Search This Blog

Friday, December 09, 2022

Muntah-Muntah...

Assalamualaikum..hi semua...




Ni nak midnite malam tadi...kat klinik 24jam area rumah kitaorang...
Kisahnya, masa pukul 8.30pm camtu Adik is masa tu memang rupa penat (nak tidur)...dia dok lembek-lembekkan badan pastu dok melempek kat Me...
Dah camtu laju-lajulah Me nak bagi dia makan nasik dulu..takut karang kalau dah tidur kang tak makan pulak kan...
So suaplah nasik...lepas dua sudu tu terus dia taknak pulak...so takpelah..kurang-kurang kalau dia tertidur pun dah makan sikit kan..
Tapi tulah..elok Me gi sinki terus blurrrghhhh...Adik muntah Uolls..muntah jenis macam paip menyembur tu ye (OT kata first time tengok adik muntah macam dalam citer Rock Oo huhuhu)....habis segala isi perut dia keluarkan (kesian okeh).....
Dah camtu elok dia muntah tu, eh elok pulak dia aktif (takde dah melempek penat ke ngantuk ke) macam sebelum tu....(lega la tu kan)...
Pastu dalam nak sejam lepas tu Me bagilah dia susu (sebab masa tu dia betul-betul nak tidur dah)...elok bagi susu, baru dia terlelappp...elok dia terus blurggghhhh muntah lagi (masih lagi muntah macam paip ye)..alamakkkkk...ingatkan dah muntah yang first tu dia dah lega ke apa kan...
Dah camtu..memang kitaroang decided bawak Adik gi klinik jelah....
Tu pun sebelum gi klinik (tengah nak siap-siap) dia nak makan biskut Tiger tu..so makanlah dia dalam 3 keping..punn samaaa...elok tak lama lepas tu terjeluak muntah lagi...
Memang takde tunggu-tunggu dah la lepas tu...terus gi klinik.....











Sampai klinik lambat sebab OT mendobi sekejab kat rumah..OT basuh cadar, baju sarung bantal yang kena muntah tadi Uolls..alang-alang nak keluar, nanti boleh keringkan kat dobi jek yang dah basuh tu......
Nakhil ni pulak muntah dia pelik ye...tak makan elok diam jek takde apa-apa..tapi jangan makan apa-apa (sikit apa pun tak boleh), nanti elok tak lama lepas makan tu mesti muntah semua...
So jumpa doktor dah bagitau doktor bla bla bla..Doktor kata takpe..boleh monitor jek kat rumah dulu (sebab Adik tak dehydrated lagi)...just bagi ubat then monitor sekian-sekian...










Tidur dah..
Dua kali nak tidur tapi tak jadik kan...so dalam kereta tak lama lepas kete gerak memang dia tidur dah Uolls...
Kesian..masa lepas settle kat klinik tu terus kat klinik tu jugak Me bagi dia ubat angin n ubat muntah yang doktor bagi..konon bagi ubat tu sesiap so nanti lepas balik klinik tu nak bagi dia makan...tapi tulah..tak sempat...memang dah tidur betul dah tu...









Baju yang ke-4 pasang malam tu jek Uolls...
Cadar habis...pastu karpet pun..
Tapi takpelah...Me doakan Nakhil cepat-cepat sihat...kesian kalau yang kecik tak sihat...sebab dia tak boleh nak bagitau apa yang dia sakit dan tak selesa kan...








Pagi tadi...
Bangun-bangun mengamuk-mengamuk sebab nak susu..iyalah perut kosong kan...
Tapi tulah..doktor pulak tak bagi minum susu dulu...tunggu perut dah OK baru boleh bagi...
Dahlah tu...nak bagi makan terus memang kena tunggu dulu pulak, sebab kena bagi ubat dulu, baru boleh makan...
Dah jadi satu hal pulak pepagi nak memujuk anak mengamuk sebab lapar...
Ni tadi Me nak gi kerja elok dah dia...dah start makan sikit...setakat pukul 8 suku am tadi pun OT kata Ok lagi..so harap-harapnya cepatlah sembuh perut Anak Mama tu..Aamiin....
Janganlah muntah-muntah lagi Dik.....(kesian sebab dia ada selera nak makan, tapi bila dah makan mesti muntah)....






Thursday, December 08, 2022

Random Pic. 109

Assalamualaikum..hi semua...







