Assalamualaikum..hi semua...
Sebelum hari mengundi tu kononnya plan Me nak keluar rumah awal pagi (pukul 8am camtu)...
Kononnya Me yang akan drive sendirik dengan anak ke Ampang...
Plannya malam mengundi tu kitoarang duaorang nak tidur rumah Mak malam tu nanti...
Plannya lagi malam mengundi tu nak buat makan-makan sefamily besar semua n nak celebrate jugak birthday in advance Mak, belated birthday Anim n Syaqeer....gitu.
Tapi tulah..last minit Atie kata Azrul nak balik kampung selepas dia mengundi pagi hari mengundi nanti...so plan semua cancel...so tak jadiklah Me nak tidur Ampang dengan Anak (next weeklah plannya pulak)....
So dah camtu...OTlah drivekan kitoarang ke Ampang...
Disebabkan Anak susah betul nak bangunnnn..so bergeraklah kitoarang nak pukul 11am (vervulu je adik-adik Me semua hahaha eh)....
Alhamdulillah..jalan raya adalah super-smooth..so sampai kat area mengundi dalam pukul 11.30am camtu....
Ni kan masa Me sampai situ Me dah suspen ye sebab tengok penuh orang..dahlah kebanyakkan yang Me tengok kat socmed semua tu ada yang kena beratur panjangggg lama....
Alhamdulillah sangat...rezeki Me...untuk saluran 4 beratur tak panjang Uolls...
Eh panjang tak panjang la beraturnya Uolls...mula-mula Me beratur tu dah nak jadi huruf U dah sebenarnya...tapi disebabkan saluran 4 mudo-mudo lagik kot hukhukhuk *batukbatuk*...so lajuuu jek bergeraknya...legaaa...
Me rasa tak sampai 20 minit settle dah urusan Me mengundi...👍😁....
Habis je Me mengundi tu, terus Me call OT suruh amik Me kat tempat mengundi tu balik (padahal jalan kaki tak jauh pun Uolls nak ke block rumah Mak😝)....
Pastu sajalah call Anim, tanya dia dah kat mana?eh dia kata dia dah habis jugak...
So berpusinglah OT satu taman flat nih lagi sekali untuk amik Anim pulak....
Bukti dah mengundi...gituuu....
Tiga kali kena celup dakwat Uolls...tu pun still lagik tak pekat...
Dengan Anim...
Untung bebudak sekarang kan...tak payah nak daftar-daftar dah..tau-tau boleh je gi mengundi...
Me dulu pun terdaftar ye...kalau tak memang lambat la nak mengundi-mengundi nih....dasarrrr sangat khennn...
FYI, Me dah 4 kali mengundi (patutnya dah 5 kali Uolls)...
Me dah mengundi pada tahun 2008, 2013, 2018 dan 2022 gitu....(dah kertu dah Makcik hehe)....
Tahun 2004 Me tak mengundi sebab Me ingatkan kalau student tak boleh mengundi😅..so masa tu macam lantak situ, tunggu habis belajar la baru gi mendaftar😆....
Tu pun lepas tu pun lupa ye nak mendaftar..Me termendaftar tu masa Me kursus untuk kerja dulu...kebetulan masa tu ada kaunter bukak untuk mendaftar mengundi gitu (kalau tak tulah Me kata lambat lagiklah Me nak mengundinyaponnn..nak mendaftar jek pon, tapi dia punya lantak tuu huhuhu😐).....
Tengah tunggu Ana sekejab....
Memoyo jek memasing kan😆.....
Jumpa duoarang ni jek Uolls...
Mak memang dari pagi busy, memang kalau terserempak kat tempat mengundi tu rezeki la sangat😄...Atie pulak dia dah gerak balik (dia tak jadik pun balik kampung Uolls😐..tapi takpela..kita dah tukar plan this weekend)....
Nak pukul 2pm selamat sampai rumah...Alhamdulillah...
OT pulak bergerak sendirik gi tempat mengundi....
OT pulak bergerak sendirik gi tempat mengundi....
Sebelum sampai rumah tu Me mintak OT berhenti sekejab tapau KFC....
Lupa..Me kan sebenarnya pagi tu pukul 4am tu Me tak boleh tidur Uolls sebab perut sebu Uolls..(rasa senak kat dada tu sampai masuk dalam mimpi okeh).....
Pastu bangun, dah makan ubat angin semua pun tak berapa nak boleh tidur jugak (lama pulak sebu tu nak hilang)....last-last pukul 7am baru Me boleh tidur balik...
So pagi tu bangun tu Me mamai sangat sebenarnya...tapi kutahan jebat..settlekan dulu semua hal haritu then pukul 3.30pm baru Me qada tidur dengan Anak....
Ni pun nasib baik dah OK..so sedaple makan ayam gorem khen hehehe...
Ni pun nasib baik dah OK..so sedaple makan ayam gorem khen hehehe...
Malam kita makan tapau jugak...
Nak masak takde benda yang boleh dimasak (sardin tin ada, tapi telur pulak takde..so malas la jawabnya)....
Malam tu Me tunggu jugaklah result..tapi tulah..macam bosan betul pulak😅...(lagilah kena tengok sorang-sorang takde geng sebab OT dia tak habis buat kerja lagik)...
Pastu frust ooo KJ kalah...kalau tak bolehlah sebulan sekali Me terserempak dengan KJ khennn😆...
Apapun semoga kerajaan baru dibentuk nanti dapat menerajui negara kita dengan baik..Me doakan yang baik-baik belaka untuk Malaysia..Aamiin....
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....