Search This Blog

Showing posts with label Kompilasi Makanan. Show all posts
Showing posts with label Kompilasi Makanan. Show all posts

Saturday, May 09, 2026

Bawak Nakhil Makan Nasik....

Assalamualaikum...hi semua...






Kelmarin malam kitoarnagh menunaikan hasrat Nakhil nak makan nasik....Alhamdulillah...
Dah berapa hari dari dia start demam haritu dia nak makan nasik..tapi tulah...kalau dah tekak pun tak boleh nak telan makanan (sebab sakit), rasa-rasa walaupun nasik depan mata tu dia nak makan tak?iya betull..dia takkan nak...
Cerewet dia nih tau..kalau bentuk makanan pelik sikit pun dia taknak makan..kalau Nasi Ayam tu rasa lain sikit pun dia boleh jadi taknak makan...yang sakit tekak tu pulak, bila minum air pun bising tak boleh nak telan..ghase-ghase kalau makan nasik mau tak?.......so Me n OT cakap kat Nakhil later Mama n Daddy bring you ye..after your throat OK..OK?.nasib baiklah Nakhil faham sekejab (sekejab je Uolls, pastu dia mintak balik..so memang nak makan sangat la tu kan..cuma tekak la tak boleh telan lagi, so kitaorang hold dulu)......
Nakhil kan kalau bab makan ni dia ada ikut peel Ana masa kecik Uolls...contohnya Ana ke Nakhil ke kalau Chicken Nuggets tu kalau dia tengok terbenyot, terover cooked, terkurang cooked (tak ikut piawaian diroang la) dari bentuk asal sikit, memang dia taknak makan langsung seketul tu...jenis nak makan makanan betul asal cantik terletak masak elok..tu Ana duluuu..tau-tau Nakhil pun samaaaa....
Ana dulu pun sejenis makan Nasi Ayam jugak je ye....cuma up sikit la dari Nakhil..Ana dulu makanan ruji dia Nasi Ayam, Chicken Nuggets dengan Nasi+kuah Masak Lemak Putih sahaja.....









Air memang jaranggg betul kitoarng order kat TCRS...sebabnya macam tak "berbaloi"..
Lagipun Nakhil memang ada tumbler air dia sendiri (TCRS memang takde jual air sirap)..yang Me n OT selalunya mintak ice water jek...takpun minum jelah air Dari tumbler Nakhil haha..tak pun beli jelah air yang ada jual kat keliling....
Selalunya memang akan order je makanan dulu...air kita fikir kemudian (sebab rasa tak berbaloi tulah)......









Kelmarin tu OT nak makan kat situ jek...
OT punya Nasi Putih+Lauk Ikan Asam...
Me pulak dah terkulat-kulat nak order sebab taktau dah nak makan apa....








Last Me pilih Gado Gado....
Nak makan nasi Ayam kat situ lagi dah tak berapa nak boleh telan dah Uolls hahaha...
Nak makan yang ada lain pun dah agak puas makan dah (dah try makan dah pun)..nak repeat TU macam alaaa....so kita order jelah Gado Gado...kita pusing balik menu yang ada kan hihi.....







Masa dapat TU macam wah penuhnyaaa..larat ke?
Tapi bila dah gaul semuanya OKla...takpelah banyak sangat (tapi jenuhlah nak habiskan jugak kan?hihi)....
Gado Gado ni takde isi apa sangat pun...ada timun, taugeh n Tauhu Goreng jek...
Tauhu TU dia potong uii besar-besar betulll....
Lupa...Alhamdulillah...Nakhil makan sepinggan Nasi Ayam....syukurrr..
Kitanya nak anak makan je....semoga Nakhil sihat sihat je...
Dugaan Nakhil ginilah...imun sistem tak berapa nak kuat...
Cergas TU memang cergas sentiasa, cuma kerapnyalah Demam....
Pantang selsema, pantang batuk sikit mesti Demam....kena hujan sikit pun Demam...
Harap-harap makin OK ikut peredaran masa ye Nakhil....Aamiin...












