Search This Blog

Saturday, September 24, 2011

Servis Kereta....

Baru je lepas balik dari pergi servis kereta di Perodua...
Hampehhh...pergi brek ok je, balik tiba-tiba bila brek tu ada bunyi siap badan Makcik Viv me berenjut lagik...
Tak pasal-pasal esok pagi-pagi lagi sekali lagi nak kena melapor diri lagi kat sana...huwaaaaaa...tak sukaaaaaa....
Dahlah hazab lama nak menunggu, konon appointment bagai, appointment lah sangattttttt.....tolonglah Perodua, do something ok..benciiiii.....

Thursday, September 22, 2011

Jamuan Raya Opis....

 Semalam ada jamuan Raya kat ofis me...
Tiap tahun pun buat, tapi kali ni me macam terajin menempek gambar kat sini....^_^

Walaupun sederhana, tapi makanannya tetaplah meriah....
Mula-mula tengok macam...alaaaa..sikitnya makanan...sekali ko tak larat pun nak merasa semuanya pun tamak hatilah katakan huhuhuhu.........

Makan ada yang order, ada yang dimasak dan dibawak oleh kawan-kawan...
Staff tak ramai, tapi bila dikumpul yang masing-masing bawak tu memang penuh jugaklah perut meja....



Alhamdullilah syukur...
Tahun depan insyaALLAH me tempek gambar lagi...

p/s: Gambar raya kat opis dah ditempek, gambar makan-makan kat rumah bila lagik Sue???harap maap...saya ni pemalashhhh....

p/s/s: Mau serkap jarang sikit, kat atas tu ada 'kawan baik'..cer teka yg mana satu......huhuhuhuhu...



Tuesday, September 20, 2011

Jajan Dah Basi...

Me ni kan syok sendiri harap maklum!...tiap-tiap kali bosan tu mulalah tangan ni dok gatal membukak segala folder gambar yang ada...
Bila bukak tu, confirm-confirm kang macam-macamlah pulak jumpanya...
Dan kali ni me jumpa gambar-gambar ni:
Segalaah sangat jajan masa me dan kengkawan pergi Cameron Highlands cuti Deepavali tahun lepas...
Iya kengkawan, gambar bulan 5 tahun lepas ni yea...jangan mare...hiihihihhihi


Time tu me beli ini, lolipop stawberi....yang cute sensangat...tapi bab cute sahaja ye, bab makan sila bagi kepada orang lain.....untuk me cuci mata sahaja sudah.....
Rasanya jugak ada lagi beberapa ketul lagi dalam peti ais tu, sebaik tak boleh jadi tukun, kalau tak kayo mak tak taulah dah expired ke belum....


Wafer Strawberi White Chocolate....beli sekotak sahaja...
Sedap ni, me sorang je belasah, orang lain tak heran...
Rumah me ni liat sikit nak makan benda-benda yang 'baru' cam gini..jakun kaedahnya....huhuhuhuhu


Strawberi cookies sekotak sahaja jugak....
Ni pulak, ada yang tak termakan....padahal beberapa ketul lah sangatt....


Ada jugak fridge magnet ni...
Ada 9 keping semuanya tapi ni je yang tertangkap....kesian yang lain tak dapat masuk gambo..hihihihik...
Nasib baiklah  jugak 3 makanan kat atas tu adalah gambar semata-mata, kalau betul-betul mau dah ada rupa dah kan...memang tak sanggup i nak amik gambar dah....^_^

Dan time pergi Cameron ni seingat me, me banyak borong Jagung Mutiara (Ni tokei jagung yang kata mungkin sebab biji jagungnya putih sikit macam mutiara dan tak perlu direbus boleh terus makan...), bunga hidup sejambak, ubi untuk rebus, dengan sikit sayuran fresh dan t.shirt.......



p.s: Nanti kalau terjumpa lagi gambar-gambar lain yang tak terpublish me publish yek...jangan maree.....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...