Search This Blog

Showing posts with label Cherating-Terengganu 2012. Show all posts
Showing posts with label Cherating-Terengganu 2012. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Cuti Cherating-Kemaman 2012: Welcome Drink.....

28 April 2012, Sabtu

Disebabkan malas me nak menunggu bilik kengkawan lain tu nak siap tapi tak siap-siap dan lepas tu Sept pulak beria-ria mengajak pergi redeem welcome drink, terus je kitaorang berdua je turun ke bawah....
Orang lain berat buntut okeh....maleh sesaje...huhuhuhuhuhu...
Tulis kat kupon tu kena amik welcome drink tu kat Coffee House resort gitu...bila tanya kat reception kat kaunter tadi katanya Coffee House kat belakang....
So, terus je turun dan ke belakang...
Rugi ooo...diaorang berdua tak turun....dapat tropika juice ke namanya lagi....
Dahlah sejukkkk..pekattt pulak tu..hihihihiihiii...



Happy sebab dapat minum air sejukkk time panas-panas nih....



Coffee House (nama dah lupa) ni dekat dengan pool....
Poolnya takdelah besar..kecik je me rasa....huhuhuhuhu....



Viewnya cun okeh...mengadap laut lagiik....Pantai Cherating u......^_^



Nun dihujung sana...



Kolam terletak tepi tempat makan dan Coffee House.....



Nak jugakkk....hehehehhe



Coffee House....



Disebalik Coffee House pulak...



Gambar dah jadi tunggang terbalik nih.....
Ni time nak tunggu air sampai....



Muka ada happy...hihihhii.....padahal sebelum tu kena tunggu nak dekat 10 minit takde sapa-sapapun takde kat kaunter Coffee House nih.....



Keadaan kat dalam....



Tak besar....
Sebab apa kata tak besar sebab masa breakfast untuk second day tu penuh takde tempat duduk....huhuhuhuhu....bencikk k...
Nampak tak kaunter tu...kosong je manjang....
Tiap kali pergi sini mesti takde sapa nak layan...heran....padahal memang tempat orang makan-makan kot....



Saya lagi....



Dan lagi...



Dan lagiiii...hihihhihih


Sept pulak.....


Tengok macam takde orang kan...?padahal ada 3-4 meja penuh....
Masa kitaorang pergi ni ada promotion kat coffee house ni...
So, harga makanan adalah murah sikit daripada biasa gitu....
Time kitaorang pergi ni pun ada yang tengah minum welcome drink macam kitaorang...ada yang tengah makan makanan order gitu....

Lepas dah minum ni, ingatkan nak tebus kupon lagi satu, sekali bila tanya Sept dia kata malaslah...dah kembung perut katanya......
So, proceed terus naik ke atas bilik sahaja...
Lupa pulak, bilik kitaorang adalah bilik di tingkat 2...amik garden view sahaja...
Pemandangan sangatlah 'garden'...kikikih...ntah apa-apa benda tah yang kitaorang hadap gitu...belasah jelah kan...bukan tiap minit pun nak duduk kat tingkap...
Lepas balik bilik rehat-rehat kejab dulu....lepas tu lepas Asar niat nak merayap kat kolam dan pantai pulak.....
Opsss...sebelum lupa...kitaorang balik bilik pun time tu, bilik Mijon dengan Zai tak siap-siap lagi....bolehh....??
So, sambil menunggu, sambil mokcik duaorang tu tidur kejab...kitaoranglah macam orang 'menompang' gitu...
Sebaiklah lepas tu dalam 15 minit tu bilik dah siap...giler lama kot...
So, duduk bilik masing-masing sempatlah buat sleeping beauty kejab....
Bangun terus tukar baju mandi....mau terjun dalam airrr..jommm....!!!


Bersambung....


Wednesday, May 30, 2012

Cuti Cherating-Kemaman 2012: Suria Cherating Beach Resort, Cherating..


