Search This Blog

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Friday, July 21, 2017

Ramada Plaza Melaka...Best Oo....

Perasan tak bila musim cuti sekolah, me confirm mesti kebanyakkan orang akan bercuti di luar kan? Kadang-kadang cuti tu sebab buat macam-macam kan?contohnya – pergi melanconglah, berjumpa saudara maralah ataupun untuk jalan-jalan cari makan…betul tak?
Macam kitaorang sekeluarga, kitaorang kalau bercuti selalunya untuk berehat dan jalan-jalan cari makan jek…
Pastu kalau korang perasan selalunya kitaorang akan ke PD…
Pastu tak pun selalunya kitaorang suka sangat bercuti ke Melaka..
Macam Melaka tu, korang perasan tak sebenarnya Melaka adalah tempat bercuti yang best?…dekat pun dekat kan…?



Kalau korang perasan jugak, banyak destinasi pelancongan yang popular kat Melaka tu kan?ada Jonker Street, A Famosa, Melaka River Cruise dan banyak lagi.. (ni me sebut mana yang sempat jek yek haha)…
Okeh yang ni me kat Taman Buaya...see...pusing-pusing ada je tempat yang boleh kita singgah kalau kat Melaka tu okeh....rajin tak rajin jelah...
Lagi satu, Melaka ni semuanya dekat-dekat okeh….Kalau pergi kat town Melaka tu semuanya within walking distance jek….jalan sikit dah sampai Jonker Street, kang jalan sikit dah sampai A Famosa, kang pusing sikit dah sampai Melaka River Cruise tu…nak cari Asam Pedas pun merata…Cuma kena rajin sikitlah…tapi kalau tak rajin jalan boleh bawak je bawak kereta…kalau tak sanggup nak cari parking cari jelah beca…in sha ALLAH sampai hehe…..






Paling penting malam-malam boleh cari Ikan Bakar kat Pernu, Umbai hihi......
Tapi ni kena bawak keretalah ye...tapi tu pun dekat jek..tak sampai 35 minit dah boleh order dah....
Harga dahlah murah ooiii...order macam-macam pun memang tak pernah cecah RM200....selalu kitaorang kena pun dalam RM120 camtu jek...giler tak syok kan?



Citer pasal hotel pulak...kat Melaka kan ada banyak hotel-hotel kan?…tapi paling best haruslah Ramada Plaza Melaka….
Serius best okeh….sebabnya 10 minit naik kereta korang dah boleh sampai kat town Melaka tu ye….
Meh me share Info pasal Hotel Ramada Plaza Melaka:
Ramada Plaza Melaka ialah sebuah hotel yang terletak di Malacca City Center. Selain bertempat di kedudukan yang baik, Ramada Plaza Melaka juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Cheng Hoong Teng Temple dalam 0.73 km dan Red Square (Dutch Square) dalam 0.79 km….dekat kan…?
Hotel ni memang kiranya dekat betul dengan town dah ni tau..naik kereta kejab je dah sampai merata-rata…






Macam me, me pernah berkursus dan menetap kat Ramada Plaza Melaka ni…memang best….
  Kalau korang nak tau, untuk acara perniagaan ke majlis korporat ke, Ramada Plaza Melaka memang ada menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang korang perlukan. ..
So kalau ke sini sambil nak santai atau buat event atau untuk kerja memanglah hotel ini sangat sangat sesuai…sebabnya pelbagai kemudahan yang berkualiti disediakan oleh hotel ini okeh. …
Kira complete semua ada ye…bilik kursus ada…tempat nak makan ada…bilik pun kat situ jek..memang senang…
Tu kalau untuk kerja atau nak buat eventlah kan…
Tapi kalau untuk cuti-cuti dengan family pun best, sebab kemudahan di Ramada Plaza Melaka ni banyak...semua ada okeh…
Dahlah bilik best dan besar, pastu tempat tidurnya selesa sangat ye…
Memanglah sesuai kalau bawak keluarga…dahlah tu layanan dari staff pulak memang terbaik…tak tipu…..
Pastu macam me pernah citer dulu…staff hotel ni memang bagus…nampak kita memang angguk menyapa kita okeh…kalau naik lift tu memang diaorang yang tekankan button lift tu…tak ke kemain tu?hihi….