Thursday, May 07, 2026

Panik Sekejab Semalam...Part 1

Assalamualaikum..hi semua...

Kisahnya..pagi-pagi semalam dalam pukul 5.20am Me bangun...
Terjaga awal dari selalu..selalu kalau pergi kerja Me bangun dalam pukul 5.35am....
Bangun-bangun tu Me  rasa kaki sakit lagi Uolls..so Me decided nak repeat ke klinik jelah pagi tu nanti, nak mintak doktor tukar ubat yang lebih berkesan (sebab dah makan ubat 2 hari tapi sakit tumit Me ni tak berkurang sangat pun)...
Walapun terjaga pagi sangat, tapi Me tak tidur balik sebab Me kena bangun jugak sebab nak siapkan susu Nakhil n nak bagi Nakhil makan ubat demam dia...
OK sambung...tengah Me siapkan macam-macam tu (dalam pukul 5.30am), tiba-tiba OT ke depan, jenguk Me sekejab then terus dia ke toilet...
Dipendekkan cerita...pukul 7.50am kitaorang sekeluarga keluar rumah, then ke klinik....
Ni kitaorang pergi ke klinik luar dari kawasan rumah kitaorang Uolls...sebabnya nak pergi balik (repeat) di klinik yang kitaorang bawak Nakhil n Me malam Ahad haritu....
FYI, malam Ahad haritu kitoarang ke sini sebabnya Me dah tak tahan sakit tumit dah dua hari (dari hari Sabtu sakit), then Nakhil pulak dah start demam panas malam hari Sabtu....
Dijadikan cerita terpaksa pergi malam sebab siang Ahad  dari pagi OT tak available sebabnya kat rumah kitoarang ada acara gotong royong kawasan rumah..OT balik rumah balik pun dah pukul 5.30pm Uolls..so tunggu malam la jawabnya kita ke klinik...
Kisahnya lagi, Malam dalam nak pukul 9pm kitaorang dah bergerak...tapi tulah mencarik makanan Nakhil dari nak pukul 9 tu sampai cukup-cukup pukul 10 Uolls...punyalah tak jumpa-jumpaa...habis 6 buah Speedmart OT cari, semua takde stok....sedihnyaaa....
Pastu dah habis mencarik tu terus pergi ke klinik 24jam kat area rumah pulak, tengok-tengok ramainyaa...tanya kat recept katanya ada lagi 9 orang tengah tunggu turn dan masa menunggu mungkin sejam lebih...dah macam tu tu yang kitoarnag ke klinik 24jam yang luar dari area rumah....(panjangg ha nak terangkan)....so disebabkan Me n Nakhil macam tak OK lagi, so kenalah repeat ke klinik yang sama jugak (tu yang jauh jugaklah klinik yang kitiaorang pergi jadiknya)....







Tak sangka baru pukul 8.10am camtu tapi dah ada 4-5 orang tengah menunggu...
Daftar lama jugak sebab untuk 3 orang...3 borang nak kena isi gitu...
Tapi satu yang bagusnya..elok dah habis mendaftar tu terus nama kena panggil..lajuuuu....
Masa ni tengah tunggu ubat...lama jugaklah tunggu...
Ni kat luar dah hujan Uolls...tak sangka pulak keluar-keluar bilik doktor je tengok luar eh hujan  lebatnyaaa....sambil tunggu ubat tu Alhamdulilah hujan dah reda...
Lupaa..OT rupa-rupa pagi tadi tu dia cerry berry Uolls..dari pukul 5.30am tu sampailah kitaorang nak bergerak ke klinik memang kerjanya repeat ke toilet jek...sampaikan dah habis jumpa doktor pun sama huhu....









