Sebabnya pelik tapi benar, boleh pulak pagi-pagi tadi bila mengantar emak tu brek tu dah tak ada bunyik....
Serius heran jugak, semalam mati-mati bila brek tu siap ada effect bunyi lagi...sabar jelah...
Dan disebabkan hal Makcik Viv saya tu yang breknya dah tak ada bunyik dan lain-lain lagi, so laju je jadi dengan plan nak keluar dengan Mijon hari ni...
Tapi keluar-keluar jugak, disebabkan Makcik Viv dah 'sihat' terus je
Untuk breakfast hari ni je me tala Tosei Rashid sekeping+Teh Ais, pastu balik dari Tesco pekena pulak Nasi Lemak Kukus berlaukkan Ayam Rendang+Paru...
Hari ni selain berdatingan dengan Mijon me berangkut okeh...habis Ana dengan Anim ikut sekali.....sekali sekala bawak adik-adik....
Aktiviti hari ini
Kat IKEA sempat beli dan belah ntah hapa-hapa tah, pastu sempat pekena Meatball sorang sikit....
Berkaraoke pun sempat 2 jam setengah
Pergi Gulam pun sempat tapau je...mengejar masa lah katakan...(esok masing-masing kan nak sekolah dan kerja...)
Sampai rumah pun nak dekat 8 setengah, jem kat MRR2 nak masuk ke Ampang (padahal dari sana pukul 7.45 tu...tu pun nasib baiklah masing-masing 'tak boleh' solat, jadi takdela terkilan kan...
Ni pun me dah kekenyang dah ni, baru je pekena Nasi Lemak Gulam 2 Bungkus dengan Teh Ais..
Gambar tak sempat nak amik semuanya, setakat makan kat IKEA je...lain kali le upload gamaknya.....^_^