Search This Blog

Showing posts with label Tutorial: Cara Menukar Blog Cursor. Show all posts
Showing posts with label Tutorial: Cara Menukar Blog Cursor. Show all posts

Wednesday, December 07, 2011

Tutorial: Cara Menukar Blog Cursors...

Al-kisah tersebutlah kisah...bila me merayap-rayap ke merata blog tu...
Ada pulak berberapa blog yang cursor dalam blog mereka-mereka itu telah bertukar...
Dan kebanyakkan pulak cursor2 mereka-mereka itu adalah sangat-sangat cute miut gitu...
Dan sebagai seorang yang agak jaki nak jugak gatal tangannya jadi mengagaulah mengoogle kot-kotlah ada tak cara untuk tukar cursor yang plain ada tu kepada yang cute miut macam orang lain......
Dan....memang ada pun tutorial dari blog lain...tapi macam-macam version you..dari yang versi omputih bawak ke melayu bawak ke indon pun ada.......penin..penin....
Last me amik je yang paling simple je kan...dasar pemalashh gitu...
Jadi di bawah adalah cara-cara nak menukar cursor dengan cara yang paling simple yea....


1. Pergi ke google cari free mouse cursors for blogger...InsyaALLAH dalam banyak-banyak tu ada punya...Tapi me bagi contoh satu kat sini...http://www.cursors-4u.com/ (Terima kasih daun keladi cursors-4u....). Kat dalam tu banyak jugak cursor yang menarik, jadi sila pilih satu yang anda berkenan yeak...

2. Dah pilih sila klik gambar cursor yang ada berkenan tu...Nanti di bawah page tu akan ada kod untuk blogger. Terus COPY kod tu...

3. Buka pulak akaun blogger anda dan bukak Dashboard blog pastu klik Design, klik pada Page Elements dan klik pada Add a Gadget...

 4.  Cari HTML/Java Script dan klik situ...


5.  Pastu Paste kod yang telah dicopy dari website tadi tu ke dalam box HTML/JavaScript tu......
6. Dan terus SAVE...dah Save tu bolehlah tengok balik blog anda tu...Cuba tengok jadi ke tak..
Kalau jadi sila tepuk tangan lalala yea...hihihihhihi...

Lagi....
Kalaulah tiba-tiba macam tak suka dan nak  remove cursors tu jangan susah hati yea...just delete je box HTML/JavaScript tu sahaja...
Kalau nak tukar pun senang je, just copy kod lain dan masukkan balik dalam box HTML/JavaScript tu sahaja...senang je kan...

Ni me toturial cara yang simple je tau.....untuk yang lain-lain lagi-lagi yang canggih manggih tu me try jugak tapi tak bolehlah pulak...takpe..nanti kalau me dah dapat me tempek sini lah yea....^_^

Opps..kejab..kalau nak lagi banyak tips sila jengah ke sini yea....best woo....http://www.os-cyber.com...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...