Nurse masa check mata haritu suruh me pergi ke Klinik Pakar Mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk amik appointment....
Macam untuk mata ni je me kena:
1-Check-up mata kat Poliklinik Komuniti Tanglin..
2-Dapat result ada problem kena amik surat rujukkan kat Klinik Kesihatan dotdot...
3-Dapat surat rujukkan tu ke HKL pulak untuk dapatakan tarikh appointment...
Panjang je kan...tapi what to do..buat jelah..nak mata sendiri selamat kan...
Haah, fyi, kali ni me ke HKL adalah semata-mata untuk dapatkan date untuk appointment sahaja...ye....hehehhe..(bunyi macam menyusahkan....tapi bagi me elok jugak tu..ala-ala salam perkenalan gitu...kang kalau tiba-tiba je kena ke HKL pastu terus kena buat rawatan sekian-sekian kang lagi haru tak tau apa-apa..so bila kena pergi sana semata-mata untuk dapatkan tarikh tu dah jadi macam introduction kat tempat tulah kan...setiap yang berlaku ada hikmahnya..tak gitu...?)
Dan disebabkan masa pergi Klinik Kesihatan dotdot tu nurse dah pesan kat me suruh pergi HKL tu amik date cepat-cepat, teruslah minggu lepas tu jugak berfikir dan decided untuk pergi pada petang hari Jumaat tu lepas lunch hour he..Jumaat kan lunch hournya panjang dan waktu kerjanya pendek, so daripada ofis me tertutup lama dihari lain baik me tutup je hari Jumaat petang tu...kiranya takdelah me buang masa kerja me tu over-over kan....?punyalah baik staff kan, siap ingat pasal kerja lagi tu walaupun nurse kata kena cepat-cepat.....huuuuuu
Tu pun hari jumaat tu me belasah je pergi dalam pukul 3 (janji tak sampai sana pukul 5 sudah sebab dah tutup)...
Macam biasa jugak, nak mencari parking kat sini haruslah sesat barat..iyalah tak master lagi kan....tapi takpe..nanti next time haruslah terel kan....hehehehe..
Dalam sesat-sesat tu ada parking....tupun kitaorang parking kat belah belakang kat tepi pintu masuk nak ke asrama jururawat nun (tepi padang)....Alhamdullilah....
So berjalan kakilah nak mencari klinik pakar tu.....huuuuu...
Sebelum ke HKL tu me dah bukak website HKL katanya klinik tu kat bangunan utama, so terus berjalan kaki ke sana...(lama tak exercise penat weihhh)....
Tapi bila sampai kat bangunan utama tu (kat area emergency tu) bila me tanya kat Polis Bantuan yang duduk kat meja tu katanya dah pindah ke bangunan baru....huuu...janganlah tempatnya pelik-pelik kan....
Nasib baiklah atas bantuan Encik dan Puan polis tu dia kata jalan kaki je ke depan sikit....(suggestion dioarang sebab kereta dah parking jauh kat belakang, kang patah balik amik kereta lagi haru nak cari parking bagai...)....
Elok seperti yang dikata..dihujung jalan nanti ada satu bangunan tinggi tulis sekian-sekian (dah lupalah tu kan kalau tulis sekian sekian tu..kikiki...)...
Masuk dalam terus ke reception tanya katanya kat tingkat 4....terus ke belakang (lift) naik atas.....
Mentang-mentang nak pergi specialist mata tetiba bergegar kan...kikikih!
Klinik Pakar Mata atau Klinik Oftalmologi.....
Gambar kat dalam tak amik pun..malu okeh....
Kat dalam tu nak mengambik tarikh je kan, tapi proses nak mendapatkannya berpusing-pusing masuk bilik itu bilik ini boleh tahanlah kan...
Mula-mula me pergi kat kaunter terus tanya pasal 'refer letter' tu dan pasal mintak tarikh appoitment, tapi terus disuruh ke bilik 3...
Dah kat bilik 3 tu kena tunggu kejab..ingatkan kenapa, rupanya kena suruh buat test mata...alaaa test yang tutup sebelah mata lepas tu baca huruf kat board berlampu tu...(macam korang pergi buat cermin mata tu da...)...
Masa tu macam pelik-pelik jugak, me ni nak mengambik appointment je, tapi apasal dah kena check pula ni...?..tapi belasah jelah buat....
Dah check tu (tapi takde pulak dia catit apa-apa pasal test mata tu) terus dia suruh pergi ke bilik 1...so masuk bilik nombor 1 (tak sempat masuk pun ada orang dah bukak pintu) terus hulur surat rujukkan tu kat staff situ...katanya tunggu dulu ye...
Elok me duduk tunggu tetiba je dia panggil balik (tak sampai 2 minit duduk pun)...elok je belum me sampai kat dia tu dia cakap "sakit toottottooott ke?"....
Wahwahwah..suara boleh tahan kuat pulak tu....habis satu tempat tu boleh dengar memang siut betul...malu okeh...bongoks punya orang...professionallah sikit..kalau betul pun nak tanya, boleh kot tunggu me sampai kat dia tu tanya proper-proper..ni tak..me belum lagi sampai kat dia dia dah "announce" gitu sekali..hohohoo....
Dah "cantik" dia punya tanya tu terus katanya pergi kat kaunter tu....(la motif tadi nak tanya penyakit tu kuat-kuat??)....
