Search This Blog

Friday, June 14, 2013

Servis Kereta dan Ikan Bakar...

Hari Sabtu lepas..hari menyervis Kakak Vivi...

2 minggu sebelum bulan ni (bulan Jun) baru me terperasan yang meter millage kereta me tu rupanya dah nak sampai ke takat kena pergi servis dah....agak terkejut jugak sebabnya baru je hujung bulan 3 (march) tu me hantar untuk 1st servis...
Terkejut tu bukanlah apa, selama guna kereta sebelum ni (masa bawak Makcik Viv) servis kereta adalah sangatlah jarang-jarang...paling-paling cepat me pernah servis pun dalam 5-6 bulan sekali je...
Tapi bila dah bertukar tempat kerja ni (bertukar jugak kereta) memang 'masak'lah  jugak sebab cepat je meter tu bergerak nak kena servis (kerap-kerap pulak tu)......
Bila dah tau nak kena hantar servis tu terus me call tempat servis kat Perodua...
Call Perodua nak kena booking tarikh siap-siap, kat tempat me hantar ni sokmonya penuh...so nak taknak kenalah cepat-cepat....
Tu pun sangappp...padahal baru pertengahan bulan 5, tapi nak booking untuk minggu depannya tu dah penuh, pastu mintak tarikh hujung bulan 5  (hari Sabtu or Ahad) pulak takde....Perodua tutup, so dapatlah hari Sabtu 8hb je..
Selalunya pulak dah biasa amik yang pukul 8.30 pagi (booking awal-awal so dapatlah time Perodua baru bukak pintu gitu)....
Tapi dah kata yang 9.30 pagi je ada me pun amik jelahlah...kang bila lagi nak servis kan...
Barulah tau rupanya lagi berbaloi pergi yang pukul 9.30 pagi ni tau...
Dioarang memang akan bagi estimate time within 2 hours.......tapi tak sangka pulak betul-betul proses semua dari daftar sampai siap ni tak sampai pun 2 jam....selama ni pergi pukul 8.30 pagi mesti  kereta siap cukup-cukup masa sangat-sangat, tak sangka pulak kali ni cepat....
Kali ini untuk second servis hanya kena RM90 (plus-plus)....



Dah habis servis seperti biasa mesti ke Pasar Dato' Keramat...
Selalunya ke sana sebab me nak tapau makanan..kalau tak kuih-muih mesti Ikan Bakar...saja buat makan-makan hari cuti kan...



Tapi kali ni me tak tapau pun..terus makan situ....jengjengjeng...(1st time makan kat situ okeh, selalunya tapau je)...
Sebab apa tak tapau??sebabnya minah ni ikut me pergi servis sekali okeh....hihihi..ajaib je kan....?
(Kebetulan bila me kata me servis kereta tarikh sekian-kian tu dia kata nak ikut sebab nak tanya pasal kereta dia, so teruslah me bawak sekali....so setel satu masalah dia...legalah dia kan...)



Kitaorang makan simple je....janji pekena Ikan Bakar gitu....
Tu pun terpergi cepat..belum pukul 11 pun lagi....main terjah-terjah kot-kot Ikan Bakar dah siap atau tak...
Alhamdullilah...bukan kata dah siap..dah penuh pun orang membeli pun....
Korang nak tau sedap ke tak Ikan Bakar tu??apa kata korang tengok balik gambar kat atas yang ada gambar orang teruja telan makan tu balik...hahahaha...tu tandanya apa tu??tandanya sedap tak terkatalah kan.....kikikih....
Tak dapat pekena Ikan Bakar kat Tanglin atau kat Jalan Istana takpe...kat Pasar Dato' Keramat pun dah terlebih cukup dah.....syukur....
Lepas dah makan Ikan Bakar kitaorang dah tak kemana-mana dah pun....Me balik rumah, Sept pulak bergerak ke Putrajaya...Sept kena kerja kengkawan oiii....bukan kata hari Sabtu tu, membawak ke hari Ahad tu sekali okeh...punyalah committed kan...?




Wednesday, June 12, 2013

Pakar Mata di HKL....

Cerita Jumaat lepas...