Nakhil M demam+sakit tekak, tapi dah makin baik dah...so pagi semalam tu ke klinik lagi niatnya nak sambungkan MC Nakhil lagi n nak mintak ubat (buat stok)....
Tapi tulah...kesian Nakhil M...rasanya bertambah trauma lah dia lepas nih kalau jumpa doktor lagii sebab dah 2 kali dah Nakhil dapat doktor tak OK...meh Me cerita...
Nakhil kan Ahad malam tu masa check tekak Nakhil nak termuntah...berair-airlah bijik mata...sampai last sekali sampai melolong dia menangis (doktor kan guna stick kayu tu untuk check lidah, Nakhil dia tak reti nak nganga besar-besar)..doktor malam tu pulak jenis macam tak berapa nak reti ye (tak reti nak handle budak, macam menekan-nekan nak tengok kerongkong Nakhil sampai menangisla dia sebab takut ke apa taktaulah...pastu Adik nak termuntah sangat pun boleh doktor tu buat tak reti Uolls, bolehnya doktor tu pusing ke meja dia gitu jek lantak...adoilaaaa, iya-iyalah kita tahankan anak supaya tak muntah..kalau tau biarkan jek, baru time tu doktor baru nak laju-laju nak panik kot hahaha eh)...
Cuma nasib baiklah dapatlah jugak doktor nampak tekak Nakhil, memang tekak dia doktor nampak  baru nak naik  merah-merah (Nakhil memang ada cakap dia sakit kat tekak)....so OKlah...menekan-nekan pun dapat jugaklah doktor tengok...

Ni pagi semalam pulak...dapat doktor lain (doktor ni pernah rawat Nakhil bulan lepas)...
FYI, malam bulan lepas tu doktor ni OK sangat-sangat, very friendly, pastu pandai sangat dia layan Adik...
Tapiiii..taktaulah kenapa pagi semalam tu dia lain...nak check tekak Nakhil je pun, dia punya menekan-nekan tu ishhhh...punyalah menekan-nekan nak suruh jugaklah Nakhil bukak mulut..
Yang Nakhil pulak dia start melalak menangis (bila nampak doktor pegang stick tu)..doktor n Daddy dia pulak dah menekan-nekan (paksa Uolls) suruh dia yang dah tak boleh nak tunjuk tekak dah (sebab dia takut sampai menangis)......
Me dah bagitau doktor yang Nakhil mungkin takut nak bukak mulut sebab malam Ahad tu dia dah nak termuntah masa doktor tengok anak tekak dia  (doktor lain tau, bukan dia)...
Eh dia menekan-nekan jugaklah nak tengok (macam tak menyabar pulakk)..sampaikan OT dah panik (dah dia pun sama beria-ialah suruh Anak bukak mulut)...
Stress ye keadaan masa tu, sampai Me yang duduk jauh ni pun sampai jadi bising jugaklah kat situ sama-sama jadi menekan-nekan Nakhil supaya bukak mulut jugak...
Pastu tau tak, dia tak dapat pun tengok anak tekak Nakhil Uolls...hmmm...
Dahlah tu, check suhu pun takde..check apapun takde...just masuk dengar Me OT citer (Me n OT sebenarnya bawak Nakhil pergi klinik sebab nak sambung MC je, sebab nak bagi Nakhil rehat lagi))....
Bila masa nak check anak tekak tu pulak, dah menekan-nekan, pastu masa menekan-nekan tu boleh pulak tiba-tiba give-up n suruh kitaorang bawak Nakhil gi hospital jek..eh ehhhh...
Tiba-tiba je dia kata takpelah, saya bagi refer letter ke hospital, sebab kalau saya check pun sama je tak boleh buat apa-apa....
Bila Me tanya, confirm ke kena bawak pergi hospital?sebab Me tengok doktor check apapun tak...dia kata mungkin..kena pergi hospital dulu then baru tau...laaaa...macam tu pulak kan..kalau korang jadi Me n OT korang rasa apa?
Kitaorang panik Uolls...panik sekejab...dok fikir (sambil tu dok WA group adik-adik Me tanya second opinion)....
Dah jadi berfikir macam-macam Uolls..dahlah tu kesiannya Adik sampai kena masuk wadddd😭....
Satu...nak pergi KK ke check darah lagi ke? (Adik dah amik darah dah masa malam Ahad tu..doktor memang cakap result WBC Adik tinggi sikit (10.94), tapi still OK..so doktor cakap Adik demam sebab ada kuman sikit, so kena makan antibiotik dan pantau sakit tekak dia jek)...
Nak kena bawak gi emergency PPUM ke?(doktor semalam suruh bawak Adik ke emergency hospital Uolls)...mula-mula ingatkan nak bawak Nakhil ke Hospital Shah Alam atau Sungai Buloh..tapi Atie suggest better pergi PPUM je sebab Adik ada appointment kat sana...
Atau nak ke hospital swasta terus (sebab co Me ada insurance untuk inpatient)?tapi kalau pergi hospital swasta terus, kalau takde apa-apa (tak kena masuk ward-nauzubillah masuk) siapa pulak nak tanggung bil?pastu time tulah nak tanya itu ini kat orang insurance pulak kan....?panjangg jugaklah jadi ceritanya kannnn....
Empat, ke pergi klinik lain, mintak second oppinion pulak....?
Plannya gitulah...
Serba serbi punya kebarangkalian ye...sambil tu dok fikir jugak yang doktor tadi tu check Nakhil apapun takde, takde check suhu badan, takde check heart beat ke apa...anak tekak pun tak dapat nak tengok...memang apapun takde ye..so memang kena gi jugak hospital ke camne nih?










