Search This Blog

Showing posts with label Kicap Pedas (untuk Sos atau Sup). Show all posts
Showing posts with label Kicap Pedas (untuk Sos atau Sup). Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Kicap Pedas (untuk cicah atau Sup)

Harini me nak share cara-cara nak buat Kicap Pedas...
Ni satu resepi je tau tapi boleh dimakan secara versi untuk makan dengan Ikan Bakar (macam kicap cicah Ikan Bakar kat Melaka tu), satu lagi kicap versi makan dengan apa-apa Sup...kiranya resepi ni boleh dimakan untuk kedua-dua jenis makanan lah...
Kicap ni me belajar buat dari Emak me ye...dari kecik ni memang dah biasa makan kicap camni......
Tapi selalunya kalau emak atau me buat kicap pedas ni kat rumah, kitaorang kebiasaannya makan dengan Sup je, tak reti nak makan dengan Ikan Bakar......
Sampailah bila dah makan Ikan Bakar cicah kicap kat Melaka t.... bila makan kicap kat sana me rasa macam seakan-akan sama je dengan Kicap untuk sup yang emak selalu buat untuk sup tu.....
So lepas-lepas tu kicap pedas ni me belasah je untuk makan dengan Ikan Bakar sekali...
Cuma beza kalau untuk Ikan Bakar kita tambah limau kasturi potong sikit...

Kicap Pedas
10 biji Cili Padi
1/2 biji Bawang Putih (sikit je tau..kang banyak mulut bau rauraubaudia..haha)
1/2 sudu besar Gula
1/2 sudu besar Bawang Goreng (optional-kalau takde takpe)
Kicap Masin (kalau guna kicap manis, gula tu kurangkan jadi sesudu kecik je dah)
**Limau Kasturi (Optinal jugak)

Caranya:
Tumbuk Cili Padi, Bawang Putih, Gula dan Bawang Goreng sampai lumat.
Dah lumat keluarkan bahan-bahan letak dalam mangkuk, then masukkan kicap secukupnya...
**Untuk Ikan Bakar, lepas dah letak kicap, potong empat limau masukkan dalam kicap (nak makan baru picit or perah..tak suka tak payah letak limau pun takpe, tetap sedap...)



Tumbuk bawang kecil, cili padi, bawang goreng dengan gula kasi lumattttt....



Ni nak makan dengan Ikan Bakar, so letak limau kasturi potong empat siap-siap....
Patutnya tumbuk lagi lumat..tapi I is malas, so tumbuk ala kadar hancur je dah...kihkihkih....



Sebab tumbuk tak lumat, jadi rupanya out sikit...kalau lagi lumat lagi sedap okeh...so jangan memalas macam me ni....rugiiiii....



Tu diaa...
Dah siap tu kita makan dengan Ikan Talapia Bakar dalam pemanggang ajaib...memang sekor ikan tu boleh habis sekelip mata ye....
Tips nak Ikan Bakar sedap ialah dengan bakar alas dengan daun pisang....sedap tak cukup jadinya ye...
Ikan Talapia tu me gaul dengan garam dengan serbuk kunyit je, tak rajin nak marinate beria-ria pun...tapi percayalah sebab dah balut dengan daun pisang, terus sedap meletup-letup...lagi pulak ikan tu fresh giler, isi pun manis sangat-sangat lagi...

~Selamat mencuba~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...