Search This Blog

Showing posts with label Melaka 2010. Show all posts
Showing posts with label Melaka 2010. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Minum Petangkah?

Dok edit-edit tag kat blogger.com ni sekali terjumpa pulak gambar lama yang me sendiri tak tau kenapa me tak publishkan...
Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar masa kitaorang lunch hari ke-2 masa ke Melaka 2010 dulu....juga sambungan kepada entri yang ini..
Me tak ingat kenapalah me tak buat sambungan untuk entri makan-makan hari ke-dua ni ye, tapi lantaklah, dah terjumpa ni jadi jom me citer (ikut apa yang me ingat....)....



Second day di Melaka, lepas dah habis berbasah-basahan eiii ayatttt apakah itu....??? dengan peluh dan bermaki-makian dalam hati (sebab dapat tiket saman dari Majlis Perbandaran) terus kitaroang ke Umbai lagi...
Nak cari Ikan Bakar..nak cari Ikan Bakar....nak cari ikan bakarrrrr........
Kitorang sampai sana nak pukul 4 suku......so nak kata lunch of courselah dah terlambat (terskip pulak tu lapar okeh...memang nak makan budok je...), nak kata dinner pun lambat lagi...kalau nak kata minum petang???memang jauh sekalilah kan....?
Tengok makanan yang diorder pun tak sanggup nak mengaku minum petang okeh...huwahahahaha....
Kali ni kitaorang tak makan kat Parameswara yang glamer tu lagi....
Sebabnya masa sampai kat parking, dan atas suggestion Mijon yang baik hati katanya.."eh....baik kita makan kat kedai dia ni je..kita dah parking kat depan kedai dia, tak baik kalau kita makan kat tempat lain....."....
Ooo..ok....takde hal punya....janji makan kan...?asyik pergi kedai yang sama je mana nak tau kedai lain tu sedap ke tak kan....?
So terus je masuk kedai yang betul-betul cun kitaorang parking tu (sebenarnya tak ingat nama kedai so belasah je cakap gini...hehehheehe)....




Duduk je belum sempat order yang lain kitaorang dah failed bila tengok Otak-otak ni...kikikih....
Memang minum petang terus okeh....terus habis 2 bakul sekali ngappp!!....
Sedap weihh..dahlah gumuk-gumuk.....
Otak-otak pun bukan semua tempat sedap kan, tapi kat sini memang sedap tak tipuuuu.......(iklan jab...tapi kat pasar tani rumah me sedap okeh, tempat lain selalunya tak berapa best).....



Nilah kedainya....
Ni kat foodcourt sederet, memang berhadapan atau berdekatan dengan Parameswara yang besar tu.....
Konsepnya sama jugak...pergi kat tempat display tu pilih dan timbang apa yang korang nak...nanti diaorang akan masakkan ikut kehendak korang.....
(Petua: sambil timbang boleh tanya harga berapa siap-siap, supaya tak lari budget makan korang haritu..hehehhee)...




Saya dan Zai ketika itu....masa ni muda lagi 2-3 tahun..auwwww...!



Minuman diet...Air limau takde gula....atau nama komersialnya Limau O Ais....



Air kelapa pun ada juga.....tapi me tak minum ni..ni kawan-kawan yang minum...



Diaorang amik sorang satu okeh....
Tengok Sept tu...betul-betul dia amik feel minum air kelapa muda dikala panas berdenting tu...kikikih...



Dah tak payah nak cakap banyak...jom tengok apa yang kitaorang order haritu....
Kangkung Goreng Ikan Masin....
Bolehlah....takdelah sedap meletup benar....(ha..ingat lagi ko...padahal dah makan tahun tau citer ni...kikikih).....



Sotong Masak Sambal....sedap.....tapi sambalnya kedekuit sangat...tak cukup sambal okeh....



Kicap colek terbaik....
Kat Melaka ni memang kicap coleknya (baru pergi kedai ikan bakar kali ke-2) tapi memang semuanya terbaik....pedas likatttt....fuhh!!



Kerang bakar....
Gumut-gumut ni tau....puas makan reramai....



Ni tak ingat Asam Pedas Ikan apa....
Asam Pedasnya kureng okeh....kureng sesuatu...
Me dah makan 2 kedai, 2-2 kedai pun kureng sesuatu..tak kick langsung.....aisey...kata Melaka Asam Pedas dia terbaik.....?tifuu sunggguhh....!(hah, orang Melaka sekalian silalah buktikan...kahkahkah!)....



