Search This Blog

Wednesday, November 10, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Makan Steamboat Hari Pertama

Balik ke hotel terus tunggu Maghrib..
Lepas dah maghrib kena siap-siap, sebabnya lepas ni ada program..
Program di booking siap-siap masa masa mula sampai kat bilik tadi..
Sampai je tak tunggu lama dah, terus je booked, ada 2 program sebenarnya...
Wah.program ke..?heheheh

Antara program yang dah dibooking adalah seperti di bawah:
Kitaorang booking makan Steamboat kat Cafe Hotel...
Booking nak makan pukul 8 malam..

Layan gambar....
Zai yang berkata "ceh, mamarazi nihh!!"...hehehhe..


Sedang menunggu kuah mengelegak dulu...
Hujung mangkuk kecik tu, dia bagi Sos Cili, Kicap Cili untuk cicah dan Minyak untuk dimasukkan ke dalam kuah tu..Tapi minyak tu kitaorang tak guna pun...Kang berminyak pulak, tak best...

Ni hidangan pertama yang sampai...
Semuanya yang memang kena disteamboatkan dulu...kalo tak mentahlah pulak kan...


Yang ni hidangan kedua pulak...
Yang color coklat tu dah boleh terus makan, taknak masuk dalam periuk tu pun takpe..boleh dibelasah terus je..heheheh..


Pastu dia ada bagi jugak Teh Panas apa tah...Teh Cina rasanya, sebab tawar je..
Lagi dia bagi Air Suam dengan Air Putih Sejuk..kalau nak air lain, order saja...


Lama jugaklah nak menunggu kuah tu mendidih...
Yang kelakarnya bila nak bukak penutup tu terkial-kial lah Sept nak guna copstick la apa kononnya takut tutup periuk tu panas, sekali ko, hampehhhh...tak panas langsung..hahahahah...
Patutlah orang lain relax je makan, yang kitaorang ni dok haru la nak memikir macammana...ceh!!


Sudah dimasukkan...Walla!!
Patutnya kuah ni Sup Ayam, tapi disebabkan Mijon kata dia tak reti makan yang camtu, tu yang petang tadi tu me kata dia sempat singgah kedai beli kiub Tomyam...
Ha, inilah sebabnya...sebaiklah kat area sini ada kedai runcit, selamat tekak gitu...hihihihihik..


Lupa pulak, kat sini bukan makan bufet, makan jenis hidang...
So, apa yang diaorang hidang, makan jelah..takleh la tambah-tambah macam selalu...
Tapi oklah, cukuplah untuk 4 orang...
Tu pun terbuang jugaklah sikit..yang Mee tu tak usik langsung, pastu mihun pun sama..adalah lagi benda lain yang tak terusik..
Harga??
RM 25 net per kepala...

Kitorang habis makan pukul 9.30 malam, kejab je kan..
Bila kitaorang serbu ke tempat seterusnya (program kedua yang dah dibooking) kata orang tu belum boleh masuk lagi la pulak..huhuhuhu...
Tak pasal-pasal kena naik bilik dulu...
Tapi takpe...pukul 10 nanti, kitorang datang lagi yea....hihihihik


Tuesday, November 09, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Makan Hari Pertama

 Lepas je lepaking dan solat Asar dalam bilik kitaorang terus keluar hotel mencari makanan...
Lunch tak amik lagi kan, so mameng kena gigih cari makan juga la..

 Sebaik la kat belakang hotel ni ada kedai-kedai makan..
So, pergi terus yang paling hampir saja..
Lagipun, elok je nak kuar hotel hujan turun selebat-lebatnya..
Kat pintu hotel usha cantik je dari jauh  sudah, tengok kat manalah kitaorang nak makan ni..
Rupanya tak payah susah-susah, nasib baik la ada yang dekat kan, tu pun sebaik la juga ada payung kalau tak, makan angin jelah kitaorang nak tunggu malam nanti...huhuhuhuk


Akhirnya ke sini la kitaorang...
Masa ni dah pukul 5 lebih dah..
Nak kata lunch pun dah tak berapa lunch, nak kata minum petang pun tak berapa minum petang, nak kata makan malam lagilah jauh sekali..
Makan kena makan, kang tak makan masing-masing jadi Increadible Hulk pulak...hihihihiik


Disebabkan hujan makin lebat dan lebat, so, masing-masing feel hanya ingat nak makan saja..
Air hanya amik air suam, Sept je yang teringat nak oder air lain....jimat ok...jimat


Order makanan adalah seperti biasa...
Mesti ada Tomyam Campur, Sayur masak Ikan Masin, Sambal Belacan dengan Timun dan Telur Dadar...
Kedai ni satu peel..tulis kat menu macam-macam, tapi hampeh, semua tak ada...
Nak Kerang Bakar takde, nak Pari Bakar takde...tulis kat menu kemain lagi..Cehhh!!
Padahal baru pukul 5..giler takde stok ke apa??