Bila dah settle tu Me bukaklah baca refer letter Adik tu...Me baca macam eh..lain je citer doktor tulis...
Siap cakap adik ada Cough, refused oral intake..siap temp. 38.8..aitttt?pelikkk...
FYI, Adik takde batuk, badan Adik tak panas (dedar-dedar je), Adik still makan n minum n makan ubat je macam biasa.....
Lastttt..sambil berfikir lagi tu OT ajak gi breakfast dulu je...sebab time pun masa tu dah pukul 9 lebih..so jomlah..sebelum lagi macam-macam lagi jadi sebab masing-masing tak makan apa lagi....
Nakhil kan dari kat klinik Me dah ajak dia makan Circa (Roti Canai), dia kata taknak..nak makan Nasi TCRS....time tu kedai pun tak bukak lagi Uolls....so sementara tunggu kedai bukak tu kitanya singgah mamak dulu lah ye...
Dah sampai mamak, Me n OT tanya jugak Nakhil nak makan Circa tak?kot-kotlah nak...dia taknak jugak...
Tapiiiii...elok sampai Tosei Me, Me pergi basuh tangan tu OT cakap Nakhil mintak nak Circa...so terus OT orderkan hihi....
Ya Allah..happynyaaa...paling happy, dia makan nak 2 keping Roti Canai Uolls....banyakkkk...Alhamdulillah...
Uolls...Nakhil sebenarnya dah start makan macam-macam dari petang semalam Uolls...sikit-sikit dia makan itu ini..so memang nampaklah dia dah ada selera nak makan tu kan....dari dah nak 2 hari dia taknak makan apa-apa tu sebab tekak dia sakit tu....
Tu lah Me cakap jadi serba salah nak bawak Anak gi emergency....sebab eh banyaklah sebabnya...malas nak ulang dah...panjang dah Me citer kat atas tu (kalau faham kenapa kitaorang confused, so taulah)....
Ni pun dah habis makan banyak jugak benda lain kitaornag settlekan...sampai rumah pun nak pukul 12lebih....
Balik rumah pun still buat plan lagi...nak monitor dulu Nakhil macamana...
Selepas Zuhur Me bagi dia tidur dulu, sebabnya dari pukul 6am tadi dia jaga..kesian dia lesu dah kot kat luar lama sangat macam-macam drama haa huhu....



