Search This Blog

Sunday, January 23, 2011

Internet..

Huhuhuhu...
Lega...
Syukur Alhamdullilah..
Dari hari Khamis membawak ke saat ni akhirnya dapat jugak mengadap tenet nih...

Hari Khamis, tetiba line tenet tak boleh connect..haru ok...
Cis, baru teringat bil broadband bulan ni tak bayar lagi..giler boleh lupa nak bayar...sabar jelah...
Dah cuti am, so tak koser nak keluar-keluar rumah..so, diamkan sahaja...salah diri sendiri jugak kan...

Jumaat pulak, terpaksa senyap sekejab...
Nak bayar bil tak sempat, pagi dari pukul 8.15 dah tercongok kat Perodua Service Center sampai pukul 12.15 baru setel...lagi haru...dah jenis tak suka nak tunggu-tunggu pastu memang dah 'terpaksa' sangat tunggu..so, bila dah penat-penat berejam-jam jadi 'penunggu' tu, tak koser jugak lah nak pergi bayar bil ke apa...so, diamkan lagi jugak...
Malam, dah tentulah nak pergi kelas kan..so lagilah, tak koser...baik tengah hari dah penat-penat tu buat 'sleeping beauty' lagi bagus...

Sabtu dah lain citer, berhuha dengan kengkawan la apa lagi..
Masing-masing free so, memang tak berapa nak ingat akhirat la jadinya kan...

Ahad iaitu hari ni, barulah 'terjumpa' kaunter nak bayar bil broadband kan..
Serius..rindu giler nak buat blog walking tu dah tentu, nak bukak benda lain pun dah tentu...
Rupanya memang haru dan horror je rasa bila tak dapat online ni..huhuuhuhu...
So akhirnya saya di sini lah kan...alhamdullilah..
Walaupun takde sapa nak baca blog ni ke hape, pedulik apa Sue kan, janji Sue dapat tulis balik kat sini...bahagia je rasa..hehehheheh...

Wednesday, January 19, 2011

Rojak Pamelo...

Pamelo a.k.a Limau Bali
Emak yang beli minggu lepas masa balik kampung tu..
Sempat singgah kat hentian Tapah, so dapatlah rembat 2 biji...(tak cukup sebenarnya ok...)



Me adalah peminat hardcore Limau Bali ni tau..
Kalau bagi makan ni, memang confirm tak pandang kiri kanan dah, part paling best mestilah bila buah tu meletup-letup dalam mulut kan..sukaaa....sah-sah lagi non stop jadinya...
Tapi, kata pun buah ni susah sikit nak dapat, so, bila makan tu kena jugakla berpada-pada..
Kang me bantai makan semua, orang lain tengok kulit je ke??hehehehhe...




Dah bosan kunyah camtu je, terus je dapat idea...
Memang lama giler tak makan cicah-cicah ni kan..so cari bahan terus buat cam gini...



Bukan susah pun...
Amik Kuah Rojak, pastu gaul saja...rasanya sangatlah sodap sehingga menjilat sudu...hihihihiik
Sebaiklah stok kuah rojak ada dalam lemari, check dalam aisbok dah expired rupanya...
Dah kepunan nak makan Kuah Rojak brand Mak Bee (Atie kata brand ni glamor..tahle..tak tau pulak...belasah saja..)...
Kuah yang ni pulak Emak me beli kat Pasar Keramat, tak salah RM4 satu bekas ni...
Tapi, Alhamdullilah..yang brand ni pun sedap sangat-sangat dah..tak payah lah nak carik Mak Bee ke hapa dah..


Wednesday, January 12, 2011

Transparent Mascara...

IN2IT Transparent Mascara...
Ni me beli akhir bulan lepas kat Watson..
Sebelum ni pernah jugak me beli sekali..pastu dah habis tapi punyalah lama baru beli yang baru..
Harga RM12.90..
Mascara ni sangat-sangatlah berguna untuk orang yang bulu matanya ada beberapa helai je dan bulu mata jenis yang tak berapa lentik (macam me nih hah le..)
Nak pakai yang ade color hitam tu me rasa macam hover je (me la rasa..orang lain ok je kot..)..
So, untuk menampakkan yang konon-kononnya mata ni original jenis bulu mata memang lentik so gunalah jenis transparency ni...hehehhehe...
Nak kata mata jadi over lentik takla, tapi takat nak naikkan beberapa puluh darjah bolehla yek..kuikuikui...
Tapi konon je pun ni, takdenye nak pakai hari-hari de...
Ni kalau me teringat baru me pakai, kalau tak haram le..tu yang satu mascara ni tahan mungkin lebih setahun..nama pun Sue, memang "penjimat" je kan..hihihihiihik..

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...