Ikan Bakar Pari....sebelah letak sambal sebelah kosong....
Haaaa...ini yang terbaik dari ladang.....huhuhuhu!
Menyesal okeh...amik pulak yang kecik jadi makan pun ala-ala tak cukup je....
Yang sambal tu memang yang terbaik me pernah makan seumur hidup okeh...
Sambalnya pekat dan sedap melampau...tak macam selalu makan tu cair pastu rasa macam kuah Asam Pedas..tapi kali ni tak ye memang lain, sedap bebeno...memang teringat-ingat sampai sekarang tau (tak caya tanya kengkawan lain tu....hehehehe)....

Then, makan...makan..makan..sebelum pukul 7 dah sampai hotel.....Alhamdullilah....
Eh, lupa pulak, kitaorang makan kali ni kena RM80 plus-plus nak dekat RM90 tau... (tak termasuk Otak-otak okeh)......ingat sangat-sangat harganya sebab semalam tu masa makan berlambak-lambak kat Parameswara tu terkejut sebab murah ya amat (haruslah ingat kan...)... pastu terkejut lagi bila makan kat sini ciput je tapi macam mahal ya amat pulak....hahahaha...jadi memang menjadi kenangan seumur hidup okeh....

Okeylah, nak baca entri terkepam pasal pergi Melaka tahun 2010 ni sila klik kat entri INI......sekian....



Friday, October 08, 2010

Hotel Emperor Melaka

Entri lapuk..huhuhu...
Me terjumpa dalam draft..so, buat saja lah kan..alang-alang gambar dah siap tertempek kat sini...

Ni citer pergi Melaka lagi...pasal hotel yang kitaorang duduk..
Entri lepas ada me citer dan tunjuk sikit..tapi entri kali ni kiranya me nak cerita lebih sikit la..
Kitaorang kan duduk 3 hari 2 malam time cuti Wesak day (28-30hb Mei 2010) haritu...
Duduk kat Hotel Emperor yang terletak kat Jalan Mushi Abdullah, betul-betul kat Bandar Melaka.
Kiranya keliling kawasan ni semua hotel-hotel juga..
Kiranya jugak hotel ni dekat dengan tempat bersejarah kat Melaka, dekat je..nak jalan kaki pun buleh takde masalah, tapi kalau balik Hotel tu korang demam kura-kura seluruh otot dan kulit tanned secara maximum me tak jamin apa-apa yea..hehehehhe
Yang ni cari dan book hotel last minit..2-3 minggu sebelum pergi..
Sebaiklah ada lagi bilik kosong, sebaik jugak ada pulak harga promotion...memang rezeki terletak boleh dikatakan, padahal time peak hour camni manalah dapat hotel murah-murah, boleh dikatakan semuanya naik harga 30-60% jadinya...
Kalau nak diikutkan sebelum hotel Emperor ni, kitaorang dah try tepon hotel lain, tapi laju je orang tu cakap dah fully booked...adoiii, memang rasa nak nangis je time tu, dah penat-penat plan penat-penat carik information kat internet, sekali dah penuh, sebaiklah second choice ada lagi yang kosong, lega...
Sebaik tak rugi apa-apa pun walaupun carik last minit..huhuhhuhu

Harga duduk kat hotel RM 113 perbilik (kalau tak silap la..lupa sudah, tapi memang tak lari banyak la..memang lebih kurang tu..), patutnya RM180 plus-plus ni tau..okeyla untuk hotel 3 Bintang kan..
Kitaorang amik 2 bilik, 1 bilik 2 orang boleh duduk, 2 darab 3 hari 2 malam....So, bila pusing-pusing balik RM113 jugak la kitaorang kena bayar satu kepala..murah jugak lah kan?hehehhehe...
Hotel sediakan breakfast untuk 2 orang perbilik, ada channel Astro yang agak complete (ada 1 movie channel, 1 documentary channel, 1 cartoon channel, 1 music channel dan channel2 wajib...macam dok rumah dah rasanya.) dan yang penting mula-mula carik kat tenet tu mesti wajib ada pool (kata susah nak jumpa pool kan, jadi kena carik sampai dapat, tak kiraa.....) dan yang lain tu facilities sebijik macam hotel-hotel lain jugak..tak kurang tak lebih...


Yang ni kat lobi hotel..lobi dia besar jugakla..lapang je..iyalah, ikut information Hotel Emperor ni hotel yang paling tinggi kat Melaka, tak silap ada 18 ke 22 tingkat ke (kalau tak silap la, sebab pernah terbaca dulu..malasnye nak bukak google..)..


