Search This Blog

Friday, September 24, 2010

Menu Penutup Ramadhan....


Tadaaaa....!

Untuk penghabisan bulan Ramadhan 2010 ni me masak Baked Macaroni dan Meggi Goreng...
Kata pun malam raya kan, so, nasi-nasi dah tak layan dah, jadi kena tukar sikit menu buat yang ini...hehheheh
Tapi lupa amik pic Meggi Goreng la pulak..so layan jelah gambar yang ada nih...excited punya pasal la katakan...


Walla!!rasanya marvelous sesangat...puji-pujian untuk diri sendiri...~clap..clap..clap...~
Kena bagi puji-pujian ok, ini adalah untuk memberi semangat kepada diri sendiri supaya lain kali bolehlah rajin-rajin lagi try resepi baru..hehehheh...
Semangat ok, resepi ni me jumpa bila me gatai-gatai dibulan puasa duduk google blogs..gigih jugak la duduk bukak satu-satu blog yang ada..akhirnya resepi dari blog ni me dapat tempat dihati dan di mata me nih......sukaa...hehehheheh

Bahan-bahan  adalah senang nak cari, very simple recepi, tak membazir, guna pun hanya sebiji telur je dan yang paling best resipi Baked Macaroni yang ada inti dan white sos, so rasa dia sebijik Lasagne....

Apapun Terima Kasih banyak-banyak kepada blog:


Resepinya seperti di bawah:


Resepi macaroni bakar my version...


Resepi ni khas utk Aunty Jah...selamat mencuba ya..
Macaroni mozzarella / cheese bakar
Bahan (A)
250 g macaroni
(direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega)

Bahan inti (bahan B)
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g cheese /mozzarella } diparut
Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan bekas (apa2 ja yang sesuai) dengan sedikit mentega

Sos Putih (bahan C)
30 g mentega
3 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya bancuhan tidak bergentel2.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan.

Cara-cara nak satukan Bahan A, B dan C
Masukkan1/3 macaroni kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut.,
lapiskan semula dgn 1/3 lagi macaroni diikuti lebihan inti
dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi macaroni
dan atasnya tuang sekata sos putih
dan akhir sekali tabur keju parut.



Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan


Ni sebenarnya pertama kali me try buat Baked Macaroni ni ye kengkawan, setelah beberapa hidup dalam dunia ni, inilah je masa, hati dan perasaan me terajin nak membuatnya.....
Memang best rupanya bila dapat cuba resepi-resepi macam gini, cuma yang tak bestnya, me sorang je yang rupa-rupanya enjoy makan benda alah ni, orang lain harammm, semuanya tekak Jawa dan Melayu, so payah la, diaorang takat makan seslice saja dah surender..me je yang dok pulun makan sorang-sorang, maklumlah tekak Italino..hahahahhaha..

Ini kiranya yang me buat ni menjadi, rasa dah ada, cume texture dia jelah kureng sikit...lain kali me kena rebus macaroni tu biar dia lembut lagi sikit, supaya bila dah baked tu dia moist lagi..
Lagi satu, patutnya White Sos tu tak payah masak sampai pekat likat...me pulak lurus bendul ni pergi masak sepekat yang mampu...hasilnya, Baked Macaroni me ni kurang moist la jadinya...
Tapi takpe, lain kali me try buat lagi, kali ni nak buat betul-betul, sampai semua orang puas hati...mana tau tekak Jawa dan tekak Melayu kat rumah tu sama-sama excited dengan me bila makan nanti...hehehehhe

Apapun, terima kasih daun Keladi kepada penyumbang resepi iaitu 3E...terima kasih banyak-banyak yea....^_^


No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...