Search This Blog

Tuesday, January 14, 2025

Kesian Adik..

Assalamualaikum..hi semua..




Pagi ini sepatutnya Adik ada rombongan sekolah ke Zoo di Taman Botani, Shah Alam..
Me dah amik cuti sebab niatnya nak join sekali rombongan Adik tu, bolehla sambil-sambil tolong sekolah tu sambil-sambil tengok anak sekali..
Tapi tulah, malam tadi tiga² orang tumpas Uolls..
OT yang memang tengah demam+selsema+batuk makin tak kurang, tak boleh tidur sebab batuk² brerkahak dia non-stop (OT dah g klinik semalam, boleh pulak doktor kata OK je..peliknya doktor..yg OT k*h*k hijau tu apa?ke nak kena tunjuk kat doktor?😶.. 
Me pun dah start makan Paracetamol dah dari pagi semalam (Me dah start balik batuk² gatal tekak Uolls)..pastu Me dah start demam...
Yang Adik pulak dari semalam dah demam on off, n makan ubat ok, pastu dah sejam dua selepas time kesan ubat habis (ingatkan dah sihat) sekali tak..badan Adik panas balik..bila tidur tu hidung dia tersumbat pulak..
Dah macam tu, terpaksalah cancel plan pagi ni ke rombongan..
Me cuti jelah harini jaga diri ssndiri n anak kan..cuma OT terpaksa kerja jugaklah nampaknya..
Ada niat Me nak pergi klinik, tapi memikirkan nanti sia-sia..so takpelah..pakai jelah cuti yang Me dah mintak ni..
Iya Uolls..satu je, Me ni kalau demam dari kecik payah sikit nak dapat bacaan suhu timggi bila dah sampai klinik..selalunya kat rumah demam sangat dah ni (tahap dah baring je, lenguh-lenguh badan n mengigil-gigil tahan sejuk), tapi bila sampai klinik memang masa tunggu turn tu Me akan jadi berpeluh-peluh..last, nanti doktor kata Me demam sikit je..so doktor macam payah nak bagi MC (ragu-ragu nak bagi MC)..kalau dapat MC pun selalunya mesti macam Me ni tipu kata demam ye (sedih n sakit hati tau)..
Pastu balik rumah, yang tadi macam sihat je depan doktor (kat klinik), terus demam teruk balik ye...
Serius, penat okehhh nak buktikan diri ni tak sihat/demam (deserve MC)..dahla tu kebanyakkan masa Me demam selalunya 2-3 hari, so dah camtu kalau dapat MC (selalunya sehari), kita amik jelah cuti semdiri esoknya..nak buat macamana kan, dari mengabihkan masa, tenaga n duit Me (dahla tak sihat kan), nak kena drive g klinik pulak, so baik kita duduk jelah rumah makan ubat apa yg ada..
Ni kalau Me demam ye, kalau sakit sebab lain in sha Allah takde masalah nak dapat MC..tak ke stress Me jadinya bila Me demam?
Doakan Me sekeluarga sihat cepat, tak larat ulang² demam+selsema+batuk ni..
Ke nak kena sebarkan kat orang lain dulu, baru sakit kitaorang ni hilang hahaha (eh tak baiknyaa😅)





Monday, January 13, 2025

1 Januari 2025...

Assalamualaikum..hi semua...









Breakfast di tahun baru...Me masak Mihun Goreng...requested by my OT....
Bila dah request tu boleh je Me masakkan..cuma kenalah belikan bahan-bahan apa yang nak pakai kan..ada bahan-bahan, in sha Allah jadilah dia (kannnn).......
Lupaa...OT kerja haritu, kerja half-day...hari cuti am kan..so selalunya kedai/stall makan banyak yang tutup...so bila Me tanya nak masak apa untuk breakfast esoknya (hari new year tu)?, terus OT kata masakkan Mihun Goreng Yang......
Alhamdulillah...OT kata sedap Yang...hehehe...seronoknya kita kan....