Bersambung....




















Thursday, April 30, 2026

Try Makan Kedai Mamak Baru...

Assalamualaikum..hi semua...





Balik kerja 6 April 2026 (hari Isnin) yang lepas...
Pusing punya pusing nak cari makan apa, lasttt ke sini...
Kedai mamak ni baru bukak ni Uolls..dulu kedai mamak ni sebelum ni kedai lain (owner pun lain)..kedai lama tu dulu jual Naan Cheese viral (tapi kedai tu viral Nasi bukan Naan Chesee hihi..ni dulu tak ingat nama)...pastu kedai tu dah pindah kat area rumah kitaorang (lagi dekat dengan rumah kitoarang), kat tempat baru tukar nama jadi Nasi Talam Madina (ada kitaorang try test makan kat kedai baru dulu).....
Ni dah ada orang lain replaced kedai tu...tengok eh kedai mamak la, lalu lalang pulak eh nampak macam menarik..so jomlah try sementara memang dah lalu lagi nih hihi.....












Masa ni memang musim Nakhil taknak makan apa-apa...yellow nasik ke, Roti Canai (circa) pun dia taknak...dah camtu bolehlah Me n OT pilih-pilih nak makan apa....
Kalau rajin Me masak (tapi macam tak masak pun haha), kalau tak kita makan jelah kat mana-mana, tak pun tapau jelah bawak balik makan kat rumah je....













OT macam biasa..dia nak try makan nasik...
Me pulak masa tu betul-betul blur ye...taktau betul nak makan apa....
Eh lupa..lauk dia sedap...tapi tulah...eh nanti Me cakap ye tulah apa hihihi.......













Air memasing...
OT tu dia mintak nak air Teh O Ais letak dalam gelas macam biasa....sekali sampai gini hahaha...so takpelah...minum jelah kan...
Me n Nakhil punya memang mintak air mangkuk..kita dua memang jenis kalau minum air mesti tak habis je...







Nakhil bila taknak makan kita offerlah apapun dia memang taknak ye....










Pening sangat, so Me nak makan Naan Cheese (extra Cheese)....
Alaa..dalam gambar tak nampak pulak sedap kan...
Real Roti dia gebu ye..cheese banyakkk...
Rasa dia sedapppp...kuah pun semuanya sedap....approved sangat ye...tapi tulah...hahaha nanti Me bagitau tulah apa...








Ada jugak Ayam Tandoori....
Ni kureng...rempah tak berapa berasa sangat Uolls...macam baru je perat pun iya...











Nakhil bila Me suruh amik gambar kat belakang latar cantik nih....
Tulah dia apa?bab kebersihan tu kat sini kureng....so memang taknak lain kali kitanya repeat lagi huhu..sayang kan?makanan dah sedap tapi bila ternampak itu ini tu alaaa...so takpelah...
Naan Cheese tu tak habis pun....Me tapau, tapi tak makan-makan pun ye..



Oklah sekian...
Selamat berehat ye semua..selamat bercuti panjang juga....














Tuesday, April 28, 2026

Random Pic. No. 422

Assalamualaikum...hi semua...






Kuali baru...beli murah je Uolls..RM11.++ untuk size 30" kat TT...
Dah lama cari kuali size ni..sekali ternampak kat Live TT tengah jual..eh mehlah beli satu (sebab murah kan..kita try jelah hihi)....
Dah sampai tu Me bakar sekejab kuali nih...sebab seller kata kena "seasoning" dulu barulah nanti kuali tak melekat...
So Me ni buatlah...sekali tak jadik Uolls..kuali tak panas rata..habis hangit satu part hahaha...eh
So hasilnya kuali bila tumis tu dia akan melekat jugak hujung-hujung...alaaa haii...ada tak petua lain taknak bagi melekat Uolls?
Dah syok guna tapi tulah, hujung mesti melekat..jenuh nak kena jaga je kan....
Kuali ni tak ringan n tak berat sangat...just nice...kalau ikutkan dah OK dah..cuma tulah..salah tekniklaa jadi melekat jugak bila masak tu....












