Search This Blog

Thursday, May 26, 2011

Tayar Bocor...

Ni gambar amik pagi semalam..
Konon nak buat entri..tapi hampeh tak dapek..so, lupakan saja, tempek gambar sudah....huhuhuhu

Kembali ke cerita yang asal..
Selasa petang tengah laju-laju nak balik bila sampai kereta tengok Ya ALLAH..tayar depan belah driver dah flat seflatnya...huhuhuhu..
Terkujat ko...tapi cool..cool dulu...fikir fikir camne dulu, baru bertindak...
Me sebenarnya macam seriau je nak bawak kereta time tu..iyalah..tayar tu flat sangat..macam takde harapan untuk bergerak je...
Tapi bila difikir-fikir balik...takpe..try je bawak slow-slow..sampai stesen minyak kang pam minyak...nak mengharapkan orang-orang kat sini hampehlah tak tentu lagi ada yang nak tolong..lagipun sementara boleh buat sendiri tu usahalah kan dulu, kalau dah terdesak sangat tu barulah mintak tolong orang kan...?
Akhirnya setelah difikir-fikir di telek-telek me pun bawaklah jugak Makcik Viv me tu slow-slow..
Dan disebabkan kat Jalan Ampang ni semua driver adalah sangatlah tak penyabar (termasuklah me) so me nyalakan hazard light terus...
Senang cerita...so, kalau sapa-sapa rasa nak potong silakan...tak payah nak maki-maki yek...memang me bawak kete slow macam siput babi disebabkan emergency gitu...Jadi sila ke lane sebelah kalau kamu semua dah tak tahan nak tekan minyak..kuikuikui
Sampai stesen minyak terus me pam anginlah kan...
Sekali mula-mula tu pam tu macam rejectlah pulak, macam angin tu tak mau isi...siap meter tu bunyik bib sekali pastu berputar-putar jam tu tak tentu hala..sudahhhhhhh....janganlah oiiii.....
Tapi me tak putus asa..cool man..cool....terus je me cucuk benda alah tu isi lagi...
Alhamdullilah..lega...mau pun dia...dan memang giler jauh angin tu kurang tau....sebaiklah walaupun tadi tu dah flat giler-giler, tapi bila me bawak Makcik Viv me tu tayar tak kuar api ala-ala kereta drift gitu...kalau tak menangis ditepi jalanlah jawabnya...kuikuikui...
Me test lagi sekali isi..angin tak kurang..statik penuh je..so sangat-sangatlah lega....alhamdullilahhhhhhh.....aminnnnnn....jadi proceed perjalanan pulang kerumah....heheheheh

Nak dijadikan cerita...dalam keadaan yang agak panik tu kebetulan petang Selasa tu me dah berjanji dengan Atie nak amik Imraan...sebabnya Atie kena OT sampai pukul 9 malam nanti...
Dahlah tu sebelum amik Imraan tu kena pulak amik Ana dulu...
Iyalah..Makcik Viv me tu manalah ada baby seat kan...kang tak pasal-pasal tergolek-golek pulak Imraan satu kereta..hahahahha...nak ke taknak kalau nak amik Imraan kenalah bawak sorang lagi untuk pegang Imraan tu...
Jadi..dalam keadaan yang sangat berhati-hati (sebab selalunya main belasah bawak je tak kira lobang atau bonggol ke apa), akhirnya walaupun dalam hati panik masih ada, tapi me selamat sampai ke rumah, selamat amik Imraan dan selamat sampai ke rumah lagi.....syukur..syukur...

Malam tu  pulak risau still risau...tapi takdela pulak nak bawak gi bengkel...(kiranya risau dalam hati je..tapi nak bawak ke bengkel harammm.....boleh lagi malas nak berfikir-fikir..cisss....salahkan diri sendiri ye...)
Sebaiklah dalam malas berfikir-fikir tu bila nak pergi kerja pagi semalam tayar in good condition...tak flat pun..lega dua puloh pat kali....fuhhhhhhh!...