Muka masing-masing yang kelaparan tapi kena tunggu lagi satu menu tak sampai-sampai...huhuhuhu..
Lagi-lagi bila dah hujan tu, lapar dia dah jadi darab 14 kali...hehehhe
Belakang nampak macam tak hujan kan?memang pun, hujan berenti kejab je...pastu menderu turun lagi..
Sejuk ooo..dah la tu, atap zink kan jadi bising ya amat, tercekik i nak makan tau...huhuhuhuk


Tu hah, kitaorang tengah tunggu Ikan Mata Besar Bakar...
Amik 2 ekor, cukuplah makan camni..kang malam nanti nak makan benda lain pulak..heheheheh..
Ikan Bakar, tapi tak rupa pun ikan bakar, rasa pun sama..dah rasa macam Ikan masak Asam Pedas la pulak, cuma bezanya kuah dia pekat...memang pesen kedai ni masak gini kot, entahlah, nak kata salah dengar atau salah sebut oder rasanya tak, sebabnya masa hari last kitorang makan kat sini jugak dia bagi Ikan Bakar style yang sama...

Tapi tercekik-cekik tu habis licin jugak la semua..hehehhehe..
Lapar ok, lapar..last makan pukul 9 lebih pagi tadi..
Masing-masing macam Pirana, pukul 6 dah setel semuanya..

Nak balik ke hotel tu, still hujan, tapi tapi tak selebat sebelumnya..
Sempat lagi Mijon dok beli stok Tomyam untuk makan malam karang...heheheh..
Sebaik kedai ada jual, kalau tak haruu....

bersambung...

Cameron Highlands 2010-Siri Bilik

Jangan terkejut ok...bilik bersepah-sepah seperti dilanda Garuda...huhuhuhu..

Inilah bilik yang kitaorang duduk...
Ni gambar diambil bila masing-masing dah habis guling-guling dah habis campak-campak barang masing-masing...

Barang adalah merata-rata...mana taknya, masing-masing bila bukak je pintu terus terjun tiruk sebab nak cop katil masing-masing..hahahahah..haruuu...
Bilik ni sebenarnya untuk 3 orang, tapi ditambah extra bed, so menjadi untuk 4 orang...
Gara-gara taknak berpisah bilik punya pasal, so, terpaksa amik jugak yang boleh sumbat 4 orang....



Alhamdullilah lagi...bilik adalah super bersih dan sangat-sangat selesa untuk 4 orang macam kitaorang nih...
Booking pun me main booking gitu je, takda website takde apa, just tengok testimonial kat internet saja...

See, bilik air pun ok sangat-sangat..sukaa....

Tokei blog yang nak jugak ada dalam ini pilem..huhhuhu..
Pose adalah super sopan a.k.a kepit tak hingat..mana taknya..i nak cover perut u...opss...terbagitau pulak...


Nilah hotel yang kitaorang duduk selama 3hari 2 malam kat Cameron nih..
Hotel Rosa Pasadena..
Servis adalah best, cuma house keeping jelah, cadar katil tak tegang ok...sangatlah beginner..
Main sumbat je cadar tu..sakit hati ok..tapi sebaik yang lain tu tip top..so, kurang sikit hangin jdinya...

Rosa Pasadena ni terletak betul-betul kat tengah-tengah Brinchang tu, belakang KFC, berhampiran dengan Petronas dan Shell..
Nak gi pasar pun dekat..tapi tetap lah mengah, sebab nak ke pasar tu kena jalan mendaki...kurang dua kilo lemak ok...tapi bab jarak, memang bolehla kalau nak jalan je dari hotel...sebab memang tak jauh pun...
Lagi..nak makan pun senang, kedai makan Melayu berlambak kat belakang-belakang ni, kalau bosan-bosan malam-malam tu boleh lah kalau nak melepak minum teh tarik secawan dua, no hal punya...
Memang tak rugi langsung la..

bersambung.....

Monday, November 08, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Perjalanan

Kitaorang bertolak pada 5 November 2010 bersamaan hari Deepavali atau hari jumaat...
Pagi-pagi lagi lepas je hantar emak me gi keja dah jalan dah...

Zai malam semalamnya datang dari Shah Alam tido siap-siap kat rumah me dah..
Semuanya konon-kononnya taknak la nanti terlambat ke apa..biasalah...bercuti time public holiday, confirm jem dan sesak di sana sini akan berlaku, jadi baik standby je mana yang patut...

Sept pulak, lepas je subuh sapiee pagi sabtu tu dah sampai dan ada kat bawah dah menunggu..merasa lah menunggu kitaorang nak dekat 20 minit...huhuhuhu...sowiii..biasalah, i kan manager kat rumah tu, so macam-macam nak kena uruskan...
Owhh..masing-masing memang bersemangat ok..iyalah, bukan senang nak berkumpul lama-lama macam ni serentak..


Lepas je hantar emak me tu, terus kitaorang ke Kota Damansara...nak amik Mijon pulak kan..
Lupa pulak, yang menunjukkan masing-masing semangat tu nak tau apa?
Masing-masing pukul 5-5 lebih dah terjaga dari tido ok...
Me pukul 5 dah terjaga, pastu Mijon pulak dalam 5.15 pagi..tak tahan tu Mijon siap SMS suruh kengkawan bangun tau...heheheheh...