Sapa nak bagi weih view macam gini?Siap nampak sungai untuk River Cruise tu lagik okeh...
View dari bilik yang me duduk...hehe...ni me dapat bilik hujung sekali ni tau...level 11 ke 9..tak ingatlah pulop..........best kan?






Masa ni jerebu ye..so memang pic agak kabur....
Ni tingkap adalah besar ya amat....sambil duduk bersila pun boleh tengok view...
Malam lagi cantik...macam ada pesta cahaya dah.....
Ni masa naik river cruise tu pun boleh nampak hotel dari sungai tau...kemvang kejab sebab nampak hotel yang kita duduk tu depan mata...(rasa macam nak bagitau semua orang...eh tulah hotel yang Iolls duduk hahaha)......
Pastu kalau korang jenis suka duduk kat hotel je pun best sebab diaorang ada pusat kecergasan…
Kiranya kalau bercuti tu boleh jugaklah sambil-sambil mencergaskan diri hehe…..
Pastu diaorang ada kolam renang ye…(Cuma haritu Iolls tak sempat nak cuba, salahkan jadual yang penuh sangat tu huh!rugi okehhh)…..
Selain tu rupa-rupanya diaorang ada jugak tempat buat rawatan spa (hohoho…napa tak tau nih?)…yes diaorang ada ye….so silalah cuba…jangan jadi macam Iolls haritu..apapun tak sempat..rugi sangat-sangat la haiii…..







Makan pulak, don’t worry…buffet breakfast kat Ramada Plaza Melaka ni memang penuh sekeliling café tu…tinggal nak makan taknak makan je ye….banyak!!....
Tapi tengoklah ni, kalau dah namanya Su tetaplah nombor satu amik Nasi Lemak..dasar perut kena makan nasik pepagi kan..hehehe....
Cafe adalah sangat cozy tau....sedap je duduk bersantai-santai sambil cuci mata.......sampai rasa taknak bangun dah okeh haha….
Tu breakfast..kalau lunch ke dinner mesti lagi meriah tu kan…
Lupa pulak…selain tu kan hotel ni ada sediakan akses WIFI..so don’t worry kalau-kalau nak guna tu…biasalah kan, kita kan kalau bercuti tu kalau tak share gambo at social medias rogilah hihik…



Serius..kalau korang bercuti or singgah di Melaka, bolehlah try duduk kat Ramada Plaza Melaka…memang recomended!....Tersangatlah conveniences….kemudahan banyak…nak bergerak kemana-mana pun senang….badan tak penat nak travel jauh-jauh okeh…Melaka je dah best…Memang tak payah nak fikir macam-macam lagi dah…
Haa apalagi  jom terus dapatkan penginapan anda dan get best price onramada plaza melaka here! … <=== klik sini kalau korang nak tengok offer yang best....Tak rugi okeh….me pun macam nak repeat je lagi nih hehehe….(nak kena kecek-kecek Atie lah kejab lagik hahaha)…..






Tuesday, December 20, 2016

Melaka....

Ni citer 4 hingga 6 haribulan Disember haritu la punnnn.....
Biasanya plan nak cuti-cuti sefamily ni macam biasalah ye....dah sebulan nak gi barulah betul-betul decided nak kemana......
So bila kitaorang dah fikir yang beria-ria barulah confirm kalini ke Melaka.....lagiiii hahahaha
Tapi kalini bermalam...kan tahun lepas tu kitaorang fly petang je ke sana, tidur kat PD kan...
Kitaorang pilih Melaka sebab Melaka ni agaklah budget friendly...
Yelah..dekat kan....jimat minyak, jimat tol, jimat tenaga...pastu banyak tempat boleh pergi kan...all in one gittchew....padahal yang penthing tu MAKHANNN kihkihkih.....