Petang hari Selasa...
Balik kerja amik Adik terus gi beli makan... 
Ni kan mulanya OT nak beli air Teh Ais bungkus jek tau (konon lepas belikan Adik keropok lekor nak beli Teh Ais then terus balik rumah jek)..sekali masa order Teh Ais tu OT kata dia tengok brother tu tengah goreng Keow Teow (kemain sedap pulak rupanya kata OT)..
Sanggup tu dah order Teh Ais, OT datang kat Me tanya nak tak makan Keow Teow Goreng?eh haruslah Me kata boleh jek😆....











Order satu jek Uolls sebab banyakkkk...kang beli sorang satu karang terawal pulak jadinya dinner kitorang 😅 (ni kira minum petang jek dulu ye hihi)....
Haruslah sedapppp (lagi sedap bila dapat kunyah yang ada hirisan cili hijau tu..uiiii😆)...
Korang kalau pernah makan jenis goreng-gereng ala mamak taulah rasaa dia camne...
Yang tak tau, ni dia goreng keow teow tu dia letak segala isi cekodok rojak tu..pastu dia letak kuah rojak sikit ye..yang pastinya kalau yang ala-ala mamak memang tumisan dia tu akan melekat likat kat Mee/Keow Teow tu gitu (tengok gambar atas le..camtulah contohnya)..
Iya..original mamak memang masa dioarng menumis tu akan letak kuah kacang okeh n wajib ada cekodok rojak tu jugak..
Me reti pun sebab masa kecik-kecik Abah suka tapaukan kitorang Mee Goreng Mamak...so memang boleh beza antara betul ala mamak or tak...(indikator Me kalau takde kuah kacang tu bukan Mee Goreng Mamak ori okehhh)......












Balik tu Me masak Kurma Ayam...
Semangat okeh...selalunya bawang halia untuk tumis tu semua Me main hiris-hiris jek...tapi kalini tak..Me siap tumbuk dulu bawang putih, bawang besar n halia (siap ada jugak bawang hiris)...
Hasilnya elok je kuah dia pekat sedappp...secukup rasa ye..takdelah cair rasa macam ni kurma ke ni sup nih😅...
OT pun kemain yang kononnya dah kenyang sekali nak seperiuk nasik dia makan😆....
Adik pun Alhamdulillah makan ye..syukurrrr (dah berdebor dah Mama kalau Adik taknak makan)....so lain kali boleh buat lagik la kan...
Memang sebenarnya nak masak apa-apa bawang kena cukup kan?kalau bawang tak cukup tu yang jadi rasa kurang itu kurang ini kan...
Eh sebenarnya dari Mak sampailah kitoarang adik beradik kalau masak memang tak reti nak pakai mak aji/bahan perasa Uolls..jadinya gitu setiap kali masak kena masak beria-ia cukup bahan baru sedap..kalau tak memang rasa yang hado jela😅....
Eh malam tu Me buat jugak Sambal Belacan..Me malas so Me blend jek (dengan harapan jadiklahhh)...eh Alhamdulillah jadikkkk (cuma kalini tak pedas pulak adoilaaa)....
Korang taulah, kalau makan Kurma Ayam+Timun+Sambal Belacan kita boleh gi banyak mana kannn...?tu yang beria-ia betul OT makan tu hihihi...










Lepas masak teringat Kedondong Muda Me beli haritu...so terus Me buat Kicap Cicah dia tu...
Potong-potong kedondong then terusle makan...kenyang kauuu...memang malam tu Me tak makan nasik dah lah (OT n Anak jelah yang makan)......











Pagi semalam...
Minggu ni hari-hari Adik bangun pagi....lepas Mama n Abah bangun mesti dia bangun jugak...
Ni nak bye-bye la nih ha...adoilaa sayu pulak hati nak bye-bye (selalunya tinggalkan dia tengah tidur lagi)....
Ni kan sanggup Me patah balik sebab nak amik gambar dia ye😖....










Breakfast pagi semalam...
Me bawak kuah Kurma sikit..
Ni Me bawak bekal kosong, then Me beli Nasi Lemak kat kantin opis...
Ya ALLAH sedapnyaaaaa...syukurrr...
Lepas ni kan mesti menu mingguan kitaorang Kari Ayam, Kurma Ayam, Sup Ayam, Gulai Putih Sayur, Sambal Tumis le nih ha😆😆😆...mesti  ulang-ulang itu jelah...
Serius tak reti Me nak menambah menu lain (tapi macam nak try buat Tomyam Putih pulak hihi)...
Sejak Nakhil dah reti betul-betul nak makan nasik nih memang Me cuba masak hari-hari Uolls.
Disebabkan Me tak pandai masak, so memang akan mengulang lauk itu jelah..confirmm😅


Sekian





Wednesday, December 07, 2022

Rezeki Masing-Masing...

