Search This Blog

Showing posts with label Biskut Kastad ala Tiramisu. Show all posts
Showing posts with label Biskut Kastad ala Tiramisu. Show all posts

Wednesday, January 07, 2015

Biskut Kastad ala Tiramisu....

Credit to:
Resepi asal: Group Resepi Ringkas Facebook
Hasil pembuatan: SueGinola2015

Resepi ni simple sangat okeh....sedap pun sedap....desert berMilo kan...apa yang tak sedap??
Disebabkan kesemua bahan-bahan pun memang dah ada kat dapur, so terus me try test buat....
Jom me share....


Bahan-bahannya:
Biskut (apa jenis biskut pun boleh)
Milo serbuk
4 sudu besar Tepung Kastard
1 Tin Susu Cair
1/2 Tin susu Pekat
Secawan Air
Secubit Garam
Optional: Nescafe serbuk


 Cara-caranya:

1- Campur Susu Cair, Susu Pekat, Tepung Kastard, air dan garam ke dalam periuk.
2-Masak atas dapur dengan api sederhana kecik...sentiasa kacau sehingga pekat.
3-Dah pekat, tutup api biarkan seketika (sekejab je tau, kang lama sangat kastard dah sejuk pastu jadi pekat semacam..ni me dah kena sebab terbiar lama banyak..kikiki).
4-Amik bekas, susun biskut then letak kastard then tabur serbuk Milo (kalau nak rasa coffee boleh tabur jugak serbuk nescafe tu sikit)..then ulang sampai hujung bekas. Siap!!


Cara bergambar pulak....
Mula-mula campurkan Susu Cair, Susu Pekat, Tepung Kastard, air dan garam ke dalam periuk



Dah pekat sikit tutup api then dibiarkan seketika....
Kepekatan sedang-sedang je...tak payah pekat sangat, sebab nanti kalau kastard sejuk dia jadi lagi pekat....



Susunkan biskut....



Then letak kastard dan ratakan.....



Tabur Milo...kalau nak lagi sedap tabur lebih sikit...
Kalau taknak muak boleh tabur sikit Nescafe serbuk tu jugak.....



Lepas tu susun lagi biskut.......



Letak lagi kastard dan ratakan.....



Letak Milo lagi....lagi banyak lagi bagus....heheheh...



Susun lagi biskut.....



Letak lagi kastard dan ratakan....



Tabur lagi Milo.....siap!!
Lepas dah siap ni bekas kena tutup dan kena simpan dalam peti ais ye.....
Me guna bekas Aluminum ni dapat dalam 2 bekas sederhana....cuma yang second bekas kastard terlebih...so yang lagi satu tu dah jadi tinggi membuak pulak..jadi tak fair gitu....




Ni dah sejuk sikit dia jadi camni....
Biskut ni kalau korang sejukkan sekejab sangat nanti akan rasa Kek Batik je...teksture biskut pun akan ada lagi....so tak berapa syok....
Tapi kalau sejukkan lama sikit (semalaman contohnya) memang lagi sedap lemak rasanya....tekstur biskut pun dah takde...sedap lembut jek.....

Selamat Mencuba.....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...