Search This Blog

Showing posts with label Arrowhead Chips. Show all posts
Showing posts with label Arrowhead Chips. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Arrowhead Chips...

Minggu lepas pergi Tesco dengan Emak dan Anim...
Elok-elok pusing dalam tu terjumpa ini....
Arrowhead...
Pernah terbaca dekat myresepi.com pasal ubi ni...
Selalunya tak heran pun kalau nampak, tapi bila dah teringat senang je nak masak terus beli sikit...
Ni kiranya kali kedua try...awal tahun aritu ada jugak try, tapi lupa pulak nak amik gambar...


Me amik yang besar-besar..
Senang nak masak...
Beli pun main amik je..
Masa pilih tu sorang Chinese lady tegur me...borak-borak jugaklah kitaorang...
Me pulak sempat tanya dia macam mana nak pilih...
Rupanya 2x5, dia pun main belasah je amik...huhuhuhu


Me amik yang besar sebab senang nak sagat ubi ni sebenarnya....
Nak masak ubi ni senang je...
Dah sagat nipis-nipis macam kat atas ni...
Pastu basuh bersih-bersih, terus rendam dalam air garam...
Rendam kejab je....
Sambil tu panaskan minyak dalam kuali....


Bila minyak dah panas tu, apalagi..gorengla...
Nak goreng pun senang...
Mula-mula kacau-kacau bagi ubi ni tak melekat antara satu sama lain (macam cakap pasal orang pulak..huhuhu)...pastu bila dah tak melekat boleh tinggalkan kejab...


Lepas tu jenguk-jenguk la kejab...
Dah agak garing bolehlah diangkat...
Jadilah Chips macam atas nih....^_^

Serius..sedap ok...
Rasa dia lemak-lemak...kombinasi rasa kentang dengan ubi..
Memang sedap...anda..anda..anda sila cuba tau...
Kalau lagi terer bolehlah sagat cantik-cantik dan bulat-bulat...
Me ni tak penyabar orangnya, main sagat je janji lepas...hehehheh....
Opps..lupa pulak, selalunya ubi ni ada banyak time nak dekat Tahun Baru Cina...
Ni kira nasib-nasib je, tiba-tiba time Krismas pulak ada..huhuhuhu...
Chinese lady tu pun kata gitu tau...
^_^

p/s:  Tak tau lah Arrowhead ni dalam kategori ubi ke apa, tapi disebabkan dia boleh buat chips, so belasah jelah sebut ubi ubi kan..kuikuikui..Rasanya lagi, Arrowhead ni kalau chinese diaorang buat macam-macam (dessert, sup segala...)..kalau tak silap la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...