Search This Blog

Wednesday, April 27, 2011

Hujan..

Satu benda yang me suka bila hujan turun lebat-lebat ni ialah me boleh melalak menyanyi sekuat-kuat hati dan perasaan me tanpa menganggu orang keliling...huwahahahahar...best gilerr weiii!! 

Pantang #1

Iya sebut macam Mak Dara dalam citer Ibu Mertuaku tu ye...
Kali ni me nak bercerita pasal kephantangan No. 1 me tentang sesuatu yang orang lain rasa "kecil" tapi me rasa "besar".. (walaupun No. 1 tapi pantang ni randomly ye)..


Begini ceritanya,
Pagi tadi...me sampai kat ofis adalah dalam 10-15 minit awal..
Macam biasa jugak dah sampai kat meja sendiri teruslah on PC...dah on PC pastu teruslah bukak apa yang patut kan?kata pun awal lagi...jadi bukanlah dulu apa yang nak bukak, kang dah start time kerja dah tak boleh dah nak bukak tenet secara terang-terangan dah kan...(kang kantoi susah...hhihihihihi)
So, tengah cun-cun mata kat PC ni, me terdengarlah ada makhluk tuhan lalu (makhluk lelaki muda lagi belia) dan berhenti kat tepi meja (ada kaunter besar dan panjang sebenarnya)...
Pastu me sempat toleh kejab...Tapi me lantakkan je dia, area meja dan kaunter ni pun dah dikira tempat awam jugak kan...
Pastu elok lepas tu ada pulak bunyi macam orang dok mengagau cari sesuatu kat area meja me...
Me diamkan lagi, malas nak fikir bukan-bukan..
Tapi kejab je, disebabkan perasaan curious me yang terlampau-lampau me pun toleh la sekejab..rupanya makhluk tuhan ni tengah menulis something dan kat tangan dia ada pen yang dia amik sesukahati makapak dia dari bekas alattulis me tadi dan yang penting dia amik tu tanpa langsung nak cakap kat me yang dia nak guna ke apa....bunyi mengagau dok cari benda tu dia lah tu...
Bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 3 kali, tapi dah berkali-kali dah ye makhluk ni buat camni...dari mula-mula dia start masuk sini sampailah pagi nih...


Tu cerita pagi tadi, cerita time lain pulak,
Tu belum lagi time nak kertas A4 paper...dah tau nak guna, banyak pulak tu patutnya pandai-pandailah bawak sendiri siap-siap..ni tak, tiap kali nak pakai tiap kali jugaklah dia main mengagau je amik kat meja me nih...tak cakap tak apa, tangan main seluk-seluk je kat tray printer me nih..selai dua takpe lagi, ni amik sampai nak habislah jugak kertas dalam tray..yang penting sekali boleh tak kalau ko nak amik tu ko cakap..cakapppp (intonasi macam Ahmad Nisfu)...sabar jelah...ntah-ntah dia ingat me letak A4 paper tu kat situ untuk dia lah kot, pastu tempat me ni memang khas untuk dia seluk-seluk sesuka hati kott....
Ni baru citer pasal pen dengan A4 paper, belum lagi nak cerita pasal telefon, pasal apa-apa lagi yang ada kat meja me nih tau....


Lain cerita pulak,
Pasal newspaper pun sama...dia cari newspaper yang patut dia kena baca (ha..kat sini special sikit..pagi-pagi masuk keje 'wajib' baca surat khabar dulu..korang ade?kukuikuikui...)
Orang dah bagitau yang surat khabar dia takde orang lain dah amik...dia boleh pulak dok jenguk jenguk, selak-selak meja me ni sebijik macam pencurik  sebab semata-mata nak tengok betul atau tak surat khabar tu memang takde.....kepala hotak kau!!haaaaaa....
kejadahnya me nak mengambik surat khabar dia pastu kata tak amik kan...??agak-agaklah pun...ingat me ni kanak-kanak main sorok-sorok benda pastu taknak ngaku???


Lagi cerita lain,
Tu belum lagi kadang-kadang angin apa tah, surat khabar orang lain pun dia main rembat tak cakap apa...
Main sebat je, pastu mengagau pulak 'owner' surat khabar tu mencarik...
Dahle tu, orang suruh cari artikel pasal ekonomi dan yang penting-penting, tapi dibantai cari artikel tah hapa-hapa tah...(padahal level dia level oficer kengkawan oiii..berapa kali mau bagitau mana satu artikel yang kena amik nih???)
Paling lawak, boleh haritu artikel pasal telur tiruan pun dia nak amik weiii....tu belum lagi citer pasal pakcik kerja kerajaan buat misi keliling Malaysia ke hapa....huwaaahahahaha..ekonomi dengan pasal kerajaanlah sangat kan...?(opps, terkeluar topik pulak dah..hehehehhe)


Korang mesti boleh imagine tah hapa 'bangsa' manusia tah camni kan?
Cara macam tak bersalah je...walaupun bukan tiap-tiap hari ko kena hadap, tapi lama-lama jadi hangin je kan...
Ni me cerita pasal orang yang taraf educationnya sangat tinggi ok...kalau dikira faktor umur kononnya ko muda ko tak tau camne nak pakai barang orang sangatlah big NO...ada otak, pandai pulak tu takkan tak boleh fikir benda basic...


Kesimpulan kepantangan No 1 me nih...
Me sebenarnya sangat-sangatlah P.A.N.T.A.N.G kalau orang lain sesuka suki hati je amik barang me tanpa mintak permission (ayat terus terang je ye)...
Tu belum campur lagi, kalau dah pakai pastu tak reti nak letak kat tempat asal balik...
Tu belum lagi, kang dahlah pinjam barang orang, pastu tutup hilang, tangkai hilang, bekas hilang.. (contohnya lah...)...
Kau amik camne, silalah pulangkan sebiji macam mana kau amik mula-mula dulu...
Tapi takkan nak benda yang dah ramai orang pegang nak dipulangkan sebijik macam mula-mula pun tak logiklah jugak..maknanya mana-mana yang patut lah..kata dah pakai barang orang kan...?
Paling me pantang tulah, part nak pakai barang orang, tapi takde mulut nak cakap..tak payah mukadimah panjang lebar ke apa, just gitau nak pakai sudahh..janji ko cakap..tu je....
Me bukanle kedekut taik hidung masin ye tuan puan..no no no...tu bukan me...(boleh tanya kengkawan dan kebanyakkan kengkawan yang me kenal pun gitu..sangat-sangatlah pemurah dan tak berkira...kan dah terpuji diri sendirik..kihkihkih)


Me ni senang je, apa me ada orang lain nak pinjam atau nak guna ke me sangat-sangatlah mempersilakan...
Tak kisahlah benda tu camne, me memang no hal punyalah..lagilah kalau barang tu boleh bagi manafaat pada orang lain sekali...memanglah tak kisah sangat-sangat...
Tapi satu jelah...budi bahasa haruslah ada sikit kan...nak pakai barang orang paling tak cakaplah apa-apa kat tuan empunya barang tu...apa kes nak pakai barang orang tapi main rembat je....
Takkan tiap-tiap barang kat keliling ni Makapak awak tu ada share dengan ownernyer???(ha ko, ayat dah macam hareemm dah ni...)
Masuk rumah sendiri pun kena bagi salam, inikan pulak kalau nak guna hak orang....
Senang citer, macammana barang kau kau tak suka orang lain guna sesuka hati, camtu jugaklah orang lain...