Dipendekkan cerita yang tak berapa pendekkkk....
Ni kat hentian apa ek kat LEKAS tu?alaaaaa tak ingattt....
Kitaorng ni tunggu Atie dari pukul 11 pagi tadi okeh....tapi tak bergerak-gerak pulak diaorang....last-last nak pukul 12 suku camtulah setel semua hal dia, barulah kitaorng bergerak...adoilaa....(kitaorang pergi dua kereta)....
So dah gerak tu Atie kata diaroang nak berhenti....boleh pulak Atie and family laparla, tak makanla...sabo jelah.....
So dah alang-alang berhenti kat situ, so kita solat Zuhurlah siap-siap..habis cerita.....
So dah zuhur segala gerak teruslah kitaorang bergerak ke Melaka...
Niat awalnya nak ke Klebang dulu...nak pekena Coconut Shake...pastu nak jalan-jalan area Pantai Klebang tu.....




Tau-tau dah sampai hotel...ampunnnn
Ni kitaorang tak jadi ke Klebang okeh....sebab masuk-masuk je exit ke Alor Gajah (ye ke?..aduhh lupa lagik)....time tu dah nak pukul 3 pm....
Harapanlah nak bersantai-santai kat Klebang kalau jalan yang benar pun tak nampak-nampak lagiiikkk kannnn huhuhuhu....Tu yang terus cari hotel...check-in la dulu ye...penat sebab panas tengah hari buta pun iya.....masing-masing tak sanggup dah nak keman-mana dah.....
Okeh...parking hotel ni bertingkat-tingkat ye....
Jenuhhh...kitaorang ni parking tingkat 9...hambekkkk....
Tingkat lain tu penuh sangat..tak sanggup nak pusing-pusing carik....
Ni kitaorang belasah je naik sampailah tingkat 9 nih...
Ni pun, elok me second car kat sini..tau-tau lepas tu dah berpusu-pusu semua orang pun parking kat atas ni jugak....
Ni me salah parking nih tau....kalau untuk entrance ke hotel ada belah sana nun....kalau parking kat area tu lagi senang...terus boleh masuk bilik terus....
Eh lupa pulak..kitaorang tidur 3 hari 2 malam kalini kat Hatten, Melaka.....
Hotel ni attached dengan mall okeh..so senang jugaklah





Gambar masa check-in tak amik....tak sangguppppp..ramai orang okeh....tak sesuai pulak nak snap sana sini....
Check in pun boleh tahan lama beratur...macam hape je rasa...
Tapi nasib baiklah front office dia baik....very friendly walaupun kitaorang ni boleh tahan potpet itu ini hahahaha....
Masa check-in tu kena bayar semua ye....kalau nak bayar nanti-nanti boleh..tapi kena depo guna kad kredit kalau tak silap.....
Ni kitaorang mintak bilik mengadap town....town bendanya...mengadap pantai ke hapa pun tak taula....janji manismu betul la hotel.....
Lagi satu...kalau korang jenis tak sabar...memang payahlah...sebab lift kat sini memang lambat ya ampunnnn.....
Nak gi lobi lambattt..nak gi dining lambattt..nak gi parking lambattt...sokmolah lama tunggu....
Memang waste time giler okeh..jadi penat tang tunggu lift jela.....
Parking pulak jangan risau tau...korang parking je kat parking yang ada dalam hotel nih...nanti kalau korang nak keluar bila-bila masa pun boleh....parking memang FOC...just gi stamp je kat bawah nun.....cuma tang nak gi chop tulah mengundanggg...lama giler nak tunggu lift huhuhu.....





Bilik cantik...besar....(kecik sikit dari Prinz Park kat Kuala Terengganu nun).....
Bilik besar lapang...so memang boleh muat beramai-ramai.....
Kitaorang amik king size bed....sebab nak sumbat tiga orang sekatil....






Ada dua section...
Satu ada day bad nih....
Sedap giler okeh baring kat sini...tapi Iolls tetap menyumbat tidur kat katil jugak hahahaha...tak kiraaa....
Ni kat sini ada TV jugak tau....cuma remote controller tu kena berebut sikit...sebab remote controller tu satu jek dia letak dalam bilik..nak mintak lebih malas pulak nak tanya......
Hujung kanan tu pintu masuk..ada jugak mini pantry kat situ...tapi takdela sinki bagai ye.....
Yang belah kanan nampak pintu tu bilik air...
Ada shower kepala besar (rain shower tu) dengan hand shower tu...tapi hand shower tu tempat sangkut kat dinding dia dah terkulai...tak syok pulak jadiknya.....
Dalam tu cermin dinding sikit punya besar okeh....sorryla, me tak amik gambar pulak..korang imagine je sudah hihihihi.......








