Seminggu dua dah terbantut dek cerita cuti-cuti ke Kuala Terengganu so kali ni me cerita balik pasal majlis Ana kahwin balik ye...
Ok kita start balik....
23 Mac 2013 (Sabtu) adalah tarikh Ana nikah dan 24 Mac 2013 (Ahad) pulak adalah tarikh Ana bersanding...
Kalau ikut plan asal awal bulan 3 lagi nak buat majlis Ana ni..tapi asyiklah kena reject dek orang-orang keliling sebabnya takut bertembung dengan date pilihanraya nanti...
Iyalah..Ana kahwin ni nak guna dewan serbaguna kat rumah kitaorang tu...so kalau tetiba kad dah buat segala dah siap lepas tu tetiba PM umumkan parlimen dah bubar memang menangislah nak tukar itu ini kan...
So Ana belasah je nekad nak amik jugak tarikh 23&24 Mac tu...
Daripadah dok fikir macam-macam sangat kan, kang langsung sampai hujung tahun pun tak tau bilanya nak buat pulak....so kita buat jelah tarikh tu....
Dan bila dah set tarikh 23 dan 24 haribulan tu, kitaorang just buat backup plan simple je...
Tak dapat guna dewan tu, kitaorang pasang jelah khemah kat area sebelah Surau (surau ni dekat dengan dewan serbaguna tu jugak tapi ada tapak parking yang besar boleh jugak kalau nak letak khemah ke apa...)...so senang...tak payah nak tukar venue sangat...so semua orang pun tak payah nak pening-pening kepala sangat kan....
Memang time tu kitaorang dah ala-ala gamble je, sambil berdoa jugaklah janganlah piliharaya lagi kan....
Dan Alhamdullilah....memang piliharaya pun takde...so plan back to normal jelah kan....lega sangat-sangat.....
Ok...Ana nikah hari Sabtu 23 haribulan tu dekat Masjid Kampung Melayu Ampang....
Nikahnya start selepas Asar....tapi tulah...last minit kelam kabut semua orang....dah pukul 5 baru masing-masing sampai (masa tu Asar awal..patutnya assumed pukul 4.30 petang dah kat sana dah...)...
Tu pun sebab dah panik main tinggal je sapa yang ada...sapa dah siap terus zass ke masjid...hasilnya 2-3 kerat jelah yang mengikut...kikikih...sorry sangat-sangatlah acik-acik yang kitaorang ter'tinggal'kan kat dewan tu...
What to do..panik sangat..bila dah siap tu tak ingat apa dah...terus je zass ke masjid, tak fikir dah nak singgah dewan tu dah, tau-tau kitaorang dah sampai masjid.......so sorry ok....huhuhuhu.....lain kalilah kot kan...eh..lain kali tu sapa pulak nak kawin??anim kah?kahkahkah....
Harap diampun...kali ni memang me tak rajin langsung nak amik gambar....
Mana yang sempat je me amik...memang takde mood langsung...kakak perantin kan...haruslah bizi sikit...
So gambar mana yang ada ni snap ala ala ikhlas tak ikhlas je gitu...nasiblah ada jugak...
Imraan..tah napa tah petang tu kemain super-active dia nih....
Bising suara dia je kat dalam masjid ni...ayooo!
Tu belum lagi lari sana sini...kang pusing sana sini, kang naik kat badan kitaorang sana sini..adoii!
Masa ni tengah dengan khutbah nikah by tok kadhi....
Tak dengar sangat pun..kuikui...sebabnya jauh...kadhi pulak tak pakai mic..so dengar tak dengar jelah...
Anim....
Atie dan Imraan....
Budak ni betuilah tak duduk diam..eiii..nak je gigit..tapi sebab ditempat awam, tak boleh gitu..nak marah memang tak bolehlah kan kang berlawan suara dengan tok kadhi pulak....
Saya dah Emak....
Kitaorang tak pakai sedondon pun...belasah je baju apa yang ada..janji pakai sopan yek....
Saya...
Peace....
Akhirnya Ana selamat dinikahkan....Alhamdullilah...lebih kurang pukul 6 tak silap..dengan sekali lafaz sahaja....hebatkan kedua-dua orang adik ipar saya....?hehehehe...
Dah selamat tu perantin lelaki sempatlah solat sunat kejab...lepas tu bergambarlah kami sekejab....
Gambar nikah atau gambar sekeluarga memang takde dalam kamera ni ye......
So tunggulah official photog bagi kang baru me letak dalam blog ni ye....
Dah amik gambar tu terus bergegas ke dewan....
Makan-makan kat dewan serbaguna tu jugak....so kenalah pergi melawat dewan pulak..kang tuan rumah tak balik-balik melopong pulak tetamu kan....
Ni me tempek lagi sekali gambar Ana dan Syafiq.....
Selamat Pengantin Baru to both of you.....
Semoga berkekalan sehingga ke Akhir Hayat.....
Bersambung....