Macam me cerita sebelum ni, last minit plan bertukar, jadi last minit jugaklah dok call sana sini mencari hotel/resort yang kena dengan budget kitaorang....(kali ni Sept yang kena bertungkus lumus mencari bilik gitu, jadi sangat berterima kasih kepada beliau....hihihihhih)
Kitaorang ni senang je...selagi budget untuk bilik tak lebih RM200 sorang untuk 2 malam dah kira okeh sangat dah....
Janji hotel/resort tu ada kemudahan semuanya so dah dikira cun...Paling penting kena bersih okeh....
Last dalam mencari bilik dengan takde choice yang banyak tu dapatlah jugak resort....Suria Cherating Beach Resort namanya....
Resort ni terletak di:
SURIA CHERATING BEACH RESORT
KM 32.5, Jalan Kuantan / Kemaman
26080 Cherating, Kuantan
Malaysia
Tel: +609 581 9898
Fax: +609 581 9797

Kali ni kitaorang amik 2 bilik gitu, sebabnya bilik untuk 4 orang dah takde...tu pun nasib ada lagi bilik kan....
Harganya RM195 perbilik untuk malam Sabtu dan RM175 perbilik untuk malam Ahad.... 
So, setelah dicongak, masing-masing untuk bilik kenalah bayar RM185 sahaja untuk percutian 3 hari 2 malam kali ni.....

Kitaorang sampai resort time adalah cun-cun gitu...
Tapi kena tunggu kejab sebab satu lagi bilik tak siap lagi....
Its okeylah kot, lagipun kitaorang dah siap makan segala kan...so, takde adegan meramuk-ramuk tak tentu pasal disitu...ihihihihihii....


Resort 3 bintang kot....


Kitaorang ni belum lagi mampu nak tidur hotel tahap-tahap berbintang-bintang lagi yea....

Dapat yang 3 bintang pun jadilah....tu pun dah lebih dari bersyukurrr.....

Iklan kejab....
Kitaorang sebelum check-in kat sini sempat lagi tapau Sata 20 ketul gitu...hihihhihi...
Ni beli kat area dekat dengan kedai famili Mijon ni....
Murah okeh....RM4 untuk 10 ketul Satar....
Paling syok, rasanya sangatlah SEDAP.....sangat-sangatlah berbeza dengan Sata yang kita jumpa kat KL ye....


Ini bilik saya dan Sept....


Sila abaikan makluk yang asyiklah bagi back pose itu...hihihihhihi....



Tak besar tak kecik, sedang-sedang cun cun gitu....
Hah, korang pernah jumpa tak hotel/resort yang ada letak jam?hihihihihi..ni 1st time me jumpa ni tau...bagussss kan...?



Nak solat pun senang, lapang je belah sana nun....



Bilik Zai dan Mijon kat sebelah je...tapi tulah...nak menunggu siap tu makan sejam lebih jugaklah....huhuhuhuhu...



Alatan untuk berenang celup-celup badan haruslah dibawa sekali....
Kang kalau tak bawak, mau me statik je setempat dalam air tu...hihihihi....

Lepas ni me tunjuk area kat belakang resort ye...
Dahlah tu, apa punya lawak, welcome drink kena amik sendiri kat Coffee House...cissss...sabar jelah....
Tak pasal-pasal pulak kena berjalan...patutnya masa datang tu bagi terus je kan....senang...
Tak payahlah dah check-in bilik lepas tu nak kena kuar bilik balik pastu pergi ke Coffee House pulak semata-mata nak redeem kupon tu...huhuhuhuhu....
Tapi disebabkan dah bosan menunggu bilik kengkawan lain tak siap-siap tu Sept ajak jugak pergi amik welcome drink tu....
Beria-ria sangat kan, orang lain taknak, so me pun pergilah jugak...lagipun sambil menunggu tak buat apa tu kan, baik pergi pusing-pusing resort dapat tengok apa yang patut....

Bersambung....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...