Cuba satu hari me pergi kat meja dia pastu pakai amik je pen dari bekas alat tulis dia...haa....rasa-rasanya dia suka tak????kalau suka ajaiblah kan....


Amacam, rasa-rasanya any suggestion tak untuk 'mengajar' makhluk tuhan yang perangai macam di atas ni?


Tuesday, April 26, 2011

Kentang Goreng/Potato Wedges

Kitaorang kat rumah ni sememangnya sangat-sangat giler kentang...
Boleh dikatakan segala yang kena mengena dengan kentang mesti gelojoh habis makan punyalah...
Selalunya kalau benda yang berkenaan dengan kentang-kentang ni me akan masak pun yang sedia ada punya (segera punya la tu...heheheh)....tak pernah pulak try buat sendiri...
Tapi, masa me tercari-cari, terngintai-ngintai resepi kat dalam Myresepi terjumpa pulak resepi Kentang Goreng ni...
Bila tengok resepi sangat-sangatlah simple dan menarik jadi me pun cubalah...
Seriusss....sangat-sangat sejibik rasa Potato Wedges ok...best gilerrr ko....tak caya boleh try buat ye...
Resepinya...

Kentang Goreng


Bahan-bahan ( 3 biji kentang saiz besar )

  • 3 biji kentang bersaiz besar
  • 1 kiub pati ayam / bilis
  • Air secukupnya utk merebus
  • Minyak utk menggoreng - "deep fry"

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka - saya potong kentang kepada 4 bahagian.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk. Masukkan sekali kiub pati ayam / bilis ke dalam rebusan kentang.
  4. Setelah kentang agak empuk, angkat dan toskan sebentar sambil menunggu minyak panas.
  5. Apabila minyak sudah panas. Goreng kentang secara "deep fry" sehingga warna kentang kelihatan perang.
  6. Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu serap minyak.


Walla!menjadikkk....


Yang me buat ni color kurang menyerlah sikit sebab tak sabar-sabar dah nak makan...kuikuikui...
Jadi lain kali boleh cuba goreng lama-lama sikit supaya nampak lagi semengah...

Pastu, rasanya boleh jugak kot kalau nak masak cara bakar dalam oven (selalu tengok mat salleh buat gitu kan..)...lain kali nak trylah pulak....^_^

Monday, April 25, 2011

Kelas Berenang Sesi Kelapan-22 April 2011

Jumaat, kelas berenang sesi kelapan kitaorang dan patutnya yang terakhir bagi 'orang-orang lain yang normal'...
Tapi bak kata Fatin Ombak dan Cikgu Ayeen selagi tak pandai boleh je sambung sesi or kelas lagi...
So, bersambunglah lagi kami ke sesi-sesi lain lagi sampailah kitaorang boleh betul-betul expert breaststrock nih...

Ada kisah tak best terjadi masa kitaorang dalam kelas tu...
Cikgu half class tiba-tiba 'mengamuk' kat kitaorang...
Dahlah malam tu yang pergi kelas me dengan Sept je...(orang lain tak dapat gi)..pastu elok pulak kena dengar 'amukkan' dari cikgu pulak...
Serius..me dengan Sept sangat-sangat tak suka ok...
Walaupun dihujung kelas cikgu siap kata "saya mintak maaf ye, jangan kecil hati dengan apa yang saya cakap tadi..."..tapi sebenarnya me dalam hati sangat-sangatlah kecik hati...seriusssss...me sangat-sangatlah kecil hati...
Dah cakap macam-macam, dah 'sakit'kan hati kitaorang senang-senang je nak mintak maaf ker?pastu lain kali boleh cakap lagi ek???

Nak tau apa cikgu 'amukkan'??
Mula-mula tu me borak-boraklah dengan cikgu...borak macam biasa (berenang sambil citer pasal teknik berenang semua tu lah apa lagi..).....dan elok pulak bila me cakap yang me ni takut lagi, cikgu jadi macam hangin semacam...pastu ada pertikaian dari cikgu pulak..start dari situlah cikgu dah 'mengamuk' dan membebel (walaupun bebelan dia taklah bertone tinggi, tapi sebutan adalah sangat tegas dan dari air muka dah tau dah dia tengah marah)...
Antara yang dia kata:


  • Dia kata dengan bersungguh-sungguhnya bahawasanya....first time saya jumpa group macam ni tau (group kitaorang la..), dah lama belajar tapi tak dapat-dapat lagi...dia siap kata lagi yang dia macam dah give-up sikit dengan kitaorang...time ni me dah terkedu...bodoh sangat rupanya kitaorang ni rupanya, sampai jadi satu-satunya group yang lambat pick-up lesson (kecuali Mijon ye)...kalau tak takkan cikgu siap mention camtu sekali...
  • Dia kata tiap-tiap cikgu ada certain limit, kalau murid tak pandai-pandai jugak dia rasa dia down, katanya dia rasa mungkin dia ajar tak betul, jadi murid tak pandai-pandai...me sempat nyampuk, janganlah camtu......tapi dia still jugak cakap..tak memang dia rasa camtu...
  • Yang paling best...siap cakap berkali-kali....minggu depan dia nak tukar cikgulah...siap me cakap lagi..napa pulak..tapi tulah cikgu tetap kata memang saya nak tukar cikgu lainlah, memang saya dah tak boleh...berkali-kali cakap ni...serius time ni kitaorang terkedu ya amatt...like, wth????
  • Pastu dia sambung lagi..katanya rugi duit korang, sebab bayar tapi tak pandai-pandai..me cakaplah yang kitaorang tak kisah pun...tapi dia tetap potong cakap me katanya..tak memang saya rasa korang rugi...berkali-kali jugak ok..
  • Pastu adalah lagi benda yang dia mention..macam-macam tak terrecall kat sini...tu tak campur lagi cara dia mengajar haritu..memang sangat-sangat men'down'kan kitaorang berdua...
Serius...time tu jugak me rasa macam nak berhenti belajar (me rasa sangat-sangatlah down ok...)
Seriuss...me rasa, Ya ALLAH...apakah BODOH melampau-lampaunyer kitaorang sampaikan cikgu tak sanggup nak mengajar kitaorang nih...??
Sangat-sangatlah menganggu emosi ye u all....
Elok-elok je me semangat, tiba-tiba Cikgu kita sendiri cakap camtu...hilang semua semangat yang ada...memang tak terkata-kata dah....

