Search This Blog

Thursday, September 15, 2011

Rumah Mijon+Nasi Ayam Hainan+Berkaraoke+Gulam

Ok..ok..lupakan cerita fitnah dan sedih-sedih tu dulu..kita layan gambar makanan pulak yea....
Walau tak mengenyangkan mata, tapi sekurang-kurangnya menyenangkan hati gitu...hihihihihiihi

Gambar masa lepak-lepak Makan Nasi Ayam Hainan kat rumah Mijon....
Ni cerita hari Ahad yang baru lepas nih....
Kisahnya, sampai kat rumah Mijon awal u all...pukul 11 lebih keluar pukul 12 suku dah terjengul di pintu.....
Kononnya sampai cepat, dapat cepat makan....
Tapi disebabkan Chef Mijon tak siap lagi gara-gara blender meramuk tak tentu pasal, jadi tak pasal-pasal jugak nak makan Nasi Ayam Hainan Mijon jadi terlambatlah jugak dalam sejam lebih....huhuhuhuhu
Gambar di atas adalah terjadi bila Sept me pun sama dah tak tahan benar nak makan.....lapoorr nafsu gitu...hehehhehe
Bau Nasi Ayamnya dah menusuk-nusuk hidung, tapi lauk dan sosnya tak siap-siap lagi....sapa tahan kan....?
Jadi, bila siap je Mijon setelkan semuanya, apalagi berdesup je kami berdua menunggu di meja....
Sept pulak yang penting dia dapat kicap idaman hati gitu...skrip dia dari awal tahun haritu nak kicap..nak kicap..nak kicappp....kuikuikui..kata dia, mana boleh makan Nasi Ayam takde kicap...kata dialah...
Kalau ikut me takde sos cili dengan kicap pun me belasah je, janji nasi dengan supnya ada dan sedapppp.....
Kalau tak sedap barulah rasa nak meramuk masa makan Nasi Ayam tu, pastu barulah nak mencari kicap dengan sos cilinya..........hihihihihihihi



Macam biasa....
Ayam dan sayuran untuk Nasi Ayam Hainan Mijon memang dihidang begini..
Inilah caranya nak mendapatkan rasa ayam dengan sayur yang sodap dan sebati okeh....
Sayur dengan Ayam digaul disiram dengan kicap cair dan minyak bijan...jadi kat sini je baunya dah harum semerbak...me dahlah suka giler dengan bau minyak bijan nih.....lagilah buat naik napsu selera makan yang memang dah macam buaya nih....



Oppss...Chef Mijon ada pesan...
Sup untuk Nasi Ayam Hainan ni dia bukan letak Bawang Goreng ye....
Correction, dia letak Lobak Asin...
Selain tu ada kobis dipotong petak kecil-kecil....
Rasa Nasi Ayam Hainan Mijon pulak???
Huwahahahahhar....masih lagi terbaik...dan paling penting me masih lagi bertambah 3 pinggan...hihihhiihhiihi
Dahlah ni special request dari me kan, jadi kalau makan tak lebih 2 pinggan rugi okehhhhh....

Dah kenyang, ingatkan kitaorang nak pergi terus keluar berkaraoke...
Tapi disebabkan nak menunggu time solat pastu masing-masing dah kesangapan sebab kekenyangan...
Jadi nanti punya nanti, barulah memasing meringankan bontut nak keluar....
Maka berkaraokelah kami selama 3 jam.....
Dah puas melalak...kononnya nak pergi minum-minum....
Tapi tengoklah hasil minum-minum kami nih....
Niat asal nak pekena Teh Tarik berpewarna lebih yang marveles kat Gulam dah jadi pekena benda lain sekali....



Minumlah sangat kan....?
Ke me ni salah tafsir perkataan 'MINUM-MINUM' bila tiap-tiap kali kengkawan me ni sebut????cissss..kemungkinan besar tu ada...
Dan lepas je dah puas 'minum-minum', teruslah berdesup balik....kan nak kena pergi kerja esoknya....
Me sampai rumah pun nak dekat pukul 10 suku, tapi Sept lagi kesian, MRR2 jem giler time tu, jadi perjalanan yang patutnya paling lama pun 35 minit dah jadi sejam lebih....tapi memang tak dapatlah nak menolong pun, musim beraya ni memang camnilah kaedahnya.....

Betul tak entri makanan bergambar lagi soothing dari entri merempan tak mendatangkan faedah kan.....
Oppps..jangan pulak salah faham, entri merempan-merempan pun kena jugak sekali sekala ada, katapun manusia...merempan tiap hari pun ok jugak, janji ko merempan tu kat blog sendiri sudahhh..........sapa kata tak berfaedah???aittt..bukan ko ke yang kata tadi Sue????Ohhh...abaikan Sue berdialog seorang diri nih....^_^




Tuesday, September 13, 2011

Innalilah....

"Sesiapa yang pernah belajar di sekolah agama madrasah ihsaniah ampang jaya, dimaklumkan di sini, Ustazah Rafidah kesayangan kita telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana mengalami masalah jantung. Dikebumikan di tanah perkuburan Klang. Moga arwah dimasukkan ke dalam golongan ahli syurga kerana beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan agama. Al-fatihah..."...copy dari FB Ana...


Luluh hati mendengar berita kat atas...
Ya Allah, Sedih sangat-sangat...

Al-Fatihah buat insan yang banyak mengajar saya...dari tak tau sembahyang, sampai pandai sembahyang dan segalanya...
Moga rohnya dicucuri rahmat...moga pahala-pahala yang kami perolehi semasa beribadah hasil daripada tunjuk ajar dan pembelajarannya dulu sampai kepadanya juga...Amin...








P/s: Air mata mencurah macam hujan dah ni...tak terkata, sedih sangat....









YB Emak...

YB Emak a.k.a Yang Berhormat Emak saya la...
Mana tak panggil yang berhormat..tiap-tiap kali Emak saya nak pergi kerja, berebut-rebut semua orang anak-anak beratur nak bersalam....


See...hihihihii....


Dah berebut-rebut nak bersalam...walaupun YB tapi kadang-kadang kesian jugak, terpaksa menunggu 'Mak Supir' bersiap....
Sabar jelah kan, patutnya driver yang kena tunggu boss, ni tak boss yang kena tunggu driver...


Driver a.k.a 'Mak Supir' dah siap, tapi diajak YB bergambar pulak...


Cubaan YB untuk bergambar secara memuncung seperti anak remaja sekarang...hahahahhahaar..sebaik tak jadi, kalau tak Emak sapalah ni kan???



Lepas driver paksa bergambar, tak boleh keluar rumah lagi okeh...kena paksa pulak lagi amik gambar 2-3 das......(tu yang muka toye je je tu...hihihhihihi)

Ha..ini baru jadi YB kat rumah, kalau YB-YB yang betul-betul YB kat luar tu camne pulaklah yek...kuikuikui...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...