Search This Blog

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Friday, June 12, 2026

Random Pic. No. 425

Assalamualaikum..hi semua...






Alhamdulillah..berguna betul meja belajar kecik ni....
Meja ni takde tempat letak khas...just letak tepi then kalau nak guna ikutlah kat mana nak letak...
Ni tengah tunggu Nakhil buat kerja sekolah masa cuti sekolah haritu...
Dah buat half sebelumnya tu...lagi half kita buat sikit-sikit sampai habis....









Ni nama je homework anak kan..tapi Me kena tunggu kat tepi...selagi tak siap kan hehe...










Bila suruh amik gambar ginilah...tak duduk buat gaya itik rodblox, dia akan sengih gini (kadang-kadang tangan naik peace)....








Dah lama betul Me tak makan burger gerai...so sekarang ni tengah musim balik...
Masuk harini dah 3 kali repeat tapau burger gerai ye....(time taknak makan memang tak ingat, tapi kalau dah termakan yang itu, mesti jadi itu jelah yang Me nak makan ye).......













Sebab NZ tak berapa nak sedap dah..so kitaorang bertukar ke mamak lain pulak...
Ni pun pergi lambat sikit...tapi elok pun..kalau cepat tempat ni penuhh..jadi lama keluar masuk office kan...
Buat masa ni dah berapa kali kitaorang pergi pun memang Me akan breakfast Tosei (sekali je Me makan Roti Canai)....
Tapi satu jek..makan kat sini tak berapa kenyang ye..sebab potion dia tak besar (cukup untuk orang lain, untuk Me tak ye hahaha)......
Bila tak cukup kenyang (Me kan jenis big eater kalau pagi-pagi), so belum tengah hari perut dah pedih Uolls hahaha....










Tapau air..ni kebetulan kat sebelah mamak tu ada kedai SB nih..so jomlah beli..ni Me nak habiskan duit (rupa-rupanya dalam apps SB Me ada lagi ye duit...duit yang Me pernah topup dalam membership card Me dulu)..
Tapi tulah..menyesal ye...tak sedap betul air yang barista ni buat....rasa susu jek...
Kopi dia tak rasa ye (apatah lagi bau)..sedap lagi kita beli Nescafe Ais......









Kipas comel nih jadi savior Me kat opis selama nak 2 bulan ni Uolls...
Bila kat tempat tertutup bahang dia jangan cakaplah kan...nak 2 bulan aircond kat opis takde.......tapi semua terpaksalah paksaredho jek...dah masing-masing pun beli desk fan untuk kegunaan masing-masing...
Alhamdulillah, hari Rabu aircond dah berfungsi balik..syukurrr
Elok kipas berdiri 4 unit sampai, esoknya aircond dah elok hahaha...sabar jelah...











Hasil tapauan OT kat Pasar Malam kat Mahsing...
Mahsing ni area kitaorang hantar Nakhil kat pengasuh dia...
Punyalah dari baby hantar Nakhil kat situ, baru-baru ni barulah kitoarnag gi situ ye...ni terkini dah 2 kali....
Yang Nasi Lemak ni Nasi Lemak Bungkus kecik-kecik tu...tapi ada macam-macam lauk ye..Me amik lauk Kerang Sambal...eh sedap....murah pulak tu...RM3 rasanya sebungkus...potion dia kenyang ye nih...







 

Pastu mintak OT tapaukan Keow Teow Goreng guna kuali besar tu sebungkus...
Ni Me yang teringin Uolls...sebabnya OT try yang 1st time sebelum ni eh sedap betull...lama betul kitaorang tak dapat makan Keow Teow goreng pasar malam yang sedap macam nih...secukupnya rasa okeh...
OT cakap kat situ ada 4 gerai jual yang sama..tapi yang gerai ni belum pukul 7pm lagi dah nak habis (2 kali OT gi beli, 2 kali tinggal yang nak last)...
OT cakap gerai orang lain penuh lagi semua kuali...yang orang ni tinggal hujung-hujung je dah nak tutup gerai dah.....so memang betullah sedap kan....










