Macam me cerita sebelum ni, last minit plan bertukar, jadi last minit jugaklah dok call sana sini mencari hotel/resort yang kena dengan budget kitaorang....(kali ni Sept yang kena bertungkus lumus mencari bilik gitu, jadi sangat berterima kasih kepada beliau....hihihihhih)
Kitaorang ni senang je...selagi budget untuk bilik tak lebih RM200 sorang untuk 2 malam dah kira okeh sangat dah....
Janji hotel/resort tu ada kemudahan semuanya so dah dikira cun...Paling penting kena bersih okeh....
Last dalam mencari bilik dengan takde choice yang banyak tu dapatlah jugak resort....Suria Cherating Beach Resort namanya....
Resort ni terletak di:
SURIA CHERATING BEACH RESORT
KM 32.5, Jalan Kuantan / Kemaman
26080 Cherating, Kuantan
Malaysia
Tel: +609 581 9898
Fax: +609 581 9797
Kali ni kitaorang amik 2 bilik gitu, sebabnya bilik untuk 4 orang dah takde...tu pun nasib ada lagi bilik kan....
Harganya RM195 perbilik untuk malam Sabtu dan RM175 perbilik untuk malam Ahad....
So, setelah dicongak, masing-masing untuk bilik kenalah bayar RM185 sahaja untuk percutian 3 hari 2 malam kali ni.....
Kitaorang sampai resort time adalah cun-cun gitu...
Tapi kena tunggu kejab sebab satu lagi bilik tak siap lagi....
Its okeylah kot, lagipun kitaorang dah siap makan segala kan...so, takde adegan meramuk-ramuk tak tentu pasal disitu...ihihihihihii....
Keadaan Lobi Suria Cherating Beach Resort....
Resort 3 bintang kot....
Kitaorang ni belum lagi mampu nak tidur hotel tahap-tahap berbintang-bintang lagi yea....
Dapat yang 3 bintang pun jadilah....tu pun dah lebih dari bersyukurrr.....
Iklan kejab....
Kitaorang sebelum check-in kat sini sempat lagi tapau Sata 20 ketul gitu...hihihhihi...
Ni beli kat area dekat dengan kedai famili Mijon ni....
Murah okeh....RM4 untuk 10 ketul Satar....
Paling syok, rasanya sangatlah SEDAP.....sangat-sangatlah berbeza dengan Sata yang kita jumpa kat KL ye....
Ini bilik saya dan Sept....
Sila abaikan makluk yang asyiklah bagi back pose itu...hihihihhihi....
Tak besar tak kecik, sedang-sedang cun cun gitu....
Hah, korang pernah jumpa tak hotel/resort yang ada letak jam?hihihihihi..ni 1st time me jumpa ni tau...bagussss kan...?
Nak solat pun senang, lapang je belah sana nun....
Bilik Zai dan Mijon kat sebelah je...tapi tulah...nak menunggu siap tu makan sejam lebih jugaklah....huhuhuhuhu...
Alatan untuk berenang celup-celup badan haruslah dibawa sekali....
Kang kalau tak bawak, mau me statik je setempat dalam air tu...hihihihi....
Dahlah tu, apa punya lawak, welcome drink kena amik sendiri kat Coffee House...cissss...sabar jelah....
Tak pasal-pasal pulak kena berjalan...patutnya masa datang tu bagi terus je kan....senang...
Tak payahlah dah check-in bilik lepas tu nak kena kuar bilik balik pastu pergi ke Coffee House pulak semata-mata nak redeem kupon tu...huhuhuhuhu....
Tapi disebabkan dah bosan menunggu bilik kengkawan lain tak siap-siap tu Sept ajak jugak pergi amik welcome drink tu....
Beria-ria sangat kan, orang lain taknak, so me pun pergilah jugak...lagipun sambil menunggu tak buat apa tu kan, baik pergi pusing-pusing resort dapat tengok apa yang patut....
Bersambung....