Search This Blog

Tuesday, May 13, 2025

Bila Tiba-tiba..

Assalamualaikum..hi semua..





Petang tadi la ni..
Dalam keadaaan kaki (tumit la pun sebenarnya) yang sakit (sakit berulang, tapi dah makin OK sebab makan ubat anti-radang) Me memasak Uolls..
Mula-mula niat nak masak lauk untuk dinner je, tau-tau dah tenggek periuk then Me rebus Kacang Hijau 1 plastik kecik (tak ingat berapa ratus gram)..tau-tau dah jadi Bubur Kacang Hijau seperiuk rak (besar)😅😅😅..
Punyalah banyak hasilnya Uolls..
Ni Me ada letak biji sagu jugak, tapi sikit je, tu yang tak nampak..
Color bubur jadi gelap sikit sebab Me guna Gula Melaka seketul, gula merah lebih (gula putih 2 sudu besar je)...
Rasanya just nice lemka manis..approaved by tekak Me n tekak OT, Alhamdulillah...








Niat asal Me nak masak ikan tu masak Sweet Sour je..
Sekali bila tanya OT, OT mintak masakkan Kari Ikan..eh lagi senang kan..sama jugak caranya..bahan-bahan pun just hiris-hiris, tumis tumis je gitu..









Dah lama tak makan Kari Ikan masak sendiri punya Uolls..
Ni pun Me masak sebab dah lamaaa betul Me tak masak lauk for dinner...kitanya sendiri yang rela masakkan sebab sendiri dah taktau nak makan apa (yang tapau punya)😅...






Sekian




PD #1

Assalamualaikum..hi semua..





Kitaorang kan sepatutnya gerak awal pagi tu, tapi jadi lambat sebab memcarik baju mandi Me..tak jumpa² Uolls..
Tak memasal nak pukul 12pm baru gerak dari rumah..
Macam biasa, kalau dah tenga cuti panjang memang jalan raya penuh kan..samalah..Sabtu tu highway penuh kereta..kadang-kadang jem gerak slow slow, kadang-kadang laju macam biasa, kadang-kadang sampai beratur stop pun ada..so redho jelah kan..









Dah masuk exit PD, tapi OT masuk ke area UiTM Seremban 3 tu..nak cari lunch dulu...
Saja amik gambar x universiti Usu Haneng hehe..





Pusing punya pusing last ke mamak jugak😆..
Sebelum tu OT dah berhenti nak makan kat salah satu kedai makan kat situ (area rumah kedai kat situ banyak ye kedai makan tengah hari)..cuma bila Me tengok kat area lauk tu, lauk betul-betul lagi sikit nak habis..so last² masuk kereta balik, terus ke mamak jelah..









Nasib baik Roti Canai ada..rezeki Nakhil dapat makan Roti Canai....








Lama sangat nak tunggu segala kuah tu dipanaskan balik, terus Me ordered Nasi Goreng Ayam Mamak..
Lapar sangat dah Uolls..pagi tadi tu breakfast pukul 8.30am..kitaorang sampai kat mamak ni dah pukul3.15pm..







Nakhil makan 2 keping Roti Canai..
Roti Canai kat sini kecikkk..








OT sanggup nak tunggu kuah-kuah tu semua siap..so dapatlah makan lambat sikit....







Alhamdulillah..nak pukul 5 pm kitaorang sampai kat hotel..
Kitaorang sewa hotel co. Me je..last minit masa nak raya haritu Atie cakap dia n azrul dapat cuti panjang minggu cuti wesak day ni...Atie kata jomlah gi PD n kalini (lagi) dia nak belanja untuk cuti kalini..Alhamdulillah..dah camtu Me bookingkan je..
Rezeki pulak walaupun date peak time tapi still ada lagi bilik-bilik kosong Uolls..
Ni pun Mak n Anem taknak pergi..so kitaorang 3 beradik n family jelah yang gi..
Niat nak bagi bebudak happy happy dengan cousins..nak lebihkan bonding..





Bersambung...





Monday, May 12, 2025

A Day Before..

Assalamualaikum..hi semua..
Kitaorang Alhamdulillah dah ada di rumah dah..malam tadi sampai..
Masing-masing lesu n penat betullll..
Kemain sakan jalan ramai-ramai kan walaupun 2 hari je bercutinyapon🤭..







Dinner malam hari Jumaat haritu..
Kitanya mintak nak Burger Kawin Special je..je gitu😆..padahal masa OT pass kat Me plastik burger ni kan OT kata kemain besar (bungkusan), macam nasik dah😆😆😆..tapi iya, memang pun..kemain besar lagi ye bungkusan dia hahaha..banyak orang tu bagi sayur, betul betul extra😍...








Malam tu OT gi basuh kereta..







Dah basuh, eh OT sambung pulak wax..
Ghajin sangat ye..






Mama n Adik duduk jelah berdua kat rumah..
Memang duduk betul-betul ye, sebabnya satu apapun kitaorang tak packing..
Tunggu esok paginya baru kita packing barang-barang nak bawak ke PD...






Dipendekkan cerita..
Pagi Sabtu tu Me masak sarapan..
Kitanya terjaga awal, elok sebelum pukul6 pagi..
Dah siap-siap mandi solat pun bila tengok jam eh lambattt lagi ni nak bergeraknya..so Me masak jelah..lagipun perut Me lapar sangat dah..
Padahal niat nak breakfast atau brunch (ikut mana yang sempat) masa nak bergerak ke PD je..tapi takpela..jangan buang masa kan..masak jelah (bahan-bahan ada takpela kan, tak sampai 20 minit dah boleh makan)..







Bersambung...





Sunday, May 11, 2025

Di Port Dickson..

Assaalamualaikum..hi semua..





Makcik, Uncle (OT) & Nakhil tengah healing healing kat PD ni Uolls..
Jumpa lagi nanti..





Saturday, May 10, 2025

Gotong Royong..

Assalamualaikum..hi semua..



Masih lagi pasal kat office😄..
Pagi semalam ada gotong royong nak menclearkan barang-barang yang kena lupus..
Bagusnya boss, sebelum gotong royong ada majlis bacaan Yasin beramai-ramai dulu..
Dah habis majlis bacaan Yasin, then breakfast beramai-ramai dulu..baru start buat kerja...






Ada Roti Canai, ada buns dan ada Bubur Jagung..Alhamdulillah...








Antara yang terlibat..ramai lagi yang ada tapi tak masuk dalam frame ni..
Bagus semuanya rajin-rajin belaka..memang habis clear semuanya ye..dari takde rupa bilik, elok clean n clear terus....
TQ kepada semua yang terlibat..Me ni jadi tukang arranged n tukang keliling itu ini..sebabnya bahagian aset kat office baru ni Me yang jadi tukang jaga..
Alhamdulillah..sebelum pukul 12.30pm dah siap dah semua..TQ semua😍❤️...






Sekian..







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...