"Bile nak beli rumah baru?"...
"Taknak ke beli rumah lain?"....
"Taknak rasa duduk rumah bertanah ker?..
"Taknak rasa duduk rumah teres?...
Soalan-soalan ni sama juga dan seumpama anda menyoal seorang bujang terlajak a.k.a Adartu (contohnya kepada saya) dengan soalan "Bile nak kawin?"..."Sekarang dah ada ker?..", "Adik dah, awak bile lagi...?"...atau
Soalan-soalan untuk orang yang dah berkawin pulak..."Ko bile nak ade anak nih?...", "Ko bile nak tambah lagi satu nih...?" dan seterusnya...
Kalo beginilah soalan yang akan kuar dari mulut anda atau kamu kepada orang yang menginap di rumah Flat, yang tidak berkawin lagi dan umo semakin tua seperti saya...insyaALLAH, kebarangkalian saya untuk TERASA atau EMO adalah sebanyak 80%...
Apekah perasaan anda bile anda berada di tempat saya?
- Saya sememangnya dibesarkan di Ampang (dilahirkan di Perak..) sejak saya lepas pantang lagi..Selama 5 1/2 tahun saya tinggal di Kampung Seri Ampang (Kampung Setinggan), selepas itu saya sekeluarga berpindah ke rumah sekarang iaitu flat 2 bilik di Ampang juga...Alhamdullilah, bersyukur saya kepada ALLAH kerana di beri rumah flat yang serba kecik yang dipanggil rumah ini ...Selama saya membesar, di rumah flat inilah saya dibesarkan, dididik, diajar, diasuh sampailah saya kini berusia 30 tahun (me consider my self as Adartu) saya masih lagi mendiami rumah flat mini ini...Syukur Alhamdullilah..still hidup..eventhough life is not always good...Ditegaskan disini, walaupun ianya flat kecik 2 bilik, but still considered as home sweet home to me..Bermula dari 4 orang serumah, makin bertambah menjadi 6 orang serumah, dan sejak 2 tahun lepas berkurangan seorang (Abah meninggalkan dunia ini) dan dipertengahan tahun haritu telah berkurangan lagi sorang kerana Atie dah kawin, ditambah Ana pulak dah duduk jauh sebab belajar, but still rumah ni selesa untuk me...
- One of the question : Taknak ke beli rumah lain?...Jawapannya: Oh..bukan saya atau kami taknak..tapi saya atau kami tak mampu..Ayat yang lebih terang lagi.."Saya tidak berduit seperti kamu/anda..."...Iye..saya mengaku..ibu dan bapa (arwah) tidak bekemampuan...Mereka datang dari keluarga yang susah, Nenek dan Atuk belah emak penoreh getah (keduanya Arwah, Atuk meninggal semasa emak kecil, nenek a.k.a opah meninggal semasa saya kecil pula) dan Nenek sebelah Abah (Keduanya Arwah) pulak hanya bekerja kampung, tapi Alhamdullilah hidup mereka developed menjadi semakin sederhana mengikut perkembangan masa (tapi tidak pada belah Emak...)...Alhamdullilah, walaupun dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan mereka boleh hidup tanpa menagih duit or pertolongan daripada sesiapa...Emak dan Arwah Abah takde kelulusan macam orang lain, belajar takat sekolah rendah sahaja...Emak asalnya budak cerdik (dapat offer masuk sekolah asrama penuh masa lepas peperiksaan darjah 5), tapi tak dapat sambung belajar disebabkan masalah kewangan (Yuran yang hanya beberapa RM itupun tak mampu nak bayar pada masa tu..bayangkan susahnya mereka..)...Arwah Abah pulak, jenis degil, so tak habiskan sekolah, tapi Alhamdullilah, Arwah Abah ade kemahiran yang besar, pandai buat wiyering (tak tau eja da...), pasal itu ini, baiki itu ini (siap bukak 3-4 company tapi end-up dengan lingkup, sebab abah tak pandai sangat bab rolling duit...)..Emak pulak, walaupun tak sekolah habis, dia pandai menggunakan bahasa inggeris basic, jadi kemahiran tu digunakan semasa berkerja di rumah orang (semasa muda dulu), dan sekarang bekerja di salah sebuah hotel kat Kuala Lumpur ni (jawatan kecik je, tapi gaji setimpal dengan kerja dan selalu dapat promotion jadi supervisor tapi taknak sebab tak tahan dengan tanggung jawab kerja yang makin banyak tapi tidak pada kenaikan gaji...)...Tapi, satu je..sesusah2 mereka, Emak dan Abah me dapat membesarkan 4 orang anak-anak mereka..Makan cukup, berlebih lagi ade, pakai insyaALLAH, same macam orang lain, serba sederhana...Tapi bab nak beli rumah lain, rumah lagi besar, rumah teres...Off course tak mampu...Diluar kemampuan mereka...Rumah yang ade ni dah cukup nak menunjukkan betapa masa muda dulu Emak dan Abah dah bekerja kuat nak dapatkannya sampaikan sekarang dah habis dibayar...Alhamdullilah...