Katil king size.....memang secukup rasa la tidur 3 orang dewasa....
Sebelah kanan ni ada dinding cermin...so kalau nak tutup just turunkan blind tu jek...so dah jadik dua buah bilik dah.....tapi macam me cakap..mintak hampun laa..memang me menyempit jek kat katil tu..pedulikkkkk....
Atie bilik sebelah....diaorang pun amik king size bed..mintak extra baby coat....senang..secukup rasa muat.....
Bilik ni dah siap semua ada...so senang tak payah nak merayap nak guna itu ini......







Ni petang-petang sikit...dah pukul 6 camtu...
Dah rehat-rehat lebih kurang, dah solat semua so kita jalan ke seberang...
Seberang hotel ni apa mall ek...Ya ALLAH makan kerengga ke hapa nih lupa sangattttt????
Pahlawan Mall...ada ke nama Pahlawan Mall?hampun la kalau salah.....
Ni memang keluar hotel melintas jalan dah sampai sini....senang...tapi boleh tahan panjang jugak mall ni ye...
Ke Mahkota Parade ni ha?adoilahhh..ko dah kenapa makcik??






Me mother.....i lahap u mother!!







Meriah kat sini....
Sempat jugak Iolls membeli selipar okeh hihihi...selipar belasahan dah koyak rabak gittew...mencari ganti susah tak jumpa-jumpa pulak......rupa-rupanya nak jumpa kat Melaka okeh...gedix betulllll......
Kitaorang petang tu jalan berempat jek...yang boys semua tidur ke hapa kat bilik tu tak taulah.....
Eloklah tak ikut..kalau ikut banyak pulak drama swasta nanti...bahaya kat situ banyak sangat benda-benda yang boleh membangkrupkan Ibu diaorang hahahaha....






Santik sangat me rasa bilik ni sampai rasa tak mo keluar bilik je hahahaha...
Tapi tak boleh la ye....kenalah keluar jalan-jalan....rugi pulak kalau terperap jek....
Ni lepas dah mandi solat Isyak kitaorang nak keluar carik makan pulak....lapoooo.....
Iolls memang dah malas nak tukar baju okeh..jimat air hahahaha...lagipun sembur De'xandra haruslah wangi kalah orang dah mandi....eh teriklan pulop hihihiiiii......





Bersambung.....




Monday, May 30, 2016

Kedai No. 5: Kedai Kita, Pernu, Umbai, Melaka

Dah puas kitaorang bergambar kat Bustel kat Klebang tu terus kitaorang bergerak ke Umbai....
Nak makan ikan bakar..nak makan ikan bakarr gittew hehe........




Tersampai awal okeh...pukul 4 camtu dah tercongok kat sana.....
Tunggu kejab dalam kereta, pastu tengok macam dah boleh duduk terus terjah ke sini.....
Macam biasa, tetap nak makan kat Kedai No. 5: Kedai Kita.....
Rasa macam rugi pulak kalau makan kat kedai lain okeh.....kat sini je kot yang ada udang besar.......
Nampak tu....??
Tu orang kedai pun still tengah susun-susun bahan mentah lagik.....awal sangatlah pulop kitaorang ni kan....
Korang me suggest kalau nak datang awal pun elok nak dekat pukul 5....sebab kebanyakkan kedai bukak time camtu....
Tapi don't worry...ada je kedai yang dah bukak awal...so boleh test try kedai lain jugak.......






Sambil tunggu kedai setting...kita berselfie dulu.........






Tetiba nampak kurus kan?hehehe....nipu punya HP.....




On the way ke Pernu, Umbai nih kitaorang singgah Petronas....so tapaulah jugak Pirate Coffee nih.....
Sekarang ni dah naik hargala pulop....last pergi tahun lepas tu baru RM4 camtu....ni dah jadi RM5 tak pun RM6......
Tapi serius me cakap....dalam banyak-banyak stall jual air camni...Pirates still the best la.....pekat likat je okeh...
Ni me punya ni me order Green Tea kurang manis...walaupun kurang manis tapi tetap pekat je Green Tea tu....so memang terbaikkklahhhh........