Bubur Kacang Hijau dengan sagu...
Nampak tak sagu tu cantik seketul-seketul?(abaikan color pucat tu ye hihi)....
Alhamdulillah..Me ikut petua deskmate Me Tien ajar kalau nak biji sagu tu cantik elok masak (tak lenyap jadi kanji semuanya), caranya basuh bersih biji sagu (guna 2-3 sudu besar je untuk 200 gram kacang hjau), then rendam je biji sagu yang dah dibasuh tu dalam air dulu...masak je kacang hijau tu macam biasa, then lagi 5-6 minit sebelum Bubur Kacang Hijau tu nak masak tu terus masukkan biji sagu yang dah direndam tadi..kacau rata..lepas tu baru tutup api...
Eh menjadik ye...elok seketul-seketul walapun kita masak dia sekejab...tak tipu ye...mudah pun mudah..kanji pun tak banyak ye...elok cantik sebutir-sebutir....
TQ Tien bagi petua n cara nak masak....love sangattt....









Hari Sabtu memang hari buat kerja sekolah...
Banyak jugak ye kerja sekolah dia...kalau Maths tu bermuka-muka surat ha cikgu suruh siapkan....
Me kan dah lama tak tengok kerja sekolah budak Tahun 1, bila tengok apa yang Nakhil belajar sekarang ni (n kerja sekolah dia)..startla Me n OT cakap ni orang buat ni masa darjah 4 punya..ni masa darjah 3 punya...haa gitu....agak mencabar ye silibus dia...?macam kesiannya....laju betul ye...











Bagus jugak ada meja belajar macam ni...itulah tempat dia buat kerja sekolah..itulah jugak boleh jadi tempat dia main-main...
Lupaa..Meja ni beli dah 2 minggu..Me sajalah beli sebab senang dia nak belajar kan...konon nak letak dalam bilik..eh macam leceh je sebab Nakhil ni kalau buat kerja sekolah kita kena tunggu kat sebelah je...so kita letak jelah kat ruang tamu...
Meja ni kecik, pastu ringan...so kejab kita angkut letak kat tepi tingkap..kadang-kadang depan TV gini...betul-betul portable gitu hahaha....
Ni kalau tengah buat kerja sekolah memang tak boleh buka TV langsung ye..kalau bukak memang jadi lain gitu..tengah buat kerja sekolah tu kang tiba-tiba keluar tengah tengok NatGio yang tak pernah dia nak tengok pun dia jadi tiba-tiba tengok dengan beria-ianya gitu hahaha...eh geramnya..so kesimpulannya memang takdelah nak bukak tv (ni dulu masa buat kerja kat meja makan ye..gitulah dia..lagi pulak dah pindah buat kerja depan TV, lagilah tak boleh).....









Haritu masa office Me buat jamuan raya, Me, Anis n Ameer shared ordered Churros dari Mr. Churos....
Kebetulan di hari kejadiab  Adik tak sihat pulak haritu, so Me terpaksa cuti..Me tak dapatlah nak join makan sekali...
Rabu esoknya tu Me pergi kerja, sajalah tanya Anis pasal Churos..tau-tau sebelum tengah hari, eh jomlah kita order Churos (spontan betul kan hahaha)..rupa-rupanya Anis pun tak merasa....so jomlah haritu kita beli n makan....
Alhamdulillah sedap ye Churros dari Mr. Churros nih...boleh order lagi la....