- Persoalan lain..."Nape tak kongsi beli dengan Emak/Abah?"...good question...Jawapan: Ade ke lagi hartanah kat Ampang ni especiali rumah teres yang harga RM150k ke bawah...??Kenapa saya cakap RM150k sahaja?sebab itu je yang kami semua mampu bayar (serius ok...ko igt duit gaji yang ade ni hanya untuk bayar duit rumah je ker?)...Kat luar dari Ampang mungkin ada..tapi perlu ke kami or saya beli sedangkan kami semua bekerja dia dalam satu laluan iaitu di Jalan Ampang ini saja??Duduk kat rumah yang orang lain anggap sempit ini sebenarnya lebih praktikal dari segi masa, tenaga dan duit minyak...Cume bezanya rumah ni kecik, ciput, tiny, mini so, diconsidered tak selesa?wtf la!(see saya menjadi emo...)..Senang cakap la..ko ade duit ko boleh la cakap macam-macam kan, cube ko takde duit..boleh??...Lagipun tak semestinya rumah kecik otak, mentaliti sume jadi kecik..agak-agakla...Kalo anda/kamu perasan, orang yang rumahnya kecik dia takkan sebut ape-ape tentang rumah yang besar selain dari memuji rumah tu, tapi orang yang rumahnya besar for sure (bukan semuanya) akan sebut, kata atau mempersoalkan pasal rumah kecik...first of all, ayat membezakan saiz rumah sudahla tentu...Kisah benar: Ana pergi ke rumah emak saudara Pakwe dia (off course makcik dia rumah flat-Quarter), balik-balik dari rumah makcik tu, emak kepada pakwe Anna tanya kat Anna..."Rumah dia camne, macam setinggan kan?"...Amik!!!..Rumah flat=setinggan?? Anna kata, rumah makcik tu ok je, takdele macam hape, macam rumah-rumah yang ade...tapi, ayat mak pakwe dia??Mak aiii...rumah pun ade grade-grade ye...apehal ko nak grade-grade rumah orang lain, padahal rumah ko pun bukanlah rumah banglo atau teres mewah pun, kalo setingan pun tu tetap rumah jugak, beli atau sewa pun still pakai duit...Syilake!!!..ok..ok, melalut sudah...
Me tak faham kenape ade lagi orang yang macam me cerita kat atas ni...Yang bertanya lain ceritanye, yang bagi statement huru hara pun lain ceritanye..but still bagi saya, saya merasakan soalan sebegini tak patut dipersoalan pun...Contohnya: Kalau kau yang bagi duit ribu riban kat orang tu, tapi orang tu tak guna duit ribu riban kau tu wisely mungkin kau boleh persoalankan macam-macam...Bak kata kasar "Macam lah kau yang bagi kitaorang makan"...
Pasal jodoh pulak, tak payahla pandai-pandai nak persoalkan...Kau tau ke masing-masing punya masalah..??Kau tau ke sebab musabab orang tu tak jumpa somebody atau tak kawin-kawin.??
Senang citer, jodoh maut kan ditangan ALLAH, kalau dah usaha macam-macam pun kalau Allah tak bagi, takkan kau nak canang satu kampung pasal jodoh kau yang tak sampai-sampai tu..??Kena faham ayat "redha" tu camne...Macam kes me, me tak pandai nak cari, kalau carik pun tak jadi-jadi, tambah pulak orang pun takde yang nak dengan me (statement berani mati nih....hehehheh)...jadi nak buat camne...berdoa jelah, mana tau satu hari tu ada...Aminnn.....
Sama jugaklah pasal zuriat...jangan pertikaikan orang lain napa tak dapat anak, napa anak orang sikit je..t
Sah-sah tu bukan kerja kau kan...takkan orang tu nak citer details kat kau pasal usaha atau apa-apa...gila lah!!
Bukan tak boleh tanya sebenarnya...tapi kalau kau takat jumpa kat surau seminggu tak sampai 2-3 kali sibuk dok tanya macam-macam, patut ke?
Kisah benar ya u all...sorang budak pompuan nih (budak la sebab mulut tak insuran), tau kau dah kawin dah dapat anak semuanya cepat, kawin umur 22 anak dapat umur 23...
Tak taulah apa dalam kepala hotak dia nih, sikit tak sensetif langsung...
Kalau nak berbahasa pun tak payah la kuar topic bodo macam tu, lawak boleh lawak, tapi tak payahlah sentuh perihal camtu....banyak lagi benda lain yang kau boleh tegur, ni tak balik-balik tanya kat me "Che Sue, bila nak kawin??"...sekali sekala boleh, tapi berkala-kala camne?Aci tak kalau me bagi backhand kat budak ni sedas dua??hhuhuhuhu
Okla...kalau sambung lagi hal atas ni setahun cerita pun tak habis kan...
Tapi apapun, pleaselah...considerla perasaan orang lain, sama-sama manusia pun...
Aku lebih ni, kau lebih itu, tu pun semuanya kuasa ALLAH....bersyukur la sikitt....