Search This Blog

Monday, June 06, 2011

Cubaan 1...2....3...

Bulan lepas me ada cuba try test buat Bubur Caca...

Tak sangka ek senang jugak...
Ni pun pakai belasah buat, sebabnya ingat-ingat lupa dah camna resepinya...
Sebaik dalam belasah-belasah tu jadi...hehehhehe...

Resepi Bubur Caca belasah saja..
Bahan:
Sekotak Santan 
Sepaket kecil Caca (iya ke panggil gini?hihihihihik)
Sedikit garam
Gula secukup rasa
1 helai Daun Pandan
Air

Cara:
Rebus Caca hingga 3/4 kembang, toskan air...
Panaskan santan, daun pandan, gula dan garam, biarkan mengelegak sikit...
Masukkan Caca dan kacau selalu sehingga kuah santan pekat (pekat ikut suka da...)

Senang je kan...?resepi belasah katanya...huhuhuhu...



Wednesday, June 01, 2011

Menyamar????

Ni baru je lepas letak tepon...
Ada sorang Chinese Lady call...dia sebut nama me...
Me pun katalah me yang bercakap...
Dia tanya ada tak dapat fax yang dia dah sent..
Me tanyalah sent pasal apa, untuk siapa...?
Dia kata untuk me..pastu bagi nombor fax sekian-sekian...
Me kata me check dulu nombor fax tu betul ke tak... (lagipun me memang tak hafal pun nombor fax ofis, sebabnya kat ofis me ni fax machine ada dalam bilik sorang staff tu..pastu staff tu je pun yang guna..orang lain takde keperluan termasuk me lah kan...)
Pastu bila check memang salah pun...
Me ni tanyalah lagi...fax tu pasal apa?
Chinese lady tu cakap tadi dia cakap dengan nama Su****** (nama me lah tu...) pasal L** (nama company me) nak sponsor RM10k untuk majlis sekian-sekian (dah lupa apa dia sebut).....
Serius me terkejut....gilo apo?????

Me cool jelah..me cakap kat dia..memanglah nama me Su******, tapi me takde pun call sapa-sapa...
No fax tu pun bukan kat sini, mungkin tempat lain...
Last, Chinese lady tu cakap..takpelah..dia dah fax bendaalah tu..so, biarlah orang yang patut tu dapat...
Huhuhuhu..sebaik masing-masing pun jawab cool je..kalau masing-masing terkejut sebab kena tipu dan ditipu mau gaduh ni...
Tapi, memang giler heran...memang caller tu sebut nama dengan company tu sebijik ok...
Pastu, bila masa pulak me call dia??me takde call sesapa pun hari ni dah semalam-malam dan semalam, kelmarin-kelmarin pun...me memang tak pakai tepon ofis langsung dan takde buat call merapek camtu langsung ok....dan yang penting kerja-kerja me langsung takde kena mengena dengan orang luar....
Terkejut gak, giler apa orang gila tu pun nak guna nama me tak beragak-agak...
Lepas ni kalau ada pulak yang claim me yang call cakap/janji benda sekian-sekian memang kena buat report polis le gamaknya.....serius giler seremmmm....sapa tak seram, kalau nama dengan nama company dibuat main-main..kang tak pasal-pasal me pulak yang kena...huhuhuhuhuhuhuuuuuuu


Thursday, May 26, 2011

Tayar Bocor...

Ni gambar amik pagi semalam..
Konon nak buat entri..tapi hampeh tak dapek..so, lupakan saja, tempek gambar sudah....huhuhuhu