Nurse masa check mata haritu suruh me pergi ke Klinik Pakar Mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk amik appointment....
Biasalah..namapun guna hospital gomen, jadi banyak sikit procedures...(dah bukan kita sorang je yang nak guna kemudahan free kan, so silalah bersabar gitu...)....
Macam untuk mata ni je me kena:
1-Check-up mata kat Poliklinik Komuniti Tanglin..
2-Dapat result ada problem kena amik surat rujukkan kat Klinik Kesihatan dotdot...
3-Dapat surat rujukkan tu ke HKL pulak untuk dapatakan tarikh appointment...

Panjang je kan...tapi what to do..buat jelah..nak mata sendiri selamat kan...
Haah, fyi, kali ni me ke HKL adalah semata-mata untuk dapatkan date untuk appointment sahaja...ye....hehehhe..(bunyi macam menyusahkan....tapi bagi me elok jugak tu..ala-ala salam perkenalan gitu...kang kalau tiba-tiba je kena ke HKL pastu terus kena buat rawatan sekian-sekian kang lagi haru tak tau apa-apa..so bila kena pergi sana semata-mata untuk dapatkan tarikh tu dah jadi macam introduction kat tempat tulah kan...setiap yang berlaku ada hikmahnya..tak gitu...?)


Dan disebabkan masa pergi Klinik Kesihatan dotdot tu nurse dah pesan kat me suruh pergi HKL tu amik date cepat-cepat, teruslah minggu lepas tu jugak berfikir dan decided untuk pergi pada petang hari Jumaat tu lepas lunch hour he..Jumaat kan lunch hournya panjang dan waktu kerjanya pendek, so daripada ofis me tertutup lama dihari lain baik me tutup je hari Jumaat petang tu...kiranya takdelah me buang masa kerja me tu over-over kan....?punyalah baik staff kan, siap ingat pasal kerja lagi tu walaupun nurse kata kena cepat-cepat.....huuuuuu
Tu pun hari jumaat tu me belasah je pergi dalam pukul 3 (janji tak sampai sana pukul 5 sudah sebab dah tutup)...

Macam biasa jugak, nak mencari parking kat sini haruslah sesat barat..iyalah tak master lagi kan....tapi takpe..nanti next time haruslah terel kan....hehehehe..
Dalam sesat-sesat tu ada parking....tupun kitaorang parking kat belah belakang kat tepi pintu masuk nak ke asrama jururawat nun (tepi padang)....Alhamdullilah....
So berjalan kakilah nak mencari klinik pakar tu.....huuuuu...
Sebelum ke HKL tu me dah bukak website HKL katanya klinik tu kat bangunan utama, so terus berjalan kaki ke sana...(lama tak exercise penat weihhh)....
Tapi bila sampai kat bangunan utama tu (kat area emergency tu) bila me tanya kat Polis Bantuan yang duduk kat meja tu katanya dah pindah ke bangunan baru....huuu...janganlah tempatnya pelik-pelik kan....
Nasib baiklah atas bantuan Encik dan Puan polis tu dia kata jalan kaki je ke depan sikit....(suggestion dioarang sebab kereta dah parking jauh kat belakang, kang patah balik amik kereta lagi haru nak cari parking bagai...)....
Elok seperti yang dikata..dihujung jalan nanti ada satu bangunan tinggi tulis sekian-sekian (dah lupalah tu kan kalau tulis sekian sekian tu..kikiki...)...
Masuk dalam terus ke reception tanya katanya kat tingkat 4....terus ke belakang (lift) naik atas.....




Mentang-mentang nak pergi specialist mata tetiba bergegar kan...kikikih!




