Search This Blog

Tuesday, September 20, 2011

Jajan Dah Basi...

Me ni kan syok sendiri harap maklum!...tiap-tiap kali bosan tu mulalah tangan ni dok gatal membukak segala folder gambar yang ada...
Bila bukak tu, confirm-confirm kang macam-macamlah pulak jumpanya...
Dan kali ni me jumpa gambar-gambar ni:
Segalaah sangat jajan masa me dan kengkawan pergi Cameron Highlands cuti Deepavali tahun lepas...
Iya kengkawan, gambar bulan 5 tahun lepas ni yea...jangan mare...hiihihihhihi


Time tu me beli ini, lolipop stawberi....yang cute sensangat...tapi bab cute sahaja ye, bab makan sila bagi kepada orang lain.....untuk me cuci mata sahaja sudah.....
Rasanya jugak ada lagi beberapa ketul lagi dalam peti ais tu, sebaik tak boleh jadi tukun, kalau tak kayo mak tak taulah dah expired ke belum....


Wafer Strawberi White Chocolate....beli sekotak sahaja...
Sedap ni, me sorang je belasah, orang lain tak heran...
Rumah me ni liat sikit nak makan benda-benda yang 'baru' cam gini..jakun kaedahnya....huhuhuhuhu


Strawberi cookies sekotak sahaja jugak....
Ni pulak, ada yang tak termakan....padahal beberapa ketul lah sangatt....


Ada jugak fridge magnet ni...
Ada 9 keping semuanya tapi ni je yang tertangkap....kesian yang lain tak dapat masuk gambo..hihihihik...
Nasib baiklah  jugak 3 makanan kat atas tu adalah gambar semata-mata, kalau betul-betul mau dah ada rupa dah kan...memang tak sanggup i nak amik gambar dah....^_^

Dan time pergi Cameron ni seingat me, me banyak borong Jagung Mutiara (Ni tokei jagung yang kata mungkin sebab biji jagungnya putih sikit macam mutiara dan tak perlu direbus boleh terus makan...), bunga hidup sejambak, ubi untuk rebus, dengan sikit sayuran fresh dan t.shirt.......



p.s: Nanti kalau terjumpa lagi gambar-gambar lain yang tak terpublish me publish yek...jangan maree.....





Monday, September 19, 2011

Ice Room...

Kejadian makan kat Ice Room ni adalah pada Sabtu minggu lepas....
Lepas beraya rumah Sept, katanya lepas maghrib jom kita lepak-lepak kat mana-mana...
Katanya jugak, dah lama dia teringin nak pekena aiskrim kat Ice Room ni, tapi tak terpergi-pergi....
Lagipun katanya lagi, kat Kajang ada Ice Room, jadi jom pekena.....
Me pun oraitkan sahaja....
Bukan senang nak dapat lepak-lepak dengan Sept ni tau...(percayalah, walaupun muka dia merata-rata je ada dalam blog me nih...heehheheheh....)..payah boleh tahan la...kebetulan pulak sabtu kengkawan yang lain masing-masing memang dah ada program lain, jadi pergi berdua jelah kami.......
Ice Room Kajang.....
Orang tak ramai, mungkin time ni mood raya masih kuat lagi....


Kami order:

Strawberry Snow Ice...RM7.90
Sept punya...


Peanut Snow Ice...RM7.90...
Saya punya....



Rasa?
Strawberry adalah yang terbaik antara dua nih.......
Yang peanut pulak, walaupun me ni pengila kekacang...tapi rasanya bolehlah, macam rasa ABC pun ada jugak..hihihihihhihi


Mentang-mentang Ice Snow dia sedap...
Kedekuit okeh...

Me pulak menyuap laju-laju je ice snow ada...
Sebabnya, kalau tak disuap lelaju takut kang takde sapa nak habiskan....huhuhuhuhu
Jadi habiskan cepat-cepat supaya ice snow tu tak cair dan takla jadi terbiar camtu sahaja....
Membazir itu amalan syaitoonnn...cea...cea..ceaaahhh.....