Memang me sangat-sangatlah tak faham, kenapa cikgu boleh tergamak nak cakap camtu kat kitaorang padahal kitaorang tak pernah sekali pun dok komplen apa-apa pasal kelas, pasal cikgu or pasal Ombak...takat borak-borak kosong sesama sendiri standardlah..tapi memang langsung tak sentuh part-part semua tu, memang takde langsung ok...
Memang serius tak pernah...kalau korang baca entri-entri me pasal pergi kelas berenang pun mesti korang nampak kan yang me ni memang puji-puji habislah semua benda berkenaan Ombak ni kan......?

Dan yang paling me tak boleh terima, kenapa Cikgu Ayeen (terpaksa sebut jugak) nak cakap macam-macam padahal me masuk kelas berenang nipun bukanlah sebab nak masuk tournament atau nak pandai cepat ke...(dan me kan dari awal-awal lagi pernah bagitau kat owner Ombak En. Bukh dan kat Fatin Ombak yang me ni memang sangat-sangatlah tak pandai berenang dan paling penting sangat-sangat takut dengan air...)So, kenapa cikgu nak me pandai cepat-cepat berenang padahal kalau back to basic pun memang me datang kat situ pun hanyalah nak buang fobia me dan nak pandai berenang walaupun take time selama mana yang perlu.....Cikgu patutnya takde hak langsung nak pertikaikan apa-apa...lain kalau me atau kengkawan pernah komplen apa-apa kan...
Lagipun dahlah kitaorang bayar sendiri (kan dah ngungkitttt....), pastu dah ikut segala rules and regulations yang ada, tapi kenapa pulak cikgu sedap-sedap nak cakap camtu...???

Kalaulah Cikgu Ayeen anggap pendekatan berkata-kata dengan menggunakan ayat men'down'kan seperti di atas dianggap sebagai ayat reverse psychology..memang silap banyaklah kan...
Cara dia sangat-sangatlah tak motivate...menghancurkan hati lagi ada....serius me dan kawan-kawan tak boleh terima...(serius sampai hari ni me rasa 'sakit' je hati ni...memang rasa tak boleh bayanglah muka cikgu..rasa macam dia tengah senyum secara sinikal je kat me nih...)...
Paling bengang me rasa bila next day tu dapat kata penuh sinikal dari Zai..Ko kan belakang je pong pang..depan senyap je....So, what???Memanglah belakang dulu bising, kalau bising depan kang ada pulak yang kata bukan-bukan (tak kerja aku aikhh..asyik nak gaduh dengan orang...its better tu bising belakang, then bising depan lagi-lagi outputnya sama je tak dapat apa..)..
Anyway, we just wait and see...tengoklah dulu kelas hujung minggu ni....nak tukar cikgu pun no hal..tapi kalau keluar bunyi lagi dari cikgu yang baru..memang nak kena 'sound' jugaklah kan...sikit-sikit 'kena' takpe, tapi kalau melampau ada jugak yang terlingkup tu kang...

Patutnya citer pasal perkembangan kelas, tapi dah jadi citer penuh emosi pulak...huhuhuhu..

Sue berkata tapi dalam hati:  Me dah janji kat diri sendiri, lepas ni taknak dah citer apa-apa lagi hal swimming dengan Zai...lagipun dia dah kata dah aku tak sanggup dengar korang melalak kat telinga aku...heran jugak, kang tak citer kata orang tak ingat dia, tapi bila bercerita tiba-tiba kata orang melalak kat telinga dia..So, lain kali tak payahlah citer ye...

Friday, April 22, 2011

Pakai Sunscreen...


Ni cream muka yang me pakai...
Walaupun tulis kat situ lotion, tapi me memang pakai kat muka...

Pasalnya dulu-dulu 14 tahun yang lalu (1997) masa tengok SELAMAT PAGI MALAYSIA (iya kadang-kadang saya ada tersesat jugak menengok rancangan ni walaupun ada yang kata isshh..show orang tua-tua, apa kess..??.mungkin ada yang cakap gitulah kot, tapi ada saya kesah???)
Masa tu ada segment apatah ada sorang guest (Malay lady) yang ada jawatan apatah dari Pusat Dermatology Antarabangsa berpusat kat London dok cerita pasal kulit-kulit nih....
Me ingat lagi..orangnya comel macam Ramlah Ram (iya Ramlah Ram memang comel kalau kita tengok betul-betul yea..), pakai 2 pieces suit warna putih, skirt pendek lagi (siap ingat color lagi kau.....)...Umur dalam 40-50an...tapi macam me cakap, memang comel giler walaupun dia just pakai mekup tipis je..cakap pun suara lembut je....sangat-sangat sweet untuk orang yang dah berumur camtu kiranya...
Memang, mula-mula tu kalau ikutkan me malas je nak tengok rancangan tu kan, nak je tukar channel...
Tapi bila perempuan comel macam Ramlah Ram tu dah start bercakap, pastu dah start ada soal jawab dari viewers, tiba-tiba me jadi sangat-sangatlah interested gitu...
Dan yang best tu makin lama makin banyak tips yang dia bagi...
Dan paling me ingat ialah:

-*Tak perlu pakai cream pemutih kulit/muka untuk putihkan muka (trend masa tu nak putihkan muka), just perlu pakai apa-apa yang ada tulis sunblock, sunsreen atau apa-apa je yang ada tulis sun sun tu...tapi bukan untuk putihkan muka, tapi untuk jaga/prevent kulit muka dari jadi tambah gelap dan untuk perlindungan tambahan.

-*Segala cream pemutih tak banyak sikit memang akan menghakis kulit muka sebenarnya, tu yang kadang-kadang tu ada kulit muka yang jadi terkopek-kopek disebabkan cream tu dah menghakis lapisan kulit nipis muka kita dan disebabkan itulah lama kelamaan kulit jadi tambah putih..Padahal bukan putih, tapi sebab kulit dah terhakis, bahaya ooo....

-*Sunscreen dan segala sunblock tu boleh dijadikan cream pelembab dan cream foundation sebelum pakai mek-up..