Klinik Pakar Mata atau Klinik Oftalmologi.....
Gambar kat dalam tak amik pun..malu okeh....
Kat dalam tu nak mengambik tarikh je kan, tapi proses nak mendapatkannya berpusing-pusing masuk bilik itu bilik ini boleh tahanlah kan...
Mula-mula me pergi kat kaunter terus tanya pasal 'refer letter' tu dan pasal mintak tarikh appoitment, tapi terus disuruh ke bilik 3...
Dah kat bilik 3 tu kena tunggu kejab..ingatkan kenapa, rupanya kena suruh buat test mata...alaaa test yang tutup sebelah mata lepas tu baca huruf kat board berlampu tu...(macam korang pergi buat cermin mata tu da...)...
Masa tu macam pelik-pelik jugak, me ni nak mengambik appointment je, tapi apasal dah kena check pula ni...?..tapi belasah jelah buat....
Dah check tu (tapi takde pulak dia catit apa-apa pasal test mata tu) terus dia suruh pergi ke bilik 1...so masuk bilik nombor 1 (tak sempat masuk pun ada orang dah bukak pintu) terus hulur surat rujukkan tu kat staff situ...katanya tunggu dulu ye...
Elok me duduk tunggu tetiba je dia panggil balik (tak sampai 2 minit duduk pun)...elok je belum me sampai kat dia tu dia cakap "sakit toottottooott ke?"....
Wahwahwah..suara boleh tahan kuat pulak tu....habis satu tempat tu boleh dengar memang siut betul...malu okeh...bongoks punya orang...professionallah sikit..kalau betul pun nak tanya, boleh kot tunggu me sampai kat dia tu tanya proper-proper..ni tak..me belum lagi sampai kat dia dia dah "announce" gitu sekali..hohohoo....
Dah "cantik" dia punya tanya tu terus katanya pergi kat kaunter tu....(la motif tadi nak tanya penyakit tu kuat-kuat??)....
Nak tau kaunter tu tu kat mana??kaunter yang me pergi 1st-1st sekali tu okeh....adoihai sabar jelah....
So pergi kat kaunter tu lagi terus me cakap balik pasal nak dapatkan tarikh appoitment tu....haaa..elok pulak tu dia selak buku appoitment dia tu terus je tulis date kat surat appoitment me tu...boleh gitu???
Motip sangat me kena masuk 2 bilik sebelum tu kan...?haihoiiii.....sengal sangatsss....
Sebelum balik tu mintak time slip okeh....haruslah mintak, kalau tak cuti kena potong kan...
Minta tu boleh pulak nurse tu tanya "datang pukul berapa?"....
So dalam terkulat-kulat tu me jawablah "dari ofis pukul 3 tadi"...
Pastu katanya "tak, masa sampai klinik....?"...hoiii agak-agaklah kan...kalau datang klinik baru tak sampai 15 minit lalu kot...takkan ko nak tulis pukul 3.50 petang kot....
Pastu me jawablah.."ha..nak cari parking sesat tadi" pastu me pastu blur kejab........jawapan orang terkesima gitu, macam haroooommm.....dalam hati...haiii....malaslah nak cakap..ko tenyeh jelah apa-apa yang patut pun kan..janji ada time slip....
End-up dia tulis 3.00 petang sampai 4.15 petang....3.00 petang tu okehlah kan..time me keluar ofis, tapi part 4.15 petang tu sangatlah tak munasabah...fyi Cik Misi, masa dah balik tu me jejak kaki kat lobi klinik ni pun dah pukul 4.15 petang (tak puas hati punya pasal so rajin tengok jam..kehkehkeh), pastu jejak kaki kat parking kereta me tu dah pukul 4.30 petang...4.30 petang pun tak jejak pagar hospital lagi pun......agak-agaklah kot....(selalunya nurse kat time slip tu akan tulis pukul berapa kita keluar tu sekurang-kurangnya extra 30 minit hingga 1 jam untuk travel masuk balik ke ofis/rumah...tapi Cik Misi kali ni macam kijam pulak, takkanlah dari pukul 4 tu me zaass pukul 4.15 petang dah boleh sampai ofis...ayoyoyooo....)....lantaklah kan...macam me cakap tadi..janji me ada time slip....ofis cakap banyak kang, silalah orang-orang ofis pulak rasa pergi sana macamana yang me kena ni.....


Nilah bangunan barunya.....ni pun sempat amik gambar masa dah balik tu...masa ni pun dah pukul 4.20 lebih kurang....agak-agaklah kan nak menulis masa tu Cik misi oiii..........
Untuk pengetahuan semua, Klinik Pakar Mata kat HKL ni dulunya terletak di bangunan utama (kat area Emergency tu), tapi sekarang dah berpindah di bangunan baru tau....kat hujung nak keluar/masuk kat Jalan Pahang nun....
Bangunan bertingkat-tingkat ni sekarang ni memang khas untuk segala klinik pakar ....
Bangunan ni masih lagi di dalam HKL cuma terletak dihujung nun...rasanya kalau masuk ikut Jalan Pahang (dekat area Chow Kit tu) tapi korang takleh terus ke tepi ni (bangunan ni dari main entrance belah kanan)....so kena kekiri then pusing satu HKL pusing balik baru boleh kesini...jalan one-way kan..walaupun bangunan ni sebelah je dengan pintu keluar dan masuk tapi still kalau berkenderaan kena pusing satu pusingan...melainkan jalan kaki or guna transport awam takpe..bangunan ni memang betul-betul terletak kat tepi entrance utama tu....masuk je belah kanan dah jumpa....^_^