Minggu lepas teringin nak breakfast Nasi Kerabu...so Me ordered guna Grab....
Oklah...hilangkan jugak rasa teringin Me tu...







Solok Lada...must beli kalau ada...suka sangat makan ratah gitu jek....












Ni minggu lepas jugaklah nih...balik dari amik Adik terus Me bawak dia ke pasar malam area rumah kitoarang....
Ni tak tunggu OT balik sebab haritu kitoarnag awal sangat dah sampai area rumah....
Adik pun dia dah hafal kalau hari Khamis memang ada Pasar Malam...dia kalau pasar malam sini memang dia nak air Coklat n Keropok Lekor Nipis dia tu jek...








Hasil belian dari Pasar Malam petang tadi...Laksa...
Alhamdulillah..haritu sedap betulll kuah dia...secukupnya rasa....
Ni rupa gini sebab Me dah panaskan Uolls...sejenis kalau beli berkuah memang Me akan panaskan balik bila nak makan....










Gambar burger dari gerai yang keberapa tah nih...
Tetaplah Burger Kawin Special nak sayur lebih...











Meggi Goreng di hari Ahad...
Buat 2 bungkus untuk breakfast.....
Petang baru makan yang betul...








Officially Adik ke kelas berenang..
Haritu pertengahan bulan lepas kita masuk yang trial dulu...(untuk trial class takde fee)....
Bila semua rasa OK, baru Me registerkan n bayarkan yuran....
Nanti Me share journey Adik belajar berenang ye...harap yang baik-baik sahaja untuk Nakhil..Aamiin...
Me n OT risau sebab dia tiba-tiba takut air sangat pulak...padahal selama ni walapun takut-takut tapi suka betul dia mandi kolam nih....



Sekian...




Thursday, May 07, 2026

Panik Sekejab Semalam...Part 1

Assalamualaikum..hi semua...

Kisahnya..pagi-pagi semalam dalam pukul 5.20am Me bangun...
Terjaga awal dari selalu..selalu kalau pergi kerja Me bangun dalam pukul 5.35am....
Bangun-bangun tu Me  rasa kaki sakit lagi Uolls..so Me decided nak repeat ke klinik jelah pagi tu nanti, nak mintak doktor tukar ubat yang lebih berkesan (sebab dah makan ubat 2 hari tapi sakit tumit Me ni tak berkurang sangat pun)...
Walapun terjaga pagi sangat, tapi Me tak tidur balik sebab Me kena bangun jugak sebab nak siapkan susu Nakhil n nak bagi Nakhil makan ubat demam dia...
OK sambung...tengah Me siapkan macam-macam tu (dalam pukul 5.30am), tiba-tiba OT ke depan, jenguk Me sekejab then terus dia ke toilet...
Dipendekkan cerita...pukul 7.50am kitaorang sekeluarga keluar rumah, then ke klinik....
Ni kitaorang pergi ke klinik luar dari kawasan rumah kitaorang Uolls...sebabnya nak pergi balik (repeat) di klinik yang kitaorang bawak Nakhil n Me malam Ahad haritu....
FYI, malam Ahad haritu kitoarang ke sini sebabnya Me dah tak tahan sakit tumit dah dua hari (dari hari Sabtu sakit), then Nakhil pulak dah start demam panas malam hari Sabtu....
Dijadikan cerita terpaksa pergi malam sebab siang Ahad  dari pagi OT tak available sebabnya kat rumah kitoarang ada acara gotong royong kawasan rumah..OT balik rumah balik pun dah pukul 5.30pm Uolls..so tunggu malam la jawabnya kita ke klinik...
Kisahnya lagi, Malam dalam nak pukul 9pm kitaorang dah bergerak...tapi tulah mencarik makanan Nakhil dari nak pukul 9 tu sampai cukup-cukup pukul 10 Uolls...punyalah tak jumpa-jumpaa...habis 6 buah Speedmart OT cari, semua takde stok....sedihnyaaa....
Pastu dah habis mencarik tu terus pergi ke klinik 24jam kat area rumah pulak, tengok-tengok ramainyaa...tanya kat recept katanya ada lagi 9 orang tengah tunggu turn dan masa menunggu mungkin sejam lebih...dah macam tu tu yang kitoarnag ke klinik 24jam yang luar dari area rumah....(panjangg ha nak terangkan)....so disebabkan Me n Nakhil macam tak OK lagi, so kenalah repeat ke klinik yang sama jugak (tu yang jauh jugaklah klinik yang kitiaorang pergi jadiknya)....