Nak tau kaunter tu tu kat mana??kaunter yang me pergi 1st-1st sekali tu okeh....adoihai sabar jelah....
So pergi kat kaunter tu lagi terus me cakap balik pasal nak dapatkan tarikh appoitment tu....haaa..elok pulak tu dia selak buku appoitment dia tu terus je tulis date kat surat appoitment me tu...boleh gitu???
Motip sangat me kena masuk 2 bilik sebelum tu kan...?haihoiiii.....sengal sangatsss....
Sebelum balik tu mintak time slip okeh....haruslah mintak, kalau tak cuti kena potong kan...
Minta tu boleh pulak nurse tu tanya "datang pukul berapa?"....
So dalam terkulat-kulat tu me jawablah "dari ofis pukul 3 tadi"...
Pastu katanya "tak, masa sampai klinik....?"...hoiii agak-agaklah kan...kalau datang klinik baru tak sampai 15 minit lalu kot...takkan ko nak tulis pukul 3.50 petang kot....
Pastu me jawablah.."ha..nak cari parking sesat tadi" pastu me pastu blur kejab........jawapan orang terkesima gitu, macam haroooommm.....dalam hati...haiii....malaslah nak cakap..ko tenyeh jelah apa-apa yang patut pun kan..janji ada time slip....
End-up dia tulis 3.00 petang sampai 4.15 petang....3.00 petang tu okehlah kan..time me keluar ofis, tapi part 4.15 petang tu sangatlah tak munasabah...fyi Cik Misi, masa dah balik tu me jejak kaki kat lobi klinik ni pun dah pukul 4.15 petang (tak puas hati punya pasal so rajin tengok jam..kehkehkeh), pastu jejak kaki kat parking kereta me tu dah pukul 4.30 petang...4.30 petang pun tak jejak pagar hospital lagi pun......agak-agaklah kot....(selalunya nurse kat time slip tu akan tulis pukul berapa kita keluar tu sekurang-kurangnya extra 30 minit hingga 1 jam untuk travel masuk balik ke ofis/rumah...tapi Cik Misi kali ni macam kijam pulak, takkanlah dari pukul 4 tu me zaass pukul 4.15 petang dah boleh sampai ofis...ayoyoyooo....)....lantaklah kan...macam me cakap tadi..janji me ada time slip....ofis cakap banyak kang, silalah orang-orang ofis pulak rasa pergi sana macamana yang me kena ni.....
Nilah bangunan barunya.....ni pun sempat amik gambar masa dah balik tu...masa ni pun dah pukul 4.20 lebih kurang....agak-agaklah kan nak menulis masa tu Cik misi oiii..........
Untuk pengetahuan semua, Klinik Pakar Mata kat HKL ni dulunya terletak di bangunan utama (kat area Emergency tu), tapi sekarang dah berpindah di bangunan baru tau....kat hujung nak keluar/masuk kat Jalan Pahang nun....
Bangunan bertingkat-tingkat ni sekarang ni memang khas untuk segala klinik pakar ....
Bangunan ni masih lagi di dalam HKL cuma terletak dihujung nun...rasanya kalau masuk ikut Jalan Pahang (dekat area Chow Kit tu) tapi korang takleh terus ke tepi ni (bangunan ni dari main entrance belah kanan)....so kena kekiri then pusing satu HKL pusing balik baru boleh kesini...jalan one-way kan..walaupun bangunan ni sebelah je dengan pintu keluar dan masuk tapi still kalau berkenderaan kena pusing satu pusingan...melainkan jalan kaki or guna transport awam takpe..bangunan ni memang betul-betul terletak kat tepi entrance utama tu....masuk je belah kanan dah jumpa....^_^
Ha..betul-betul kat depan ni je bangunannya....
HKL sekarang ni tengah pesat dok renovate dan up-grade segala yang ada...so memang banyak halangan nak bergerak dalam ni...
Tapi don't worry...dah siap kang bolehlah semua orang tersenyum riang..hehehhe...
Tu my lovely Emak....peneman setia saya....tqvm Emak...!!
Panas ni tau...kesian okeh Emak kena jalan kaki jauh-jauh sebab nak teman me dalam ni....tapi don't worry Emak steady je...yang flat nanti adalah orang berpenyakit ni (me lah tu...)..kikiki....
Lupa pulak...appointment me dapat pada 19 Ogos 2013 nanti..lambat je lagi kan...?tapi takpelah....Q panjang kan nak buat camne..selagi tak emergency kita tunggu jelah giliran....
First impression bila officially kena berurusan di HKL (Klinik Pakar Mata ni)...
Staff-macam sedikit hampeh je...tipical kalau orang kata staff hospital gomen macamana..haa...macam tulah pun...huhuhuhu..(ni yang me jumpalah ye)....
Bangunan: bangunan baru so bestlah....bersih berkilat lagi...
Tapi takpe..katapun first..so kita tunggu second nantilah pulak macamana....^_^
Nak tanya kalau nak check mata sahaja boleh tak terus ke hKL je ? Ke memang kena ada surat dari klinik kesihatan?
ReplyDeleteNak mudahkan proses selalunya gi ke Klinik Kesihatan (kerajaan) ataupun ke klinik swasta dulu then dapatkan refer letter (surat rujukan) ke hospital kerajaan/swasta yang kita nak masuk.
DeleteAda surat tu senang, boleh terus je ke hospital. Nanti proses jadi lagi senang.