Ha..betul-betul kat depan ni je bangunannya....
HKL sekarang ni tengah pesat dok renovate dan up-grade segala yang ada...so memang banyak halangan nak bergerak dalam ni...
Tapi don't worry...dah siap kang bolehlah semua orang tersenyum riang..hehehhe...
Tu my lovely Emak....peneman setia saya....tqvm Emak...!!

Panas ni tau...kesian okeh Emak kena jalan kaki jauh-jauh sebab nak teman me dalam ni....tapi don't worry Emak steady je...yang flat nanti adalah orang berpenyakit ni (me lah tu...)..kikiki....
Lupa pulak...appointment me dapat pada 19 Ogos 2013 nanti..lambat je lagi kan...?tapi takpelah....Q panjang kan nak buat camne..selagi tak emergency kita tunggu jelah giliran....

First impression bila officially kena berurusan di HKL (Klinik Pakar Mata ni)...
Staff-macam sedikit hampeh je...tipical kalau orang kata staff hospital gomen macamana..haa...macam tulah pun...huhuhuhu..(ni yang me jumpalah ye)....
Bangunan: bangunan baru so bestlah....bersih berkilat lagi...
Tapi takpe..katapun first..so kita tunggu second nantilah pulak macamana....^_^





Tuesday, June 11, 2013

Why oh why??

Baru tadi me dapat email inform me kena pergi kursus kat Melaka...yes MELAKA...M.E.L.A.K.A........jauh okeh jauhhhhh.......
1st time in my life keje kat sini nak masuk 7 tahun kena pergi kursus luar dari Selangor dan KL....huhuhuhu..i don't like okeh...!(selama ni balik-balik area KL dengan kat Sungai Buloh sahaja)....
Bagi me Melaka kalau pergi bersuka ria adalah DEKAT, tapi kalau pergi menonong-nonong takde sapa nak teman adalah JAUH...
Fyi, transport tak disediakan tau..so pandai-pandailah masing-masing nak pergi......huwaaaaaaaaa...serius serabutt....nak pergi dengan siapalah ni kan...?adoihaiiiiiiii..
Please help me.....!!




Monday, June 10, 2013

Zoo Negara....

Rombongan Che Kiah ke Zoo Negara...eh...bukan Che Kiah tapi Che Ani..hihihhi...
Rombongan tiba-tiba terpergi katanya......tak plan beria pun..cuma sejak dua-menjak ni memang ada sebut nak bawak Imraan ke mana-mana (antara Taman Burung atau Zoo Negara), tapi last pilih Zoo Negara...sebab dekat je pun.....
Alala...Zoo Negara dengan rumah kitaorang bukan jauh...tak sampai 30 minit dah sampai...tapi tulah, nak pergi kat sana tu kena ada feel gitu..kalau feel tak sampai mau bertahun-tahun memang takkan jejak....
Macam me, last pergi masa Anim darjah 1 tak silap..dalam tahun 2006 dulu...ha..berjaman dah kan....??
Dari tiket harga RM15 sorang dah jadi RM30 kau...punyalah lama kan..nampak benar feelnya memang tak sampai....
Mula-mula bila dah kata jadi nak pergi tu plan nak bertolak pukul 12.30 pagi..tapi tak dapat...
Adake patut Atie tertinggal stroller Imraan kat rumah...elok je sampai kat bawah bila tanya stroller katanya tak bawak...adodoiiiii....
So silalah patah ke rumah anda dan bawa stroller itu ye....kang sapa nak mendukung Imraan kalau dia penat nanti???....
So tunggu punya tunggu, me siap mandi bagai..last pukul 1 baru dia sampai...so solat-solat dulu siap je terus jalan....Alhamdullilah..jalan tak jem...i like!!iyalah, bukan senang nak lalu Hulu Kelang tapi tak jem kan...selalunya jem sokmo, tulah salah satu sebabnya feel nak kesitu tu kureng je....