Lain kami order Durian Tempura RM5.50 seketul dengan Steam Bread with Kaya RM2.80.....2 set roti.....(ewah...menu semuanya omputeh gitu....hihihihihihi)
Tempura durian tu oklah, takdelah marbeles benar....duriannya tak berapa kick gitu....ada kekurangan durian disitu...more durian please.......
Yang Roti kaya stim pulak sedapppp....tapi manis bebenar kayanya....habislah orang yang memang dah terlebih gula macam me nih....huhuhuhuhu...

Itu jelah yang kitaorang makan pun..
Sebabnya masa beraya rumah Sept tu dah makan-makan nasik dah..so kenyang lagik...
Tu pun tak lepak lama pun kat sini....kejab je lepaknya....
Tau jelah kalau lepak berdua je, tak cukup korum kan, jadinya masing-masing walaupun borak dah sakan habis tapi ngantuk jugak rasanya..iyalah orang tak ramai, senyap sunyi je kan, macam sangap je nak melepak lelama kat sana...hehehehhehe....
Last sebelum balik tu pun sempat request kat Sept nak tapau Sate Kajang Haji Samuri....
Dah tapau Sate, tak tunggu dah, terus je balik....

Sekian sahaja cerita kami ke Ice Room.....^_^

p.s:  Baru tau yang Ice Room ni takde logo Halal...eekkk, betul ke??


Thursday, September 15, 2011

Rumah Mijon+Nasi Ayam Hainan+Berkaraoke+Gulam

Ok..ok..lupakan cerita fitnah dan sedih-sedih tu dulu..kita layan gambar makanan pulak yea....
Walau tak mengenyangkan mata, tapi sekurang-kurangnya menyenangkan hati gitu...hihihihihiihi

Gambar masa lepak-lepak Makan Nasi Ayam Hainan kat rumah Mijon....
Ni cerita hari Ahad yang baru lepas nih....
Kisahnya, sampai kat rumah Mijon awal u all...pukul 11 lebih keluar pukul 12 suku dah terjengul di pintu.....
Kononnya sampai cepat, dapat cepat makan....
Tapi disebabkan Chef Mijon tak siap lagi gara-gara blender meramuk tak tentu pasal, jadi tak pasal-pasal jugak nak makan Nasi Ayam Hainan Mijon jadi terlambatlah jugak dalam sejam lebih....huhuhuhuhu
Gambar di atas adalah terjadi bila Sept me pun sama dah tak tahan benar nak makan.....lapoorr nafsu gitu...hehehhehe
Bau Nasi Ayamnya dah menusuk-nusuk hidung, tapi lauk dan sosnya tak siap-siap lagi....sapa tahan kan....?
Jadi, bila siap je Mijon setelkan semuanya, apalagi berdesup je kami berdua menunggu di meja....
Sept pulak yang penting dia dapat kicap idaman hati gitu...skrip dia dari awal tahun haritu nak kicap..nak kicap..nak kicappp....kuikuikui..kata dia, mana boleh makan Nasi Ayam takde kicap...kata dialah...
Kalau ikut me takde sos cili dengan kicap pun me belasah je, janji nasi dengan supnya ada dan sedapppp.....
Kalau tak sedap barulah rasa nak meramuk masa makan Nasi Ayam tu, pastu barulah nak mencari kicap dengan sos cilinya..........hihihihihihihi



Macam biasa....
Ayam dan sayuran untuk Nasi Ayam Hainan Mijon memang dihidang begini..
Inilah caranya nak mendapatkan rasa ayam dengan sayur yang sodap dan sebati okeh....
Sayur dengan Ayam digaul disiram dengan kicap cair dan minyak bijan...jadi kat sini je baunya dah harum semerbak...me dahlah suka giler dengan bau minyak bijan nih.....lagilah buat naik napsu selera makan yang memang dah macam buaya nih....



Oppss...Chef Mijon ada pesan...
Sup untuk Nasi Ayam Hainan ni dia bukan letak Bawang Goreng ye....
Correction, dia letak Lobak Asin...
Selain tu ada kobis dipotong petak kecil-kecil....
Rasa Nasi Ayam Hainan Mijon pulak???
Huwahahahahhar....masih lagi terbaik...dan paling penting me masih lagi bertambah 3 pinggan...hihihhiihhiihi
Dahlah ni special request dari me kan, jadi kalau makan tak lebih 2 pinggan rugi okehhhhh....