Kat tiang seri hotel...cantik kan..nampak cozy je, antik dah tentu...
Lupa, hotel ni sebenarnya hotel lama ya u all..dia punya perabot-perabot segala tu semuanya barang lama..Nak kata buruk pun tak, cuma antikkk sangat-sangat..tapi antik yang terjaga lah, bukan antik yang terburai-burai tu ye...hehehheh


Ni bergambar sebelum balik...tangga nak kebawah tu dia punya cafe, breakfast kat bawah tu lah..tangga ke atas tak tau untuk apa...tak sempat pulak kitaorang nak check...


Ni time nak tunggu kete, dahlah hujan lebat, barang dalam gambar ni 3/4 je tu (tak muat nak snap penuh-penuh, kes malas nak bergerak), kete pulak dahlah Makcik Viv aje, kocik jo, dengan orang lagi dengan nak sumbat barang-barang lagi cuba u all bayangkan, hebat ke tak hebat kitaorang??...hehehhehe...


Ni pulak waiting area depan lift dan depan restroom...



Yang ni pulak frontdesk kaunter, memang antik kan?staff adalah efisyen, kitaorang sampai sebelum pukul 2, tapi dah boleh check-in dah...servis lain-lain juga adalah cepat..Ada satu tim tu dah jadi kes terlock pintu bilik sendiri, call frontdesk terus diaorang hantar staff secepat kilat...suka..suka...


Lain kali lah kan, kalau me nak gi Melaka, bolehla tinggal sini lagi..sesuai kalau ramai-ramai ni (macam le family besar benar..huhuhu), tempat selesa (untuk orang yang berpendapatan macam me ni lah...), lapang pun lapang..nak gi town pun kuar sikit je ke depan dah sampai (dalam 5-10 minit je kalau tak jem, tapi tau jelah kan, Melaka town dah tentu confirm-confirm jam jadi bila campur tolak walaupun dekat adalah jugak nak dekat 30 minit tak campur nak carik parking pulak...amik ko, ingat Ampang je jem...??)...
Kesimpulannya, nak tau best tak best Hotel Emperor ni apa kata korang cuba try test duduk...hehehheh..


Nota:  Amacam?agak-agak entry kali ni persuasive tak?agak-agak ada tak korang teringin nak gi sini..?Hhihihii


Monday, July 19, 2010

Jalan-Jalan Melaka Lagi...

Masih cerita lama lagi...huhhuhu...
Sambungan jalan-jalan pergi Melaka...
Eh..nak kata sambung, tak jugak..ni kiranya extra-extra gambar yang tak dapat upload aritu..

Kitaorang kan pergi Melaka 3 hari 2 malam kan..
Ini kisahnye lagi ye..

 Cerita hari pertama

Ni gambar masih lagi pada hari pertama sampai.  Di Umbai, tepi jeti nak ke Pulau Besar. Tapi kitaorang tak pergi pun ke seberang.




Tujuan pergi Umbai hanyalah untuk pekena ikan bakar, tiada maksud lain.  Ni gambar masa tengah tunggu makanan sampai. Sampai-sampai carik seat dan terus pergi kaunter ikan-ikan tu.  Tak tunggu dah..hihihik



Makanan sudah sampai..cepat la jugak, takde la tunggu berjaman...Rupanya kat belakang kedai ni punyalah ramai asisstant, sorang tukang bakar, sorang tukang siang, sorang tukang potong buah...bukan 2-3 orang..dah gaya macam kenduri..tapi takmo amik gambar lah, kang mengangu kerja diaorang pulak...



Nampak tak belakang tu ada bot?Tu bukan bot untuk pergi seberang, tu bot hiasan saja, tapi kalau nak makan atas tu pun boleh jugak, ada meja-meja n kerusi untuk sesapa yang nak feel titanic gitu..Tapi tak tau lah kalau nak makan bot tu kena buat reservation dulu ke hapa..time ni dah takleh fikir apa-apa dah....dalam pala hotak hanya ada "nak carik ikan bakar..nak carik ikan bakar..."  (bunyik cam labi dalam citer labu labi da...)




Ni gambar sebelum makan jugak..hepi ya amat bila dah jumpa tempat yang nak dituju...


Ini adalah gambar selepas makan...mengah tetapi sangatlah happy jugak...sukeee............