Ni Popia Sayur yang Ana buatkan untuk open house rumah Atie...Me kecek nak sikit..Alhamdulillah, Ana bagi 10 ketul....
Ana bagi yang frozen Uolls...so ada masa free Me goreng..
Dapat 2 kali goreng..sedappp..pandai Ana buat...elok inti dia still lagi rangup (ada rasa rangup lagi)...rasa pun just nice Popia Sayur (Ana letak Sengkuang+Carrot)....
Ana kata anak-anak dia tak makan sayur tau..tapi kalau dia buat Popia Goreng..eh laju je memasing makan siap makan bertambah-tambah (tak cukup Uolls)....nampak kan memang sedap....











Jiran rumah hujunggg bagi Pulut Kuning+Rendang Ayam sempena birthday dia...
Sedappp betulll....Alhamdulillah...
Tulah Me segan kalau masak nak bagi jiran yang ni..sebab jauh betul skills memasak kitaorang Uolls....
Jiran yang ni kalau bagi makanan apa-apa memang sedap betull....







Bersambung...





Thursday, April 23, 2026

Dinner Semalam (22 April 2025)

Assalamualaikum..hi semua...




Nakhil dengan baju aktiviti SRK dia...
Alhamdulillah, baju aktiviti dia ni (beli 2 helai) baru je dapat minggu lepas (untuk SRA belum dapat lagi)..so minggu ni dia dah start pakai...
Macam dapat lambat kan?(ke ada yang belum dapat jugak).Kitoarang kan siap dah beli berpasang-pasang baju T-shirt putih n seluar track...kalau ikut kiraan Me ada 7 pasang...(memang 3 pasang untuk SKA, 2 pasang SRK)...
Banyak kan?sebab yang last haritu sebab musim tak hujan lama, so SRA bagi murid-murid pakai 4 hari baju sukan, so Me beli lagi 2 pasang..cuma haritu pandai sikit, Me beli baju size besar..so OKlah..nanti-nanti boleh je pakai lagi kan.......






Semalam Adik nak makan lagi Nasi Ayam (sekarang dah pandai nak nasik at Chicken Rice Shop dia cakap) so pergilah lagi...
Ni dah nak masuk 2 minggu berturut-turut dah nih Adik nak makan nasik ayam...
Cumanya tak dapatlah nak pergi hari-hari Uolls...macam minggu yang lepas last hari Jumaat kitaorang pergi, tapi malam tu Adik taknak makan pulak (sebab nasik dia ada jelatah Uolls)...so semalam n kelmarin kitoarang bawak je walapun Adik ada kerja sekolah..kesian pulak dia minta nak makan pastu tak bawak kan...
Ni semalam kita order memang untuk Nakhil sahaja..tak larat dah nak makan benda yang sama Uolls...










Alhamdulillah..habis 2 pinggan nasik...
Sama jugaklah kelmarin pun..habis nak 2 pinggan nasik....syukur....
Ni kan masih lagi Me jugak yang suap dia makan Uolls...selesa betull dia kan haha....












Lepas tu ke Bungkus Kaw Kaw pulak....OT kata nak rasa....so jomlah....








OT pilih nak Nasi Lemak biasa jek....nak rasa katanya....
OT kata sedap...so kiranya kena dengan selera dia lah kan...bolehlah lain kali repeat lagi....








Me pulak blur taktau nak makan apa..nampak ada Cheong Fun..nasib baik ye...so order....
Fav kan..so beria-ia lah makan...kalau tak memang Me tak makan la kat situ...
Me kan ingatkan menu kat Bungkus Kaw Kaw ni berbeza bila dah lepas breakfast..rupa-rupanya sama je ye..cuma dah lepas habis time breakfast, dah takde dah kuih muih je...
Ni dah habis makan kelam kabutlah kitaorang gerak balik rumah...Nakhil malam tadi ada jugak kerja sekolah..so kena balik cepat-cepat lah jawabnya....



Sekian...





Friday, April 17, 2026

Random Pic. No. 421

Assalammualaikum..hi semua..




