Search This Blog

Monday, November 25, 2013

Ayam Sambal

Ayam Sambal yang dah jadi menu wajib rumah kitaorang sejak setahun ni...
Me kata wajib sebab seminggu mesti 2-3 kali buat..tak ke giler tu kan..?
Kalau tanya tak bosan ke?jawapannya tak...sebabnya walaupun bendanya sama tapi versinya berbeza-beza....
Mana tak jadi berbeza-beza sebab masa masak tu Emak atau me akan belasah je bahan-bahan nak letak banyak mana ikut suka hati sendiri (tapi bahan-bahan tetap sama, potions bahan-bahan je yang berbeza)......
So memang confirm bila siap tu nanti rasa mesti takkan sama dengan yang sebelum sebelum tu....ada yang terlebih itu ini, ada yang terkurang itu ini gitu.....so memang takkan bosanlah kan...


Nak buat pun senang je...bahan-bahan basic sangat...
Mula-mula goreng dulu Ayam then ketepikan....
Blend pulak cili kering, bawang putih, bawang kecil, halia....
Tumis sampai bahan blend tu garing, lepas tu tambahkan sos cili..sos cili tu ikut koranglah...selalunya letak dalam 4 sudu besar tu....then masukkan gula dan garam secukup rasa.....
Lepas tu masukkan air asam semangkuk...kalau takde asan jawa boleh je letak asam keping sekeping dengan air semangkuk jugak...
Bila dah mengelegak tu masukkan Ayam yang dah digoreng tu dengan bawang besar yang dah dihiris.....
Pastu pekatkan sambal tu ikut mana yang korang nak, then siap.....


Versi yang kitaorang buat....sambalnya haruslah lebih....
Resepi ni memang simple....korang ikut suka je mana korang nak lebih nak kurang....
Macam kalau nak lebih sambal kenalah lebihkan cili kering dan bahan-bahan lain tu...
Kalau nak sambal korang kering pun boleh...tak payah letak air asam tu banyak sangat....
Kalau nak sambal korang manis kang letaklah lebih gula dengan Sos Cili tu...
Kalau tak suka halia tak payah letak..haaa..memang senang..kalau taknak Ayam tukarkan kepada Ikan (Ikan Sardin goreng memang paling win...tak caya trylah ye...)......

Apapun Emak dengan me tak berapa champion sangat bab mengAyam Sambal ni....sebab rasanya tak berapa kick sangat...tapi kalau Atie yang masak...huhuhuhu...boleh buat tambah nasi 3-4 pinggan okeh...
Nak tau kenapa sedap sangat??sebab dia siap tumbuk bawang-bawang dengan halia guna lesung..sikit punya gigih kan....
Lagi satu Ayam Sambal dia memang nampak lagi cantik berkilat merah....sedap sangat dah tentu...memang sesuatu tau..padahal guna bahan yang sama tau.............mungkin sebab dia tumbuk sendiri tu kot yang jadi lagi kick kot....nomnomnom...sedapnya.....

Ayam Sambal (resepi Atie)-update (19 Feb 2014)
Bahan-bahan: 
5-6 ketul ayam (digoreng dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
15-20 batang Cili Kering (direndam)
2 ulas Bawang Putih
5-6 ulas Bawang Kecil
Sedikit halia (optional)
1 sudu besar Sos Tomato atau 1 peket sos tomato McD or KFC tu
Gula
Garam
Minyak
1 cawan air asam jawa

Cara:
1- Blend atau tumbuk lumat dulu bawang putih, bawang merah dan halia. 
2-Panaskan minyak masukkan bawang yang telah diblend atau ditumbuk lumat tadi... tumis sampai naik bau...
3- Pastu Blend Cili kering...masukkan ke dalam kuali dan tumis lagi bagi sampai garing dan berminyak (perlu kacau selalu supaya cili tu tak hangit).
3-Masukkan cili sos (1 sudu besar je ye..kalau ada paket sos cili McD or KFC tu guna sepaket je cukup) then masukkan jugak garam dan gula di gaul rata.
4- Masukkan air asam...tunggu hingga mengelegak dan agak pekat
5-Masukkan ayam (yang telah digoreng awal tadi)...kacau rata dan siap!


Selamat mencuba...






No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...