 Motif gambar: nak amik view kat belakang tu..Penuh bot u...
Motif lain:  Nak gak muka sendiri ada..huhuhuhu




____________________________________________________________________________________
Cerita hari kedua

Bangun pagi-pagi.  Dah tak kira dah katil sedap ke apa, semangat nak meronda-ronda tu dah max gitu...
First sekali macam biasa, tawap dengan kete je dah makan setengah jam..huhuhuhu..
Tensi..tensi..last kat tepi Balai Polis Bandar Hilir kitaorang dapat parking. Jadi terpaksa menapaklah kitaorang.  Jalan pun kebanyakkan adalah one-way, so, main hantam saja, janji sampai kat heart of Melaka tu.  Boleh, patutnya kitaorang jalan terus je, disebabkan hantam tu, jadi pusing 3 4 blok lorong kedai..adoiiiihhhh..tapi takpe..semangat Hang Tuah tu ada...




Tempat pertama yang kami sampai adalah di sini..tak tau nama boleh?hihihihiihk...tapi betul-betul kat tengah Melaka ni..ada Christ Church ni dan bangunan-bangunan warna merah...Tercapai sudah impian Sue untuk pergi ke monumen ini..huhuhuhuh..
Dan disebabkan time ni Melaka panas macam gurun zahara (wah, macam pernah pergi) kitaorang memasing dok jakun membeli topi memasing...Mula-mula ingatkan mahal, rupa-rupanya, avarage harga adalah RM10 saja...sukaaa...Atas ni gambar masa mengetest topi cowboy...topi pojaan hati ni oiiiii....punyala teringin nak pakai...so, amik satu..


Ni Zai dengan topinyer...comel kan..??topi dengan tuannye sama-sama comel...hihihihiik.suka sangat tengok....
Nampak tak cahaya matahari tu sampai tembus-tembus zai tu...serius panas ok...Jadi inilah masa yang amat sesuai nak pakai topi bagai. Lagipun dapat la feeling lelebih ala-ala pelancong kan...






 
Ni bergambar pulak kat depan air pancut nih..tak tau la air pancut apa..tapi sebab dah ada kat situ terus je snap...Tengok Mijon, dah rupa tourist Jepun dah..hihihihiik...

]
Ni kat seberang, depan dengan Sungai Melaka, membelakangkan tempat yang kitaorang pergi beli topi tadi...




Sempat lagi, bila jumpa kincir angin ni nak pose...konon ala-ala bercoti di Eropah la pulakk....




Duduk kejab..Belakang adalah Sungai Melaka...




Ni kat kubu lama tu, tak tau nama apa.  Zai dan Mijon tengah feeling-feeling titanic tuh..cuma bezanya atas kubu, bukan atas kapal...




Terus ke Jonker Street...Oklah, tapi tengok macam banyak barang budak-budak or remaja..Kat sini carik restoran asam pedas Baba Nyonya, iya-iya je Mijon nak bawak kononnya nak lunch kat situ sekali restoran tu dah takde pulak......dah jadi pejabat apa tah (memang rupa pejabat tu baru lepas kena renovate), memang nasib tak baik betul..


Kapten Zai Sparrow..hihihihihihik..orang nak ngambik gambar kapal, kat situlah dia nak feeling-feeling.....tapi takpe..i like this picture!!!Tapi sakit hati..kru kapal sapalah yang tesesat kat sebelah tu..addoiiiii..buat rosak pilem saja

Kat sini dah start crowded.  Dan for sure bertambah-tambah terik..jadi sorang pun tak berperasaan nak masuk dalam kapal..time ni tau..."lapoo..lappoooo...lapoooo"..(me lah tu..perut dah berhip hop dah nih)





 Lapar tetap lapar, tapi perjalanan harus diteruskan...Sampai jugak kat Afamosa ni..huhuhuhu..akhirnya Sue...Tapi boleh tak masing-masing tak nak panjat naik ke atas, kesudahannya hanya bergambar ala kadar di bawah...tak kisah..janji ada...Masa ni panas jangan kata lah...tahan-tahan diri je...air dah 1-2 botol dah minum..kalah unta...