Dipendekkan cerita, 
Petang semalam walaupun tayar kereta masih lagi cun terletak tak effect apa-apa, tapi balik kerja je terus me terjah bengkel kereta....takut sejarah mungkin berulang ok...tak sanggup nak tanggung risiko.....
Sebaiklah bengkel pun elok je bukak lagi...memang i lap u lah kan....heheheheh
Masa mekanik tu cek haa kau...terus dia tunjuk kat tayar me tu...Ada 2 batang paku....2 batang ok..bukan 1 ye...serius terkejut ko...memang takleh terima...giler banyak sampai 2 paku tu..patutlah flat secara habis-habissan....tah paku sapa tah yang tercecer tepi jalan tu tah (mata ke atas tangan didada...)....dahlah tu, elok pulak paku tu tercucuk dekat-dekat je...ishhhh....macam dirancang-rancang gitu..cissss....
Bila dah setel mekanik tu tampal tayar Makcik Viv, lega berlagu-lagu hati ni ok...syukur sangat-sangat....
Terus balik rumah mandi dan bersolat...(wahahahah..bukan senang nak tengok Sue solat Asar cepat oiiii....)....hihihiiik...
Time tu memang rasa macam nak round round the world bawak Makcik Viv time time tu jugak je.....kuikuikui...

Lupa pulak, bengkel charge RM5 untuk satu bocor..so untuk dua bocor, silalah kira sendiri ye berapa RM me kena..kuikuikui....
Pastu, barulah me tau, rupa-rupanya tayar Makcik Viv tu tayar tubeless gitu...tu pun me interview serba sikit mekanik tu...selama ni walaupun Nurul pernah cakap yang tayar Makcik Viv tu tubeless...tapi haram tak amik tau..hehehehhe..dah bocor barulah mengelupur nak tanya kan...barulah mengelupur nak ingat apa yang orang lain pernah cakap kan...haremm sungguh Sue...hehehheheh


Monday, May 23, 2011

Puding Kastad (Jagung)

Buat jumaat 2 minggu lepas...



Puding Kastad

Puding
Simple custard pudding

Created on : 10-04-2006

Bahan-bahan ( 20 cm )
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula (dikurangkan, me jadikan 3/4 cawan sahaja)
  • 1 cawan jagung dalam tin (me guna yang corn in cream, sebab tu je yang ada kat rumah)
  • 5 cawan santan (kurangkan, me jadikan 4 setengah cawan sahaja)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend jagung (me tak blend pun, saja sukakan rasa jagung seketul-seketul tu...). Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
  2. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
  3. Masukkan ke dalam loyang
  4. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk


Terima kasih Erna untuk resepi ni...
Kengkawan tryla...resepi simple tapi memang sedap sangat-sangat....

Thursday, May 19, 2011

Cream Puff..

Cream Puff yang dihasilkan pada bulan 6 tahun 2007...
Ha kau..dah berjaman kan...

Kisahnya, pagi tadi bukak-bukan gmail tetiba dapat email dari siti Normaya ni...
Dia tanya soalan pasal cara nak buat creampuff yang me pernah cuba buat dari myresepi...(me ada tinggalkan jejak kat sana...)
Sebaiklah kisah lama tapi me masih ingat lagi cara dan kaedah nak membuatnyer...hehehhehe...

Resepi asal adalah dari SINI....

Cream Puff

Cream-puff
Senang.. cara-cara masak bergambar

Created on : 29-08-2006

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2.  Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4.  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6.  Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8.  Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9.  Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10.  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12.  Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer


 Tapi seperti pertanyaan Siti Normaya, me tak ni takde microwave oven sebernarnya, dalam komen me kat Myresepi tu, me telah gunakan periuk biasa je bila nak buat batter cream puff nih...
Caranya senang je, guna je dapur biasa, just tenggek periuk biasa cuma api kena maintainkan perlahan je, sebab takut adunan jadi bergentel...
Kat bawah ni adunan yang dah dipipe ke atas dulanglah sangat kan tutup periuk tu...kuikuikui...
Ni kaedah orang tak reti nak cari dulang pembakar kat ne, so belasah je guna tutup periuk...
Lagi satu, me pipe ni tak guna pun bag piping, just guna plastik putih (clear) tu je...
Dah sumbat adunan kat dalam plastik dan gunting sikit je hujung plastik tu...
Terus boleh pipe kan dah...pipe secara bulatan dan jadilah bentuk macam kat bawah ni...(ewahh...macam pro je kan...?hehehhehe)
Macam resepi asal jugak, lepas dah pipe tu kena semburkan sikit air kat atas adunan ni...
Untuk apa me tak berapa pasti lah pulak..hihihihiihi...