Kembali ke cerita yang asal..
Selasa petang tengah laju-laju nak balik bila sampai kereta tengok Ya ALLAH..tayar depan belah driver dah flat seflatnya...huhuhuhu..
Terkujat ko...tapi cool..cool dulu...fikir fikir camne dulu, baru bertindak...
Me sebenarnya macam seriau je nak bawak kereta time tu..iyalah..tayar tu flat sangat..macam takde harapan untuk bergerak je...
Tapi bila difikir-fikir balik...takpe..try je bawak slow-slow..sampai stesen minyak kang pam minyak...nak mengharapkan orang-orang kat sini hampehlah tak tentu lagi ada yang nak tolong..lagipun sementara boleh buat sendiri tu usahalah kan dulu, kalau dah terdesak sangat tu barulah mintak tolong orang kan...?
Akhirnya setelah difikir-fikir di telek-telek me pun bawaklah jugak Makcik Viv me tu slow-slow..
Dan disebabkan kat Jalan Ampang ni semua driver adalah sangatlah tak penyabar (termasuklah me) so me nyalakan hazard light terus...
Senang cerita...so, kalau sapa-sapa rasa nak potong silakan...tak payah nak maki-maki yek...memang me bawak kete slow macam siput babi disebabkan emergency gitu...Jadi sila ke lane sebelah kalau kamu semua dah tak tahan nak tekan minyak..kuikuikui
Sampai stesen minyak terus me pam anginlah kan...
Sekali mula-mula tu pam tu macam rejectlah pulak, macam angin tu tak mau isi...siap meter tu bunyik bib sekali pastu berputar-putar jam tu tak tentu hala..sudahhhhhhh....janganlah oiiii.....
Tapi me tak putus asa..cool man..cool....terus je me cucuk benda alah tu isi lagi...
Alhamdullilah..lega...mau pun dia...dan memang giler jauh angin tu kurang tau....sebaiklah walaupun tadi tu dah flat giler-giler, tapi bila me bawak Makcik Viv me tu tayar tak kuar api ala-ala kereta drift gitu...kalau tak menangis ditepi jalanlah jawabnya...kuikuikui...
Me test lagi sekali isi..angin tak kurang..statik penuh je..so sangat-sangatlah lega....alhamdullilahhhhhhh.....aminnnnnn....jadi proceed perjalanan pulang kerumah....heheheheh

Nak dijadikan cerita...dalam keadaan yang agak panik tu kebetulan petang Selasa tu me dah berjanji dengan Atie nak amik Imraan...sebabnya Atie kena OT sampai pukul 9 malam nanti...
Dahlah tu sebelum amik Imraan tu kena pulak amik Ana dulu...
Iyalah..Makcik Viv me tu manalah ada baby seat kan...kang tak pasal-pasal tergolek-golek pulak Imraan satu kereta..hahahahha...nak ke taknak kalau nak amik Imraan kenalah bawak sorang lagi untuk pegang Imraan tu...
Jadi..dalam keadaan yang sangat berhati-hati (sebab selalunya main belasah bawak je tak kira lobang atau bonggol ke apa), akhirnya walaupun dalam hati panik masih ada, tapi me selamat sampai ke rumah, selamat amik Imraan dan selamat sampai ke rumah lagi.....syukur..syukur...

Malam tu  pulak risau still risau...tapi takdela pulak nak bawak gi bengkel...(kiranya risau dalam hati je..tapi nak bawak ke bengkel harammm.....boleh lagi malas nak berfikir-fikir..cisss....salahkan diri sendiri ye...)
Sebaiklah dalam malas berfikir-fikir tu bila nak pergi kerja pagi semalam tayar in good condition...tak flat pun..lega dua puloh pat kali....fuhhhhhhh!...

Dipendekkan cerita, 
Petang semalam walaupun tayar kereta masih lagi cun terletak tak effect apa-apa, tapi balik kerja je terus me terjah bengkel kereta....takut sejarah mungkin berulang ok...tak sanggup nak tanggung risiko.....
Sebaiklah bengkel pun elok je bukak lagi...memang i lap u lah kan....heheheheh
Masa mekanik tu cek haa kau...terus dia tunjuk kat tayar me tu...Ada 2 batang paku....2 batang ok..bukan 1 ye...serius terkejut ko...memang takleh terima...giler banyak sampai 2 paku tu..patutlah flat secara habis-habissan....tah paku sapa tah yang tercecer tepi jalan tu tah (mata ke atas tangan didada...)....dahlah tu, elok pulak paku tu tercucuk dekat-dekat je...ishhhh....macam dirancang-rancang gitu..cissss....
Bila dah setel mekanik tu tampal tayar Makcik Viv, lega berlagu-lagu hati ni ok...syukur sangat-sangat....
Terus balik rumah mandi dan bersolat...(wahahahah..bukan senang nak tengok Sue solat Asar cepat oiiii....)....hihihiiik...
Time tu memang rasa macam nak round round the world bawak Makcik Viv time time tu jugak je.....kuikuikui...