Sampai-sampai cun tak ramai orang...terus beli tiket pakai gelang tu masuk....
Kitaorang pilih bergerak ke sebelah kanan dulu...sebab nak "jumpa" gajah dengan Zirafah....hehehhehe...
Imraan time ni kejakunan gitu..jakun kan Zirafah tu takpe, namapun bebudak.....
Tapi lagi satu jakun sebab kena duduk dalam stroller...terjerit-jerit ko...tensen je semua orang.....hihihihi
Dia dah lama tak duduk dalam bendaalah tu, jadi tiba-tiba kena duduk dalam tu tu yang jadi seriau.....



See...kang Opahnya tunduk, kang Ibunya pulak tunduk..bergilir-gilir gitu......boleh tahan lama jugaklah nak senyap...memekak nak dekat 15 minitlah jugak...jakun punya pasal..hihihihi...
Me tau dia gayat tu sebab tiba-tiba kena duduk dalam stroller...tapi what to do, kang awak yang penat pulak..jadi nak taknak kena duduklah jugak.....



Dalam jakun-jakun tu tak sangka pulak bila tengok Gajah terus tunjuk pastu jerit...ni..ni..ni.....excited ko.....hihihi...




Fyi, Imraan ni tak reti bercakap lagi...puas dah kitaorang mengajar tapi dia taknak...pemalas boleh tahan ni...
Takat sebut Ayah, Makcik, Opah, Atuk, Pakcik, Adik, Abang, Kakak, Air, Lori, Ni and few more words jelah pun....pemalu nak keluarkan suara ya amat okeh....(tapi Ibunya dah tanya doktor, doktor cakap sebab boy..jadi memang lambat sikit bercakap...harapnya gitulah kan........)...





Tengok muka teruja dia tu..hihihihi..teruja tengok burung sebenarnya...
Peminat burung ni....



Tapi tulah...bila dekat-dekat dengan Gajah tu jakun dia datang balik...dah terjerit jerit...taknak..taknak...huhuhuhu...seriau kat Gajah pulak...ayoyoyo....macam-macam je Imraan ni...



Pemandangan biasa kalau pergi Zoo..hihihihi...






Kitaorang ni clueless okeh..jadi pusing-pusing mana yang lalu je...



Tengok Opah tu..dah macam pelancong asing dah gitu..
Padahal tahun lepas dah pergi tu...jangan taktau Opah satu hari tu (last year) pergi Zoo Negara senyap-senyap dengan Tok Nab...berduet gitu...mana dapat idea tah tiba-tiba je nak pergi Zoo..tau-tau balik kerja katanya baru balik dari Zoo...orang dah pencen..gitulah....^_^












Kat sini berhenti tengok lebih kurang jugak...tak sempat nak telek lebih-lebih sebab bila tengok jam dah nak pukul 3 laju-laju suruh diaorang cari jalan nak ke belah Akuarium...sebabnya kat sebelah Akuarium tu ada tempat show untuk haiwan-haiwan tu...show start pukul 3 pulak tu jadi cepat-cepat tengok sign-board pastu terus je menuju ke sana.....




Memang hebat giler kitaorang....cukup-cukup time je sampai sini...
Tapi tulah...tempat dah penuh okeh..yang tinggal belah kiri ni je kosong sekosong kosongnya sebab panas....huuhuhu...
Tapi takpe..kita belasah je duduk then bukak payung.....


Tengok belah sana, penuh giler okeh..belah sini orang yang kulit bertinted je yang tahan...kahkahkah...
Tapi sekejab je panasnya pun..lepas tu redup okeh..yeayyy!...rejeki tak payah duduk berhimpit macam kat belah sana tu....



Opah dengan Imraan....tu part dia tengah diam tu...
Tak tau mulut bising pastu nak merayap je...hohoho....last bagi HP ibunya baru senyap....
Orang tengah excited tengok show dia buat tak tau...sabar jelah....