-*Nak pakai segala sunscreen, sunblock, dan segala sun-sun tu pun memang senang..perempuan tu siap bagitau lagi...pagi sebelum keluar rumah pakai sekali lepas dah pakai tu nak mek-up ke nak berbedak ke sukahati, pastu tengahhari lepas solat Zohor pakai sekali cream tu, pastu nak mek-up ke nak berbedak ke sukati jugak......(serius dia sebut solat ok..ingat orang pakai skirt duduk obesea tak semayang???)...

-*Lagi katanya, bukan semua produk penjagaan kulit yang branded atau mahal-mahal tu elok untuk dipakai...Kiranya dia maksudkan mahal tak semestinya bagus la kot...kiranya segala sunscreen dan sunblock tu dah cover semualah kiranya..janji SPF dia tinggi...

-*Dan katanya lagi, bila dah pakai sunscreen atau sunblock ni kiranya benda paling basic untuk kulit muka untuk dilindungi sepenuhnya...

Ha..teruja je kan?tak sangka rupanya ada benda senang yang boleh menyenangkan kita...(Sue memang nak benda senang belaka)...
Terus je lepas tu me pergi survey-survey segala cream yang ada tulis sun-sun tu...
Nak cari pun senang, kat segala farmasi ada, tapi mak aiii..harga masing-masing boleh tahan...
Bayangkan masa tu student lagi..so, tahankanlah hati dulu...
Last, bila umur nak masuk 21 tahun (tahun 2001) baru 'mampu' beli...
Punyalah lama kan?tapi nak buat camne...memang mahal boleh tahanlah untuk orang macam me nih...
Dan sejak dari tahun 2001 tu jugaklah, walaupun tak berapa nak mampu me usahakan jugak beli...
Tapi untung jugak ok, walaupun agak mahal tapi bila dah beli satu tube tu tahannya lebih dari 2 bulan..jadi sebenarnya penjimatan dapat dibuat disitu...dah untung besar jugak dah kiranya...


Jenama (wah jenamaa....) yang me paling suka nak pakai adalah seperti kat atas ni...
Banana Boat ni memang best kalau pakai, tak melekit elok je melekat kat kulit muka (Sunblock/Sunscreen lain kebanyakkanya memang melekit semacam)..kalau baru pakai cream ni kat muka, muka rasa lembut je (ntah perasan perasaan sendiri je...)
Yang sebelah kiri dalam gambar tu tube yang lama, punyalah nak menjimat tunggu yang baru beli tu lama sangat, jadi potong dah habiskan je sisa-sisa kat dalam tube tu dulu...(giler buruk perangai kan??kuikuikui(
Dulu me pakai jenis yang memang khas Face Sunscreen Lotion tapi SPF dia kecil sangat SPF28 je...dan disebabkan makin lama makin  lapisan Ozon kat bumi ni dah makin nipis me dah tukar ke Daily Sunscreen Lotion SPF 50 ni pulak...kat belakang ada tulis boleh guna untuk muka jadi no hal punya nak guna kat muka.....
Pastu yang ni tube Daily Sunscreen Lotion SPF 50 ni pulak besar sikit dari yang SPF yang lain, so macam rugi  je bila beli yang tube kecil pastu SPF kecil, nak taknak beli yang besar sikit ni terus, dah tahan 3-4 bulan..tak payah fikir nak membeli cream je tiap bulan je kerjanya...

Hasil dari pemakaian Sunscreen nih?
Kulit me tetap je horror..huwahahahah....
Serius, takdelah cantik mana pun, yalah, kulit ni kan dahlah jenis kombinasi, kang kering belah sini, berminyak tumpah kat belah sana...jerawat kalau nak tumbuh pun tumbuh je, takdela kulit halus mulut pun....tapi bila me fikirkan untuk long-term, memang baguslah kot...janji kulit sihat didalam (nak jugak...)...
Tapi paling best bila jadikan moisturiser, memang meresap je kat kulit, nak pakai bedak atau compact powder lepas tu memang rata je...Kulit me complexion tak berapa elok, jadi cream ni sangat-sangatlah membantu...(dah cuba dah moisturiser lain, tapi hampehhhh, bedak jadi berkepuk..)
Dan nampak perbezaan kulit me tambah horror lagi bila 2-3 hari cream ni dah habis, kalau pergi keluar kejab je pun kulit akan jadi tan semacam (taknak sebut gelap, kang ada orang sensetip...hehehhehe)...
Kiranya tak banyak sikit, memang me kena jugak pakai cream sunscreen nih jugaklah...

Apapun, untuk more info please check up this website:  http://www.aad.org/media-resources/stats-and-facts/prevention-and-care/sunscreens
Dalam ni banyak info menarik pasal segala sunscreen sunblock ni...tepuk dada tanya selera...Jadi, tak salah try baca je, dah baca mesti korang faham kenapa me tetap nak  pakai segala sun-sun nih...^_^

*Ayat proper tak ingat, tapi camtulah yang perempuan kerja kat dermatology tu kata..


Thursday, April 21, 2011

Kahwin ke Bertunang ni?

Boleh tak malam tadi me mimpi bukan-bukan....huhuhuhu...

Mula-mula me mimpi yang me ni rupanya dah kahwin...
Ntah tiba-tiba dalam scene tu Ana siap cakap yang ni me pernah kawin dulu...tapi suami me tinggalkan me...kira digantung tak bertalilah nih......
Punyalah nak mengingat betul ke tak me ni dah kawin, siap flashback balik time majlis kawin tu ko...
Siap ingat majlis kawin tu satu persatu..
Memang me dah kawin rupanya...majlis buat kecil-kecilan tapi meriah...
Siap cakap lagi...ni maknanya kalau nak kawin lagi kena naik courtlah jawabnya sebabnya status me ni masih lagi isteri orang...haaa...kau...punyalah beria....
Pastu tah camne boleh pulak tiba-tiba Ana kata.."eh, bukan kawinlah...dulu tu bertunang je..."
Ek elehh...kejab kata dah kawin (flashback bagai), pastu kata tunang je...mana satu nih??confius..confius....
Pastu flashback balik...a'a..rupanya majlis yang kata kawin tu bertunang je pun...
Kira betullah tu kot, orang sekarang kan kalau bertunang pun dah kalah koya orang nak menikah kan..?(jadi ada relevennya disitu...)...dan dan tu terus terjaga....cisssss....!
Tapi tulah, baru feeling-feeling nak jadi bini orang yang dah ditinggalkan..sekali tak dapek...dah tukar jadi tunangan orang yang dah ditinggalkan...(giler loser..dalam mimpi pun kena tinggal....teruk betul.....)

