi Me pelik ye, sebab selama hidup Me kalau kat rumah Mak tu yang jual daging (PakSu We n anak-anak) jenis kalau masa timbang tu diaorang akan siangkan (potong elok-elok) bagi bahagian yang betul-betul daging je tau..so daging yang kitaorg dapat memang semata-mata daging takda urat langsung (tak kira la bahagian tenderloin ke tak)..beli memang tak payah dah nak siang² bagai urat-urat tu, tinggal nak potong-potong ikut kita nak macamana je nanti...
Ni bila dah duduk jauh ni Me dah 2 kali Me beli daging dari tempat lain-lain yang jenis yang Me kena bersihkan urat-urat liat tu sendiri (jenis memang penjual timbang jek sekali yang urat-urat melekat kat daging tu..sampaikan ada sekali tu Me dapat daging liat tu kemain banyak ye Me kumpul bila habis Me potong untuk masak)..
Kat tempat korang macam ni jugak ke?
Malam tadi dapat macam-macam dari Kak Ain n Kak Yang (biras Me)..
Ni Kak Yang bagi...
Ni pulak Dede bagi...
Dede bagi jugak Nasi Lemak lauk Telur Mata 3 packs...
Alhamdulillah...
Sekian eh...
Alhamdulillah rezeki...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSelalunya suami akak beratur kat adik yang jual daging lembu ni. Dia ada ladang lembu jadi dia yang jual sendiri produk dia. Katanya pagi2 lagi dia dah sembelih dan lapah lembu kemudian bawa kat gerai berdekatan rumah. Jadi, suami akak beratur pagi2 lagi sebelum gerai buka dan beli batang pinang. Alhamdulilah....batang pinang ni senang betul nak potong dan lembut bila makan. Gerai dia juga jual pisang 40 hari @ pisang lemak manis.
ReplyDeleteOo untunglah Kak Ezna..
DeleteYang PakSu We yang meniaga daging lembu kat rumah Mak saya tu pun ada ladang lembu sendiri, memang setiap kali dia menjual tu daging tu dari lembu dia sendiri n baru sembelih..
Memang kalau beli kat PakSu We dulu kalau kata daging lembu batang pinang memang Mak saya dapat daging yang jenis lembut betulll..nak potong pun senang je...apatah lagi masak kan...
Tapi saya tak pasti lah kenapa yang kat tempat saya beli (pasar TTDI) daging batang pinang dia berurat-urat...
Cuma walapun berurat-urat tapi bila masak sebijik macam batang pinang juga..tu yang saya repeat je order kat tempat yang sama...
Ooo..kat situ la Kak Ezna beli pisang 40 hari tu ye...kiranya senang la Kak Ezna nak beli...