Kami...time ni ramai dah cabut sebab taknak tunggu dah...tapi kitaorang takpe...tunggu je sampai habis..rugi ooo..dah sampai taknak tengok sampai habis...
Lepas dah habis show tu round kejab kat area depan tempat ni tengok Ikan Arapaima besar dengan Penguin kejab....pastu jalan ke depan tu ada kios jual jagung lepak-lepak kejab pekena jagung pastu masuk ke Aquarium...





Kitoarang masuk dalam ni bertiga je kengkawan....Emak dengan Anim taknak masuk...sebab diaorang dah biasa masuk Zoo so memang bolayan..so orang-orang yang tak berapa biasa ni silalah pergi...
So bertigalah jalan-jalan pergi tengok ikan...Imraan is macam makcik..seriau tak bertempat....geli itu ini..so tengok laju-laju lebih kurang je pastu keluar...kikikih..janji tengok sudah....



Pose cute dari Imraan...alalala....kemain siap bengkok-bengkok lutut lagi....
Tak suruh pun tapi dia buat sendiri..so Ibunya pun ikutlah....cer tengok, muka sangat copy&paste kan....??heheheh...



Pose skema pulak..layanzz....




Nampak tempat ni belasah amik gambar...jadilah....kikikih...






Kitaorang decide nak balik dah...tapi nak naik tram ni dulu....
Kena tunggu ni okeh sebab kaunter tutup sementara waktu...
Pusing pun tak berhenti...pusing gitu-gitu je....jadilah....
Imraan pun bila nampak je Gajah...Maa...ni..ni....hahahaha....suara dia je satu Zoo okeh...
Lupa pulak...Imraan walaupun 40 kali ibunya ajar sebut IBUUUU...tapi 40 kali jugaklah dia sebut MAMAAAAA...hihihii...tah napa dia tak berkenan betul dengan panggilan IBU tu entah.....peliks....



Lupa pulak..Opah bosan so taknak ikut naik pun..so tunggulah kitaorang kejab tadi tu...



Budak dah berani....tadi mula-mula pergi jakun semacam...ni bila dah nak balik tetiba berani..hamboiii....





Gambar last..punyalah tak semenggah masing-masing...
Taulah guna kamera ala-ala je tapi janganlah gitu sekali kan....cer amik gambar guna kamera godang, mau pose tak berhenti tu kan....hehehhee....




































Okeylah..jom balik...!




Fyi, tiket untuk orang Dewasa adalah RM30 (kena tunjuk MyKad), lepas tu untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun RM6 (kena jugak tunjuk MyKid)..kalau tak tunjuk tak dapat harga ni ye...
Untuk naik tram pulak adalah RM3 untuk dewasa (sekali naik) dan RM2 untuk kanak-kanak berumur 2-12 tahun..yang ni pun kena tunjuk MyKad dan MyKid...
Show pulak kalau weekend pukul 11 pagi dengan 3 petang sahaja...so pandai-pandailah korang budget masa nanti...tempat show pulak adalah disebelah Akuarium...so cari je kat signboard tu tulis Akuarium..takkan sesat punya..........
Parking pulak ada dipintu masuk depan dan dipintu masuk belakang (Parking A dan B)...so jangan panik...penuh depan korang pergi belakang....
Tapi kitaorang pergi kali ni dapat parking kat tepi-tepi jalan Zoo ni je..
Dah ada yang tukang jaga parking tu gamit suruh parking situ, so belasah jelah parking....bila tanya kenapa parking kat depan tu pintu tu tutup??katanya parking dah penuh (tapi tak percaya penuh sebab tengok dengan mata kepala sendiri yang parking kat pintu depan tu kosong sekosong kosongnya ye...tifuu kah??)..so untuk parking kat tepi-tepi pagar Zoo ni kena RM6 sekali parking....(ada tiket..so percaya jelah...)....
Kat dalam Zoo nanti (yang me jumpa lah) ada jugak kemudahan Surau, Toilet, tempat makan, tempat beli jajan, tempat beli cenderahati, tempat berekon kalau-kalau korang kepanasan terlampau (ada tempat berkaca bergambar Ribena dalam tu berekon..so bolehlah masuk situ kejab kalau panas)....
Apa-apa info pergi je kat link Zoo Negara ni....lagi tepat..hehehehe...^_^




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...