Nak tau tak sapa jibauk yang lari dari jadi suami/tunangan me tu sape??
Jawapannya "biarlah rahsia..."..huwahahahahah...ampun...kalau disebut namanya disini mau mendatangkan keaiban kepada saya okeh...jadi tutup mulut saja sudah...sapa nak tau silalah calling-calling me okeh...

Okey k....kalau korang nak tau sangat sangat sangat...korang tenung dalam-dalam jelah gambar kat bawah ni...insyaALLAH mesti korang dapat clue..aci jual eskrem punya.......
Amacam?dapat tak jawapannyer?hahahahahar...
Alalalala...saja nak bergurau je...jangan mare aa...
Jawapan??Ampunnn....jawapan tetaplah rahsia....hihihiihik...


Wednesday, April 20, 2011

Cenderahati Umrah...

Minggu lepas big boss me pergi Umrah seminggu...
Balik-balik dia bagi kitaorang sorang dua benda nih:
Satu selendang dan satu lagi sepasang stokin...


Me ni 'rabun' bab-bab berpesen ni, so untuk selendang bila me tengok corak yang ni macam ok me sebat je yang ni......
Ni pun bila balik rumah dok coba-coba pakai tapi  hampehh tak cantik langsung (bagi me selendang ni cantik ok...)....iyalah, muka me kan sebesar nyiru (mak me yang kata..kuikuikui), jadi lilit situ sini pun tetap rupa nyiru jugak, memang cannot help sangat...hahahhaahar...
Pastu stokin ni pulak me amik yang ni..
Stokin ni first time me tengok nih, dahlah tu sangat-sangat cute gitu, bila pakai macam orang nak menari Balet je rupanya..comel sangat...hihihiihi...
Apapun, me sangat-sangatlah happy dengan kedua-dua cenderahati nih...bos me yang ni memang best sikit, walaupun dia tak pernah belanja kitaorang makan ke apa (motif sempat ngutuk??hehehheh), tapi tiap kali dia pergi melancong atau ke mana-mana confirm dia akan bagi kitaorang apa-apa...pandai jugak dia 'amik' hati kitaorang kan...?
Lupa pulak, yang staff perempuan semua dapat dua benda di atas, staff lelaki pulak dapat sejadah mini tu...
Anyway, TQVM boss...^_^

Tuesday, April 19, 2011

Sizzling Yee Mee...

Malam tadi saya terajin u all...
'Termasak' Sizzling Yee Mee...
Walaupun hotplate takdok, tapi lantaklah, janji rasa dia sama sudah......
Rupa Sizzling Yee Mee yang me buat ni memang sangatlah tunggang langgang (sebab kelam kelibut nak mengalihkan cepat-cepat punya pasal, jadi main lempar je dalam pinggan..)...
Tapi rasa??memang tak sangka jadi ok...serius sebijik macam kat kedai punya...huhuhuhu..tu baru me buat separuh adunan tau...nyum..nyum..nyum...
Resepi sangatlah senang..tak sangka boleh buat sendiri kat rumah tau.....^_^
Resepi me amik dari My Resipi...
Dan terima kasih banyak-banyak kepada Lilydvalley...

Sizzling Yee Mee-Lilydvalley

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Monday, April 18, 2011

Kuat komplen...

Me mengaku..
Dalam blog me ni ada banyaklah jugak entri komplen itu ini kan....orang tu camnilah, orang ni camtulah..macam-macamlah...
Kadang-kadang terfikir jugak...ish..aku ni komplen umpama orang lain jelah yang salah, aku ni macamlah takde salah kan?...uii..me ada jugak terfikir camtu tau u all..selalu!..ish..saya ni sedar diri ye u all...
Cuma biasalah...dah namapun manusia Sue, pasal orang lain tu panas je tangan nak menaip...tapi pasal diri sendiri??haram...punyalah lembab, berfikir-fikir lagi tu...
Bukan apa..selalunya me asyik komplen tulis pasal orang lain tu sebenarnya nota untuk diri sendiri juga...
Menulis Komplen pasal orang lain pandai (siap kutuk bagai), jadi bila jadi kat diri sendiri, sendiri mau ingatlah kan..takkan tak boleh ingat lagi kott??...kata ko kutuk orang bagai nak rak itu tak betul ini tak betul..jadi silalah jangan jadi macam orang yang ko komplen kutuk tu ye...so, memang entri komplen kutukan adalah untuk diri sendiri akhirnya...
Cuma lagi satu, me mintak maaf banyak-banyaklah kepada sesapa yang rajin membaca blog ni (me tau reader blog ni ciput je...hihihihik...)..tapi tetap nak mintak maaf banyak-banyak, iyalah kadang-kadang bahasa yang saya gunakan sangatlah tak berpatutan kasar giler...Ampunnnn....
Niat saya kadang-kadang tu hanyalah meluah rasa...tapi kalau ayat dah jadi lain macam tu haraplah dimaafkan diabaikan...

*Mintak maaf tu penting, supaya takde yang terkejut atau terasa hati..tapi janji tak buat lagi tu tak taulah ye....huhuhuhuhu....

Friday, April 15, 2011

TQ Emak!!

Tadi time rehat lama tu me sempat balik rumah...
Emak cutilah katakan..jadi extra syok bila balik rumah dapat rehat-rehat, tidur-tidur dan makan-makan...heheheh
Dan jangan jeles ye kengkawan...harini emak me masak Rendang Daging tau...

Tempek gambar 2 keping menunjukkan Rendang Daging emak yang sangatlah terbaikkk!!hihihihihi

Lagi sedap lepas makan nasi lauk Rendang Daging dapat pulak pekena Pecal buatan air tangan emak me...huhuhuhu..sangatlah terangkat!!memang 'jhamuan' habislah..hahahahahahar...

*Jhamuan-disebut dengan penuh kejawaan yea..sekarang perkataan *Jhamuan dah jadi perkataan wajib me, Anim dan Mijon bila sebut pasal makanan sedap-sedap..heheheheh.....dapat ayat ni masa me balik kenduri akhir bulan 12 tahun lepas (kenduri sepupu)..DJ jawalah katakan, 40-50 kali dok ulang ayat *Jhamuan...Jhamuan...balik balik *Jhamuan....sampai termimpi-mimpi i u...ayat yang sungguhlah berkesan...kuikuikuikui.... 

Kolam Tutup lagi...

Biasalah, namapun sekarang ni masih lagi 'bersekolah' dikolam renang tiap-tiap minggu, jadi kalau takde citer pasal kolam tak sahlah kan...jadi ampunkan saya untuk sesapa yang rasa bosan atau meluat bila me asiklah citer pasal berenang, kolam, kelas renang dan sebagainya yang berkaitan...iya...Maaf yea...

