Tuesday, April 01, 2025
Sunday, March 30, 2025
Lampu Raya Baru..
Assalamualaikum..hi semua..
Semalam kitaorang ke Lotus lagi..berbuka puasa di The Chicken Rice Shop lagi Uolls😁..
Bila anak requested, memang tak boleh nak kata taknak kan..lagi-lagi masa ada dan bila keadaan mengizinkan (semalam OT kerja halfday..memang dapatlah berbuka kat luar)..
Ni semalam dah sampai Lotus, macam biasa kitaorang akan singgah masuk supermarket Lotus jugak, dok membeli sikit (tambah-tambah), barang apa yang takde..
Ni semalam dapat jugakla OT membeli lampu liplaplip raya Uolls..
Bila mencari benda dah last minit kan, so mana-mana yang jumpa je sudah..janji ada gitu..
Lupa..lampu liplapliplap yang tahun lepas (ke 2 tahun lepas, tak ingat pulak bila belinya), dah kaput..tu yang jadi mencarik yang baru jugak la OT (saja buat tambah-tambah meriahkan suasana raya😁)..
Ni lampu baru je yang sempat kitaorang tukar dulu malam tadi Uolls, yang lain-lain baru nak tukar harini..
Esok In sha Allah raya Aidilfitri kan, Me nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri❤️..
Maaf Zahir dan Batin atas silap salah Me❤️..
Selamat berhari raya semuaaa😘❤️❤️❤️..

Kaitan~
Rumahku Syurgaku,
Selamat Hari Raya
Friday, March 28, 2025
Berita Pagi Jumaat...
Assalamualaikum..hi semua..
Masuk office tadi, bukak PC, bukak email sekali tak lama tu ehhhh...
Me kan macam happy ye hahaha...Alhamdulilah (boleh tak?😆)....
Hari Isnin haritu kan masa dalam staff Meeting tu memang boss ada bagitau pasal rotation antara departments dalam section kitaorang..
Boss ada cakap jugak pertukaran (diaorang panggil rotation) kalini adalah secara random..cuma mana-mana staff yang tak pernah bertukar departments sahaja diutamakan...
Bila boss cakap macam tu Me dah "eh macam aku je tu" hahaha...iya Uolls...sebabnya Me dah berkerja di department sekarang ni dah hampir 18 tahun ye...

Pastu bila Me dok kira-kira semua staff yang ada tu sorang-sorang macam kebanyakkannya dah pernah bertukar department..atau pun baru je masuk (berkerja)....memang lagilah ke Me kan...
So pagi tadi bila dapat je email ni Me macam wahhh....banyak lagi perasaan happy dari sedih boleh?
Walapun bertukar jauh lagi dari rumah, tapi takpelah..masih di KL, di jalan yang sama (cuma exit highway je nanti berbeza hehe)....
Walapun bertukar jauh lagi dari rumah, tapi takpelah..masih di KL, di jalan yang sama (cuma exit highway je nanti berbeza hehe)....
Semoga dipermudahkan urusan Me nanti..semoga yang baik-baik sahaja di tempat baharu...Aamiin
Cumanya nanti jangan marah ye sebabnya mungkin makin banyak gambar bangunan KLCC n Jalan Tun Razak Me up kat sini😆😆😆...
Sekian..

Kaitan~
Aku,
FS: The Journey
Subscribe to:
Posts (Atom)