Search This Blog

Wednesday, December 07, 2022

Rezeki Masing-Masing...

Assalamualaikum..hi semua...

Pernah tak korang ada benda gembira nak share, tapi korang "terpaksa" diam sebab nak jaga hati orang lain?
Me pernah..
Masa bila?masa Me mengandung dulu (kalau perasan memang Me simpan citer mengandung tu lama kan)...
Punyalah Me nak jaga hati orang keliling sampai Me senyap sepi takde share apa-apa pun pasal Me dah mengandung (padahal dalam hati punyalah happy nak sangat share ye..giler ko tak excited kan?)...
Iya..maasa tu kan siapa yang tau, taulah...taktau Me tak citer gitu....(penpandaile ko tanya sendirik atau ko teka sendirik)....
Me kan punya nak jaga hati orang lain sampai amik nak gambar up kat mana-mana pun selagi boleh Me akan sorok perut ye..punyalah macam tu sekali haaa...
Masa tu iya-iya je kononnya Me nak jaga hati orang lain kot-kotlah terasa (sebab ada ramai kenalan Me yang dah kawin lama, tapi tak ada rezeki anak lagi dan takde rezeki mengandung lagi)...

Stoppp...
Sebenarnya tak payah pun Uolls (menyesal kita di sini😐)....
Tak payah ye Uolls...tak payah nak simpan-simpan sangat perasaan ke, tak payah nak jaga sangat hati orang keliling tu pon (tak payah over-thinking gitu).......
Patutnya ko rasa nak share ko share jek (ikut memasing punya cara la kan..lagi-lagi zaman media social sekarang nih semua benda kat hujung jari jek)...
Dah kenapa kita happy pastu kita nak pendam sebab nak jaga hati orang lain pulak kan?motippp??(ada kena mengena dengan dia ke ponnn😒)...
Tak payahhhh...yang sepatutnya orang lain tulah  yang kena jaga hati sendirik (pandai-pandailah manage hati ko sendirikle oiii)...

Fikir logik ek...
Kalau ko takde duit nak makan sedap sedap, pastu orang lain tu tak bolehlah nak makan sedap-sedap jugak ke?alasan ko sebab orang lain tu kenalah jaga/hormat hati ko (yang tak boleh makan sedap tu), camtu?? 
Contoh lagi ko takde duit nak beli apa-apa sekian sekian, pastu ko nak orang tu pun tak payahlah beli jugak..sebabnya kalau orang tu beli maknanya tak menghormati keadaan ko yang sekian-sekian tu...camtu??(siap kata pulak orang tu menunjuk nunjuk eh ehhhh...)...

Herlow..memasing ada rezeki memasing ye...
Ko tak fikir pulak yang ko ada, orang lain takdeee..
Pastu yang geramnya tu bila tengok orang lain itu ini semua benda nak sedih, semua benda nak terasa, semua benda orang lain tak sensetip gitu, menunjuk la apala (padahal dia sendirik tu serius tak tipu okeh punyalah lagi kaki menunjuk haaa)......
Pesennya ko share apa-apa takpe (tu ko saja-saja nak share jek), tapi bila orang lain share, dah ko sedih (ko kata dia tak jaga hati ko/dia menunjuk/dia tak sensetip😑)....
Fikirlah..takkanlah ko jek boleh share ikut sukati ko, tapi orang lain tu pulak nak kena "catu catu" semua benda sebab nak jaga hati ko??..

Ni based on kisah benar Iolls Uolls...
So...lepas jek Adik dah keluar dari perut Me...memang dah takdenya Me nak sorok-sorok apa dah....lantakkk...😆
Ko nak sensetip (tak tentu hala)..lantakkk....😆
Nak kecik hati (tengok Iolls up gambar anak hari-hari), eh pedulikkkk...😆
Ko nak sedih (tak habis-habis), ko skip jelah aku..gituuu kannn....
Hidup ni kalau nak puaskan hati ko jek (semua orang pulak nak kena sensetip n faham keadaan ko), memang takla..orang lain pun ada life dia la...
So nasihat Me..jaga hati sendirik dulu, baru jaga hati orang lain...sekian😎








Ahad (4 Disember 2022)....

Assalamualaikum..hi semua...