Tak sangka baru pukul 8.10am camtu tapi dah ada 4-5 orang tengah menunggu...
Daftar lama jugak sebab untuk 3 orang...3 borang nak kena isi gitu...
Tapi satu yang bagusnya..elok dah habis mendaftar tu terus nama kena panggil..lajuuuu....
Masa ni tengah tunggu ubat...lama jugaklah tunggu...
Ni kat luar dah hujan Uolls...tak sangka pulak keluar-keluar bilik doktor je tengok luar eh hujan  lebatnyaaa....sambil tunggu ubat tu Alhamdulilah hujan dah reda...
Lupaa..OT rupa-rupa pagi tadi tu dia cerry berry Uolls..dari pukul 5.30am tu sampailah kitaorang nak bergerak ke klinik memang kerjanya repeat ke toilet jek...sampaikan dah habis jumpa doktor pun sama huhu....









Nakhil M demam+sakit tekak, tapi dah makin baik dah...so pagi semalam tu ke klinik lagi niatnya nak sambungkan MC Nakhil lagi n nak mintak ubat (buat stok)....
Tapi tulah...kesian Nakhil M...rasanya bertambah trauma lah dia lepas nih kalau jumpa doktor lagii sebab dah 2 kali dah Nakhil dapat doktor tak OK...meh Me cerita...
Nakhil kan Ahad malam tu masa check tekak Nakhil nak termuntah...berair-airlah bijik mata...sampai last sekali sampai melolong dia menangis (doktor kan guna stick kayu tu untuk check lidah, Nakhil dia tak reti nak nganga besar-besar)..doktor malam tu pulak jenis macam tak berapa nak reti ye (tak reti nak handle budak, macam menekan-nekan nak tengok kerongkong Nakhil sampai menangisla dia sebab takut ke apa taktaulah...pastu Adik nak termuntah sangat pun boleh doktor tu buat tak reti Uolls, bolehnya doktor tu pusing ke meja dia gitu jek lantak...adoilaaaa, iya-iyalah kita tahankan anak supaya tak muntah..kalau tau biarkan jek, baru time tu doktor baru nak laju-laju nak panik kot hahaha eh)...
Cuma nasib baiklah dapatlah jugak doktor nampak tekak Nakhil, memang tekak dia doktor nampak  baru nak naik  merah-merah (Nakhil memang ada cakap dia sakit kat tekak)....so OKlah...menekan-nekan pun dapat jugaklah doktor tengok...