Maaf, maaf juga..tapi me tetap akan bercerita...(harap maaf sekali lagi...^_^)
Kesnya malam tadi lepas je berSMS dengan Zai pasal hujan tiba-tiba terjebak ke cerita kolam...
Kata Zai, *Hezrein (BF dia merangkap guru renang di PADE juga) kata yang kolam dah tutup 3 hari..diaorang yang ada tournament semua training kat Bukit Jalil...
Mula-mula me blur tak berapa faham..ingatkan sebabkan diaorang bz training untuk tournament kat Bukit Jalil tu jadi kelas belajar berenang yang ada diaorang tutup (kira takde kelas lah kan..)...dalam fikiran me lah..
Pastu elok pulak Zai suggest suruh call cikgu, jadi lagi clear sikit apa sebenarnya yang jadi...

So, dalam blur-blur tu terus call cikgu Ayeen...
Sebaik angkat..dahlah call malam buta dalam pukul 10 pm (time class dia dah habis, so assume dia dah boleh angkat HP)....
Teruslah me tanya cikgu Ayeen kan...me tanya *Cikgu, betul ke kelas takde?
Jawab cikgu..*Tulah, tak confirm lagi kelas esok ada ke tak, kolam dah tutup seminggu.....
Me tanya lagi...*Kenapa ye kolam tutup?...
Dia jawab...*katanya MBSA tak bayar bil....

Haa... ko...adakah perkara ini benar???biar betul kan??...sangatlah kelakar tak munasabah je rasanya...huhuhuhu
Terus je me kata kat cikgu *senang-senang kitaorang cancel jelah class..
So tak payah nak pening-pening kepala kan...
Cikgu kata *ok...just gitau kat kaunter (Ombak)...
Pelik tapi benar..apapun redha jelah, dah tutup kan, nak buat camne...
Tamat citer pasal kelas....

Ni pun dah janji dengan Mijon, kalau kolam bukak Ahad nanti nak pergi berenang jugak, tak kiraa... me dah gian nak practise kicking dah nih...(rugi oo..berapa lama nak pandai kan...dahlah pandai tu atas inisiatif sendiri...)
Sept pun katanya kalau dapat nak joint sekali...so, allritelah kan...lagi ramai lagi bagus, lagi meriah...lagipun bolehlah belajar sama-sama...aku tengok ko, ko tengok aku...

Ok, kepada sesapa nak pergi kolam kat PADE tu me suggest sebelum pergi tu silalah calling-calling sapa-sapa yang berkenaan disana tu yea...(macam kitaorang kena call Ombak jelah kan, lagi senang...)
Kang kalau tak call takut menyesal ok...iyalah, dah excited excited nak berenang sekali tutup...frust pulak jadinya...(kitaorang dah kena dah haritu...sakit gak hati, tapi salah sendiri kan...sapa suruh tak call dulu....)..tak pasal-pasal membazir tenaga n duit minyak...
Jadi elok tanya je dulu...tak rugi pun...^_^

*dialog lebih kurang...tak terrecall pulak ayat yang tepat...


Thursday, April 14, 2011

Jadi Babysitter..

Kelmarin kan me citer me terpaksa amik Short Leave tengah hari kan...?
Ha..selain dari hal-hal yang tak boleh diceritakan kat sini (2 kali lagi sebut takleh citer memang ada yang nak kena debik ni kangg), me telah ditugaskan menjaga Imraan sekejab...

Imraan budak comot yang dah makin Michelin...huhuhuhu

Mau timbang ni lebih 5 kg kot...
Ibu dia kata yang Imraan ni memang kuat giler minum susu...kejab kang susu, kejab kang susu jelah...mau tak tambah Michelin..hihihihik...

Makcik pun nak jugak...hehehhehe...
Iya..saya membahasakan diri saya sebagai MAKCIK ye kengkawan...huwahahahahha...sungguhlah Authentic..
Meramuk habis semua orang dengar me bahasakan diri me gitu...hihihiiihi...
Iyalah...i dahlah tak suka dipanggil Mak Long atau apa yang dipanggil ada sebutan Along, Long tu...pastu nak panggil Mak Yong, macam Mak Buyong pulak rasanya (dahlah perut memang macam Mak Buyung je kan..?kuikuikui)...
Nak panggil dengan panggilan lain macam tak best jugak..so akhirnya MAKCIK sajo...senang dan tepat gitu...(iyalah, dah ramai cop siap nama masing-masing kan, ada Mama Yang lah, ada Auntie itulah, inilah...so, MAKCIK saja sudah...)..
Tapi taktaulah tiba-tiba me nak feeling lain sikit ke lain kali tu...tungggggu...jangan pening si Imraan nanti sudah...apapun buat masa ni Imraan panggil je MAKCIK ye....hehehehhe... 

Cubaan Makcik menyium Imraan...
Hampehh...Imraan macam terpaksa...huhuhuhuhu....


Ni masa dalam kereta...time nilah jadi babysitternye...

Sebaik Imraan ni memang budak baik..diam je sepanjang me kena jaga nih...

See..feeling sorang-sorang je dia...senyum pun sendiri je tak payah nak paksa-paksa....kuikuikui...

Serius Imraan sangat-sangat baik...
Good boy..!...senang hati Makcik...

Muka Imraan, memang acuan Apaknya..cuma tang dagu je acuan kitaorang..dagu jenis tak payah botox gitu..hihihihihi...

Jaga Imraan kejab je..dalam sejam...senang je just layan dia 'bercakap' je sudah...pastu kang kalau bunyi sumbat je puting atau botol susu senyap je dia...nipun jaga Imraan sebab Ibu dia ada hal..
Tapi takpelah, sekali sekala...tolong pun adik sendiri kan...takkan nak berkira sangat...(padahal berkira jugak tu kadang-kadang.....biasalah manusia...hehehehe, tak gitu??)...
Petang tu pun me sampai rumah balik dalam pukul 4.30 pm...oklah tu..sebaik setel cepat..alhamdullilah...
Ni tak tau lah minggu ni Imraan dapat balik atau tidak rumah kitaorang..dahlah minggu depan Ibu Imraan dah masuk kerja balik..jadi kebarangkalian untuk dapat jumpa Imraan lagi adalah susahlah pulak.....huhuhuhu...tak bestnyerr.....
Nanti kesianlah Opah dengan MakSu Anim nanti...opps..lupa, kesianlah MAKCIK sekali....

Wednesday, April 13, 2011

Makan Makan Hari Sabtu.....