Ni yang dah siap bakar...
Amacam??oklah kan untuk amatur..hihiihi..
Masa buat ni memang habis ngoklah...pakai belasah je mana yang ada...
Tapi alhamdullilah..menjadi u all..hehehhehe...
Ok tak??
Ok sangat-sangat dah ni tau...
Apapun, kepada Siti Normaya selamat mencuba yek...(macamle dia baca blog nih...hehehheh)
Untuk Yani dari Myresepi pulak, TQVM...
Lupa pulak, untuk cari cara nak buat inti cream custard tu click link kat atas tu ye...

Sue Berkata tapi Dalam Hati: i wonder camne Siti Normaya tu boleh dapat email me tu kan?serius pelik binti heran...huhuhuhuhu

Monday, May 16, 2011

Takda Mood...

Sejak dua tiga hari ni macam takde mood...
Satu pasal kat ofis..satu pasal kat rumah...
Malas nak citer pasal apa kat sini...walaupun dalam hati mengeletis sangats-sangat nak menulis...
Tapi takpela..
Lagipun sebagai hamba yang lemah, tak boleh nak salahkan orang lain tu seratus peratus walaupun kita rasa kita dah buat dan jadi yang terbaik...hati manusia lain-lain kan....?
Jadi nak atau taknak kenalah biarkan saja....baik me diamkan diri saja....me malas nak fikir secara berlebih-lebih...sedih tak sedih hidup harus diteruskan juga...
Bak kata seorang sahabat..biar orang buat kita, tapi kita jangan sesekali buat orang...
Cuma harapnya, masing-masing supaya masing-masing diberikan petunjuk supaya satu hari nanti kita semua boleh jadi lebih baik lagi...Amin...

Saturday, May 14, 2011

Bercekau...

Disebabkan me ni buta jalan, so harap maklumlah kalau tersesat tu..
Tapi dah namanya Sue and the famili bercekau itu adalah harus...tak bercekau dulu tak sah..
Bayangkan dari Putrajaya tak dapat-dapat cari exit nak ke Ampang...sesat dah sampai ke Puchong Selatan ko..huhuhuhu
Pusing punya pusing, nak dekat sejam cari exit je, barulah kembali ke jalan yang benar...huhuhuhu...
So, maknanya juga, kami bercekau nak dekat sejamlah jugak..bayangkan...tensen tak tensen tu, dahlah sesat pastu masing-masing mulut taknak kalah...serabut bertambah ok...huhuhuhu...
Tapi tulah...kan me kata famili kecik kitaorang ni memang taknak kalah..bercekau tu kan harussss....(iyelah, cara-cara nak 'mengakrabkan' ikatan kekeluargaan...kuikuikui.....)
Pastu, dan-dan bila dah jumpa jalan tu...Ait...terus senyap...hahahhaha...sabar jelah...
Ni baru Putrajaya nak ke Ampang..ni nanti-nanti cuti sekolah ni dari Ampang nak ke PD ni camno??
Haruskan kami bercekau lagi...???ohhh..tidakkkkk.....wendak..wendak..wendak...!huhuhuhu....

Wednesday, May 11, 2011

Berkursus...

Saya berkursus selama 2 hari...
Dimulai pada hari ini dan diakhiri pada hari esok....
Kursus untuk frontliner gitu..so, layankan je...
Dah lama tak berbahasa guna bahasa Inggeris..sangat-sangatlah kekok...hampeh sungguh...
Lepas ni nak kena rajin-rajin sepikong London le gamaknya...kalau tak memang sangat-sangat kesian pada diri sendiri..huhuhuhuhu....
Walaupun kerajaan nak start balik memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi tak salah rasanya kalau kita tau guna bahasa kedua atau ketiga kan?
Kursus pulak untuk harini oklah...ni nak habiskan pulak hari esok, harap makin bestlah...


Tuesday, May 10, 2011

Hot Items..