Dah kenyang, ingatkan kitaorang nak pergi terus keluar berkaraoke...
Tapi disebabkan nak menunggu time solat pastu masing-masing dah kesangapan sebab kekenyangan...
Jadi nanti punya nanti, barulah memasing meringankan bontut nak keluar....
Maka berkaraokelah kami selama 3 jam.....
Dah puas melalak...kononnya nak pergi minum-minum....
Tapi tengoklah hasil minum-minum kami nih....
Niat asal nak pekena Teh Tarik berpewarna lebih yang marveles kat Gulam dah jadi pekena benda lain sekali....



Minumlah sangat kan....?
Ke me ni salah tafsir perkataan 'MINUM-MINUM' bila tiap-tiap kali kengkawan me ni sebut????cissss..kemungkinan besar tu ada...
Dan lepas je dah puas 'minum-minum', teruslah berdesup balik....kan nak kena pergi kerja esoknya....
Me sampai rumah pun nak dekat pukul 10 suku, tapi Sept lagi kesian, MRR2 jem giler time tu, jadi perjalanan yang patutnya paling lama pun 35 minit dah jadi sejam lebih....tapi memang tak dapatlah nak menolong pun, musim beraya ni memang camnilah kaedahnya.....

Betul tak entri makanan bergambar lagi soothing dari entri merempan tak mendatangkan faedah kan.....
Oppps..jangan pulak salah faham, entri merempan-merempan pun kena jugak sekali sekala ada, katapun manusia...merempan tiap hari pun ok jugak, janji ko merempan tu kat blog sendiri sudahhh..........sapa kata tak berfaedah???aittt..bukan ko ke yang kata tadi Sue????Ohhh...abaikan Sue berdialog seorang diri nih....^_^




Tuesday, September 13, 2011

Innalilah....

"Sesiapa yang pernah belajar di sekolah agama madrasah ihsaniah ampang jaya, dimaklumkan di sini, Ustazah Rafidah kesayangan kita telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana mengalami masalah jantung. Dikebumikan di tanah perkuburan Klang. Moga arwah dimasukkan ke dalam golongan ahli syurga kerana beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan agama. Al-fatihah..."...copy dari FB Ana...


Luluh hati mendengar berita kat atas...
Ya Allah, Sedih sangat-sangat...

Al-Fatihah buat insan yang banyak mengajar saya...dari tak tau sembahyang, sampai pandai sembahyang dan segalanya...
Moga rohnya dicucuri rahmat...moga pahala-pahala yang kami perolehi semasa beribadah hasil daripada tunjuk ajar dan pembelajarannya dulu sampai kepadanya juga...Amin...








P/s: Air mata mencurah macam hujan dah ni...tak terkata, sedih sangat....









YB Emak...

YB Emak a.k.a Yang Berhormat Emak saya la...
Mana tak panggil yang berhormat..tiap-tiap kali Emak saya nak pergi kerja, berebut-rebut semua orang anak-anak beratur nak bersalam....


See...hihihihii....


Dah berebut-rebut nak bersalam...walaupun YB tapi kadang-kadang kesian jugak, terpaksa menunggu 'Mak Supir' bersiap....
Sabar jelah kan, patutnya driver yang kena tunggu boss, ni tak boss yang kena tunggu driver...


Driver a.k.a 'Mak Supir' dah siap, tapi diajak YB bergambar pulak...


Cubaan YB untuk bergambar secara memuncung seperti anak remaja sekarang...hahahahhahaar..sebaik tak jadi, kalau tak Emak sapalah ni kan???



Lepas driver paksa bergambar, tak boleh keluar rumah lagi okeh...kena paksa pulak lagi amik gambar 2-3 das......(tu yang muka toye je je tu...hihihhihihi)

Ha..ini baru jadi YB kat rumah, kalau YB-YB yang betul-betul YB kat luar tu camne pulaklah yek...kuikuikui...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...