Assalamualaikum..hi semua...

Pernah tak korang ada benda gembira nak share, tapi korang "terpaksa" diam sebab nak jaga hati orang lain?
Me pernah..
Masa bila?masa Me mengandung dulu (kalau perasan memang Me simpan citer mengandung tu lama kan)...
Punyalah Me nak jaga hati orang keliling sampai Me senyap sepi takde share apa-apa pun pasal Me dah mengandung (padahal dalam hati punyalah happy nak sangat share ye..giler ko tak excited kan?)...
Iya..maasa tu kan siapa yang tau, taulah...taktau Me tak citer gitu....(penpandaile ko tanya sendirik atau ko teka sendirik)....
Me kan punya nak jaga hati orang lain sampai amik nak gambar up kat mana-mana pun selagi boleh Me akan sorok perut ye..punyalah macam tu sekali haaa...
Masa tu iya-iya je kononnya Me nak jaga hati orang lain kot-kotlah terasa (sebab ada ramai kenalan Me yang dah kawin lama, tapi tak ada rezeki anak lagi dan takde rezeki mengandung lagi)...

Stoppp...
Sebenarnya tak payah pun Uolls (menyesal kita di sini😐)....
Tak payah ye Uolls...tak payah nak simpan-simpan sangat perasaan ke, tak payah nak jaga sangat hati orang keliling tu pon (tak payah over-thinking gitu).......
Patutnya ko rasa nak share ko share jek (ikut memasing punya cara la kan..lagi-lagi zaman media social sekarang nih semua benda kat hujung jari jek)...
Dah kenapa kita happy pastu kita nak pendam sebab nak jaga hati orang lain pulak kan?motippp??(ada kena mengena dengan dia ke ponnn😒)...
Tak payahhhh...yang sepatutnya orang lain tulah  yang kena jaga hati sendirik (pandai-pandailah manage hati ko sendirikle oiii)...

Fikir logik ek...
Kalau ko takde duit nak makan sedap sedap, pastu orang lain tu tak bolehlah nak makan sedap-sedap jugak ke?alasan ko sebab orang lain tu kenalah jaga/hormat hati ko (yang tak boleh makan sedap tu), camtu?? 
Contoh lagi ko takde duit nak beli apa-apa sekian sekian, pastu ko nak orang tu pun tak payahlah beli jugak..sebabnya kalau orang tu beli maknanya tak menghormati keadaan ko yang sekian-sekian tu...camtu??(siap kata pulak orang tu menunjuk nunjuk eh ehhhh...)...

Herlow..memasing ada rezeki memasing ye...
Ko tak fikir pulak yang ko ada, orang lain takdeee..
Pastu yang geramnya tu bila tengok orang lain itu ini semua benda nak sedih, semua benda nak terasa, semua benda orang lain tak sensetip gitu, menunjuk la apala (padahal dia sendirik tu serius tak tipu okeh punyalah lagi kaki menunjuk haaa)......
Pesennya ko share apa-apa takpe (tu ko saja-saja nak share jek), tapi bila orang lain share, dah ko sedih (ko kata dia tak jaga hati ko/dia menunjuk/dia tak sensetip😑)....
Fikirlah..takkanlah ko jek boleh share ikut sukati ko, tapi orang lain tu pulak nak kena "catu catu" semua benda sebab nak jaga hati ko??..

Ni based on kisah benar Iolls Uolls...
So...lepas jek Adik dah keluar dari perut Me...memang dah takdenya Me nak sorok-sorok apa dah....lantakkk...😆
Ko nak sensetip (tak tentu hala)..lantakkk....😆
Nak kecik hati (tengok Iolls up gambar anak hari-hari), eh pedulikkkk...😆
Ko nak sedih (tak habis-habis), ko skip jelah aku..gituuu kannn....
Hidup ni kalau nak puaskan hati ko jek (semua orang pulak nak kena sensetip n faham keadaan ko), memang takla..orang lain pun ada life dia la...
So nasihat Me..jaga hati sendirik dulu, baru jaga hati orang lain...sekian😎








Ahad (4 Disember 2022)....

Assalamualaikum..hi semua...






