22 Januari 2012, Ahad
Lepas jalan-jalan amik gambar dan cuci mata kat Pantai Teluk Batik patutnya kitaorang nak balik ke terus ke Teluk Intan...
Tapi elok je nak keluar dari pantai tu tersinggah di sini....Stesen minyak Esso...
Ingatkan Acik Aman nak isi minyak, rupanya tak...
Ke sini kitaorang....ke MrCendol......
Macam-macam ada kengkawan...tapi paling penting Cendollah kan....?
Cendol di MrCendol adalah terbaik okeh...
Tak berapa manis walaupun ko bubuh air gula merah tu secawan hah tipu sangat okeh.......
Aisnya halus-halus dan sedikit kasar...so bila makan sejuk je sentiasa....tak cepat cair padahal masa tu panas terik tau...
Semua orang sangatlah happy masa makan cendol ni...boleh tengok muka masing-masing concentrate giler gitu.......
Serius berbaloi-baloi berhenti panas-panas tu hanya kerana Cendol....hihihihiii
Lepas tu....
Lepas dah habis men'Cendol' kitaorang terus je bertolak ke Teluk Intan....
Disebabkan tak jadi ke Cameron Highlands terus je Acik Aman&Acik Rubi ajak tidur rumah singgahan diaorang, katanya esok nak bawak kitaorang semua pergi berkelah kat sungai....
Huhuhuhuhu...sungai???adoiiii...dahlah i ni tak berapa 'sesuai' dengan nature nih.....seriau je okeh...
Tapi what to do, orang dah mengajak, emak me pulak dah setuju...so pergi jelah kan....belasahhhhh....hihihihihih
Bersambung......