Search This Blog

Tuesday, April 29, 2025

Beraya Dengan Opah Chik..

Assalamualaikum..hi semua..

Kisah hari Sabtu nak malam haria raya ke 14 yang lepas..
Petang Atie ajak kitaorang semua beraya ke Cheras, sebab Opah Chik (Opah/Mak Saudara Mak yang paling bungsu) ada di Cheras (rumah Chor Bae/sepupu Mak)...
Last minit plan, tapi sebab masing-masing pun elok takde apa-apa halangan so kita pergi..







Kitaorang bergerak elok selepas dah Maghrib..
Kereta banyak ye, tapi Alhamdulillah tak jem..so elok Me sampai lebih kurang sama dengan yang lain-lain...
Sampai dah salam-salam, terus Chor Bae suruh makan..





Kesian Chor Bae, masak jugakla dia walaupun kitaorang bagi kiranya short notice kan..TQ Acik❤️...







Adik dia dah makan siap-siap sebelum bergerak, so bila kita makan lagilah dibolayan (dia kan tak makan pun bolayan, lagilah kalau dah makan kan😅)....






Dah nak balik dah..
Opah Chik ni kitaorang panggil Opah je, n anggap nilah Opah kitaorang sebab Arwah Opah kitaorang dah lama meninggal (Atok lagi dah lama meninggal)..bila Arwah Atok meninggal, lepas tu Arwah Opah kitaorg pulak meninggal dunia, Opah Chik n Arwah Atok Chik lah yang banyak jaga, n layan mak dari Mak kecik dulu sampailah sekarang)..
Opah Chik ni umur dah pertengahan 90 Uolls..tapi still sihat, steady lagi tau (tangan je tak Ok ye, yang lain-lain Ok lagi)..ingatan pun macam biasa, sikit pun tak lupa apa (Me yang 45 tahun pulak yang dah lupa macam-macam  ni  macamana??😅)..
Ni pun Opah duduk dengan Chor Bae (yang kanan sekali), sebab haritu pergelangan tangan Opah terseliuh sebab terjatuh (kesian kan)...
Semoga Allah berikan kesembuhan segera buat Opah Chik, Semoga yang baik-baik sahaja, Aamiin...







Sempattt hihi....






Yang kat bawah punn..
Tapi dah kenapa half macam ni pulak gambar?haha...




Sekian...





First Time .

Assalamualaikum..hi semua..



Pagi ini Me menyerah kalah Uolls..Me gi jugak klinik😩..
Kisahnya..kalau ikutkan dari malam Sabtu Me dah start sakit kaki..meanings, sakit tapak kaki (expecially tumit n bahagian tengah tapak kaki) dan sakit segala betis (boleh pulak sakit tu dari bawah lutut ke bawah)..
Ni semua gara-gara dari pagi-pagi hari Sabtu haritu Me non-stop ulang alik dapur n satu rumah sebab nak prepare n memasak (punyalah semangat nak jamu Mak, adik², adik² ipar n anak² buah😁)..
OT kerja hari Sabtu tu, so Me sorang-soranglah buat apa-apa yang patut..
Disebabkan kena buat kerja sorang-sorang, memang dari pagilah Me start buat kerja (masak satu- satu menu sambil sediakan apa-apa yang patut)..
Cumanya Me perasan, masa buat kerja tu Me rasa tapak kaki Me macam sakit lebih dari selalu..tapi kitanya semangat..so buat jelah kerja-kerja tu satu-satu slow n steady😆.. 
Cuma bila malam, ssmua dah balik tu ha hambikk..barulah segala yang rasa sakit sikit tu terus Me rasa sakit banyakk..
Tu pun Me mintak OT urutkan sikit sebab bila letak Yoko-Yoko pun tak jalan..
Me kan malam tu tak boleh tidur walaupun dah penat sangat dah ye, sebab kaki tu sakit walaupun Me diam..Alhamdulillah selepas OT dah urutkan kaki Me sikit, barulah Ms boleh tidur (nampak tak sakit dia perginya macamana?😩)...
Ahad Me duduk je rumah Uolls, layan kaki sakit tak hilang²...
Semalam pagi ingatkan dah OK, sekali eh teruk jugak ni..so Me terpaksa amik cuti Uolls..tak gi klinik pun sebab tak tahan dah sakit bila pijak tu..so kita cuti jelah..
Dari pagi kelmarin kan tumit n bahagian tengah tapak kaki Me ni kan kalau pijak lantai akan jadi sakit ye..kalau tak pijak takpe..kalau menapak tu boleh, tapi slow-slow la sambil tahan pressure kat tumit kaki tu..
Walaupun Me boleh je lagi drive sebab drive Me guna hujung depan kaki je, tapi bila memikirkan nanti kat tempat kerja Me banyak kena berjalan (kat opis baru sehari Me jalan boleh cecah 7k steps ye sehari hihi), so Me amik jelah cuti..
Sakit tumit n tengah tapak kaki ni tak stop² okeh walaupun sehari Me dah cuti..
Bangun pagi tadi pun bila pijak lantai still sakit lagi (walaupun tak sesakit pagi semalam)..
Dah maacam tu pagi tadi Me ke klinik, jumpa doktor,dah bagitau doktor ssmua, then doktor concludedkan yang Me kena Plantar Fasciitis (korang rajin korang Google..Me pun Googled jugak Uolls..rupa-rupamya ada ye sakit macam Me tu)..
Dahla tu doktor cakap kalau sakit bahagian macam Me kena ni memang lambat sikit nak baik😩..
Patutla dah rehat 2 hari pun tak baik² Uolls..ni pun Me dapat ubat, then dapat MC 2 hari..
Bunyi best kan MC 2 hari, tapi kitanya kaki sakitttt😩..pergerakkan kaki limited Uolls..macam hapa je dah ni..kalau jalan pun paksa² je tahan sakit ni tau..
Semoga cepat² lah baik, Aamiin...






Sekian..
 





Sunday, April 27, 2025

Sarapan Pagi Jumaat..

Assalamualaikum..hi semua..




Citer pagi hari Jumaat..
Boss belanja breakfast pagi tu sempena kesyukuran anak boss yang berjaya dapat result cemerlang (tak ingat exactly berapa A, tapi rasanya semua A, 8A+dan the rest A jugak camtulah..Congrats to boss sefamily🎉💪❤️!)..
Ni satu department baru Me lah ni..ada 2 orang je yang tak dapat join..
Kat department baru ni ramai yang muda-muda Uolls, antara 2 orang yang tertua tu Me ye🤭..
Tapi takpe, umur beza-beza pun jenis masing-masing OK sangat, Alhamdulillah...






Boss belanja Bihun Soto, pastu Kak Ani bawak Nasi Lemak Bungkus-bungkus...
Kak Ani siap gorengkan Telur Dadar n ikan masin lagi ye..






Yang ni port luck..kitanya share sikit sorang gitu..
Meriah makanan kan..Alhamdulillah rezeki..












Elokla untuk orang macam Me..sejenis memang kena ada big breakfast kan😁🤭...
Ni macam biasa, Me amik food siap-siap sebab malas nak mengulang-ulang...










Amik jugak Mihun Soto....







Bekal Me sambil buat keje nanti....
Alhamdulillah, makanan semua sedap-sedap..sendat perut ye..dah nak petang baru Me lapar...
Rezeki kat tempat baru kan, syukur..







Malam..
Anak Mama melaram spek beli kat Ninso..
Dia memang suka kalau kita kata handsome..kadang² kita lupa nak puji, eh dia yang tanya dia handsome or not?haha...lain umur lain peel kan..


Sekian..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...