Mula-mula sampai adalah kicap cicah nih......
Tengok ni je dah buat me ngencesss okehhh........





Sorry Iolls letak lagi sekali ye hehehe....
Tapi memang pun....semangkuk camni kalau me tak cukuppp weihhhhh......sedapnya haiiii...
Cukup pedas, masin, manis, masam semua.......terbaikkkk!!






Udang masak butter......
Bestnya kedai No. 5 ni kan...me tanya boleh ke masak udang 3 ekor je?....boleh okeh....best kan?
Udang ni serius sedap ya hamatttt.....masak butter pun sedapp...secukup rasa....
Cuma tulah....kering sikit, tak berkuah...tak cukup ni weihhhhh.........





Sotong Sambal.....
Ni pun sekor je sotong saiz sederhana....pun boleh masak sekor je jugak.......best kan...tak membazir tau......
Ni rasanya okeylah....sambal tu tak berapa pekat pulop....teringat ketam sambal yang kitaorang makan sebelum-sebelum nih...sedapnya sambal dia.......






Pari Asam Pedas.....
Yang direquested by Mak Sept.....
Setengah ekor pari dari sekor pari kecik...
Pari yang kitaorang nak tu kecik je okeh...tapi bila tanya boleh ke masak separuh-separuh??
Boleh katanya.....tu yang mintak setengah ekor masak Asam Pedas...setengah ekor lagi bakar sambal........
Yang ni pun sedap...takde komplen langsung okeh......






Yang ni paling menanges makan okehhhhh......
Pari Bakar Sambal nih......huwaaaaaaa sedap nak matikkk....
Walaupun dah agak hancur (mungkin sebab kecik sangat pastu melekat kat grill dia kot), tapi sedappp sangat okehhhhh....
Cicah pulak dengan Sambal Kicap tu....adoiiiiiiiiii......
Tak cukup sebenarnya...tapi sedar diri so sudah-sudahlah.....next trip kita gi makan lagi ye (kata Su kepada Su untuk memujuk hati sendiri....).......





Kesimpulan haritu hehehehe.....





Cuma tak puas hati...awatlah bagi nasik macam nak bagi bebudak makan??sikit sangatlaaaa.....
Ok, yang kitaorang makan ni lebih kurang RM52 camtu (tak ingatlah pulak exactly berapa RM ayoyo).......
Pastu kalini makan memang elok je potionsnya....takde berlebih ke apa (walapun hujung-hujung ada jugak paksaan untuk mengabiskan mana-mana yang ada tu hehehe).....
So korang....Iolls recommend kedai No. 5 (KITA) nih.....
Servis bagus...masakan pun just nice (macam kat rumah je)....pastu tak berkira okeh....try test la...tak rugi....(ni review dari hati ke hati...takde sapa upah okehhhh).......
Sambung balik, ni kitaorang habis makan dalam pukul 6 lebih camtu....
So gerak then berhenti kat R&R Ayer Keroh kejab.....kejab tak kejab adalah dalam sejam camtu hehehe....
Pastu teruskan perjalanan balik....takde singgah-singgah mana dah....
Eh ada...singgah tapaukan burgers untuk Emak and Anim (ni namanya pengeras sebab keluar rumah okeh hahaha).....so me sampai rumah dalam nak pukul 10.35 p.m. camtu....

TAMAT....





Friday, May 27, 2016

Muzium Kapal Selam, Klebang, Melaka

Ok..kita sambung lagik ek citer kat Melaka hari Sabtu lepas tu.....



Dah sampai Klebang so naklah berjalan-jalan cuci mata tengok Pantai Klebang tu pulak...
Tapi elok nak ke arah pantai tu teringat Muzium Kapal Selam kat situ...terus ajak Sept carik....
Jumpa okeh....pantai ke kanan...tapi muzium ni belah kiri......



Dari luar pagar dah nampak dah kapal selam tu....excitednyaaaa....




Tiket adalah RM3 untuk dewasa...