Ni pagi semalam pulak...dapat doktor lain (doktor ni pernah rawat Nakhil bulan lepas)...
FYI, malam bulan lepas tu doktor ni OK sangat-sangat, very friendly, pastu pandai sangat dia layan Adik...
Tapiiii..taktaulah kenapa pagi semalam tu dia lain...nak check tekak Nakhil je pun, dia punya menekan-nekan tu ishhhh...punyalah menekan-nekan nak suruh jugaklah Nakhil bukak mulut..
Yang Nakhil pulak dia start melalak menangis (bila nampak doktor pegang stick tu)..doktor n Daddy dia pulak dah menekan-nekan (paksa Uolls) suruh dia yang dah tak boleh nak tunjuk tekak dah (sebab dia takut sampai menangis)......
Me dah bagitau doktor yang Nakhil mungkin takut nak bukak mulut sebab malam Ahad tu dia dah nak termuntah masa doktor tengok anak tekak dia  (doktor lain tau, bukan dia)...
Eh dia menekan-nekan jugaklah nak tengok (macam tak menyabar pulakk)..sampaikan OT dah panik (dah dia pun sama beria-ialah suruh Anak bukak mulut)...
Stress ye keadaan masa tu, sampai Me yang duduk jauh ni pun sampai jadi bising jugaklah kat situ sama-sama jadi menekan-nekan Nakhil supaya bukak mulut jugak...
Pastu tau tak, dia tak dapat pun tengok anak tekak Nakhil Uolls...hmmm...
Dahlah tu, check suhu pun takde..check apapun takde...just masuk dengar Me OT citer (Me n OT sebenarnya bawak Nakhil pergi klinik sebab nak sambung MC je, sebab nak bagi Nakhil rehat lagi))....
Bila masa nak check anak tekak tu pulak, dah menekan-nekan, pastu masa menekan-nekan tu boleh pulak tiba-tiba give-up n suruh kitaorang bawak Nakhil gi hospital jek..eh ehhhh...
Tiba-tiba je dia kata takpelah, saya bagi refer letter ke hospital, sebab kalau saya check pun sama je tak boleh buat apa-apa....
Bila Me tanya, confirm ke kena bawak pergi hospital?sebab Me tengok doktor check apapun tak...dia kata mungkin..kena pergi hospital dulu then baru tau...laaaa...macam tu pulak kan..kalau korang jadi Me n OT korang rasa apa?
Kitaorang panik Uolls...panik sekejab...dok fikir (sambil tu dok WA group adik-adik Me tanya second opinion)....
Dah jadi berfikir macam-macam Uolls..dahlah tu kesiannya Adik sampai kena masuk wadddd😭....
Satu...nak pergi KK ke check darah lagi ke? (Adik dah amik darah dah masa malam Ahad tu..doktor memang cakap result WBC Adik tinggi sikit (10.94), tapi still OK..so doktor cakap Adik demam sebab ada kuman sikit, so kena makan antibiotik dan pantau sakit tekak dia jek)...
Nak kena bawak gi emergency PPUM ke?(doktor semalam suruh bawak Adik ke emergency hospital Uolls)...mula-mula ingatkan nak bawak Nakhil ke Hospital Shah Alam atau Sungai Buloh..tapi Atie suggest better pergi PPUM je sebab Adik ada appointment kat sana...
Atau nak ke hospital swasta terus (sebab co Me ada insurance untuk inpatient)?tapi kalau pergi hospital swasta terus, kalau takde apa-apa (tak kena masuk ward-nauzubillah masuk) siapa pulak nak tanggung bil?pastu time tulah nak tanya itu ini kat orang insurance pulak kan....?panjangg jugaklah jadi ceritanya kannnn....
Empat, ke pergi klinik lain, mintak second oppinion pulak....?
Plannya gitulah...
Serba serbi punya kebarangkalian ye...sambil tu dok fikir jugak yang doktor tadi tu check Nakhil apapun takde, takde check suhu badan, takde check heart beat ke apa...anak tekak pun tak dapat nak tengok...memang apapun takde ye..so memang kena gi jugak hospital ke camne nih?