Sambung citer....
Lepas je amik Mijon apa lagi...terus menderu lah kitaorang terus masuk highway...
Dengan tak breakfastnya ok..konon nanti nak singgah mana-mana R&R..
Tapiiiii....huhuhuhuh...
Ada tapinya tu...
Punyalah me ni mengong, boleh tak me 'terlupa' nak isi minyak siap-siap....
Bolehh???wtmengong betul Sue!!
Minyak tinggal lagi 2 bar...punyalah terlupa yang kalaulah tiba-tiba highway tu jem..tak pun tak sempat sampai R&R seterusnya minyak dah kong...bukan ke naya tu..??naya ok naya.....


Pastu, tau jelah kan perangai me ni, selagi tak jumpa stesen minyak, selagi tulah kuar 'jampi serapah' dari mulut nih...bising ok...
Last-last jumpa jugak...fuh lega...R&R Rawang...tu pun me dah rasa jauh giler dah tu, sebabnya nak sampaikan R&R Rawang ni ada 2 exit tapi tak jumpa-jumpa R&R...boleh???lagilah buat tambah panik...huhuhuhu
Dah lah tu, lagi satu lagi mengong, boleh pulak 'terlupa' nak cucuk duit siap-siap...wahhhhh....apakahh???
Pastu ingatkan kat Petronas R&R Rawang ni adalah mesin ATM...rupanya takdakk....adoiiiiiiii!!
Tensi ok..tensiii....

Ooo..belum habis lagi..
Pastu boleh pulak, cun-cun nak bertolak masuk highway balik, tiba-tiba Mijon kata dia lupa nak tinggalkan  something important kat ofismate dia jadi nak taknak kena patah balik ke Kota Damansara....
Haru ok..haru....

Tapi takpe...kengkawan very the positif...(syabas untuk Sue juga...)
No sweat...dah kata kena patah..kita patah...tak payah fikir panjang-panjang atau nak peningkan kepala..patah saja...
Masuk balik Kota Damansara kang boleh sapdek breakfast kenyang-kenyang, cucuk duit apa yang patut dan jalan dengan tenang......


Dah setel makan, dah cucuk pun duit, dah pam tayar, dah singgah toilet, teruslah kitaorang masuk highway balik...
Kitaorang sampai kat Cameron dalam pukul 2 lebih..Alhamdullilah..lega...
Kitaorang tak amik exit Tapah, tapi amik exit jauh sikit iaitu Simpang Pulai..
Me dah survey-survey kat website dan blog-blog yang ada, masing-masing kata (opss..tulis) jalan dari Simpang Pulai lagi best dan selesa..so, try test la kan...
Waa..tapi biasalah, masing-masing kan sekolah tinggi bertingkat-tingkat sikit punya 'berbunyi' dan taknak mengalah bila kena suruh masuk ikut Simpang Pulai, kata jauhla, apalah..last-last dihujung jalan, tetiba semua orang senyap...hahahahahahar....tengoklah sapa yang jadi tukang survey kan...see the hand laa....kan me dah kata...memang jalan terbaik punyalah...i ada resource terbaik ok, tengkiu tenet.!!....hehehheheh

Tapi disebabkan masa nak masuk Brinchang tu jem, last-last sampai hotel nak dekat pukul 3 jugaklah...
Bersyukur ok...bukan senang nak sampai ke puncak ni...makan bulan ok, sebaik makan bulan je, kalau makan tahun plan, mau lagi haru...huhuhuhu..
Apakah yang terjadi seterusnya...?wahhh..soalan....

bersambung....

Cameron Highlands 2010-Siri Pengenalan

JJCM 2010 = Jalan Jalan Cuti Malaysia 2010: Cameron Highlands


Tadaaa...!!!

Alhamdullilah..
Kami telah pun selamat pergi dan selamat sampai ke Cameron Highland pada Sabtu 5 November (hari Deepavali) sehingga 7 November 2010 (semalam..)..
Walaupun 'macam-macam' dah jadi, tapi everything sangat-sangatlah syok dan success...hehehehh...
Ohh, kalau nak citer bab 'macam-macam' tu panjanggggggggggggggg sangat ok...



Ini adalah muka-muka riang dah ceria peserta JJCM 2010 semasa berada di 'huruf tanda' Tanah Rata Cameron Highlands...
Gambar diambil masa hari kedua (6 November 2010)...
Hari kedua adalah hari meneroka untuk kitaorang..
Elok-elok je masa patah balik nak ke arah Brinchang tengok-tengok kat sini sudah clear, tak dak orang dah..so, apa lagi..pose maut la memasing...Wah, maut ke?? bolehla untuk Super Senior kan..hahahahahar...





Hahahaha..aksi-aksi separa poyo...
Takde orang katanya, so apalagi..pose la apa yang patut...^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...