Showing posts with label Sambal Telur. Show all posts
Showing posts with label Sambal Telur. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

Sambal Telur Goreng....



Sambal Telur Goreng
2-3 Biji Telur-Goreng Mata Kerbau (tapi nak rebus then goreng balik pun boleh)
*10 biji Cili Kering-Rendam
*1 Biji Bawang Besar
*2 Ulas Bawang Putih
*1/2 Inci Halia
*Blend semua bahan yang bertanda * hingga hancur
1 Sudu Besar Cili Sos
Secawan Air Asam Jawa
4 Sudu Besar Minyak Masak
Garam dan Gula

Cara-caranya:
1-Panaskan minyak dalam kuali, dah panas masukkan bahan-bahan * yang telah diblend hancur tadi.
2-Tumis sampai berminyak dan garing (sampai cili tu masak)
3- Dah garing dan masak masukkan Sos Cili, garam dan Gula (gula kena lebih).
4- Kacau rata dan masukkan air asam.
5-Masak hingga pekat. Bila dah pekat boleh masukkan telur then kacau rata.  Siap!!




Simple je kan...?
Sapa yang minat lauk bersambal macam me ni bolehlah try.....
Adik-adik (budget semuaorang baca blog ko kan Sue hehehe)...ye adik-adik yang baru belajar nak buat sambal tu..korang kena jaga selalu tau cili tu..kena kacau-kacau selalu...kang kalau korang biarkan hangit nanti weih....
Fyi jugak, sambal ni kalau korang nak tukar Telur to Ayam pun boleh....Ayam tu kenalah perap kejab dengan serbuk kunyit dan garam, then goreng 3/4 masak dulu...senang je...
Pastu sambal ni bahan dia lebih kurang sama jugak kalau nak masak Sambal Sardin pun...tapi kalau Sambal Sardin, halia kena lebihkan sikit...pastu jangan letak sos cili....pastu kalau rajin apa-apa sambal tu korang letak le kentang yang dah digoreng..haaa....boleh buat tambah lauk sekali harung masak kan...(kalau dah namanya Sue apa yang tak senang??)....
Selamat mencuba...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...