Ni breakfast pagi tu...Nasi Lemak lauk Kerang dengan Susu Coklat Ais...
Tu baru 'sikit' je sambalnya tu..kalau ikut hati biar sambal penuh satu nasi..hehheheh..
Saya adalah pengemar segala jenis Sambal Tumis ye tuan puan...
Dapat makan hari-hari Nasi putih dengan Sambal Tumis+Ayam Goreng/Ikan Goreng/Telur Dadar adalah menjadi kenikmatan...memang tak pandang kiri kananlah jawabnya......hehehheh

 Patutnya pagi-pagi Sabtu tu me ada 'appointment' dengan Mijon dengan Zai..
Mijon dipaksa cadang masak Nasi Ayam Hainan tau...Nasi Ayam Hainan terbaik u all....meleleh ayaq liur bila teringat...tu yang laju je nak gi KD tu...
Tapi tulah, niat nak pergi sana awal, tak dapat me nak tunaikan, pagi-pagi tu baru me tau rupanya haritu Anim ada sekolah tambahan...
So, takkan nak tinggalkan rumah gitu je pulak..kesian Anim...dahlah kunci rumah tak bawak...
Jadi nak taknak terpaksa mengelat dari tolong masak datang awal ke rumah Mijon...(tau Zai marah tu, i'm sorry...huhuhuhu...)
Pastu, lagi buat Zai berbulu me sampai sana nak pukul 3 petang..haru je kan..janji nak gi cepat...(tapi me tau, kawan-kawan me semuanye penyabar belaka..kan kengkawan kan?heheheheh)
Dah..Anim rupanya kena ikut jadual hari Khamis, so memang balik pukul 1.20 petang lah jadinya...
Anim balik rumah pulak tetiba dia request nak makan Nasi Goreng...dah kena masak pulak...kang tak masak kebulur...
Nak masak lauk kang, bukannya makan...dah jadi satu hal...
Sebaiklah ada perencah Nasi Goreng Adabi...Nasi balance pun ada jugak, apa lagi...berdesup masak...
Tu pun simple giler..just taruk Carrot dengan Telur sebiji je...tapi jadilah...dari dia tak makan langsung kan...

Sambung lagi...
Me sampai nak pukul 3 petang...dah nak masak Nasi Ayamnya..tinggal nak 'touch-up' apa yang perlu je...huhuhuhu...ampun penghulu gua...
So, siap-siap tak tunggu lama, teruslah makan kan...
Alhamdullilah...Rasa Nasi Ayam Hainan Mijon tetap sama macam yang lepas punya...nyum..nyum..nyum...tetap terbaik!!!

Presentation untuk Ayam dan sayur mayur jugak masih sama....


Ayam tetap ada yang goreng dengan yang ala-ala stim jugak...


Sup Mijon buat special sikit...selalu orang buat Nasi Ayam just hidang sup kosong je kan?
Tapi Mijon punya Sup Nasi Ayam Hainan lain tau...ada hirisan Kobis, Daun Bawang, Daun Sup dengan Bawang Goreng tau...jadi memang sedap sesangat...


Masih lagi nak tunjuk Ayam dengan sayur mayur yang ada..hehehehe...



Tak lupa ada Cili jugak...


Air wajib, air Oren Ais...huuu...nyaman gitu..


Last but not least....tengah nak start makan tu sempat lagi snap pinggan makan...
Nampak macam sikit je kan...uiii..ni belum lagi nih...ni baru start kan, so, pinggan tak penuh lagi..malu-malu buaya lagi gitu..lepas je selamat yang ini, tambah lagi sepingan lagi nasi...pastu tak habis lagi, ratah pulak sayur mayur dengan ayam pulak...burppp...Alhamdullilah...sangatlah syorga...
Kalau ikut nafsu buaya tekak memang nak makan lagi...tapi sebab kena ikutkan perut memang tak boleh sumbat dah..sebaiklah cepat sedar kan, kalau tak mau meletup perut...dah lain kali takleh makan Nasi Ayam Hainan Mijon lagi...kuikuikui...

Ada citer lagi, lepas je makan ni, kitaorang lepak-lepak kejab..
Dah lepak-lepak terus masing-masing siap terus pergi ke pusat mengasah suara..apalagi pergi Karaoke le, mana lagi...
Kitaorang menyumbangkan suara selama 4 jam u all...punyalah tak sedar diri...huhuhuhuhu...
Tu pun berhenti sebab kat kaunter tu dah penuh orang beratur nak tunggu turn, tu yang sedar diri memang kena balik dah tu...
Gambar?gambar berkaraoke takdak...boleh pulak me ni terlupa nak bawak kamera...rugi giler ooo...dahlah barulah nak merasa 'bersosial' dengan Zai kan, iyalah Zai kan jarang dapat joint-joint kitaorang sejak dua menjak ni, makcik bzlah katakan...(tulah gatai sangat dok belek-belek gambar sebelum pergi tu tak pasal-pasal lupa nak masukkan kamera dalam beg...sapa suruh kan?......)..tapi takpe..next time ada...Mijon boleh masak lagi Nasi Ayam Hainan kan Mijon kan?nanti kita boleh bergambar sakan lagi...hihihihihik...

Sue Berkata Tapi Dalam Hati:  Gambar kat atas ni pun ihsan dari kamera hp me saja.. (harap maklum jugak, kebanyakan gambar kalau tengok dalam blog ni kualitinya sedikit kureng tu taulah tangkap guna apa yea.....)...

Tuesday, April 12, 2011

Diluah tak taulah sapa yang mati...

Tensen ok tensen...
Famili matters punya pasal apapun terpaksalah kena berkorban kan..
Katapun kakak sulong dahlah sekarang ni pun dah ala-ala ketua keluarga...
Kang kadang-kadang terpaksa Short Leave secara emergency...
Macam aritu, adik ipar exident (walaupun tak apa-apa) kakak ni jugaklah kena balik rumah tergopoh-gopoh...dah kena short leave..tak pasal-pasal...tu tak kisahlah kan...
Tapi macam entri me yang lepas-lepas (kalau ingatla...tak ingat takpe...)..nak mintak SL kat sini adalah sangat azab ok...
Kena tadah muka dulu, kena ngadap muka kelat tu dulu, kena dengar bunyik 'citt..citt...", kena menjawab napa nak SL dulu kang barulah dapat....macamlah tadi baru-baru ni jugak...

