Search This Blog

Thursday, July 14, 2022

Sehari Sebelum Raya Haji...

Assalamualaikum..hi semua...











Pagi malas nak masak, so kita masak jelah Meggi...
Ni Me buat Meggi Ayam campur dengan Meggi Kari..
Meggi ni sebungkus jek tau, tapi Me ada simpan rencah Meggi Ayam kat dalam peti ais..so bolehlah kita buat Meggi campur....
Ni letak Cili Padi sebab taknak muak...
Bila pedas-pedas sikit so syok lebih sikitla makan kan....















Dah rehat-rehat lebih kurang lepas tu Me goreng kacang tanah...
Me goreng guna air fryer jek...senang nak jaga supaya kacang tak hangit kan...yang penting pantas...tak sampai 15 minit siap...
Cara sama jek kalau goreng/sangai atas kuali Uolls...cuma guna air fryer ni kena rajin bukak pastu goncang-goncang bekas ni bagi kacang tu bergerak rata...ulang-ulang itu jelah sampai dah betul-betul masak....










Dah masak...color tipu nih Uolls..kat luar color dia dah coklat-coklat dah...
Ni nak tau masak senang jek...try kopek kulit kacang tu..dah senang terkopek maksudnya dah masak...selagi tak senang kulit tu nak tercabut dari kacang kenalah goreng sampai betul-betul masak ye....
Ada satu lagi cara shortcut Uolls..dah basuh kacang tanah tu bersih-bersih, then goreng jek kacang tanah tu guna minyak...settle..jadik jugak...
Cuma bila minyak masak dah mahal ni baiklah korang guna cara lama jek..iaitu korang goreng jelah atas kuali/pan tanpa minyak Uolls..tak pun ada mesin airfyer korang bakar jek macam Makcik ko buat nih...(mana-mana cara pun okeh jek..takde masalah)....
Ni dah sejuk sikit bolehlah diblend ye...
Cara Me blend tu Me letak jek air...pastu kena blend ada kasar ada halus tau....










Kuah Kacang Simple by CikAni
Bahan-bahan:
200-250 gram Kacang tanah-digoreng/disangai diblend kasar dan halus
Cili Kering (3-5 batang ikut nak pedas mana)+bawang besar (3-4 biji)+bawang putih (3-4 biji)-diblend halus
Serai (3-5 batang..Mak Me cakap lagi lebih lagi sedap)- diketuk
Lengkuas (besar sikit dari ibu jari di ketuk-diketuk
Gula Melaka (seketul)
Air Asam jawa (setengah cawan)
1/2 Santan kotak (yang saiz 200ml tu)
Air
Gula dan garam






Cara-caranya:
Tumis cili kering+bawang-bawang sampai naik minyak (garingkan macam korang buat sambal tu jek)......













Dah elok garing masukkan kacang tanah yang dah diblend dengan air (lagi)...
FYI, 200-250 gram Kacang tanah tu korang akan dapat setengah periuk besar nih (alamak berapa litter Me tak ingat)...
Senang cakap..kacang tu bila dah jadi kuah kacang nanti dia akan jadi 3 kali ganda ye..maknanya untuk 200-250 gram tu dah dikira banyak dah.....











Letak serai ketuk dan Lengkuas ketuk.....











Kacau la kan...kuah kacang ni kena rajin mengacau ye...kalau tak nanti kat bawah tu hangit....












Dah mengelegak tu boleh letak Gula Melaka.....












Letak santan half kotak.......












Letak Air Asam...letaklah gula n garam....
Urutan masuk bahan-bahan ni tak kisah ye...ikut korang...janji cili+bawang blend tu korang bagi garing dulu..pastu wajib kena letak Kacang yang dah digoreng dan diblend tu..pastu bahan-bahan lain ikut koranglah nak masukkan yang mana dulu..takde masalah sebab nak masaknya nanti tu lamaaa....










Ni belum siap lagi tau.....
Kuah Kacang ni kena rajin mengacau Uolls (macam Me cakap..kalau tak nanti bawah dia hangit)...pastu air tu kena selalu tambah...selagi kacang tanah tu tak mengembang korang tambah jeklah air...
Pastu selagi kuah tu tak pekat dan berminyak (air takde ye..semua jadi kuah jek) korang tunggu n kacau jelah......
Nak adjust manis tu ikut memasing...settle....











Sambil buat Kuah Kacang..sambil tu kita rebus la Nasi Impit..
Ni Me masak 23 ketul semuanya...
Kuah Kacang n Nasi Impit ni Me nak bawak ke rumah Mak kat Ampang..sebab untuk raya haji tahun ni kitaorang Adik beradik akan masak sikit sorang..macam Mak, kitaorang request Mak untuk masak Rendang Daging jek Uolls (tu special..so kita memang bagi tender masak Rendang Daging tu kat Mak jek hehe)....











Ingatkan nak balik Ampang petang lepas Asar..sekali tak dapek...
Anak tidur petang lambat...so kita postpone ke lepas Maghrib....
Ni kan memang rupa balik kampung dah Uolls..OT kena angkut barang-barang dulu sebelum kitaorang gerak ye....kiranya 2 round angkut barang boleh?macam jauh nawlah Ampang tu kan hihihi










Tu pun patutnya pukul 8.15pm tu dah gerak..sekali baru nak bergerak Ana call tanya kitaorang dah kat mana?sebabnya nak pinjam blender..blender Mak last minit buat hal Uolls....
So OT kena naik atas balik, then OT turun ni then bergeraklah kitoarang...
Sampai rumah Opah dalam 9.35pm..
Malam tu kitoarang adik beradik semua tidur rumah Opah beramai-ramai Uolls...








2 comments:

  1. Bab kuah kacang SA serahkan kat adik no 3, si Lissa tuh...yg Sa tau benda siap je...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang dah amik tender buat Kuah Kacang ye hehe...

      Delete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...