Antara kudapan yang Me beli...
Bahaya bila terbrowse kat online shop kan...ada jek benda macam-macam teringin nak makan...(nilah salah satu nya ponnn)....
Setiap minggu ada jek kudapan Me beli..kadang-kadang ulang-ulang yang sama jek (sebab sedap)...kadang-kadang yang mana ternampak or terlintas nak makan....








Pukul 10am Me dah start masak untuk tengah hari...
Bila mood rajin nak masak ada, tapi nak masak lauk apa tu blurnyaaa....
Ni pun last minit Me decided nak masak Gulai Cili Padi Ikan Siakap...teringin dah lama (lagilah bila tengok Kak SA ada buat gini jugak)...so kita buattt...
Senang nak masak, pastu sekejab jek dah siap kan...so lagilah laju Me masak....












Anak Mama haritu lambat betul bangun....tapi takpelah..Adik is tak sihat, so selepas makan ubat kita bagi je Adik sambung tidur....
Seisi keluarga tak sihat Uolls...sorang-sorang ha demam+selsema+batuk....ni pun dah berpusing balik semua tu dari OT ke Me n Anak balik ye...dah tu sampai bila nak sihat betul nih?










3/4 bahagian ikan lagi Me goreng gini jek....
Ikan Siakap biasanya Me masak je sekor terus Uolls...malas nak simpan-simpang...kecuali kalau bahagian kepala tu Me ada niat nak buat kari..tu selalunya Me simpan/kumpul......








Haritu lauk kitaorang berasaskan Ikan Siakap jek...senang....sekor dapat buat kuah n goreng.....











Iya-iya kata teringin nak makan Ikan Siakap masak Gulai Cili Api..tapi bila time makan Me makan gini jek hehehe....
Petang lepas Asar kitoarang ke rumah Alang OT...so lauk pauk balance nih kita simpan jek dalam peti ais...esok boleh je makan balik....



Sekian....





Saturday, January 11, 2025

Surprise tak Jadi😅

Assalamualaikum..hi semua..




Punyalah beria-ia OT nak surprisekan Me tadi..tapi tak jadi sebab anak dok terbocorkan😆...
Ni kan tadi la ni..kisahnya lepas Maghrib tadi OT kata nak keluar sekejab, nak beli makanan Adik..so Okla..
Dipendekkan citer, masa OT balik tu, Me (ada Nakhil jugak) tengah nak tunggu azan Isyak kat dalam bilik..yang Nakhil pulak bila terdengar bunyi grill rumah, teruslah dia berlari ke depan nak tengok Daddy dia balik..
Lepas tu elok Nakhil masuk bilik balik..pastu beria2lah Nakhil cakap kat Me "there's birthday cakes for you Mama"..Me mula² blur jugak la..
Tapi bila sebab Nakhil ulang² tu Me baru ooo..Daddy dia la belikan tu..
Elok camtu, tau² OT bukak pintu..terus Daddy dia cakap ala Adik, kenapa bagitau Mama?🤣🤣🤣
Iya² je Daddy dia nak nyalakan lilin ye, punyala slow² bawak kek, sekali dah Adik bocorkan pulak hahahaha..dah tak jadi OT nak surprisekan okehh😂..
Ni amik gambar pun kek pun dah jatuh satu..nak angkat balik takut lagi hancur..so ini jelah😆...










Apapun thank you Abang😘😘😘..
Walaupun lambat sikit dapat makan kek, tapi ada jugak🥰..
Lupa, OT masa hari birthday Me dia tak sihat Uolls..2 hari demam, batuk n selsema (bergilir-gilir kitaorang bertiga berjangkit demam+selsema+batuk Uolls..sorang kena, jangkit kat sorang, pastu yg sorang dah makin baik, jangkit pulak kat sorang lagi)..
Ni alhamdulillah harini dah makin baik, syukur..







Suspek utama ni..
Padahal OT cakap masa kat depan dah pesan dah jangan bagitau Mama..suruh dia 🤫..dia pun kemain 🤫 jugak..sekali elok dia masuk bilik beria² bagitau Me jugak ye hahaha..memang budak kecik gini kan..dia punya tak boleh nak seal tu mulut kan😆..



Sekian







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...