Showing posts with label ZALORA. Show all posts
Showing posts with label ZALORA. Show all posts

Thursday, January 07, 2016

Koleksi Pakaian Luar Longgar Wanita

Hi korang…
Korang suka tak pakai pakaian luar/outerwear?…
Iolls suka okeh…sebab pakaian luar/outerwear nih berguna sangat sangat sangat tau…
Lagi-lagi kalau kita ni perempuan muslimahlah sangat kan.…hehehe
Betullah kan?
Macam me, me pakai pakaian luar/outerwear tu bila me nak keluar rumah…lagi-lagi kalau time keluar tu malas nak tukar baju bagai..memang lajulah me carik cardigan….
Pastu kalau kat ofis pulak kalau time tetiba nak feel feel formal…senang jek…capai blazer terus Nampak professional gittew…hehehe



Outerwear atau pakaian luar
Perasan tak sekarang ni semua orang memang suka pakai outerwear/pakaian luar sebab senang nak suaipadan dengan apa-apa jenis pakaian?
Pakai dengan T-shirt ke, blouse ke, kemeja ke, mahupun dress ke..semuanya memang sesuai sangat untuk dipakai dengan outerwear/pakaian luar kan……. 
Tak kiralah korang pakai dengan baju kasual ke…ataupun pakai dengan baju nak ke ofis…sesuai je kan…betul tak…?
Tau tak korang yang kat luar tu ada macam-macam jenis outerwear atau koleksi pakaian luar longgar wanita yang menjadi pilihan ramai?



Antara pakaian luar/outerwear yang ada:
Cardigan
Yang ni memang kegemaran me….(paling kegemaran pun…hehehe)…
Memang kalau pergi mana-mana me akan bawak cardigan okeh (kadang-kadang sampai dua helai sekali angkut hehehe)…spare kata orang…
Kalau pergi cuti-cuti lagilah wajib bawak…tak kiralah cuaca macamana pun time tu memang me akan bawak….in-case kata orang…..
Sebabnya senang nanti kalau buruk malas sangat baju yang me pakai tu, so bila ada cardigan bolehlah cover cover sikit kan…….
Macam cardigan ni senang…sebab boleh pakai dengan apa-apa je….dengan jeans dan t-shirt boleh…dengan baju tidur pun boleh…me lah tu pun hahaha….
Macam jenis me nih, kalau nak keluar kejab memalam terutamanya tu me main sauk jelah cardigan..apa susah….katapun kejab…aurat pun tertutup kan…senang gittew….
Pastu kalau korang jenis pakai dress pun boleh pakai dengan cardigan kan….lagi senang…nampaklah lain sikit gittew…
Pastu perasan tak, sekarang ni dah ada macam-macam jenis cardigan kan…ada yang long cardigan, wrap cardigan, vest cardigan dan banyak lagi….senang sangat-sangat…sebab memang boleh ikutlah selera korang yang camne kan..…..





Kimono
Yang jenis kimono top ni pun dah lama jadi trend….
Yang jenis kimono top ni me selalu tengok orang pakai masa hujung minggu..kadang-kadang kat majlis-masjlis formal pun ada kan…..nampak cantik tengok memasing pakai…I loikee!!
Pastu nampak macam senang nak digayakan…pakai dengan seluar pun cantik..dengan skirt pun cantik…betul tak..??





Blazer
Macam me cakap…kalau kat ofis selalunya blazerlah yang paling berguna….
Pakai dengan baju kurung pun boleh…pakai dengan two pieces suit pun boleh…pakai dengan kameja dengan seluar slack pun cantik…..
Macam me selalunya pakai blazer bila rasa macam tetiba nak feeling feeling formal lebih gittew….tak pun kadang-kadang sebab sejuk ekon pun iya…hahaha…
Tapi memang kalau ada blazer senang je…cepat je me boleh transform dari tak berapa formal kepada formal..penyelamat kat ofis gittew…..







Jacket
Lagi satu yang me suka yang jenis jacket nih….
Memang kalau korang jenis yang ranggi sikit mesti cun kan kalau pakai yang jenis yang ni…lagi-lagi kalau yang denim jacket ke, bomber jacket ke atau leather jacket tu kan….nampak smart sangat-sangat kan….
Memang kalau jenis yang jaket ni panas sikit..tapi takpe..kita pakai kat dalam shopping mall je ye hehehe…haha janji cun gittew…….





Coat

Yang terakhir, kalau sebelum ni pemakaian coat hanya dipakai ketika waktu sejuk je…tapi perasan tak sekarang ni takde dah…orang dah start pakai outerwear style coat ni tak kira waktu….
Sebab style kan….tapi memang betul pun…kalau pandai sesuaikan memang cantik….terus nampak macam retis kan….hehehe…




Apapun mana satu yang korang suka?
Macam me me memang suka sangat-sangat pakai cardigan…korang suka yang mana?cer citer..cer citer…..hehe






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...