Search This Blog

Friday, January 27, 2023

Random Pic. No. 121

Assalamualaikum..hi semua...





Hari Jumaat (20 Januari 2023)..rezeki dapat dari colleague baru...(TQ Kak😚)
Alhamdulillah..sekarang ni Me dah ada rakan kerja baru...
Walaupun bukan satu unit (sebab akak tu kira tumpang opis jek)..tapi adalah kawan opis kan, daripada keje sesorang jek hihihi...










Ni semua Me beli dari Watson tapi kat Shopee (faham tak?)...
Ni kan minggu lepas tu Me sajalah carik bedak muka Me pakai tu kat Shopee (sebab leceh ya nak carik kat luar)...so search la kat Shoppee...
Dok search tu tengok eh ada la...siap ada offer half price lagik (tak ke untung tu?)...so Me check la kedai manalah yang jual murah sangat nih (takut barang tipu kan ke naya) sekali eh Watson.os (official store) laa...so apalagi, kita order le...
Pastu tambah order jugak Vitamin C dengan Probiotic...(bagus Watson.os, laju betul Me dapat barang-barang ni semua)...
Vitamin C tu Me nak makan/minum untuk cepatkan luka baik (luka kat tapak tangan Me nih), pastu probiotik tu pulak sebab nak bagi perut (usus) Me ni elok sikit...sejak dah tua nih asyik angin jek (bloating tah apa-apa jek Uolls...tak best betulll)..so kita try makan Probiotic (ni pharmasist yang suggest)....harap-harap berkesan la kan..Aaamiin....
Yang pasal perut Me bloating nih kan, memang bloating tah apa-apa ye...kadang-kadang makan benda simple jek pun boleh bloating (makan karipap ke, makan roti ke..contoh yang Me perasan)...tapi kalau makan pulut (yang kalau orang lain makan mau kembung perut sakan kan), dia tak pulak bloating ke apa...tak ke pelik-pelik tu?
Probiotik pills nih kan kalau ikutkan boleh je korang ganti dengan Vitagen ke, Yakult ke etc..tapi Me macam alamakkk..malaslah pulak (lagipun manis yakmat kan)...so kita pilih jek nak telan pil jek gitu (kena makan sehari sekali bila nak tidur)....pil ni pulak memang ada 30 biji sebotol..so eloklah kan, cukup makan untuk sebulan...(apa-apa Me tunggu tengok berkesan ke tak ye...baru kita beli lagi next month.....











Gambar kabur la pulak hihi...
Ni Sabtu minggu lepas le nih....Me masak ni bukan untuk breakfast, Me masak lepas breakfast ye (bila dah habis breakfast tu rehat sejam lepas tu Me masak).......
Tangan tak berapa elok (pedih luka gatal), tapi nak makan yang masak jugak..so lepas dah settle breakfast Me masak Mee Goreng Basah..
Ni Me masak kononnya ingatkan nak buat makan lepas-lepas tu (tengah hari or petang)..
Tapi takdenyaaaa..elok lepas masak tu Me makan ye😆...
OT pulak iya-iya jek kata dia taknak (masa Me cakap nak masak tu tau)..tapi elok dah siap masak tu eh dia pun cedok jugak sepinggan...dalam kata taknak tu dua pinggan OT repeat okeh😅 (nampak tak dua-dua jenis camne?dalam kata perut dah penuh pun makan jugak ye)....
Mee Goreng Basah ni adalah tinggal nak separuh periuk lagi...petang tu rezeki Abang OT n anak buah dia makan (taktaulah rasa apa diaorang makan tu ye..nasiblah korang😅)....
Satu jek Me suka kalau masak Mee Goreng Basah guna Mee Kuning brand Numee...Mee kuning tu tak kembang banyak ye (dia kembang tapi bukan kembang semangkuk rak tu tau)....so kalau masak awal pun takpe kalau kita biarkan sebab Mee tu tak jadi kembang sangat....












Nak malam Anak Buah OT belanja Burger sorang satu....Alhamdulillah....
Anak Buah OT tu dah kerja Uolls...so merasalah kitoarang rezeki dia...
Lupa..Abang OT sekeluarga datang nak petang hari Sabtu tu Uolls...
Selain Mee Goreng Basah tu Me tak masak pun yang lain (due tu tangan tak OK..Anak pulak tak sihhat)..so yang masaknya petang tu biras Me (biras Me masak Bihun Goreng)..TQ Kak Yang...
Bukan takat masak, siap bahan-bahan semua pun dioarang belikan...boleh?😅..dah nak buat camne, sapa suruh last minit baru cakap nak datang khen hihihihi....















Malam tu kitoarng tunggu bunga api kat depan rumah....
Lama ye tunggu, sekali takde..
Tapiiii..elok tengah santai-santai duduk dalam rumah..tu dia pom pom pom keluarrr...memang kelam kabutlah memasing carik port nak tengok bunga api jadinya😆












Pagi ni..Alhamdulillah😍...
Adik dah makin sihat (cuma batuk-batuk n hidung berair jek lagi sikit)....
Adik pun makin ceria😘..
Ni pun barulah semalam dia nyanyi-nyanyi balik..kalau tak tu, walaupun dia tak sihat tapi aktif, cuma mulut tu senyap jek n tak berapa ceria...
Ni semalam dah kemain balik dah..makan pun dah start makan macam biasa balik..kalau tak susu tak berapa nak, makan langsung taknak...Alhamdullillah syukur....







2 comments:

  1. Ammi pun suka order barang watson kat shopee. penah order direct dr apps watson lambat bertahun menunggu.

    mee goreng basah tu walaupun kabur nampak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo baru tau Watson ada Apps...Mee Goreng Basah tu terpaling wajib masak, sekurang-kurangnya sekali setiap minggu hehehe...

      Delete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...