Bila dah settle tu Me bukaklah baca refer letter Adik tu...Me baca macam eh..lain je citer doktor tulis...
Siap cakap adik ada Cough, refused oral intake..siap temp. 38.8..aitttt?pelikkk...
FYI, Adik takde batuk, badan Adik tak panas (dedar-dedar je), Adik still makan n minum n makan ubat je macam biasa.....
Lastttt..sambil berfikir lagi tu OT ajak gi breakfast dulu je...sebab time pun masa tu dah pukul 9 lebih..so jomlah..sebelum lagi macam-macam lagi jadi sebab masing-masing tak makan apa lagi....
Nakhil kan dari kat klinik Me dah ajak dia makan Circa (Roti Canai), dia kata taknak..nak makan Nasi TCRS....time tu kedai pun tak bukak lagi Uolls....so sementara tunggu kedai bukak tu kitanya singgah mamak dulu lah ye...
Dah sampai mamak, Me n OT tanya jugak Nakhil nak makan Circa tak?kot-kotlah nak...dia taknak jugak...
Tapiiiii...elok sampai Tosei Me, Me pergi basuh tangan tu OT cakap Nakhil mintak nak Circa...so terus OT orderkan hihi....
Ya Allah..happynyaaa...paling happy, dia makan nak 2 keping Roti Canai Uolls....banyakkkk...Alhamdulillah...
Uolls...Nakhil sebenarnya dah start makan macam-macam dari petang semalam Uolls...sikit-sikit dia makan itu ini..so memang nampaklah dia dah ada selera nak makan tu kan....dari dah nak 2 hari dia taknak makan apa-apa tu sebab tekak dia sakit tu....
Tu lah Me cakap jadi serba salah nak bawak Anak gi emergency....sebab eh banyaklah sebabnya...malas nak ulang dah...panjang dah Me citer kat atas tu (kalau faham kenapa kitaorang confused, so taulah)....
Ni pun dah habis makan banyak jugak benda lain kitaornag settlekan...sampai rumah pun nak pukul 12lebih....
Balik rumah pun still buat plan lagi...nak monitor dulu Nakhil macamana...
Selepas Zuhur Me bagi dia tidur dulu, sebabnya dari pukul 6am tadi dia jaga..kesian dia lesu dah kot kat luar lama sangat macam-macam drama haa huhu....



Bersambung....




















Tuesday, April 28, 2026

Salah Hantar...

Assalamualaikum..hi semua...

Ni cerita hari Ahad...
Me beli Daging+sayur sikit dari Pasar Besar TTDI guna GrabMarket...
Sampai tu Me macam pelik..eh kenapa sampai 2 beg plastik ni?satu plastik size biasa, satu lagi besarnyaaa?(Me beli memang suruh rider gantung je barang Me beli tu kat grill rumah)....
Bila check, satu ni memang Me punya..satu lagi bukan laa...







Bila bukak memang bukan Me punya langsung...









Resit pun of course nama orang lain...
So Me call adik Grab yang hantar barang ni...
Dia angkat, Alhamdulillah....so Me bagaitaulah yang ada satu plastik beg extra ni bukan Me punya...
Adik tu cakap dia taktau (eh eh)...dia ambik je ikut nombor order je...
Pastu siap suruh Me call CS Grab...eh dah kita pulak yang kena call kan?
Dah macam tu Me amik gambar-gambar ni then bagi kat messeger Grab adik tu (koit-kotlah dia tak perasan memang dia teramik no. order orang lain punya kan)..then Me bagitau jugak (dengan gambar sekali), yang akak gantung balik kat grill...supaya Adik tadi tu boleh je amik balik....
Nak tau, dia baca ye messeges Me tu..tapi dia tak jawab ye (padahal dia boleh je lagi jawab within beberapa hours yang Grab bagi tu)....
Last...bergantunglah barang-barang tu sampai ke malam....
Malam-malam Me n OT buat apa?kitoarang terpaksa buang je Uolls...nak pakai memang taklah kan..bukan kita punya..nak bagi orang lagilah tak betul...so terpaksalah buang...
Kenapa buang?sebabnya kalau Me call CS pun sama je...takdenya sapa-sapa nak amik barang tu dah...
Mana Me tau?sebab Me pernah call CS, memang takde jadi apa...so lantaklah situ...
Ni taktaulah siapa yang salah...antara seller tersalah bagi kat adik rider tu..tak pun memang adik rider tu tersalah amik barang orang lain....
Sekarang ni kesian kat yang order tulah...mesti dia tunggu punya tunggu barang nak masak sekali tak dapat..dahlah tak dapat, dah nak kena call CS pulak nak tanya, pastu nak mintak refund...nak mintak refund pulak kang panjanggg citernya...semoga yang order ni dipermudahkan  urusan....
Inilah keburukan kalau order online Uolls..lagi-lagi kalau order bulk dari seller lain-lain (kitaorang order ni dari Pasar..so seller memang lain-lain, memang akan ada confused sana sini)...