Serius...Ya ALLAH...sakitnya hati...
Tau hari ni ada briefing pasal something..tapi me dah sediakan apa yang patut ok..bukan main tinggal je...
Ni pun kalau tak 'terpaksa' takda maknanya nak cuti-cuti petang camni...
Dia siap tanya lagi ko dengan muka kelat macam nak mintak penyepak (sepak guna kaki ok, bukan sepak guna tangan)....Napa nak SL?
Me jawab...ada hal, tak boleh bagi tau...ha kau..jawapan..sungguhlah anak-anak kan?tapi nak buat camne...
Memang aku tak boleh bagitau pun...gila nak bagitau benda-benda personal camnih??
Agak-agaklah pun..takkan tiap kali me nak SL atau apa nak kena hadap semua-semua nih??sangatlah fedup....
Macam me ni suka-suka je nak SL..yang herannya ko pilih-pilih orang pulak tu dengan sapa ko nak layan camni...sapa yang jaga cuti atau yang selalu ko hadap tu takde pulak nak layan camni??
Lagi satu, bukan ke minggu lepas tu ko siap Emergency Leave sehari pastu esoknya siap ko Short Leave petang ke???aitt..boleh pulak kan....??

Dahlah..me nak siap-siap ni...
Nak kena pergi Cheras...sebab apa?memang tak boleh gitau....sangat-sangatlah mengaibkan kalau nak gitau kat sini...(takat ni jelah boleh gitau pun...tu pun bersyukur sebab dapat luah rasa walaupun sikit....)....
Oklah...pergi dulu...!

Kain Oh Kain...

Lama giler rasanya me tak membeli kain ela untuk buat baju kerja dengan baju kenduri (macam rajin no pergi kenduri kan...padahal tak pun...pastu nampak sangat baju kerja tak bertukar...Sue..Sue...)
Last beli tahun lepas, tu pun sebab jalan-jalan pergi Nagoya pastu terbeli....terbeli tau, bukan saja-saja beli...pantang nampak yang berkenan, rajin jelah nak terbeli-beli nih... (tapi dalam rajin terbeli tu, itu jelah pun...lambatlah lagi nak beli yang lain pulak...)
Tu pun kain tu dah tersadai kat rumah Cik Nab tukang jahit tu...gara-gara sekarang ni dia bz giler sebab kena menjadi baby sitter untuk cucu-cucu dia yang kecik lagi baby seramai 3 orang tu...(ha kau, memanglah tak jadi menjahit kalau macam gitu dah gayanya......)..jadi termasuk yang beli tu dah ada dua pasang dah yang tersadai kat rumah Cik Nab...sabar jelah...

So, hari jumaat tu kebetulan pergilah me sesorang ke Ampang Point time lunch hour tu...niatnya nak keluarkan menghabiskan hasilllah sangat dari Pejabat Pos saja buat spare untuk kereta...(tau-tau jelah nak keluarkan apa kan...?kuikuikui...)
Dah alang-alang terkeluar lebih tu, gatailah pulak nak masuk kat Zeba Textile nih...
Mula-mula budget nak beli kain ela sepasang harga murah ikut kemampuan diri je...tapi takde pun, jadi terjebak jugak....
Walaupun murah ikut kemampuan tapi jadi terlebih budget jugaklah u all...(dasar boros ginilah, mana reti nak pegang duit lama-lama, rajin je nak menghabiskan...)

Konon nak beli sepasang saja, tetiba SA tu kata ada offer, terus jadi 2 pasang...huhuhuhu...


Sempat tu, masa SA tengah potong kain, me pulak dok gatai  mulut dok tanya pasal harga upah jahit Baju Kurung......hihihihiihik..
Iyalah manalah tau harga dah naik ke apa....so, perlulah survey apa yang patut....(survey je tau, bukan nak tempah pun....budget lari pecut dah nih...)
Me gitaulah dia yang me pernah hantar kat sini time raya haritu..laju je dia jawab...oo...raya harga dia lain...
Laju pulak me cakap lagi...dah naik harga ker??
Sekali dia cakap...taklah, raya harga lagi mahal sebab time raya, kalau hari biasa harga dia RM**..
Dalam hati suka gilernyer u all, rupanya harga lagi kurang......iyalah orang tak berduit, tanya harus banyak kan, budget budget gitu...hehehhehe...terus me tanya lagi..sebab dah nampak cahaya didepan kan...kuikuikui.....duit upah jahit tu kena bayar bila?
Jawab SA tu...bayar bila nak ambik baju je...kalau nak cuma bayar duit kain pastu time amik baju baru bayar upah semua....siap selalunya dalam 2 minggu...
Oooo...camtu bolehlah tempah satu pasang...hihihhikhik..jawab me tapi dalam hati...lagi 2 minggu kan dah gaji...(serius lama, tapi kena dengan time frame me sampai ke gaji...tu yang sanggup je tuh..hehehhehe...)....bestnyer....!
Serius time tu memang me lupa macamana me tempah dulu tu, iyalah dah berbulan-bulan kan....tak ingat kena bayar deposit dulu ke camne..tapi bila dah kata gitu...memang Stadium Bukit Jalil kutadahkan le jawabnya....suka...!

So, laju jelah tempah baju..nak tempah macam biasalah kan,  kenalah ukur badan dulu...
Yang ukur badan tu tokei dia tau, lelaki...segan memanglah segan, tapi sebab nak baju baru cunlah sangat kan, so hadap jelah...(alasannnn....)
Mula-mula kononnya me nak tempah satu pasang je, tapi bila dah habis ukur tetiba me bertukar fikiran...terus je tempah dua-dua...ha kau...sekali sekala kan...
Me tempah dua-dua pasang Kurung Pahang, mula-mula ingatkan nak tempah satu pasang Kurung Pahang, pastu sepasang lagi Kurung biasa je, tapi disebabkan perbezaan upah tu hanyalah RM10 so, me terus jelah tukar fikiran untuk buat Kurung Pahang jelah kedua-duanya...lagipun masa tempah untuk hari raya tu me memang tempah Kurung Pahang kan, so memanglah jahitan dan potongan dari tailor tu sangatlah serasi dengan badan me yang tough gemuk nih...
Bila me tanya kalau Baju Kurung dengan Baju Pahang tu kena ukur lain-lain ke apa?
Rupanya tak payah, katanya kita ukur badan, lepas tu baru potong ikut fesyen apa yang nak...ooo gitu...(ke memang gitu??heheheh...)

Kesimpualannya, kiranya dah 3-4 kali me beli kain ela kat sini dan dah nak masuk kali ke-2 me hantar jahit kat sini memang sangat-sangatlah me berpuas hati dengan kualiti kain dan tailoring kat Zeba Tekstil nih......(serius, walaupun baru pernah hantar sekali je jahit baju Kurung Pahang, tapi memang me tersangat-sangat suka over ko! dengan cutting dan jahitan diaorang nih...)
Kedai nampak macam mahal, tapi still lagi mengikut kemampuan orang biasa-biasa macam me ni...me suka sangat-sangat...~wink~wink~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...