Showing posts with label Kentang Goreng (Potato Wedges). Show all posts
Showing posts with label Kentang Goreng (Potato Wedges). Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Kentang Goreng/Potato Wedges

Kitaorang kat rumah ni sememangnya sangat-sangat giler kentang...
Boleh dikatakan segala yang kena mengena dengan kentang mesti gelojoh habis makan punyalah...
Selalunya kalau benda yang berkenaan dengan kentang-kentang ni me akan masak pun yang sedia ada punya (segera punya la tu...heheheh)....tak pernah pulak try buat sendiri...
Tapi, masa me tercari-cari, terngintai-ngintai resepi kat dalam Myresepi terjumpa pulak resepi Kentang Goreng ni...
Bila tengok resepi sangat-sangatlah simple dan menarik jadi me pun cubalah...
Seriusss....sangat-sangat sejibik rasa Potato Wedges ok...best gilerrr ko....tak caya boleh try buat ye...
Resepinya...

Kentang Goreng


Bahan-bahan ( 3 biji kentang saiz besar )

  • 3 biji kentang bersaiz besar
  • 1 kiub pati ayam / bilis
  • Air secukupnya utk merebus
  • Minyak utk menggoreng - "deep fry"

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka - saya potong kentang kepada 4 bahagian.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk. Masukkan sekali kiub pati ayam / bilis ke dalam rebusan kentang.
  4. Setelah kentang agak empuk, angkat dan toskan sebentar sambil menunggu minyak panas.
  5. Apabila minyak sudah panas. Goreng kentang secara "deep fry" sehingga warna kentang kelihatan perang.
  6. Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu serap minyak.


Walla!menjadikkk....


Yang me buat ni color kurang menyerlah sikit sebab tak sabar-sabar dah nak makan...kuikuikui...
Jadi lain kali boleh cuba goreng lama-lama sikit supaya nampak lagi semengah...

Pastu, rasanya boleh jugak kot kalau nak masak cara bakar dalam oven (selalu tengok mat salleh buat gitu kan..)...lain kali nak trylah pulak....^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...