Selain dari kapal selam ada jugak dua jet nih...
Panggil jet ke hapa ek.....??tak reti....hehehe......





Besar giler okeh kapal selam nih....takuit Ioll tengok.....



Masa ni dah start seriau-seriau dah....
Iolls ni mana boleh benda-benda macam gini....




Sempat lagik pose gedix kejab.....
Kitaorang je yang masuk sini...Mak Sept tak mau.....
Panas satu hal...lagipun takut Mak Sept tak larat je nanti......




Bawah kapal selam....
Kat bawah ni ada plak nih....so kita amik gambar sedass......






Gambar dah tunggang langgang dah.....
Ni bawah kapal selam...ada jugak papan info pasal kapal-kapal selam yang ada kat Malaysia nih....
Iolls tengok sikit je...pastu baca dua tiga baris dah hahaha...pemalas giler okeh.....pemalas tu satu..seriau duduk bawah besi besar pun iya kahkahkah.......








Ni kalau tengok muka leklek je kan....??
Oh tidakkk...ni adalah muka cuak dalam hati sebab tak jadi masuk dalam tu.....
Boleh tak kitaorang duaorang dah naik atas (sikit punya excited nak masuk dalam), sekali elok je masuk pintu tu me dah tak boleh nak menapak dah......seriauu weihhhhh.....
Nampak pulak wayar berbagai-bagai dalam tu, paiping apatah (bahagian depan ni macam bahagian enjin/operation enjin gitulah....) terus tak jadi masuk...adooiiiiiiii......
Pastu me try jugak masuk setapak..boleh tak lantai kapal tu berbunyik....confirmmmmm...memang dah tak boleh kedepan dah....terus Iolls cakap kat Sept yang me tak boleh masukkk huwaaaaa....tau-tau me tinggalkan Sept sesorang je masuk dalam tu....hahahaha....venggong giler okeh.....
Sept pulak sorang-sorang pun dia kira apa....selamba je dia okeh.....
Iolls ni dah cuak tahap apa dah time tu.....dahlah tu satu masalah pulak nak turun tangga....tetiba gayat nak matikkkkk.......helpppp.....vonggoks betullah Su!





Kauuu.....
Muka orang puas hati dapat masuk dalam kapal selam heheheheh....
Nak tau, masa me tunggu kat bawah ni ada 3 orang ladies nak masuk dalam tu jugak.....elok je diaorang masuk kat entrance dah kecoh semacam.....rupa-rupanya yang sorang tu dia macam me okeh....dia kata dia tak boleh masuk...siap cakap lagi "I can't....once I step my foot I know I can't" gittew.....sama dengan Iolls okeh hikhikhik..eh tergelak pulopppp.....
Pastu kan, mula-mula sorang je dari 3 ladie tu mengalah kan (dah turun bawah dah pun), pastu tak sampai 2-3 minit yang lagi duaorang pun turun jugak....laaa tak boleh jugak ke?confirm bukan Iolls sorang je berperasaan camtu kan hehehe......




Amik lagi satu....amik pic kat luar pun jadiklahh...dari takde langsung kan hahahaha.......





Pastu pergi kat section jet ni pulak.....





Ambik sambil-sambil lalu je pun.......panas time nih....






Selfie lagik.......



Ok lagi satu...last last.........






Pastu kitaorang ke arah pantai....
Ingatkan nak berhenti pastu cuci mata kejab kat pantai tu....
Tapi sebab parking macam dah limited, pastu cuaca pulak boleh tahan panas so kitaorang tak berhenti pun....
Tapiiii....bila nampak je Bustel ni terus Sept berhenti okeh......
Dia nak amik gambar dengan hotel guna bas nih.......
Yang mula-mula kitaorang berdua jek yang excited dok amik gambar depan nih....
Sekali elok je tengok-tengok aitttt dah semua orang pun berhenti parking kat area nih nak amik gambar jugokk hahahaha...dah kenapa semua orangpunnnn??tadi semua lalu buat dek je kotttt.........






Ni berhenti kat mana tak ingat.....
Tapi memang niat lepas habis kat Klebang nak pergi makan Ikan Bakar...wiiiiiii......


Bersambung......




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...