Me ni kan syok sendiri harap maklum!...tiap-tiap kali bosan tu mulalah tangan ni dok gatal membukak segala folder gambar yang ada...
Bila bukak tu, confirm-confirm kang macam-macamlah pulak jumpanya...
Dan kali ni me jumpa gambar-gambar ni:
Segalaah sangat jajan masa me dan kengkawan pergi Cameron Highlands cuti Deepavali tahun lepas...
Iya kengkawan, gambar bulan 5 tahun lepas ni yea...jangan mare...hiihihihhihi
Time tu me beli ini, lolipop stawberi....yang cute sensangat...tapi bab cute sahaja ye, bab makan sila bagi kepada orang lain.....untuk me cuci mata sahaja sudah.....
Rasanya jugak ada lagi beberapa ketul lagi dalam peti ais tu,
Wafer Strawberi White Chocolate....beli sekotak sahaja...
Sedap ni, me sorang je belasah, orang lain tak heran...
Rumah me ni liat sikit nak makan benda-benda yang 'baru' cam gini..jakun kaedahnya....huhuhuhuhu
Strawberi cookies sekotak sahaja jugak....
Ni pulak, ada yang tak termakan....padahal beberapa ketul lah sangatt....
Ada jugak fridge magnet ni...
Ada 9 keping semuanya tapi ni je yang tertangkap....kesian yang lain tak dapat masuk gambo..hihihihik...
Nasib baiklah jugak 3 makanan kat atas tu adalah gambar semata-mata, kalau betul-betul mau dah ada rupa dah kan...memang tak sanggup i nak amik gambar dah....^_^
Dan time pergi Cameron ni seingat me, me banyak borong Jagung Mutiara (Ni tokei jagung yang kata mungkin sebab biji jagungnya putih sikit macam mutiara dan tak perlu direbus boleh terus makan...), bunga hidup sejambak, ubi untuk rebus, dengan sikit sayuran fresh dan t.shirt.......
p.s: Nanti kalau terjumpa lagi gambar-gambar lain yang tak terpublish me publish yek...jangan maree.....
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....