Search This Blog

Showing posts with label Mee Goreng Basah. Show all posts
Showing posts with label Mee Goreng Basah. Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

Mee Goreng Basah


Entri ni me nak tempekkan cara nak masak Mee Goreng Basah...


Ape kelas resepi Mee Goreng pun nak citer nih???
Oh tidak kengkawan...
Ini adalah resepi yang paling ringkas, yang paling sodap me telah buat...
Jangan salah faham..me buat je, tapi resepi ni me dapat dari Mijon...
Mijon yang ngajar...
Sebabnya, selama ni kalo me buat Mee Goreng Basah mesti ada yang kureng..mesti rasa "sesuatu" je...kurang kick gitu..
So, satu hari tu, me call Mijon tanya cara-caranya..bahan-bahannya...(Famili Mijon ada kedai makan kat Kemaman)...
Rupanya, bahan dah ok...same je...cume tang cara tu salah sikit...
Tak sangka ek..beza cara pun boleh buat rasa kureng...
Me pun gigih buat...Alhamdullilah..menjadik...tak sangka ok...

So kat sini me citerkan cara-caranya...
Khas untuk sapa-sapa yang nak test Mee Goreng Basah Mijon Style..hehehhe

Bahan-bahannya
  • Bawang Putih-5-6 Ulas (Gambar 1)-Diketuk
  • Bawang Besar-1/2 Biji (Gambar 1)-Dihiris
  • Isi Ayam @ Daging @ Udang @ Fishball @ Fishcake-ikut suka hati nak banyak mana(Gambar 2)
  • Sawi @ taugeh- Ikut banyak mana suke (Gambar 3)
  • Cili Boh-Secukupnya
  • Mee Kuning-1 Bungkus
  • Sos Tiram-Secukupnya
  • Segala jenis kicap-kicap masin @ kicap manis @ kicap pekat @ kicap ape-apela..-Secukupnya
  • Air-ikut keperluan
  • Garam-ikut keperluan
Cara-caranya
  • Tumis Bawang Putih dan Bawang Besar
  • Tumis hingga naik bau
  • Masukkan Cili Boh secukupnya. Secukupnya disini ikut nak pedas atau tak..kalo nak pedas tarukla banyak sikit, kalo taknak boleh kurangkan (Gambar 4)
  • Tumis cili boh sampai garing
  • Masukkan segala isi ayam @ daging @ udang @ fishball @ fishcake tu. Tumis sampai masak
  • Masukkan Sos Tiram secukupnya..maksud di sini. Taruk tu agak-agak la..jangan sikit sangat, jangan banyak sangat, sedang-sedang dgn segala isi ayam segala tu..
  • Masukkan kicap sikit dulu (tak kisahla kicap ape..tapi sikit je...)
  • Masukkan pulak Mee Kuning...Kacau rata. Bagi segala tumisan tadi tu bergaul rata..Gaul janji sebati sahaja.
  • Selepas tu terus masukkan air..Pastikan Mee kuning tu tengelam dalam air tu ye. Air jangan banyak sangat takut Mee kembang terlampau-lampau (Gambar 5)
  • Bukak api besar, sambil tu masukkan lagi segala kicap tu..Ejas ikut kesukaan
  • Garam tu boleh letak sikit kalau suka, kalau tak abaikan..
  • Nak mengelegak tu boleh masukkan Sawi @ taugeh (ikut mana sayur yang kita suka)..
  • Biarkan hingga mengelegak dan kacau sekali sekala. (Kepekatan kuah boleh diejas. Kalo rase macam kuah tak cukup boleh tambah air lagi)
  • Dah pekat boleh tutup api dan hidang...
Amacam?Tengok macam panjang dan leceh je kan?
Tetapi tidak ok...me tulis panjang-panjang tu sekadar untuk penerangan...
Cuba jangan tak cuba..resepi ni simple je, boleh buat kalo ada kes-kes emergency (malas nak masak atau ada org datang..)...
Dah cuba tu kalo sedap, tandanya resepi Mijon ni best..
Kalo tak sedap, tandanya korang kena buat banyak-banyak kali lagi la...kasik sampai jadi sedap....Whahahahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...