Sekian...








Friday, April 24, 2026

Jem Oh Jem...

Assalamualaikum..hi semua...






Pagi tadi Me keluar lambat..dahlah lambat, pastu singgah Petronas pulak sebab nak menapau makanan....
Boleh tengok jalan keluar masuk kat rumah Me memang penuh kalau peak hour...
Eh bukan takat peak hour je..dari pagi lagi sebenarnya dah penuh...so paksareda je kan...
FYI, jalan nilah laluan ke jalan utama orang dari Paya Jaras, Elmina, Saujana Utama dan kawasan sewaktu dengannya lalu (selain yang memang kitaorang juga)....so agak tersumbat sikit kat sini...
Ni kalau jalan clear Alhamdulllah..tapi kadang-kadang boleh jadi jem lamaa kalau-kalau ada excident....
Kerap ye kat depan tu ada excident (simpang 3)...jenis memasing tak menyempat-nyempat nak melintas gitulah jadiknya....
Yang nak melintas tak menyempat-nyempat..yang kat main road pulak tak bertimbang rasa (sekali sekala taknak mengalah bagi laluan), pastu yang tengah beratur belakang pulak jenis menekan-nekan kereta depan nak suruh cepat-cepat melintas...Me?in sha Allah lantaklah orang belakang nak menekan-nekan, kitanya selagi tak betul-betul sure boleh melintas, memang Me tunggu je...lagi satu, kalau tengah di laluan utama, Me bagi jelah kalau mana-mana kereta nak melintas...tak rugi apapun Uolls kalau kita bagi laluan pun kan...janji janganlah break tiba-tiba..eh pandai-pandailah give n take..in sha Allah dipermudahkan urusan semua orang......











Dah lambat...masuk highway DASH banyak je kereta (iyalah dah pukul 7.05am camtu kan)...cumanya still OK sangat lagi...tapiii bila nak exit Kota Damansara (Me exit sini je Uolls, Me tak berapa suka ikut terowong Penchala tu) sekali beraturrr....
First time in my life nih...punyalah panjang beratur nak keluar nih....









Me ni kira terawal...tu kat belakang selepas tu taktaulah jadi panjang sampai mana......










Tengah menunggu kan, so bolehlah nak amik gambar cepat-cepat....
Ni dah turun pun beratur lagi..ada yang nak ke kiri, ada nak ke kanan....so stuck pulak sebab depan tu ada trafik lite....








Dah jalan ke depan sikit barulah nampak...oooo jalan tutup Uolls...
Rupa-rupanya elok selekoh nak ke kiri (arah ke tol), jalan tutup...rasanya tengah betullkan paip air la kot sebab nampak kenderaan mengorek tanah kat situ....










Jalan smooth je bila masuk higway NKVE clear...masuk DUKE pun clear...tapi dah nak masuk terowong kecik kat Jalan Semarak jem gini....
Nasib baiklah sekejab je...lepas tu elok je bergerak laju....

















Alhamdulillah sampai jugak...
Me clock in pukul 7.55am Uolls..terpaling lambat nih...
Ni kan balik karang Me kelam kabutlah nih Uolls..takut kena tinggal (kena kunci) hahaha...
Kitanya jarang balik lambat, so kalau terbalik lambat mesti jadi ghisau semacam....
Nasib baiklah harini Adik balik pukul 6.30pm..so takpelah balik lambat sikit gini...kalau Adik balik pukul 6pm memang tak sempatlah nak amik Adik on time....





Sekian....





Friday, April 17, 2026

Random Pic. No. 421

Assalammualaikum..hi semua..