Ni masa minggu hari Raya Aidilfitri yang lalu...
Orang lain still lagi bercuti..tapi Me dah masuk kerja...
Punyalah santai gi kerja kan..pukul 7.18am Me kat area rumah lagi ye hihi...
Terpaling lambat Me keluar rumah ni sejak dah pindah office sekarang...kalau tak pukul 6.40am dah kena ada kat jalan raya....
Ni gini pun belum pukul 7.45am Me dah sampai office dah ye...bahagia betulll.....










Petang suruh OT n Nakhil tunggu kat bawah..kitaorang nak pergi menapau makan...
Ni dah balik dari menapau dah pun Uolls....cukup-cukup nak Maghrib haaa..so cepat-cepat naik atas rumah...











Rezeki dapat dinner makan Nasi Lemak fav....elok dia buka okeh...











Hari esoknya..hari Jumaat..pun santai jugak Me bawak kereta...nak pukul 7.15am still kat area rumah lagi jugak....
Tengoklah lapang betul jalan...ni kalau hari biasa ni kalau pukul 6.25am pun dah penuh panjang dah kereta...ni pukul 7.15am clear...











Kat office Me bawak bekal...ada Me bawak burger buat sendiri n ada jugak Bubur Kacang Hijau Me buat hari Rabu tu Me bawak....
Kenyang Alhamdulillah...











Petang kitaorang ke Elmina...mencari Nasi Kandar Az Imran kat cawangan Elmina...
Selalunya kitaorang pergi makan mamak Az Imraan tu kat area rumah...tapi disebabkan tertengok review kat TT yang katanya Az Imran kat Elmina sedap..so kitanya try pulak yang kat situ......
Alhamdulilah sedap...sama je dengan yang kat area rumah kitaorang..cumanya kat cawangan Elmina lauk dia banyak n meriah....lagi satu situ full ye..penuh betul orang...
Kitaorang duduk sekejab je, tau-tau penuhhh....








Raya OT cuti seminggu...Me je yang masuk kerja awal...












Sorang ni masa ni taknak makan apa-apa....minum air sirap jek.....
Pakai pun baju repeat..sebab semalam tu dia pakai baju ni sekejab sangat...pakai untuk pergi tapau Nasi Lemak je...
Mama kedekut (malas) kan..so pakai jelah Dik baju yang semalam tu (sabar jelah Mama poonnn hahhahaha)














Me kan konon orderlah Roti Canai nih...kot kotlah Adik nak makan...
Kalau selalu tu dia kata dia taknak makan pun tapi kalau Me order Roti Canai kadang-kadang tu tiba-tiba dia jadi nak makan kan (kadang-kadang tulah)..tapi yang kalini memang dia bolayan betul..sabar jelah....











Ada orang jual Jagung rebus la...
Mula-mula Me jual mahal sebab ingatkan orang tu jual kerepek..sekali tengok eh jagung rebus la..so panggil balik....
Untuk 3 ketul ni RM10...jagung dia sedap, manis..cuma tulah..mungkin sebab baru lepas seller terus bungkus masuk dalam plastik..bila sampai rumah, dia dah bau macam nak kepam sikit (korang tau kan bau dia macamana?haha)....










Pagi Sabtu Me masak Meggi Goreng....
Ini pun Me masak je letak sosej..sebabnya memang takde bahan lain lagi yang boleh Me letak.....














Saja try beli lauk pauk seafood (frozen) dari TT....
Ada Tulang, Ikan Kembong, Sotong, Udang, Ketam dan Ayam..ni semua RM118 termasuk delivery...ok sangat la kot kan?
Me kan tak pernah lagi masak ketam tau...tapi gatal beli..
Lepas dapat ni kan terus Me jadi blur..nak masak apalah nih haaa..??adoila.....
Me ni macam biasa, pandai beli, tapi nak masak tu adoilaa tak berapa nak reti..
Nantilah Me google hihi....



Sekian...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...