Seterusnya, jalan tetap diteruskan lagi dan lagi..penting ok...misi nak mencarik Balai Polis Bandar Hilir...Bukan sebab nak buat report..tapi nak amik kete..boleh???patutnya kete yang amik kita, ni kita yang kena amik kete camne??(ehhh...macamle ada driver...)...Apalagi...habis satu bandar Melaka kitaorang pusing lagi...hari sebelumnya pusing naik kete, tapi kali ni jalan kaki...nak dekat sejam jugak la nak sampai (lebih ke kurang tah lah, dah takleh nak kira sebab masa ni memang rasa tengah jalan atas gurun, time jalan tu rasa macam nak bukak baju..huhuhuhu...sebaik i tahan lagi ok, kalo tak mau belenggeng je kat situ...)....

Ada satu lagi citer...panas jugak lah hati...
Sampai kat kete lega la kan patutnya..tetapi tidak..masuk-masuk kete, ketepekkkkkk...ada surat saman kat cermin depan..Aduhhhduuhhh,sabar jelah....mula-mula dapat mestilah rasa apalah bodohnya aku parking kat situ sampai dapat tiket nihhhh??hangin tu dah tetap angin la kan...salahkan diri sendiri pun ada jugak..Dalam fikiran, iyalah parking tapi tak bayar...Tapi....yang jadi sakit hati lagi tu, bila belek-belek tiket saman tu baru perasan satu benda la pulak....iyalah, kitaorang mmg parking kat depan balai tu dalam kotak parking, tu dah betul...dan bukan main suka suki je...manalah tau rupanya kena bayar tiket kat mesin tah kat mana tah...kita assume, parking dah betul, dalam kotak parking, pastu depan balai polis, pastu ada cuma 3 kotak parking saje, so, hari sabtu dan dah tengah hari, so, tak payah bayar parking la kan..tapi sangkaan adalah melesetttt...Melaka lain kot???takde notis, takde mesin takde hape, tapi rupanya kena bayar tiket jugak la pulak...adakahhh????...bila belek lelama tiket tu (tak puas hati punya pasal, tiket betul me belek-belek satu-satu ayat)...hari sabtu ok..hari sabtu..fine la hari sabtu bukan semua orang cuti, paling-paling kalau pejabat kerajaan pun kena kerja separuh hari..tapi boleh tak..ko menyaman pukul 1 lebih, ofis majlis perbandaran tu tutup 12.30pm...relevan kah itu???..OT ke apa pakcik?? (pakcik kot, sebab nama macam orang dedulo..huhuhu)..Pakcikkkkk...OT pun agak-agakle, takkan dah habis time keje pun nak pulun gak kot...kalau naik court ni habis ko pakcik (see u in court...wahhh..teringin nak menyebut ayat keramat ni, kalaule dapat....)..Tau lah committed, tapi janganle saman orang main tenyeh je, tak tengok jam ke ape...huhuhuhuhu...
Pulak tu notis 14hari kena bayar...time amik kete dah pukul3..kaunter pun dah tutup..esok pulak ahad..bila masa saya nak pergi bayarnye pakcik, takkan nak pergi Melaka semata-mata nak membayar RM30 tu???
Renung-renungkan, selamat beramal...huhuhuhu


Sebaikla..hati kami semua disejukkan dengan pergi lunch ke Umbai lagi..hihihihihik...Lunch merangkap makan petang la kot...lunch pun dah pukul4 lebih...
Gambar dalam entri ni takde..mungkin entri lain lah ye...sambungg kot...







Sunday, July 04, 2010

Jalan-Jalan Melaka..

Tajuk tak hingat, tapi gambar satu je ada..bolehhh???


Gambar syok sendiri dulu, nanti-nanti baru gambar kengkawan..
Takleh buat apa-apa, nii jelah pun gambar yang boleh diupload..hampehhhh!!
Esok kena try upload lagi..tah ape kena tah dengan berukband giler nih, sakit betul jiwa...
Padahal selama ni ok je..ke ko nak kena tukar ni??kang tak pasal-pasal me pulangkan kat tuan dia balik nih..
Ni upload gambar ni saja nak try...satu jelah yang lepas..gambar-gambar yang single lain, tak lepas ok..ni pun, 1 minggu lepas punya keje, bukan arini, semalam-semalam tak pun kelmarin-kelmarin punya upload..giler ahhh...
Dah sudah...esok-esok tak boleh lagi..memang nak kena berukband ni, tak pasal-pasal kena smackdown ni kangggg......




