Search This Blog

Tuesday, April 13, 2021

Info: Apa Yang Perlu Kita Buat Bila Diberhentikan Kerja Secara Tidak Adil?

Assalamualaikum..hi semua...


Harini Me nak bagi info sikit apa yang korang kena buat jika diberhentikan kerja secara tidak adil...
Sebelum tu, jika info yang Me bagi ni salah korang betulkan tau or korang boleh rujuk sendiri dengan pihak-pihak yang berkenaan..
Ni semua based on apa yang Me dengan OT lalui ye...(so Me just nak share mana-mana yang Me tau)...

First sekali, apa yang korang kena buat?
Jangan panik sangat tau..ada jalannya In sha ALLAH....
First, buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP) ni..
Sedikit info siapa Jabatan Perhubungan perusahaan Malaysia (Me amik dari website JPP sendiri):

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk memupuk serta memelihara perhubungan yang positif dan harmoni di antara majikan dan pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja mereka bagi mewujudkan suasana Perhubungan Perusahaan yang aman dan tenteram dalam negara.

FUNGSI JABATAN :

Memantau perkembangan dan arah aliran (trends) perhubungan perusahaan di dalam negara untuk membantu kerajaan mengkaji Dasar Perhubungan Perusahaan Negara khasnya dan Dasar Buruh Negara amnya dari semasa ke semasa;
Menyelaras perhubungan di antara pertubuhan-pertubuhan pekerja untuk memupuk dan memelihara perhubungan kerjasama tiga pihak iaitu di antara kerajaan, majikan dan pekerja dalam bidang perhubungan perusahaan;
Menggalakkan dan membantu perjalanan perundingan kolektif dan joint consultation di tempat-tempat pekerjaan untuk mendorong amalan konsep self governance in industry dan konsep musyawarah;
Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan, pekerja, pertubuhan majikan dan pertubuhan pekerja untuk amalan perhubungan perusahaan yang baik dan sihat;
Menyediakan khidmat rundingan damai (conciliation service) untuk mencegah dan menyelesaikan pertikaian dan tindakan perusahaan;
Mendamaikan pertikaian yang berbangkit dari representasi pekerja untuk dipulihkan dalam pekerjaan asal mereka;
Mengendali tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan-kesatuan sekerja ;
Membantu pekerja untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dari tindakan tidak adil oleh majikan mereka.

Caranya: 

1-Pengalaman Me, Me bukak website Jabatan Perhubungan perusahaan Malaysia (JPP) dulu then cari cawangan JPP yang terdekat..
2-Then, email dulu apa masalah korang ke JPP untuk guidelines.
3-Tunggu panggilan dari pihak JPP. 
4-Pihak JPP akan guide kita dan akan advice kita etc (macam kes kitaorang, sehari selepas email jek terus kakitangan JPP call..memang cepat ye Uolls)....

Cuma syarat utamanya aduan kenalah dibuat dalam masa 60 hari selepas tarikh anda diberhentikan kerja. 
Ni takde budi bicara ye sebabnya syarat ni memang ada dalam Akta JPP.
Dan date tu dikira selepas terima aduan/borang (ni semua pihak JPP akan guide)..
Kalau kes anda valid, JPP akan jadi badan perunding antara anda dan majikan..tapi kalau rundingan tak dapat diselesaikan (contoh: majikan taknak deal etc.), kes anda akan di bawa ke Mahkamah Perusahaan untuk dibicarakan.

Macam kitoarang, malangnya kitoarang terlambat jumpa info pasal Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP) nih....(sedih sangat ye bila dapat tau...)
Jadi second choice (kalau ada duit), bolehlah kes/isu korang ni dibawak ke Mahkamah Sivil...
Untuk Mahkamah Sivil selalunya dah jadi lain...macam staff JPP tu kata, bila ke Sivil kes tu dah jadi tuntutan lain...contohnya tuntutan saman malu etc (macam-macam lagi boleh claim tapi benda jadi panjang n makan masa dan duit)...
Untuk Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP) pulak, tuntutan lebih kepada tuntutan pemulihan..
Maksudnya kita dapat claim balik perkerjaan kita tu etc.

Untuk info yang lain boleh rujuk jugak blog https://lovelyvic.blogspot.com/?m=0
Boleh jugak email beliau di lovelyvic@gmail.com
Disebabkan LovelyVic lah Me jumpa info pasal Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia nih.
Me ucapkan berbanyak terima kasih kepada LovelyVic atas bantuan..Semoga Allah murahkan lagi rezeki LovelyVic...Amiin...
Terima kasih jugak Puan Harniza dari JPP yang bagi info yang sangat jelas...TQVM...

Me harap info yang serba sedikit ni boleh dijadikan guideline untuk yang terlibat...
Sekian








No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...