Lupa pulak, bengkel charge RM5 untuk satu bocor..so untuk dua bocor, silalah kira sendiri ye berapa RM me kena..kuikuikui....
Pastu, barulah me tau, rupa-rupanya tayar Makcik Viv tu tayar tubeless gitu...tu pun me interview serba sikit mekanik tu...selama ni walaupun Nurul pernah cakap yang tayar Makcik Viv tu tubeless...tapi haram tak amik tau..hehehehhe..dah bocor barulah mengelupur nak tanya kan...barulah mengelupur nak ingat apa yang orang lain pernah cakap kan...haremm sungguh Sue...hehehheheh


Monday, May 23, 2011

Puding Kastad (Jagung)

Buat jumaat 2 minggu lepas...



Puding Kastad

Puding
Simple custard pudding

Created on : 10-04-2006

Bahan-bahan ( 20 cm )
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula (dikurangkan, me jadikan 3/4 cawan sahaja)
  • 1 cawan jagung dalam tin (me guna yang corn in cream, sebab tu je yang ada kat rumah)
  • 5 cawan santan (kurangkan, me jadikan 4 setengah cawan sahaja)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend jagung (me tak blend pun, saja sukakan rasa jagung seketul-seketul tu...). Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
  2. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
  3. Masukkan ke dalam loyang
  4. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk


Terima kasih Erna untuk resepi ni...
Kengkawan tryla...resepi simple tapi memang sedap sangat-sangat....

Thursday, May 19, 2011

Cream Puff..

Cream Puff yang dihasilkan pada bulan 6 tahun 2007...
Ha kau..dah berjaman kan...

Kisahnya, pagi tadi bukak-bukan gmail tetiba dapat email dari siti Normaya ni...
Dia tanya soalan pasal cara nak buat creampuff yang me pernah cuba buat dari myresepi...(me ada tinggalkan jejak kat sana...)
Sebaiklah kisah lama tapi me masih ingat lagi cara dan kaedah nak membuatnyer...hehehhehe...

Resepi asal adalah dari SINI....

Cream Puff

Cream-puff
Senang.. cara-cara masak bergambar

Created on : 29-08-2006

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2.  Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4.  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6.  Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8.  Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9.  Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10.  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12.  Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer


 Tapi seperti pertanyaan Siti Normaya, me tak ni takde microwave oven sebernarnya, dalam komen me kat Myresepi tu, me telah gunakan periuk biasa je bila nak buat batter cream puff nih...
Caranya senang je, guna je dapur biasa, just tenggek periuk biasa cuma api kena maintainkan perlahan je, sebab takut adunan jadi bergentel...
Kat bawah ni adunan yang dah dipipe ke atas dulanglah sangat kan tutup periuk tu...kuikuikui...
Ni kaedah orang tak reti nak cari dulang pembakar kat ne, so belasah je guna tutup periuk...
Lagi satu, me pipe ni tak guna pun bag piping, just guna plastik putih (clear) tu je...
Dah sumbat adunan kat dalam plastik dan gunting sikit je hujung plastik tu...
Terus boleh pipe kan dah...pipe secara bulatan dan jadilah bentuk macam kat bawah ni...(ewahh...macam pro je kan...?hehehhehe)
Macam resepi asal jugak, lepas dah pipe tu kena semburkan sikit air kat atas adunan ni...
Untuk apa me tak berapa pasti lah pulak..hihihihiihi...

Ni yang dah siap bakar...
Amacam??oklah kan untuk amatur..hihiihi..
Masa buat ni memang habis ngoklah...pakai belasah je mana yang ada...
Tapi alhamdullilah..menjadi u all..hehehhehe...
Ok tak??
Ok sangat-sangat dah ni tau...
Apapun, kepada Siti Normaya selamat mencuba yek...(macamle dia baca blog nih...hehehheh)
Untuk Yani dari Myresepi pulak, TQVM...
Lupa pulak, untuk cari cara nak buat inti cream custard tu click link kat atas tu ye...

Sue Berkata tapi Dalam Hati: i wonder camne Siti Normaya tu boleh dapat email me tu kan?serius pelik binti heran...huhuhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...