Search This Blog

Showing posts with label Cheese Cake. Show all posts
Showing posts with label Cheese Cake. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Buat Cheese Cake...

Malam semalam tetiba masing-masing semangat nak bake kek...
Resepi Cheese Cakenye dah amik siap-siap kat myresepi.com...
Pastu bahan-bahan pulak memang dah ada, kecuali lemon (so pandai-pandai sendiri dok ganti dengan Limau Nipis..janji ado...)


Cara nak buat Cheese Cake ni amatlah senang...
Masuk semua bahan, just mixed sampai gebus...


Dah rata dan gebu (ni tak berapa gebu, sebab mixer dah ting tong sikit..tapi buleh lah kan...


Anna yang tengah beria-ria nak membuat Carrot Kek pulak...

Dah bakar 30 minit balut loyang dengan aluminum foil...bakar lagi 15 minit....


Hasilnya...
Dok gatai taruk coklat cip, oklah, cuma coklat chip mendak dibawah, sebaik tak hangit..hehehehhe...
Rasa?best...lemak-lemak, cuma tak berapa rasa masam-masam cheese tu, rasanya sebab tak guna lemon (tapi guna Limau Nipis punya pasallah nih....), kalau tak mesti rasa dia meletup punya...
Takpe, lepas ni akan diusahakan cari jugak buah lemon..memang salah diri sendiri kan..huhuhuhu....

Resepi Cheese Cake dari Biduri (dari myresipi.com)
Bahan-bahan ( 18 cm )
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.



Apapun, terima kasih banyak-banyak yea Biduri...^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...