Elehhh..hot le sangat...
Buku ni me beli hujung bulan lepas...
Dah lama dah cari, tapi ni baru jumpa...
Dulu me pernah belajar 2 semester course third language bahasa Mandarin ni masa kat UiTM...
Buku time belajar tu patutnya ada dua jilid...tapi serius tak tau manalah hilangnya...
Dahlah tu buku tu sangat-sangat bagus tau...senang nak belajar, senang nak faham...sangat-sangatlah praktikal gitu...
Tapi disebabkan buku tu ghaib tah kemana, jadi me amik inisiatif beli buku baru...
Buku ni isi dia adalah sipi-sipi 60 % macam buku yang lama dulu...tapi tulah, buku lama tetap best ok...yang buku ni banyak perbendaharaan kata yang tak ada...rugi giler bila teringatkan buku lama...
Tapi okeylah...dari takde...
Beli buku ni pun sebab rasa jeles dengan Teacher Mijon...Mijon tak payah amik kelas dengan baca buku pun dah agak fasih berbahasa Mandarin, yang me ni dulu pernah belajar 2 semester (siap dapat B+ lagi tau...oklah untuk orang yang haram tak tau apa benda kan...),  tapi hampeh haramm tak reti nak bercakap...takat faham 2 3 patah kata je yang boleh......
Jadi untuk brush-upkan lagi, me just beli je buku ni..rajin-rajin bosan takde buat apa-apa bolehlah memekak dok baca buku ni....
Serius syok tau belajar bahasa Mandarin ni...lagi kalau kita faham apa yang orang lain cakap...rasa macam nak menyampuk je..hihihihiik...


Tudung sarung...
Beli Rabu lepas...Beli 5 helai...tapi untuk me 3 helai jelah..yang lebih dua tu untuk Emak dengan Anim...
Serius jugak..tiap kali membeli mesti confius bab nak mencarik warna apa yang takde...
Jadi last nanti beli jugaklah warna yang dah ada atau sipi-sipi dah ada...huhuhuhu
Kali ni me beli Hitam, Hitam memang wajib sangat dibeli, Kelabu pulak kali ni beli warna yang lebih cair...pastu yang Pink pun sama, kat rumah tu striking sikit dari yang ni,cuma yang Pink ni ada ropol-ropol sikit...bolehlah dari tak ada kan...
Esok pulak mungkin lepas balik kursus nak pergi beli lagi..nak bawak Baju Pahang (yang me tempah dari Zaba Textile hujung bulan lepas tu) sekali, manalah tau ada warna yang matching...mudah-mudahan..baru comel sikit pakai baju baru....hehehheheheh
Opss..lupa...cadar warna Merah tu pun baru tau..me hujung bulan lepas jugak...
Cantik tak?hehehhehe.....


Yang ni selipar-selipar yang sempat dirembat time cuti petang semalam...
Eloklah pun, lepas je setel urusan semalam tu, terus cari tempat nak buat kunci...
Tunggu uncle kunci tu lama sangat (ada customer lain), jadi sempat ke kedai sebelah...
So terbelilah selipar jamban yang belah kanan tu....
Oklah, selipar basahan, lagipun jenis tak licin, sesuai nanti kalau nak pergi swimming ke apa (betul tak ayat selipar basahan tu..?ihihihii)...
Yang belah kiri tu pulak, mula-mula macam taknak beli, iyalah design makcik-makcik kan (sorilah makcik-makcik...no heart feeling yek...)...tapi bila pakai...amboii...soft and tender gitu...terus je rembat..tak fikir dah...lantaklah makcik-makcik tak makcik-makcik..bukan duit orang lain pun....
Yang selipar ni pulak me beli kedai lain, tapi kat level sama...
Pasal uncle kunci tu pulak, mula-mula tunggu macam berzaman je...terkial-kial je dia, iyalah uncle dah veteran buat benda berseni-seni ni kan...
Tapi bila sampai turn me, punyalah cepat...memang pakar kunci betullah...
Dia toleh je kebelakang, tak sampai 5 minit tetiba dia kata dah siap....aittt....uncle asah pakai laser ker?hihihhii..serius cepat...murah pun murah...RM3 je untuk 1 kunci...selalunya mesti RM4 ke atas kan.....
So, lain kali kalau nak buat kunci pergi jelah kat Uncle kat level bawah Ampang Point tu...walaupun tunggu turn tu lambat, tapi bab mengasah kunci duplicate memang uncle tu fast and furious gitu..sangat cekap...heheheh...

Oklah, tu je pun yang me beli..tapi tu pun nak kecoh kan...???macam orang lain kesah pun...
Tapi takpelah, ni namanya entri saja suka-suka...lagipun ada entri bergambar-gambar ni kan memang best...betul tak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...