Pagi Ahad Me masak Mee Goreng Basah....
Niat nak masak Mee Goreng Basah dah lama dah, tapi tulah..bila tak sihat semua benda jadik postponed kan...pastu dah sihat pulak nak masak macam ada je dah benda yang boleh dimakan...
Kisahnya..sawi tu Me import dari Ampang Uolls...masa Mak gi beli barang-barang nak masak Me kirim seikat...
Cantik fresh giler ye daun Bayam dia (tak macam kalau beli kat area rumah Me)...
Ni pun dapat letak sepokok jek (Makcik kalau boleh nak letak seikat semua hihihi)..sebabnya sepokok lagi Me dah bagi Atie masa dia masak Mihun Goreng tu (last minit plan nak lepak rumah Atie kan...so takdenya Atie rajin nak mencarik sawi pulak...so dah petang tu dok berebut sawi dah memasing😆..nasib baiklah seikat tu elok ada dua pokok😆)....
Ni termasin Uolls sebab Me gatal dok habiskan kicap Mee tu😅...
Tapi Me repair balik bila nak makan kemudian tu (tambah air jek sudah..settle masalah hehe).....








Air Asam Boi dengan Limau Kasturi...
Ni premade punya Uolls...patient kat klinik pakar tempat Atie kerja yang bagi...
Senang jugak nak buat..tinggal nak tuang asam boi n limau kasturi yang dah siap buat tu sebekas dalam gelas, then tambah air dan ais..siappp...
Sedappp...cuma kelat sebab kulit limau tulah kot kan....













Ni dinner haritu....
Me masak lambat Uolls..so kita makan pun lambat....
Lauk wajib le pon khen...tapi tulah...Adik taknak pulak makan nasik dengan Kuah Gulai Putih tu (bosan ke kenyang makan benda merapu ke taktaulah).....













Konon nak makan gini jek..sekali macam tak boleh tahan..so Me letak kuah dengan sayur tu jugak...eh terus jadi makan bertambah ye😆....(padahal awal tu nak makan sikit jek niatnya)....

















Abah dah potong rambut depan Adik (nampak tak bulat sikit muka dia)....
Tapi tengoklah...apa ke pesennya kan potongnya (Mama memang dah tau dah hasil Abah potong tu mesti pelik punya😅)..
Ni konon lepas dah potong tu OT nak alterlah balik kan..sekali Nakhil bising Uolls (padahal masa potong mula-mula tu dia relax jek)...so lantak situ le rambut dia camtu jek (tunggulah lain kali pulak alter😅)....



Sekian







Tuesday, December 06, 2022

🙃🙃🙃

Assalamualaikum..hi semua...

Me kan ada kenal sorang ni tau...
Haritu (minggu lepas exactly), dia datang singgah opis Me nih...
Me tak rasa dia nak singgah sebab nak jumpa Me pon😎...
Kemungkinan besar dia singgah sebab nak habiskan time dia je kot...(dia kena attend meeting sebenarnya Uolls..meeting tu lambat lagik)..
Lagipun jarang le pun dia nak saja-saja singgah gi kat Me walapun dia lalu lalang depan opis Me (katapun kawan tapi mesra khenn😆)....
Tapi takpe...so datangle dia...sebab lama tak jumpa so kita pun berbasi basa tanya khabar...
So borak-boraklah kitaorang lebih kurang (+-) Uolls....
Sampailah ke part rumah..elok pulak terkeluar pasal Me dah pindah rumah sendiri (sebab dia yang tanya Su duduk kuarters bla bla bla..takkan Me nak iyakan je padahal tak kan)....
Nak tau (sambil buat gaya keypoh), elok je dia dengar Me sebut dah pindah rumah (sendiri)..auto sepantas kilat muka dia berubah ye...dan terus dia taknak dengar dah yang kemudian kemudian tu (auto dia skip terus yang kita tengah cerita tu ye😅...tak tipu...dia berdiri depan muka Me nih, memang Me nampak sejelas-jelasnya ye muka/gestures dia tu😬)..
Geram pulak kita...penat menyembang seronok-seronok tiber orang taknak dengar (tiber taknak dengar sebab Me tersebut keyword pindah rumah sendiri je pulak tu😅.. padahal tadi tu awal-awal elok je ceria menyembang)..tapi eh lantak situ😐....
So tutup citer tadi tu...
Dan dipendekkan cerita...dah sehari dua lepast tu ternampaklah WA status dia up (dia up pasal Mak dia)...
FYI, Me nih pulak memang kenal Mak dia, so Me pun tanyalah khabar Mak dia blablabla (pendek jek pun Me tanya)..
Elok dia jawab ye (cara jawab elok seikhlas hati jek)..
Tapi tulah bila Me suruh kirim salam kat Mak dia..eh terus dia krikkrikkrik kan Me😶....
Tahla...taktaulah nak respond macamana lagi dah😅..takleh lagi pelik ke?😐😐😐






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...