Pagi Ahad Me masak Mee Goreng Basah....
Niat nak masak Mee Goreng Basah dah lama dah, tapi tulah..bila tak sihat semua benda jadik postponed kan...pastu dah sihat pulak nak masak macam ada je dah benda yang boleh dimakan...
Kisahnya..sawi tu Me import dari Ampang Uolls...masa Mak gi beli barang-barang nak masak Me kirim seikat...
Cantik fresh giler ye daun Bayam dia (tak macam kalau beli kat area rumah Me)...
Ni pun dapat letak sepokok jek (Makcik kalau boleh nak letak seikat semua hihihi)..sebabnya sepokok lagi Me dah bagi Atie masa dia masak Mihun Goreng tu (last minit plan nak lepak rumah Atie kan...so takdenya Atie rajin nak mencarik sawi pulak...so dah petang tu dok berebut sawi dah memasing😆..nasib baiklah seikat tu elok ada dua pokok😆)....
Ni termasin Uolls sebab Me gatal dok habiskan kicap Mee tu😅...
Tapi Me repair balik bila nak makan kemudian tu (tambah air jek sudah..settle masalah hehe).....








Air Asam Boi dengan Limau Kasturi...
Ni premade punya Uolls...patient kat klinik pakar tempat Atie kerja yang bagi...
Senang jugak nak buat..tinggal nak tuang asam boi n limau kasturi yang dah siap buat tu sebekas dalam gelas, then tambah air dan ais..siappp...
Sedappp...cuma kelat sebab kulit limau tulah kot kan....













Ni dinner haritu....
Me masak lambat Uolls..so kita makan pun lambat....
Lauk wajib le pon khen...tapi tulah...Adik taknak pulak makan nasik dengan Kuah Gulai Putih tu (bosan ke kenyang makan benda merapu ke taktaulah).....













Konon nak makan gini jek..sekali macam tak boleh tahan..so Me letak kuah dengan sayur tu jugak...eh terus jadi makan bertambah ye😆....(padahal awal tu nak makan sikit jek niatnya)....

















Abah dah potong rambut depan Adik (nampak tak bulat sikit muka dia)....
Tapi tengoklah...apa ke pesennya kan potongnya (Mama memang dah tau dah hasil Abah potong tu mesti pelik punya😅)..
Ni konon lepas dah potong tu OT nak alterlah balik kan..sekali Nakhil bising Uolls (padahal masa potong mula-mula tu dia relax jek)...so lantak situ le rambut dia camtu jek (tunggulah lain kali pulak alter😅)....



Sekian







Tuesday, December 06, 2022

🙃🙃🙃

Assalamualaikum..hi semua...

Me kan ada kenal sorang ni tau...
Haritu (minggu lepas exactly), dia datang singgah opis Me nih...
Me tak rasa dia nak singgah sebab nak jumpa Me pon😎...
Kemungkinan besar dia singgah sebab nak habiskan time dia je kot...(dia kena attend meeting sebenarnya Uolls..meeting tu lambat lagik)..
Lagipun jarang le pun dia nak saja-saja singgah gi kat Me walapun dia lalu lalang depan opis Me (katapun kawan tapi mesra khenn😆)....
Tapi takpe...so datangle dia...sebab lama tak jumpa so kita pun berbasi basa tanya khabar...
So borak-boraklah kitaorang lebih kurang (+-) Uolls....
Sampailah ke part rumah..elok pulak terkeluar pasal Me dah pindah rumah sendiri (sebab dia yang tanya Su duduk kuarters bla bla bla..takkan Me nak iyakan je padahal tak kan)....
Nak tau (sambil buat gaya keypoh), elok je dia dengar Me sebut dah pindah rumah (sendiri)..auto sepantas kilat muka dia berubah ye...dan terus dia taknak dengar dah yang kemudian kemudian tu (auto dia skip terus yang kita tengah cerita tu ye😅...tak tipu...dia berdiri depan muka Me nih, memang Me nampak sejelas-jelasnya ye muka/gestures dia tu😬)..
Geram pulak kita...penat menyembang seronok-seronok tiber orang taknak dengar (tiber taknak dengar sebab Me tersebut keyword pindah rumah sendiri je pulak tu😅.. padahal tadi tu awal-awal elok je ceria menyembang)..tapi eh lantak situ😐....
So tutup citer tadi tu...
Dan dipendekkan cerita...dah sehari dua lepast tu ternampaklah WA status dia up (dia up pasal Mak dia)...
FYI, Me nih pulak memang kenal Mak dia, so Me pun tanyalah khabar Mak dia blablabla (pendek jek pun Me tanya)..
Elok dia jawab ye (cara jawab elok seikhlas hati jek)..
Tapi tulah bila Me suruh kirim salam kat Mak dia..eh terus dia krikkrikkrik kan Me😶....
Tahla...taktaulah nak respond macamana lagi dah😅..takleh lagi pelik ke?😐😐😐






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...