Friday, July 02, 2010

Makan-Makan Di Melaka

Citer dah lama pun sebenarnya, tapi wajib citer jugak.
Ni citer kitaorang bercoti-coti ke Melaka..
Kitaorang tu terdiri daripada Me, Mijon, Sept n Zai..
Rombongan Teacher Mijon ke Melaka tajuknya..hahahahahar..
Pergi Melaka dari 28 Mei sampailah 30 Mei hari tu, time cuti Wesak Day.
Last minit punya plan, last minit nak cari Hotel.
Alhamdullilah..syukur..syukur..last minit jugak la dapat duduk kat hotel yang ada diskaun (kena sebut ni..sebab betul-betul rejeki..hehehhehe)
Kitaorang duduk selama 3 hari dua malam kat Hotel Emperor, Jalan Mushi Abdullah (siap bagi nama jalan lagi ko...)


Nilah biliknya..disebabkan nak fair, kitaorang amik 2 bilik yang berjiran (ajoining room da...)...So, sume orang selesa, bayar pun sama rata..ni bilik me n Zai, katil adalah King..



Nampak tak pintu?mestilah nampak kan..hehhehheh...apa punya soalan la...



Ni pulak bilik Sept n Mijon...diaorang punya single double..okla kan..bilik pun agak luas, yang bagusnya siap ada Astro lagi tau.  Dia bagi channel complete, Disney, CNN, HBO, HSPN, Animal Planet..Kan..cukup semua.  Pastu nak feeling-feeling lebih-lebih boleh mandi dalam bathtub.  Hotel ni hotel antik sikit, pesen lama, tapi okla, kemudahan sume cukup, memang puas hati giler.



Kat atas ni gambar semua diamik time baru check in hotel. Memang timing tepat je sampai hotel terus boleh check-in, bagus..bagus...Masuk bilik hempuk barang-barang semua, memasing terus terjun tiruk atas katil..hahahahahar..

Pandai pulak tu..memasing bila nak pukul 4 pandai pulak semua pakat bangun tido berjemaah.  Time nak makan pandai semua budget time kan...Misi bila sampai Melaka adalah nak makan ikan bakar kat Umbai..

Sebelum terus gi Umbai, kitaorang decide nak pusing-pusing dulu kat Bandar Melaka amik feel. Sebab esoknya tak payah susah-susah nak cari jalan dah. 

Tapi memang dugaan betul la bila drive kat Bandar Melaka ni, sume jalan kuar tak dapat kuar, balik-balik masuk Bandar Melaka la jugak..tak bagi kitaorang kuar dari sini ke hape???Last atas ikhsan dan budi bicara Mai (my ex-opismate), dapat jugakla kitaorang kuar dari situ, sebaik time tepon dia tu, dia tengah free..Fuh....tqvm Mai yek..

Boleh tak, nak dijadikan citer, petang tu je kitaorang dok tawap Bandar Melaka sampai naik muak jadinya (me 1st time jejak Melaka ok..sila gelak..).  Tawap Dataran Pahlawan tu je lebih 5 kali..sebaik tak 7 kali, kalo tak naik dam haji la kitaorang...Me siap declare.."last la gi Melaka ni"..hahahaha..over!




Akhirnya...sampai jugak kitaorang kat Umbai ni...kitaorang amik simpang paling pertama sekali bila nampak je tulisan "IKAN BAKAR"..tak tunggu lama dah..pedulik la tempat makan tu glamor ke tak glamor, janji dapat makan kat Umbai (buruk bebeno bunyinya). Dan tempat yang  kitaorang nak makan ni sebelah dengan Jeti nak ke Pulau Besar (ke semua tempat kat Umbai ni ada jeti nak ke pulau besar?)



Kedai dan menu adalah seperti di atas..masa oder takut oo..takut mahal..mana taknya time oder main tunjuk-tunjuk je, dahla tu oder macam 6-7 orang punya makan..Tapi percayakah anda bahawasanya segala menu di atas plus Ikan Hapetah Masak Asam Pedas yang tak sempat ditangkap hanya berharga RM138.** (sen tak ingat la..)...gila kan..kalo tempat lain ni harus harga RM2-3 ratus kan..hhuhuhuhu..kami adalah sangat gembira..banyak ok, memang makan untuk 6-7 orang ni, mana taknya, dah pulun cukup-cukup pun still ada balance boleh tapau tu..maknanya memang kitaorang oder super over (jangan tak tau, kalo dah namanya "kitaorang", jarang terlampau-lampau kalau makan tak habis)...


Lepas makan senang hati..
Memang pun..tapi tak senang hati pun..cam hampagas..bila balik sekali lagi bila dah sampai Bandar Melaka, kitaorang tak dapat cari jalan pulang ke sarang..apakah???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...