Ni masa minggu hari Raya Aidilfitri yang lalu...
Orang lain still lagi bercuti..tapi Me dah masuk kerja...
Punyalah santai gi kerja kan..pukul 7.18am Me kat area rumah lagi ye hihi...
Terpaling lambat Me keluar rumah ni sejak dah pindah office sekarang...kalau tak pukul 6.40am dah kena ada kat jalan raya....
Ni gini pun belum pukul 7.45am Me dah sampai office dah ye...bahagia betulll.....










Petang suruh OT n Nakhil tunggu kat bawah..kitaorang nak pergi menapau makan...
Ni dah balik dari menapau dah pun Uolls....cukup-cukup nak Maghrib haaa..so cepat-cepat naik atas rumah...











Rezeki dapat dinner makan Nasi Lemak fav....elok dia buka okeh...











Hari esoknya..hari Jumaat..pun santai jugak Me bawak kereta...nak pukul 7.15am still kat area rumah lagi jugak....
Tengoklah lapang betul jalan...ni kalau hari biasa ni kalau pukul 6.25am pun dah penuh panjang dah kereta...ni pukul 7.15am clear...











Kat office Me bawak bekal...ada Me bawak burger buat sendiri n ada jugak Bubur Kacang Hijau Me buat hari Rabu tu Me bawak....
Kenyang Alhamdulillah...











Petang kitaorang ke Elmina...mencari Nasi Kandar Az Imran kat cawangan Elmina...
Selalunya kitaorang pergi makan mamak Az Imraan tu kat area rumah...tapi disebabkan tertengok review kat TT yang katanya Az Imran kat Elmina sedap..so kitanya try pulak yang kat situ......
Alhamdulilah sedap...sama je dengan yang kat area rumah kitaorang..cumanya kat cawangan Elmina lauk dia banyak n meriah....lagi satu situ full ye..penuh betul orang...
Kitaorang duduk sekejab je, tau-tau penuhhh....








Raya OT cuti seminggu...Me je yang masuk kerja awal...












Sorang ni masa ni taknak makan apa-apa....minum air sirap jek.....
Pakai pun baju repeat..sebab semalam tu dia pakai baju ni sekejab sangat...pakai untuk pergi tapau Nasi Lemak je...
Mama kedekut (malas) kan..so pakai jelah Dik baju yang semalam tu (sabar jelah Mama poonnn hahhahaha)














Me kan konon orderlah Roti Canai nih...kot kotlah Adik nak makan...
Kalau selalu tu dia kata dia taknak makan pun tapi kalau Me order Roti Canai kadang-kadang tu tiba-tiba dia jadi nak makan kan (kadang-kadang tulah)..tapi yang kalini memang dia bolayan betul..sabar jelah....











Ada orang jual Jagung rebus la...
Mula-mula Me jual mahal sebab ingatkan orang tu jual kerepek..sekali tengok eh jagung rebus la..so panggil balik....
Untuk 3 ketul ni RM10...jagung dia sedap, manis..cuma tulah..mungkin sebab baru lepas seller terus bungkus masuk dalam plastik..bila sampai rumah, dia dah bau macam nak kepam sikit (korang tau kan bau dia macamana?haha)....










Pagi Sabtu Me masak Meggi Goreng....
Ini pun Me masak je letak sosej..sebabnya memang takde bahan lain lagi yang boleh Me letak.....














Saja try beli lauk pauk seafood (frozen) dari TT....
Ada Tulang, Ikan Kembong, Sotong, Udang, Ketam dan Ayam..ni semua RM118 termasuk delivery...ok sangat la kot kan?
Me kan tak pernah lagi masak ketam tau...tapi gatal beli..
Lepas dapat ni kan terus Me jadi blur..nak masak apalah nih haaa..??adoila.....
Me ni macam biasa, pandai beli, tapi nak masak tu adoilaa tak berapa nak reti..
Nantilah Me google hihi....



Sekian...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...